Tak tahu sayur sayuran mana yang boleh diberikan kepada kucing. Berikut antara cara yang anda boleh gunakan

kucing

Buat pencinta haiwan, sudah pasti ada yang sudah tahu dan ada juga yang tidak tahu tentang sayuran sayuran yang boleh diberikan kepada kucing kesayangan anda. Untuk kekalka kucing anda sihat, ternyata sayuran membentuk 5 hingga 10 percent daripada diet.

Bagi kucing, anda harus memilih produk segar tanpa reput, kerosakan, kotoran. Antara sayur sayuran yang dirawat dengan betul.Pertama, basuh di bawah air sejuk, bersihkan, keluarkan benih.Apabila memasak tanpa garam, jangan tambah rempah, perasa. Mereka mengganggu keseimbangan air, metabolisme. Sihat segar untuk memasak dalam sup bukan air, beku – dikukus.

Sayur-sayuran adalah tanah: yang mentah disapu pada parut, sayur-sayuran dihancurkan dengan p1sau, yang direbus dipotong halus atau dilewati penyaring, pengisar.Sayur-sayuran yang dimasak berikan sebagai “hidangan” bebas, dicairkan dengan sup atau dicampur dengan daging, mengikut bahagian: 3/4 protein makanan, sayuran 1/4.

3-5 titis minyak zaitun atau minyak bunga matahari ditambah kepada makanan yang disediakan, tanpa vitamin larut lemak tidak boleh diserap.Sukar untuk membayangkan kucing yang hanya memakan sayuran, tetapi jika ini berlaku, ia menjadi sakit dan mati. Di dalam tumbuhan tidak terdapat protein haiwan, asid amino, asid lemak yang diperlukan untuk kucing. Kucing tidak suka sayur-sayuran dengan rasa yang tajam dan pahit. Adalah lebih baik memilih spesies neutral yang menyerap dan tidak menyumbat bau daging.

Jadual menunjukkan budaya yang boleh ditambah kepada diet:Jika haiwan itu menolak sayur-sayuran, anda perlu menambahkan dedak kepada “hidangan” atau tumbuh rumput daripada bijirin bercambah jelai, gandum, dan gandum.

Apa jenis sayur-sayuran yang tidak boleh memberi makan kucing.Produk sayuran tidak bercampur dengan susu yang ditapai, nutrien lebih teruk dicerna.Jangan berikan kepingan besar: risiko haiwan yang terckik.Ia tidak bercampur dengan makanan industri, ia sudah mengandungi serat.

Sayuran awal tidak mempunyai masa untuk mengumpul vitamin, mereka mengandungi lebih banyak nitrat.Diasinkan termasuk garam, rempah, cuka, yang menyebabkan kegagalan metabolisme.Goreng mengandungi lemak yang berlebihan, membahayakan hati, pankreas.

Dalam asin meletakkan jumlah kesan garam. Ia didepositkan dalam pundi kencing, ginjal, membawa kepada pembangunan ICD.Dalam salad sayuran dalam tin ditambah bahan-bahan berbahaya: lada, bawang putih, cuka, garam.

Apabila membeli campuran beku, teliti memeriksa bahan-bahan supaya mereka tidak terbukti menjadi toksik kepada haiwan dalam budaya.Sayuran berikut diharamkan untuk kucing:Apabila memberi makan sayur-sayuran kepada kucing, masalah kesihatan bermula: dari masalah pencernaan hingga keracunn teruk.

Bukan Pencinta Kucing Tapi Mampu Selamatkan 13 Kucing Dan Dipindahkan Ke Tempat Lebih Selamat Dan Cerita Pengalamannya Selamatkan Kucing

Amie ketika menyelamatkan kucing ketika banjir pada 2014 (kiri) dan minggu lalu (kanan).KEADAAN banjir di beberapa negeri masih belum berakhir meskipun jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan semakin berkurangan.Bukan sahaja manusia dan harta benda yang perlu diselamatkan, malah haiwan juga terlibat dan perlu diberikan perhatian.

Menerusi video yang tular di media sosial sejak minggu lalu, seorang lelaki dilihat mendayung perahu bagi menyelamatkan beberapa ekor kucing yang terkndas akibat banjir.Pemuda berkenaan, Mohd Amiruddin Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika hari kedua banjir di kawasan tempat tinggalnya di Kampung Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Keadaan banjir di rumah ibunya.Pemuda berusia 37 tahun itu memberitahu, kucing-kucing yang diselamatkan merupakan kucing terbiar di sekitar kediaman ibunya.”Hari pertama banjir iaitu pada Isnin saya mengemas rumah dan meletak barang di tempat tinggi. Masa tu kucing-kucing ni semua dah naik atas bumbung sebab air dah keliling rumah.

“Ketika ini, ibu dan adik saya dah saya pindahkan ke pusat pemindahan. Hari kedua air makin naik. Masa inilah saya ambil keputusan nak selamatkan atau lebih tepat lagi pindahkan kucing ke tempat yang lebih selamat,” katanya kepada mStar.Memasuki hari kedua banjir, dia yang lebih mesra disapa Amie berkata, limpahan air di halaman rumah mencecah paras pinggang, manakala di dalam rumah sudah di paras paha.

Sebahagian kucing yang diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat dengan perahu.“Kucing-kucing tu dah mencari tempat tinggi macam atas almari, palang-palang dan ada yang atas siling rumah. Masing-masing ketakutan.”Saya umpan kucing-kucing tu dengan makanan dan ambil seekor-seekor masuk dalam bot. Kali pertama saya dapat bawa 10 ekor sahaja sebab lagi tiga ekor lari naik atas bumbung.

“Kali kedua masa saya nak ambil barang, saya dapat ‘pancing’ lagi tiga ekor. Agak mencabar nak mengumpulkan kesemua kucing ni sebab mereka ketakutan.”Ada yang nak terjn. Dalam rakaman video boleh lihat seekor kucing hitam basah sebab terjun dari bot. Nasib baik saya dapat tangkap,” ujarnya yang berasal dari Pekan.

Mohd Amiruddin Mohamad Yusof.Menurut Amie, sebanyak 13 ekor kucing yang berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat berdekatan dengan pusat pemindahan agar mudah untuk dipantau dari segi makanan.Mengakui bukan pencinta kucing, namun bapa dua anak itu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memindahkan kucing-kucing terbiar ke tempat lebih selamat.

Pernah menyelamatkan kucing ketika banjir berlaku pada 2014.“Nak kata pencinta kucing tak juga. Cuma rasa tanggungjawab nak selamatkan kucing-kucing tu dan bawa ke tempat selamat, sebab saya dapat jangka air memang akan naik seperti banjir tahun 2014 iaitu paras dada dalam rumah.

“Kasihan kat kucing-kucing tu takut kat air yang dah memenuhi lantai rumah. Setakat banjir kali ni, saya tak nampak lagi kucing yang tak dapat diselamatkan,” ujarnya sambil menambah kediaman ibunya masih dilanda banjir ke paras pinggang setakat Selasa.

Amie yang merupakan kerani bank itu menasihatkan kepada mana-mana individu yang membela kucing di kediaman yang mudah terlibat dengan banjir agar sentiasa berwaspada.”Jangan dilupakan nasib binatang tu. Kalau nampak binatang-binatang peliharaan yang terkandas akibat banjir, harap ia dapat diselamatkan,” katanya.

Dua Ekor Sahaja Dapat Diselamatkan Dan Satu Pergi Buat Selamanya. Pakcik Ini Sanggup Lalui Banjir Paras Pinggang Demi Selamatkan 2 Ekor Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *