Kucing ini hilang hampir dua dekad. Bila jumpa tuan tak sangka lepas tu hembuskan nafas terakhir

kucing

Dikhabarkan seekor kucing yang telah lama hilang selama 20 tahun telah bertemu semula dengan tuannya sebelum hembuskan nafas terakhir dua hari kemudian. Kucing yang diberi nama Phoebe dikesan sejauh tujuh batu dari rumah pemilkinya dalam keadaan yang sangat teruk.

Kucing itu dikatakan telah dijaga sejak dari kecil sebelum ia hilang ketika berusia dua tahun dari rumah Christine Ball di Nantwich pada tahun 2001. Christine yang berusia 59 tahun telah berputus asa untuk mencari Phoebe setelah misi pencariannya selama dua dekad tidak menemjui hasil.

Dia berusaha memasang risalah di sekitar kawasan setempat dan mengetuk pintu rumah jiran-jiran bagi mencari Phoebe.Namun, Christine terkejut apabila mendapat panggilan telefon dari RSPCA yang memberitahu bahawa mereka telah berjaya menjumpai Phoebe.

Kucing itu yang berada bersendirian di sebuah ladang di Bridgemere ditemui oleh seorang wanita yang kemudian membawanya ke Pusat Haiwan Stapeley Grange RSPCA.Kakitangan di pusat itu mendapati bahawa Phoebe mempunyai cip mikro dan terkejut apabila kucing itu adalah dari pusat tersebut sebelum diserahkan kepada pemilik baru ketika masih kecil.

Semasa diperiksa, doktor mengesahkan Phoebe mengalami tvmor otak dan jalan terbaik adalah Phoebe dimtikan (put to sleep) agar kucing itu dapat pergi dengan tenang.Phoebe kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya dan dia menghabiskan baki dua hari terakhir dalam hidup di rumah dengan penuh keselesaan dan kasih sayang dari Christine.

Christine berkata, dia bersyukur kerana badan amal kebajikan haiwan itu dapat mengesan Phoebe pada waktu yang tepat untuk dia mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan kesayangannya.Tambah Christine, doktor memberitahu bahawa kemungkinan besar Phoebe telah dijaga oleh keluarga lain selama ini kerana haiwan itu tidak mungkin akan bertahan selama 20 tahun sebagai kucing jalanan.

”Kami bersyukur Phoebe hidup begitu lama tetapi sungguh menyedihkan bahawa kami menjumpainya dan tidak lama kemudian, kami terpaksa melepaskannya semula,” kata Christine.Lee Stewart, pengurus di Stapeley Grange Animal Center berkata: ”Kes ini menunjukkan mengapa mikrocip haiwan kesayangan anda sangat penting dan anda perlu memberitahu syarikat chip sekiranya terdapat perubahan kontak.

”Kami telah bertemu semula kucing yang telah hilang selama beberapa tahun tetapi saya tidak pernah menemui kucing yang hilang dari rumah selama 20 tahun.“Ini sangat mengagumkan, begitu juga dengan fakta bahawa Phoebe hidup hingga berusia 22 tahun.”Keadaannya menyedihkan tetapi sekurang-kurangnya dia bersama mereka yang benar-benar menjaganya pada akhir hayatnya,” katanya.

Wanita Hamil Tidak Galakkan Membela Kucing Kerana Boleh Sampai Tahap Kehilangan Anak Dalam Kandungan. Sekali Doktor Ini Tampil Jelaskan.

Pasti anda pernah mendengar petua-petua orang tua yang perempuan mengandung tidak digalakkan untuk menjaga seekor kucing. Tapi tidak semuanya yang mudah percaya petua tersebut. Ada yang menafikan perkara tersebut. Sekali Dr Imelda tampil dan jelaskan isu pantang larang yang mengaitkan wanita hamil dan kucing. Setiap perempuan mengandung pasti mengharapkan dan ingin lakukan yang terbaik buat anaknya yang bakal lahir tersebut. Malah, bukan ibu mengandung sahaja, kadang-kadang orang sekeliling kita turut lebih prihatin dalam menjaga wanita yang hamil.

Justeru, banyak juga lah ptng larang dan petua yang diaplikasikan dalam rutin harian wanita hamil. Percaya atau tidak, salah satu pntng larang yang popular adalah ibu hamil tak digalakkan untuk pelihara kucing di rumah mereka kerana ia dikatakan membahayakan bakal ibu serta kandungannya.

Oleh hal demikian, ini kebenaran pntang larng dari sudut klinikal dan perubatan. Bagi memberi keterangan lanjut, doktor sakit puan dan doktor perbidanan iaitu Dr Imelda Balchin membuat perkongsian berkaitan

Terpanggil untuk memberikan ulasan, doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin turut membuat perkongsian mengenai perkara tersebut menerusi Facebook.Menurut Dr Imelda, tiada masalah untuk para ibu hamil untuk memelihara kucing selagi mana mereka tiada alahan kepada haiwan tersebut.

Namun tegas doktor ini, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja membuang najis-najis haiwan berkenaan.”Minta orang lain tolong buang najis kucing, supaya ibu yang hamil boleh mengelakkan kemungkinan mendapat jangkitan toxoplasmosis dari najis kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Imelda berkata kucing hanya boleh mendapat toxoplasmosis sekiranya diberi makan daging mentah, memakan tikus atau binatang liar kecil.”Jika kucing dapat toxoplasmosis, parasit ini akan berada di dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing selama lebih kurang dua minggu. Kita tak boleh dapat toxoplasmosis jika kita pegang kucing. Tetapi kita boleh dapat toxoplasmosis jika kita buang najis kucing dan tersentuh najis yang ada parasit toxoplasma kemudian kita tak basuh tangan betul-betul sebelum makan. Jadi kebersihan tangan itu penting untuk semua ibu hamil, semoga tidak dapat ker4cun4n makanan dari toxoplasma yang boleh menyebabkan kehilangan kandungan atau memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan,” ulasnya panjang lebar,

Bagaimanapun ujar Dr Imelda, sekiranya kucing peliharaan agak cerewet dalam bab makanan, kebarangkalian untuk haiwan itu mendapat toxoplasma adalah sangat rendah.”Jika kucing kesayangan anda memang pun hanya duduk di dalam rumah, tidak keluar rumah, sangat cerewet hanya nak makan biskut kucing, canned food, makanan yang anda masakkan betul-betul, dan kucing anda membuang najis dalam cat liter tray yang anda sediakan, maka InsyaAllah kucing yang cerewet itu tiada jangkitan parasit toxoplasma dan kita tak perlu bimbang.

“Tak payah laaa buang kucing kesayangan anda bila hamil, selagi anda menjaga kebersihan tangan sebelum makan dan elakkan najis kucing.”Kalau kena buang najis kucing sendiri, mohon anda pakai sarung tangan dan kemudian cuci tangan anda betul-betul.Ada hikmahnya juga jika kucing anda cerewet nak makan makanan yang best best saja,” tulisnya.Sehingga kini posting tersebut meraih 788 shares di Facebook.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Tak Semua Benda Yang Kucing Dan Anjing Boleh Makan. Ini Yang Berlaku Setelah Ada Yang Beri Coklat Kepada Haiwan Tersebut.

Mesti ada antara kita yang teruja sekiranya haiwan peliharaan anda sedang asyik makan makanan yang selain daripada makanannya. Setiap orang pasti akan terfikir bahawa anjing dan kucing boleh sahaja makan semua yang dia mahukan. Tapi rupa-rupanya perkara itu salah sama sekali.

Menurut perkongsian @The_UglyOrgan di Twitter, ada seekor anjing ni dah muntah-muntah lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh sekumpulan kanak-kanak. Budak-budak tu tak salah pun, cuma kita kena awasi dorang supaya benda yang sama takkan berlaku. 

Difahamkan, perkara tersebut telah dikongsikan di Facebook Malaysia Independent Animal Rescue. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing terbabit, bahan dalam coklat mengandungi kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan.

Kalau terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan boleh kena sawan! Kesian haiwan tu, ia tak tahu apa-apa.  Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai @AtukNature di Twitter juga menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan bagi makanan yang berasaskan coklat.

Doktor Helmi juga ada kongsikan 20 jenis makanan yang bahaya untuk haiwan peliharaan kita menerusi Twitter.So, lepas ni kena lebih berhati-hati lah supaya kesihatan haiwan kesayangan kita pun terjaga.

Ramai Ingat Kucing Boleh Makan Semua Makanan. Doktor Ini Dedahkan Satu Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kucing

Bagi pencinta kucing sudah tentu mengetahui ada makanan yang tidak boleh diberi sebarangan kepada kucing kesayangan. Dan pasti ada antara daripada korang terfikir yang kucing boleh makan apa sahaja kan. Namun begitu,tanggapan anda salah. Berdasarkan perkongsian Di Twitter,ada seekor anjing yang mula mnth lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh kanak kanak.

Nak salah kan budak pun tak boleh juga. Jadi kita sebagai orang dewasa haruslah mengawasi anak anak supaya perkara yang sama tidak berlaku. Difahamkan doktor yang telah meraw4t anjing itu mengatakan bahan dalam coklat mengalami kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan

Jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan itu boleh terkena saw4n. Alahai kesian haiwan tu tau. Seterusnya, lelaki yang dikenali sebagai ATukNature sempat menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan beri coklat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *