Tular sebuah gambar pemuda ini yang membawa kucingnya naiki motor dengan cara ini. Rupanya dah pernah bawa sampai ke tempat ini.

Haiwan Kehidupan kucing Viral

Seekor kucing dibawa menaiki motosikal pemiliknya ke beberapa negeri lain, malah ke luar negara. Fluffy, kucing baka Parsi milik Afiq Shazwan On, 27, pernah dibawa ke Thailand, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Afiq berkata Fluffy sejak kecil dilatih bertenggek di bahu ketika beliau menaiki motosikal pada kelajuan 40km hingga 50km/jam dan 120km/jam jika berjalan jauh.

Beliau berkata Fluffy, berusia dua tahun dua bulan tidak suka duduk dalam bakul motosikal atau dipakaikan abah-abah. “Kalau berjalan jauh saya akan berhenti di setiap kawasan R&R (rehat dan rawat) untuk pastikan Fluffy OK,” kata juruteknik itu.

Tidak memiliki kereta, beliau berkata tabiat Fluffy bertenggek di bahu bermula apabila bakul motosikalnya penuh dengan barangan. Memiliki dua lagi kucing, Baby dan Adik tetapi kedua-duanya tidak suka menaiki motosikal, perbuatan Afiq menerima reaksi pelbagai termasuk kritikan. Apatah lagi, beliau membangunkan akuan Fluffy yang mempunyai lebih 50,000 pengikut Facebook sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Yang Bakal Berlaku Sekiranya Si Bulus Anda Terkena Flu. Usah Panik Dan Terus Ikut Tips Ini.

Usah panik saat kucing sedang flu dan ikut dengan tips berikut. Kesihatan kucing kesayangan jadi prioritas setiap cat owner. Nah, jika mengamati tanda-tanda kucing yang sering bersin, hidung berlendir, dan mata merah atau berair, ianya boleh berlaku kucing peliharaanmu sedang terserang flu. Jangan panik, lakukan dulu 5 tips perawatan di rumah berikut ini.

Jaga mata dan hidung tetap bersih

Meskipun pemberian antibiotik bisa mengatasi komplikasi tertentu, saat ini belum ditemukan ubat yang tepat untuk menyembuhkan flu pada kucing. Namun, cat owner boleh membantu kucing merasa lebih nyaman dengan merawatnya di rumah. Pertama, usahakan untuk menjaga mata dan hidung tetap bersih dengan membersihkan kotoran menggunakan kapas yang sudah dicelupkan ke dalam larutan garam.

Hindari memandikannya

Menjaga kucing tetap bersih memang penting, tapi sebaiknya tunda jadual memandikannya. Harus terjaga tetap hangat, sebaiknya bersihkan badan kucing dengan menggunakan kain lap yang direndam dalam air hangat. Usapkan dengan lembut ke seluruh tubuhnya untuk menghilangkan kuman-kuman dan mempercepat penyembuhannya.

Jemur kucing setiap pagi

Jangan lupa jemur kucing setiap pagi untuk menjaganya tetap hangat dan kering. Selain itu, sinar matahari pagi juga membantu mengatasi kuman-kuman penyakit dan meningkatkan kekebalan tubuhnya. tak perlu terlalu lama, kucing cukup berjemur sekitar 10-15 menit pada pukul 8-9 pagi.

Sediakan ruang isolasi

Bukan hanya manusia saja, kucing juga perlukan rehat yang secukupnya dengan lebih baik dalam ruang isolasi. Pilih kawasan di rumah yang cukup tenang dan jauh dari lalu lalang penghuni rumah lainnya atau kendaraan. Tempatkan miliknya dengan litter box yang berada di dekatnya. Tak ketinggalan bekas makanan dan air minum yang mudah dijangkau oleh kucing kesayanganmu.

Berikan makanan yang bernutrisi

Kebanyakan kucing yang mengalami flu akan kehilangan nafsu makannya karena sukar menghidu bau aroma makanan atau tekaknya yang sakit untuk menelan. Berikan makanan dengan aroma yang lebih kuat dan jangan lupa menyuruh kucing untuk sering minum. Tawarkan cat food dengan aroma yang disukai kucing seperti Muezza yang punya 4 varian lazat seperti Ocean Fish, Mackerel, Salmon dan Tuna. Mengandungi protein, asam lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral, cat food berkualiti ini dibuat dari bahan-bahan alami. Tanpa penambahan bahan sintetis, Muezza diolah dengan proses moden untuk menjaga kualiti nutrisinya.

Kucing pun terjamin lebih sehat berkat sertifikasi halal dari The Central Islamic Committee of Thailand yang juga bakal bikin pemelihara kucing jadi lebih tenang. Mulai dari membelai kucing, memberikan makanan secara langsung, membersihkan wadah makan di tempat cuci piring, hingga menyimpannya di dalam rumah.

Selalu sediakan stok Muezza di rumah dengan membelinya secara online di marketplace seperti Tokopedia dan Shopee. Semoga si bulus anda cepat sembuh dari flu, ya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

Pasti Setiap Pemilik Kucing Pelik Ketika Kucing Anda Berubah Jadi Agresif Atau Marah. Ini Sebabnya Yang Tak Dijangka.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda dalam ‘bad mood’. Perwatakan kucing yang berubah-ubah kadang kala susah untuk dikenal pasti apakah sebabnya. Tahukah anda adalah penting untuk pencinta haiwan atau pemilik si bulus untuk mengenal pasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya.Namun, kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si bulus adalah daripada mesra, manja tiba-tiba mereka akan menjadi agresif dan mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tidak normal atau erti kata lain sedang marah, berasa tidak selesa atau sebagainya.

Kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren mendapati terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan si bulus tiba-tiba menjadi pemarah. Antara empat sebab si bulus boleh bertukar menjadi pemarah adalah:

1. Masalah kesihatan

Umumnya, kecendurungan paling tinggi si bulus marah adalah disebabkan mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti mempunyai virus atau kurap, keguguran bulu dan sebagainya. Daripada menahan kesakitan ini si bulus akan mengalami beberapa perubahan antaranya menjadi garang atau pemarah, berkelakuan agresif dan ada kalanya mereka bersembunyi. Jika anda rasa ini adalah puncanya, cepatlah bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

2. Perubahan situasi

Selain itu, kucing juga kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat lain. Erti kata lain mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baharu. Oleh itu, mereka akan bertindak agresif, mengeluarkan bunyi bising ataupun ada juga perbuatan mencakar untuk menunjukkan tanda tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini adalah sediakan tempat yang selesa buatnya dan sering memberi perhatian lebih kepada haiwan kesayangan anda itu.

3. Kehadiran haiwan lain

Seperti yang kita sedia maklum si bulus mudah berasa terancam apabila berdepan dengan haiwan lain terutamanya kucing juga. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa mereka ini akan mempunyai perasaan takut tempat mereka diserang oleh kucing lain. Hal ini akan menyebabkan si bulus marah dan timbulnya pergaduhan antara kucing.

4. Personaliti

Bagaimanapun, ada juga si bulus yang sememangnya mempunyai perilaku yang cepat marah gara-gara tidak suka disentuh atau dibelai. Kebanyakkan kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Mereka ini suka buat hal sendiri dan selesa dengan cara begitu. Cara mudah anda ingin membentuknya menjadi lebih baik adalah banyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan dan membangunkan kepercayaan diri mereka.

Kucing Kesayangan Acap Kalli Gerakkan Telinga. Ternyata Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Pergerakan Itu

Mesti korang pelik kan tiba tiba sahaja kucing kesayangan anda gerakkan telinga. Untuk pengetahuan anda,kucing adalah antara salah satu haiwan yang bijak meluahkan perasaan melalui komunikasi dan bukan lisan. Namun begitu,tak ramai yang menyedarinya.

Percaya atau tidak memelihara kucing akan memberikan anda pengalaman bagi memahami emosi dan perasaan kucing itu dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan ramai yang perasan kucing suka untuk gerakkan telinganya dan ramai yang tak memahami maksud tersirat oleh haiwan ini.

Pertama, menunjukkan perasaan ingin tahu. Buat pengetahuan anda, apabila seekor kucing gerakkan telinganya ke hadapan, ia menunjukka satu daya tarikan. Ia juga sebagai sumber mencari suara yang menarik perhatian kucing selain mengumpulkan informasi

Kedua, perasaan gelisah. Sekiranya kucing anda berasa rasa terancm, kucing anda kaan gerakkan telinganya ke bahagian tepi. Sekiranya kucing anda berbuat sedemikian, ia bermaksud kucing anda sedang menahan suara yang menganggunya.

Ketiga, ia merasa terganggu. Terkadang telinga kucig kesayangan anda bergerak gerak bermaksud mereka terasa terganggu. Sekiranya ia menggetarkan telinganya, ia bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kucing anda menyerng kucing atau orang lain.

Terakhir sekali, berasa takut. Ada juga yang mengatakan bahawa pergerakan telinga dekat arah kepala membawa maksud mereka ketakutan atau marah. Malahan ada yang berpendapat bahawa mereka sudah bersedia untuk diserng oleh kucing lain

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *