Aeril Zafrel beri tazkirah ini pada kucingnya yang bertindak untuk lakukan ini di depannya. Sekali ini respon warganet.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Pelakon terkenal yang dikenali sebagai Aeril Zafrel ini dapat menarik perhatian ramai atas video spontannya itu. Selain itu, telatah spontan dan kelakar Aeril menerusi akaun media sosialnya membuatkan pengikut gemar untuk melihat posting yang dikongsi buat tontonan umum. Baru-baru ini, dapat dilihat anak kelahiran Johor itu memuat naik satu video dimana dua ekor kucing sedang mengawan dan mendapat pelbagai respon netizen.

Bagi tazkirah

Menerusi posting tersebut, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu ‘menasihati’ haiwan comel tersebut mengenai keburukkan bersetubuh dan perlu menjauhi perbuatan berkenaan.

“Taubatlah sesungguhnya mati itu pasti, taubatlah wahai kucing. Tahukah anda ‘bersetubuh’ sungguh berdosa sekali,” katanya di dalam video itu.

Video yang berdurasi  37 saat tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terhibur dan bergelak ketawa dengan usikan pelakon yang berusia 32 tahun itu kepada kucing berkenaan.

Aksi terlarang

Dia buat tak tahu

Kelakarnya!

Sikit lagi dapat cucu

Umum mengetahui, Aeril merupakan suami kepada pelakon cantik jelita iaitu Wawa Zainal dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffiya. Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Genap Setahun Anak Bongsu Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal. Tular Apabila Mereka Memakai Baju Ini Ketika Menyambut Hari Jadi Anaknya.

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meraikan ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Ayya Soffya pada Selasa. Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi foto istimewa sambutan hari jadi secara sederhana itu untuk tatapan umum. 

“Alhamdulillah hari ini genap setahun @ayyasoffya. Happy birthday cinta hati ayah. Jom wish kat dia, nanti bila besar dia boleh baca,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.  Menerusi perkongsian itu lagi, sambutan hari jadi Ayya itu diraikan di rumah dengan anak-beranak hanya memakai baju tidur.  Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang teruja melihat Ayya kini berusia satu tahun. 

Aeril Zafrel dan keluarganya menyambut hari jadi anaknya.

“Ya Allah rasa macam baru semalam jumpa Wawa tengah pregnantkan Ayya Soffya. Dah setahun dah dia, happy birthday girl,” ujar pelakon Ramona Zamzam. Happy birthday Ayya, semoga jadi anak soleh dan musleh,” tulis pelakon Sari Yanti. “Yeke bang dah besar dia baca hmmm. Comel anak abang harap dia jodoh saya 20 tahun nanti aaa,” usik seorang wargamaya. “Selain dari pasangan Hairul dan Hanis, aku suka tengok Aeril dan Wawa ni. Suka tengok cara diorang bahagiakan isteri diorang. Memang nampak murah rezeki diorang. Anak-anak pun comel pintar semuanya,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah dah setahun dah Ayya. Semoga membesar jadi anak yang solehah,” kata seorang wargamaya. “Sekarang kecik lagi. Happy birthday Ayya. Nanti dah besar reply okay hahaha,” komen seorang wargamaya lagi. 

Sekadar info, Aeril, 32, dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Baju Terselak Ketika Sedang Menari Bersama Suami. Wawa Zainal Ditegur Oleh Warganet.

Sering berkongsi perjalanan manis bersama serta bibit romantis bersama suaminya pelakon Aeril Zafrel, aktres serta usahawan kosmetik tersohor tanah air, Wawa Zainal kini tampil berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya dan suaminya sedang menari. Perkongsian di laman  Instagram itu menyaksikan Wawa dan Aeril seakan lincah mempersembahkan latihan tarian tango kepada umum.

“Fuhhhh ingat selama ni menari kacang je sekali kena tango… hambik!! Susah rupanya tapi boleh la kan.” Namun begitu, wujud juga segelintir pihak yang dilihat tidak teragak-agak menegur baju dipakai Wawa seolah terselak ketika ibu kepada tiga cahaya mata itu sedang asyik menari.

Bagaimanapun, Wawa yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya tampil memaklumkan kepada umum bahawa bahagian yang terdedah itu tidak menampakkan perutnya kerana beliau memakai ‘inner’ atau pakaian dalam.

“Tak tak tu bukan nampak perut.. Wawa sejenis yang tak boleh kalau tak pakai inner dalam.. tak selesa.. inner wajib pakai setiap hari.” Untuk rekod, video berdurasi 19 saat itu sehingga kini dilihat tidak putus-putus dilimpahi komen positif pengikutnya, malah mereka juga tidak terlepas menzahirkan rasa kagum melihat kehebatan Wawa sangat lincah menari sambil menyarung kasut tumit tinggi.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Wawa Zainal Dan Semua Kakitangannya Buat Ujian Saringan Covid-19. Dan Ini Komen Wawa Perasaan Yang Dialaminya.

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mewajibkan semua kakitangan di bawah seliannya untuk melakukan ujian saringan COVID-19.  Menerusi laman sosial Instagram, Wawa berkongsi sebuah video sesi pengambilan ujian tersebut untuk tatapan umum. 

“Done swab test untuk semua staff Wawa. Alhamdulillah tak sakit pun. Korang bila lagi? Rasa dia umpama korek hidung je, serius,” tulisnya sebagai kapsyen.  Wawa turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada klinik tersebut kerana memberikan keputusan ujian saringan pada hari yang sama.  “TQSM @kumpulan_megaklinik_zahran hari yang sama dapat result,” katanya lagi. 

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan giliran Wawa mengambil ujian dan proses itu berjalan dengan lancar.  Walaupun sampai berair mata, kelihatan Wawa tersenyum selepas sampel tersebut diambil daripada hidungnya.  Di ruangan komen, ramai wargamaya yang turut berkongsi pengalaman mengambil ujian saringan. Malah, ada yang turut memuji kecantikan Wawa biarpun dalam keadaan sedang menahan nafas ketika alat khusus dimasukkan ke dalam lubang hidungnya. 

“Betul, tak sakit pun. Kita dah dua kali ambil swab test, alhamdulillah okay je, rasa nak terbersin sikit je,” tulis seorang wargamaya. “Tak sakit pun kalau masuk ikut lubang hidung. Tapi masa dia swab dalam mulut tu tak tahan. Meleleh terus air mata,” komen seorang wargamaya. “Tak faham betul, kena jolok hidung pun masih maintain cantik ye,” puji seorang wargamaya.  “Goob job Wawa dan team! Steady je Wawa kena jolok dekat hidung,” kata seorang wargamaya lagi.  Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga Instagram.

Wawa Zainal Membuka Satu Perniagaan Kosmetik. Dan Tiba Tiba Kantoi Di Kangar Atas Sesuatu Ini. Wawa Akui Dia Sangat Kecewa Atas Apa Yang Terjadi Ini.

Pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menyertai serbuan di di sebuah premis di Taman Putra Utama, di Kangar, yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama miliknya. Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, memasuki premis berkenaan jam 12,15 tengah hari.

Selain kecewa dengan pihak yang dipercayai mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama Wawa Cosmetics by Wawa Zainal, aktres tersebut mendakwa syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya.

“Apa yang dikesalkan adalah ia seolah-olah mengelirukan pengguna. Cap dagangan ini bukan senang untuk didaftarkan malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh pihak KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu. Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” dakwanya.

Sementara itu Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar, berkata dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas lebih 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596. Beliau berkata, pihaknya turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.

Menurut Norazah, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada pasangan selebriti terbabit mengenai pengeluaran produk kosmetik menggunakan logo dan jenama yang boleh mengelirukan pengguna dan peminat mereka.

“Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian. KPDNHEP juga telah melihat iklan mengelirukan yang telah dikeluarkan oleh syarikat milik ahli perniagaan terbabit. Tindakan itu boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal,” katanya dalam sidang media yang turut disertai Wawa dan Aeril pada petang Rabu.

Norazah berkata, syarikat terbabit dipercayai memiliki sebuah gudang di Kedah dan menjadikan premis di Taman Putra Utama sebagai pusat pengedaran. Katanya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

Didikan Aeril Zafrel Terhadap Anak Anaknya Dalam Tempoh PKPB Terus Meraih Perhatian Orang Ramai. Rupanya Ini Yang Aeril Zafrel Buat Untuk Pendidikan Anak Anaknya.

Walaupun terpaksa berada di rumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon, Aeril Zafrel tetap memastikan anak-anaknya terus mencari ilmu. Kerana tidak dapat menjalani pembelajaran di sekolah seperti biasa, Aeril mengambil inisiatif sendiri dengan menjemput guru bagi mengajar anak-anaknya di rumah.

“Untuk anak-anak, tempoh PKPB ini mungkin tak menjadi masalah kerana mereka pun masih kecil dan akur apabila saya dah isteri jelaskan mengenai apa yang berlaku. Disebabkan tak dapat ke sekolah, jadi, saya jemput guru untuk mengajar di rumah. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh ini mereka dapat teruskan pembelajaran,” katanya.

Dia sendiri juga banyak memberi kefahaman kepada anak-anak dan membuatkan mereka selesa walaupun terpaksa ‘berkurvng’ di dalam rumah. “Saya bekerja seperti biasa, cumanya ada masanya saya luangkan masa bersama mereka. Jadi, mereka penuhi dengan beberapa aktiviti di rumah contohnya bermain dengan haiwan peliharaan,” katanya.

Aeril juga tidak menafikan, krisis pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada ekonomi. “Walaupun saya masih lagi bekerja, tapi saya sedar bahawa krisis ini mengganggu ekonomi ramai orang. Secara tak langsung, ini juga memberi kesan kepada emosi seseorang. Kalau ada salah atau silap sedikit pun dah boleh membuatkan seseorang marah,” katanya.

Aeril menyeru supaya seluruh masyarakat memberi penekanan kepada kesihatan emosi masing-masing. “Jaga diri dan kesihatan emosi kita. Baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai individu yang membunvh diri kerana terlalu rindukan keluarga.

“Ada juga yang dibuang kerja sekali gus mengganggu emosi. Jadi, saya harap kita semua dapat pastikan emosi kita berada dalam keadaan stabil,” katanya. Terbaru, Aeril kini sedang menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Tercipta Satu Ikatan dan selepas ini, akan meneruskan lakonan untuk drama Cukup Derita Itu.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *