Ramai yang tidak sedar sebenarnya manusia tidak galakkan korek telinga. Ini 10 fakta tentang tubuh badan manusia.

Infomaklumat Pengetahuan tips

Sedar tak sedar ramai yang sebenarnya tidak tahu beberapa fakta tentang kesihatan dan anggota badan kita. Tidak dinafikan ramai yang menganggap ianya tidak penting, hanya tahu sihat sudah memadai. Namun, ini beberapa fakta yang korang kena tahu dan ada yang membuatkan korang terfikir panjang. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Doktro Samhan menerusi laman Twitternya.

1. Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh.

Jangan korek tau. Biar dia keluar sendiri.

2. Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan hingus dalam sehari.

Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi.

3. Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan.

Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan ‘jalan’.

4. Buah pinggang sebagai penapis makanan

Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama ‘buah pinggang’. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu.

5. Otak akan terbentuk sempurna pada usia 26 tahun

Oh ya, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek.

6. Bakteria di telefon lebih banyak berbanding mangkuk tandas

Bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Bila last time lap skrin telefon tu?

7. Tahukah anda kenapa kita selalu letih lepas makan?

Sebab tenaga dalam badan kita digunakan untuk mencerna makanan.

8. Tahukah anda, bila kita bangun tidur setiap hari, kita akan 1cm lebih tinggi dari waktu nak tidur.

Sebab, tulang rawan lembut kita akan compressed sepanjang hari.

9. Tubuh badan hasilkan 30,000 sel mati setiap minit.

Setiap minit, badan kita menghasilkan 30,000 sel mati. Kemungkinan tempat yang banyak terhasil masa kita tidur. Jadi rajin-rajin kibas katil lepas bangun kalau taknak pepijat penuh kat katil.

10. Mimpi mengikut fakta sains

Berkenaan dengan mimpi pula, ianya terhasil bila aliran sel-sel otak saling ‘berlanggaran’. Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih. Dah macam mimpi klasik gitu. Jadi, lepas korang tahu fakta sains menarik tentang tubuh badan mesti korang tengah berfikirkan?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ibu Bapa Boleh Berhenti Harapkan Ubat Untuk Bantu Anak Lebih Tinggi. Ini 4 Tips Semulajadi Yang Anda Boleh Gunakan.

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang khuatir bila ketinggian anaknya yang kurang daripada budak seusianya. Namun, tidak mustahil pasti akan ada anak mereka yang ketinggiannya tidak normal dengan umurnya. Apabila terlalu risau, pasti akan ada ibu bapa yang cuba usaha dengan membeli vitamin ataupun ubat untuk menambah ketinggian. Namun ianya bukanlah akan sentiasa mendapat keputusan yang positif. Malah pasti akan ada kesan sampinga pada diri anak mereka.

Bagi maklumat korang, ketinggian manusia 65-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik. Selain itu, ketinggian seseorang akan terhenti pada umur 21 bagi lelaki dan 18 tahun bagi perempuan. Oleh itu, bagi mereka yang belum mencapai umur berikut, kalian masih ada peluang untuk tambah ketinggian. Tapi macam mana? Berdasarkan sebuah posting Public Health Malaysia melalui laman Facebook, mereka ada berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan untuk menambah ketinggian dengan cara yang selamat.

4 tips bagi anak tinggi

  1. Pemakanan seimbang dan pendedahan cahaya matahari pagi untuk mendapatkan Vitamin D untuk menyerap kalsium.
  2. Tidur yang cukup antara 6 hingga 8 jam
  3. Aktif dalam aktiviti fizikal supaya dapat merangsang pertumbuhan otot dan hormon pertumbuhan
  4. Elakkan dari terlibat atau terdedah dengan asap rokok kerana kandungan asap rokok mampu membantutkan pertumbuhan seseorang

Jadi untuk ibu bapa bolehlah amalkan tips-tips yang telah dikongsikan dengan anak-anak. Untuk para remaja pun masih sempat sebenarnya. Tapi apa-apa pun, kurang ketinggian bukanlah sebuah kelainan daripada orang lain. Kita perlu hargai diri kita dan bersyukur dengan kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Budak 12 Tahun Telah Disahkan Pergi Menghadap Illahi Hanya Kerana Sakit Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Ia Berpunca Daripada Telefon.

Gambar sekadar hiasan.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang. Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, individu tersebut telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, individu tersebut telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan individu juga tak boleh digerakkan langsung jadi individu kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Dalam kejadian yang menimpa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia telah pergi akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar. Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *