Pemuda ini akui dia bukanlah pecinta kucing tapi sanggup lakukan ini. Rupanya tak semudah yang kita sangka.

Haiwan Info kucing Viral

Amie ketika menyelamatkan kucing ketika banjir pada 2014 dan minggu lalu. Keadaan banjir di beberapa negeri masih belum berakhir meskipun jumlah individu tersebut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan semakin berkurangan. Bukan sahaja manusia dan harta benda yang perlu diselamatkan, malah haiwan juga menjadi individu yang terlibat dengan bencana ini dan perlu diberikan perhatian. Menerusi video yang tular di media sosial sejak minggu lalu, seorang lelaki dilihat mendayung perahu bagi menyelamatkan beberapa ekor kucing yang terkandas akibat banjir.

Keadaan banjir di rumah ibunya.

Pemuda berkenaan, Mohd Amiruddin Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika hari kedua banjir di kawasan tempat tinggalnya di Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Pemuda berusia 37 tahun itu memberitahu, kucing-kucing yang diselamatkan merupakan kucing terbiar di sekitar kediaman ibunya.

“Hari pertama banjir iaitu pada Isnin saya mengemas rumah dan meletak barang di tempat tinggi. Masa tu kucing-kucing ni semua dah naik atas bumbung sebab air dah keliling rumah. Ketika ini, ibu dan adik saya dah saya pindahkan ke pusat pemindahan. Hari kedua air makin naik. Masa inilah saya ambil keputusan nak selamatkan atau lebih tepat lagi pindahkan kucing ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Memasuki hari kedua banjir, dia yang lebih mesra disapa Amie berkata, limpahan air di halaman rumah mencecah paras pinggang, manakala di dalam rumah sudah di paras paha.

Sebahagian kucing yang diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat dengan perahu.

“Kucing-kucing tu dah mencari tempat tinggi macam atas almari, palang-palang dan ada yang atas siling rumah. Masing-masing ketakutan. Saya umpan kucing-kucing tu dengan makanan dan ambil seekor-seekor masuk dalam bot. Kali pertama saya dapat bawa 10 ekor sahaja sebab lagi tiga ekor lari naik atas bumbung.

Kasihan kat kucing-kucing tu. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan.

“Kali kedua masa saya nak ambil barang, saya dapat ‘pancing’ lagi tiga ekor. Agak mencabar nak mengumpulkan kesemua kucing ni sebab mereka ketakutan. Ada yang nak terjun. Dalam rakaman video boleh lihat seekor kucing hitam basah sebab terjun dari bot. Nasib baik saya dapat tangkap,” ujarnya yang berasal dari Pekan.

Mohd Amiruddin Mohamad Yusof.

Menurut Amie, sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat berdekatan dengan pusat pemindahan agar mudah untuk dipantau dari segi makanan.

Mengakui bukan pencinta kucing, namun bapa dua anak itu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memindahkan kucing-kucing terbiar ke tempat lebih selamat.

Pernah menyelamatkan kucing ketika banjir berlaku pada 2014.

“Nak kata pencinta kucing tak juga. Cuma rasa tanggungjawab nak selamatkan kucing-kucing tu dan bawa ke tempat selamat, sebab saya dapat jangka air memang akan naik seperti banjir tahun 2014 iaitu paras dada dalam rumah. Kasihan kat kucing-kucing tu takut kat air yang dah memenuhi lantai rumah. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi bangkai-bangkai kucing yang tak dapat diselamatkan,” ujarnya sambil menambah kediaman ibunya masih dilanda banjir ke paras pinggang setakat Selasa.

Amie yang merupakan kerani bank itu menasihatkan kepada mana-mana individu yang membela kucing di kediaman yang mudah terlibat dengan banjir agar sentiasa berwaspada. “Jangan dilupakan nasib binatang tu. Kalau nampak binatang-binatang peliharaan yang terkandas akibat banjir, harap ia dapat diselamatkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Pernah Raih Perhatian Ramai Sejak Jadi Penjaga Masjid. Admin Kucing Tersebut Dedah Gli Hembuskan Nafas Di Usia 16 Tahun

Jika sebelum ini pernah tular berkenaan seekor kucing menjadi penjaga monumen bersejarah iaitu Hagia Sophia di Istanbul.. Kucing tersebut yang dikenali sebagai Gli telah berjaya raih perhatian warganet selepas Hagia Sophia diisytiharkan sebagai masjid pada Julai tahun lalu.

Tak lama kemudian. Dikhabarkan admin kepada IG kucing Gli itu memaklumkan bahawa kucing tersebut sudah hembuskan nafas terakhir. Untuk pengetahuan, kucing yang berusia 16 tahun ini disahkan hembuskan nafas teakhir di sebuah klinik veterinar selepas mendapat rawatan disebabkan sakit tua.

Perkara ini dikhabarkan oleh Datuk Bandar Istanbul Ali Yerlikaya di Twitter. Makluman, Gli telah dirawat di salah sebuah klinik veterinar swasta sejak 24 September 2020 sebaik sahaja Gli mengalami kemerosotan kesihatan.

Namun begitu, Gli tak dapat diselamatkan dan hembuskan nafas terakhir selepas 16 tahun bergelar penghuni masjid itu. Malahan pemergian Gli turut dikenang oleh Datuk Bandar Istanbul dengan menyatakan tak akan lupakan kucing yang tekah tinggal lebih sedekad di Masjid Hagia Sophia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lelaki Pecinta Kucing Adalah Seseorang Yang Mempunyai Perwatakan Sebegini Dan Sesuai Dijadikan Calon Suami. Ini Sebabnya.

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman sekarang. Mana tidaknya, banyak kes perpisahan berlaku adalah disebabkan pasangan yang menduakan. Lebih parah, banyak kes-kes yang dilaporkan melibatkan penderaan dalam rumah tangga, membuatkan kaum wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Sedikit tips buat kaum wanita, lelaki pencinta adalah calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai pasangan!

Ini sebabnya:

1. Lebih penyayang

Korang mesti ada seorang kawan yang obses dengan kucing kan? IG Story dan Status Whatsapp mereka sentiasa dipenuhi dengan gambar dan video kucing. Ini membuktikan pencinta kucing kebiasaannya adalah sorang yang penyayang dan boleh menjaga sesuatu dengan penuh kasih sayang.

2. Penyabar dan tidak mudah marah

Kucing kebiasaannya ada ragam yang tersendiri seperti suka menggigit dan mencakar tuannya. Sesiapa yang pernah menjaga kucing pasti pernah merasai pengalaman ini. Sikap penyabar dan tidak mudah marah ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pencinta kucing sangat matang dalam sesebuah perhubungan.

3. Menjaga kucing adalah seperti menjaga bayi

Salah satu faktor penting kaum wanita perlu menjadikan pencinta kucing sebagai suami adalah mereka sudah terlatih dalam menjaga bayi. Kucing boleh diibaratkan seperti bayi yang perlu dimandikan, diberi makan dan dibersihkan selepas membuang air. Cuba bayangkan korang dapat suami yang pandai jaga baby?

4. Bertanggungjawab

Pencinta kucing selalunya adalah seorang yang bertanggungjawab. Mereka kebiasaanya akan menjaga kesihatan kucing dengan memberi ubat cacing dan vaksin sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi mereka, nyawa kucing itu sama nilainya dengan nyawa manusia. Siapa je yang taknak pasangan yang bertanggungjawab kan?

5. Bijak dalam menguruskan perbelanjaan

Bijak dalam menguruskan perbelanjaan merupakan skill penting yang korang perlu ada selepas berkahwin untuk terus survive. Pencinta kucing kebiasaannya akan membahagikan duit mereka terlebih dahulu untuk perbelanjaan kucing seperti pasir dan makanan. Walaubagaimanapun, kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di atas tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik. Namun jika dilihat daripada sudut psikologi, betul kan? Buat korang yang masih single, tiba masanya untuk anda cari pencinta kucing sebagai pasangan hidup!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Semata 27 Kucing Kesayangan. Ibu Ini Sanggup Tak Buat Sesuatu Ini Dan Ternyata Perkongsiannya Raih Perhatian

Tak sangka perkongsian Aida tentang telatah ibunya telah mencuit hati warganet. Macam yang kita semua tahu,kucing adalah antara satu haiwan yang menjadi kegemaran ramai kerana telatahnya yang manja dan comel. Buat encinta kucing, kehadiran si kucing bukan dianggap haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggap mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Bagi pencinta kucing, mereka tidak kisah berhabis wang ringgit semata untuk penjagaan haiwan kesayangan. Terbaru, perkongsian seorang pelayar di Twitter berkaitan tempat kucingnya beradu menjadi tular di kalangan warganet.

“Mak aku ajak pi Ikea semata-mata for this,” tulis pelayar berkenaan sambil memuatnaik gambar dua katil comel yang dibeli khusus untuk si bulus peliharaan mereka.Perkongsian itu meraih sehingga 23,400 retweet dan 43,500 like.

Pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Aida berkata, ibunya sememangnya amat rapat dengan kucing peliharaan mereka apatah lagi haiwan berkenaan menjadi peneman apabila dia dan adik beradik lain keluar bekerja.

“Semua dalam rumah kami suka kucing. Tapi mak yang sangat rapat dengan kucing sebab teman dia hari-hari ketika kami semua keluar bekerja.”Mak dan ayah dua-dua dah bersara jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Sebab tu mereka rapat dan sayang sangat dengan kucing-kucing ni,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Ujar Aida, keluarganya memelihara 27 ekor kucing yang kesemuanya merupakan kucing jalanan (stray cat) yang ditemui di pelbagai lokasi.Bercerita mengenai katil comel tersebut, Aida berkata ibunya memang berhasrat untuk membelinya kerana ada beberapa ekor kucing peliharaan mereka yang gemar tidur bersama-sama di dalam bilik.

“Mula-mula dah pergi Ikea pada hujung minggu lalu, tapi sebab ada beli barang-barang lain, terlupa nak beli katil comel tu. Keesokan harinya, ibu sanggup ajak pergi lagi sekali semata-mata nak beli katil tu,” ujarnya yang menetap di Sri Damansara.

Dia yang memiliki kucing dalam jumlah yang agak banyak sememangnya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit yang dikhususkan untuk makanan, perubatan dan penjagaan yang lain.Namun menurut Aida, perkara tersebut tidak menjadi masalah sungguhpun kira-kira suku daripada wang gajinya perlu dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.

Aida menambah sejak keluarganya memelihara kucing kira-kira 10 tahun lalu, mereka tidak pernah bercuti serentak kerana perlu menjaga kucing di rumah.”Setakat ini kami tak pernah lagi bercuti serentak. Mesti kena ada seorang atau dua orang di rumah untuk tengokkan kucing.”Kalau berlaku emrgency seperti pemergian dan sebagainya, ia bergntung. Kalau pergi semua, mesti kami akan panggilkan orang untuk jaga sebentar.”Kalau raya pula tak ada masalah sebab kami semua di Kuala Lumpur sahaja. Senang cerita, sebelum rancang ke mana-mana, mesti fikir kucing dulu,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *