Buntu lepas dah jumpa anak kucing tanpa ibu. Ada 5 perkara mudah yang anda boleh buat

kucing

Mesti ada antara korang yang rasa nak bela kucing kan? Apatah lagi korang ada rasa nak selamatkan kucing dari kes kes melibatkan haiwan ini. Kalau nak tahu ,mudah je sebenarnya nak selamatkan kucing. Tapi apa yang penting, korang ikhlas nak tolong kucing tu.

Periksa dulu sama ada kucing itu ada ibu ke tak. Terkadang,ibunya sesat atau sudah tiada, dan kadang kadang ada orang lain ambil dulu takpun sebab seba lain yang terjangka. Korang mesti nak tahu kan cara nak kenalpasti kucing tu beribu atau tidak.

Pertama, puting ibu nya boleh membgkak kalau tak ada yang minum susu. Jadi sebelum ambil tolong periksa ni dulu. Kedua,tengok tidur dorang selesa tak. Jika mereka selesa maksudnya dorang dijaga dengan ibunya. Ketiga, kerap tidur. lazimnya anak kucing akan kuat tidur lepas minum susu sampai kenyang.Dan sekiranya meeka terasa terancm, ibu mereka akan gonggong sekor demi sekor ke tempat lain. Kalau rajin,tengoklah ibu dia takkan bawa pi jauh jauh.

Okay, kalau confirm dorang takde ibu, ambillah bawa balik kucing tu. Terserah kepada korang sama ada nak kurng sangkar boleh, tak nak pun tak pe. Tapi lagi sennag pada permulaan kurng sangkar sebab mana tahu dia hilang tiba tiba kan.

Perkra selepas ni pun penting juga. Haa kenalpasti umur dorang. Paling senang pergi jumpa vet je untuk tahu. Bag consultation, bat=yaran ikut klinik masing masing tapi ada je tau semurah RM20. Boleh lah survey kat FB, tanya kat page klinik yang korang nak pergi tu. Jangan ambil ringan sebab umur ni penting. Kot kot salah bagi maknana ke an.

Lepas dah fikir masak masak untuk jaga, pertama sekali SUSU. Anak kucing ni kalau nak tahu bergntung kepada nutrisi. Bagi yang baru lahir, jangan bagi terus makanan kering atau basah. Nak bagi tunggu dorang umur 4 minggu.

Untuk susu khas kucing, jangan sesekali bagi susu lembu atau susu yang kita minum. Kalau nak tahu susu kat shopee tak mahal pun,ada yang berbelas ringgit je. Korang boleh juga bagi kucing minum susu botol. Guna botol ni lagi senang.Korang boleh je guna mangkuk pun boleh untuk bagi susu. 

Kemudian, korang boleh juga ajar untuk guna tandas kucing.Bagi yang baru lahir, jangan guna bentonite clay sebab nanti dorang cepat kotor. Bentonite clay ni sifat dia melekat lagi-lagi kena air. Takkan korang nak jilat bulu dorang ganti mak dia kan. Nak mandikan pun tak boleh sebab kecik lagi.

Nak cadangkan untuk korang guna Tofu litter. Mahal sikitlah dari bentonite tapi tahan lama. Guna untuk anak kucing je kan.Nak lagi jimat, letak kertas surat khabar je kat bekas, tapi ni kena rajin sikit (banyak) sebab lepas dah guna je korang kena tukar.

Seterusnya bawa pergi jumpa vet.Jumpa anak kucing sakit, bawa lah ke klinik haiwan sebab anak kucing ni lemah, senang dijangkiti bakteria, nak hembuskan nafas terakhir pun senang. Jangan takut bawa ke vet, kalau tak mampu korang boleh minta anggaran @ quotation harga dari vet yang korang hantar then boleh minta derma kilat kat mana-mana page kucing.Ramai yang sudi bantu asalkan jelas niat nak membantu.

Terakhir sekali, Buka adoption di mana-mana page berkaitan.Mesti korang tertanya perlu ke? Perlu. Untuk yang berniat nak selamatkan anak kucing tu tapi tak nak bela korang boleh buat macam ni. Cari je mesti korang akan jumpa. Tapi pastikan orang yang korang nak serahkan kucing tu dipercayai!

Ketahui 4 Cara Untuk Mengetahui Usia Sebenar Si Bulus Anda. Ini Jangka Hayat Kucing Kesayangan Anda.

Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui usia sebenar kucing kesayangan anda. Pernahkah anda terfikir berapa usia sebenar kucing kesayangan anda dan berapa lama ia boleh hidup? Usia si bulus sebenarnya bervariasi sesuai dengan gaya hidup dan spesisnya. Dengan kesihatan yang optimal serta gen yang baik, kucing yang dipelihara di dalam rumah biasanya akan hidup lebih lama berbanding kucing liar atau yang dibiarkan keluar berkeliaran. Rata-rata kucing mempunyai usia maksimum sekitar 13 hingga 17 tahun. Berikut adalah beberapa cara untuk mengetahui usia kucing anda.

1. Gigi

Usia kucing dapat dilihat menerusi giginya. gigi anak kucing biasanya akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu, menjadikan gigi sebagai penentu usia mereka. Kemudiannya, gigi kekal kucing berkembang, iaitu pada usianya mencecah tiga ke empat bulan. Gigi kekal akan mula mengganti gigi susu sepenuhnya ketika ia berusia enam bulan. Bagi kucing yang lebih berusia, jumlah karang gigi boleh menjadi pengukur usia mereka.

2. Kematangan seksual

Usia kucing juga dapat diukur daripada tanda-tanda akil baligh, seperti testikal bagi kucing jantan yang lebih menonjol. Kucing betina pula akan mengalami kitaran estrus di antara usia lima ke 12 bulan. Kitaran estrus ini adalah kitaran pembiakan biasa yang dialami oleh kucing betina. Kitaran berahinya pula mempunyai empat fasa iaitu proestrus, estrus, dysestrus dan anestetik. Kucing betina yang memasuki fasa proestrus akan kelihatan gelisah, alat sulitnya berwarna merah dan bengkak disertai dengan peningkatan selera makan. Kucing betina boleh bunting pada usianya tujuh bulan.

3. Bulu

Bulu pada anak kucing memiliki tekstur halus dan lembut. Seiring dengan pertambahan usianya, bulunya juga akan mula menebal dan menjadi kasar. Bulu kucing dewasa pula akan berubah warna menjadi lebih gelap atau terang. Kucing yang sudah tua memiliki bulu putih atau kelabu, sama seperti manusia seperti sudah berusia.

4. Mata

Kucing yang sudah berusia biasanya memiliki mata yang lebih redup. Biasanya perkara itu berlaku pada kucing yang sudah mencecah usia 10 tahun.

Ramai Yang Masih Keliru Bagaimana Untuk Latih Si Bulus Anda Menggunakan Tandas. Ini Tips Untuk Anda Amalkan Dan Berkemungkinan Besar Ianya Berhasil.

Mungkin ramai diantara kita baru mula membela kucing atau berminat untuk membela kucing namun dilema akan kucing kesayangan buang air kecil ataupun besar di merata-rata di dalam rumah pasti bermain di fikiran. Untuk permulaan, mungkin agak sukar untuk melatih kucing kesayangan membuang di tempat yang disediakan, namun ianya perlu bagi memastikan persekitaran rumah kita tidak dicemari dengan bau-bauan serta najis yang tidak berada di tempat yang sepatutnya. Antara tips-tips yang mungkin bermanfaat buat pencinta kucing adalah seperti berikut:

1. Bersihkan bekas-bekas najis kucing dan mop lantai sehingga bersih.

Bersihkan bekas-bekas najis kucing anda dan mop lantai bagi menghilangkan segala bau najis. Ini bagi mengelakkan kucing anda daripada terbiasa membuang di kawasan yang ia sudah selesa untuk membuang.

2. Kurung kucing anda di dalam tandas

Kurung kucing anda 3 malam berturut-turut di dalam tandas bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga lepas subuh atau pukul 8 pagi. Pastikan anda tinggalkan bekas berisi makanan sekali supaya kucing anda tidak kelaparan. Ini juga adalah bagi memastikan kucing anda terbiasa dengan persekitaran untuknya membuang. Bagi yang membela dengan cara melepaskan kucing kesayangan di dalam rumah, selepas anda menggunakan teknik tersebut, ada kemungkinan kucing kesayangan anda akan membuang di tempat yang sama yang telah anda sediakan.

3. Atur masa kucing anda menggunakan tandas.

Pada yang hanya letak kucing dalam sangkar, boleh aturkan kucing anda mengikut masa. Antara waktu untuk aturkan kucing anda ke tandas adalah seperti berikut; Pagi: 6.00 – 8.00 pagi, Tengahari: 12.00 tgh – 1.30 ptg, Malam: 7.00 – 8.30 malam, Lewat malam: 12.00 – 1.00 pagi. Namun, tak semestinya perlu ikut waktu tersebut kerana tak semestinya kucing itu akan membuang setiap kali apabila dikurung.

4. Cuka

Gunakan cuka bagi menghalang kucing anda kencing ditempat yang sama kerana kucing cenderung untuk kencing ditempat yang sama dan ini akan menyebabkan kucing anda tiada pilihan lain selain hanya boleh membuang ditandas. Bersihkan tempat yang telah dicemari dengan menggunakan kain bersih sehingga kering, kemudian bilas dengan sedikit air dan cuka bagi menghilangkan bau dari air kencing kucing anda.

5. Ajar kucing anda cara menggunakan bekas pasir

Sediakan kawasan atau bekas berpasir untuk kucing dan ajar mereka cara menggunakannya. Sebaik-baiknya letakkan didalam tandas supaya kucing anda senang menyesuaikan diri ketika berada didalam tandas.

6. Beli toilet train kit untuk kucing

Kit ini didatangi dengan tahap tahap yang berbeza. Untuk tahap pertama bekas 1 letakkan pasir kucing dan biarkan kucing anda membuang najis dan kencing di situ. Apabila kucing anda makin mahir, tukar ke tahap yang seterusnya di mana bekas 2 dibuang sehinggalah kucing anda da pandai menggunakan tandas tanpa ada pasir pun di situ. Jimat dah bab nak beli pasir kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *