Jadikan kucing sebagai hantaran. Sekali telatah kucing ini yang meraih perhatian ramai

kucing

Gara gara tunangnya menhadiahkan seekor kucing sebagai salah satu hantaran, tak semena mena majlis pertunangan Yusmadiella raih perhatian. Sebelum ini, dikhabarkan ramai juga menjadikan kucing sebagai salah satu barang hantaran .

Namun begitu, ia masih dianggap unik bagi sesetengah orang. Malahan erkara itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini. Jelas Yusmadiella, tunangnya iaitu Abdul Qaiyum dan dirinya senidri meminati haiwan itu. Selepas sahaja dikongsi di FB, posting terbut meraih perhatian ramai.

Yusmadiella menceritakan kucing kacukn Parsi dan British Shorthair adalah pemberian tunangnya keran tahu dirinya sangat suka haiwan tersebut.”Memang plan dari awal dah sebenarnya. Memang dia nak bagi hantaran kucing tapi susah juga nak dapat. Seminggu sebelum majlis baru jumpa kucing yang dia nak bagi.”Dari kecil lagi minat dengan kucing, tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang rasa macam ada satu chemistry yang kuat dengan kucing. Ia boleh buat kita happy dan hilangkan stres, pencinta kucing yang lain mesti faham apa yang saya maksudkan,” cerita wanita berusia 24 tahun dari Sarawak ini.

Dia namakan kucing istimewa itu sebagai Bijibu Ashley, Yusmadiella memberitahu setakat ini dia memiliki tiga ekor kucing kesemuanya.Tambah wanita ini lagi, sebagai balasan, dia menghadiahkan set barang memancing kepada tunangnya itu.

“Sebenarnya kami berbalas hantaran berdasarkan minat masing-masning. Bakal suami minat memancing, dia bagi saya Bijibu, saya balas bagi mesin pancing Abu Garcia. Jadi di sini kami sama-sama menghormati minat masing-masing,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai majlis pertunangan yang berlangsung pada 2 Ogos lalu,

Jelasnya lagi, “Ia tak behave pun sebab asyik nak keluar dari dulang je. Mungkin dia rasa pelik sebab jadi tumpuan. Tetamu pun tengok macam pelik je hantaran bagi kucing kan, jarang tengok orang buat.”Memang haru biru sebab Bijibu tahu nak main je. Tak nak duduk diam-diam satu tempat. Banyak shot yang jurugambar ambil, siap pakej dia keluar dari dulang lagi. Boleh pula dia buat tak tahu je.

“Mujur tak lompat keluar… kalau lompat keluar rumah, mahu menangis tengok. Tapi pujian pada jurufoto sebab bertungkus lumus berusaha untuk ambil shot yang terbaik,” ceritanya.Tidak keberatan berkongsi cerita detik perkenalan bersama tunangnya, Yusmadiella mendedahkan mereka sebenarnya pernah menuntut di sekolah menengah yang sama di Sarawak.

“Tapi masa sekolah kami memang tak kenal dan tak berkawan langsung, sebab kelas lain-lain. Baru berkenalan awal tahun lepas.”Cuma yang bestnya bila dia sebenarnya dah menyimpan hati sejak dari sekolah dulu lagi tapi baru sekarang berani nak luah. Tak lama lepas tu kami terus buat keputusan untuk bertunang.”InsyaAllah majlis kahwin kami tahun depan nanti nak buat photoshoot sekali dengan si Bijibu Ashley,” ujarnya.

Banyak Pantang Larang Yang Perlu Diikut Untuk Menjaga Anak Kucing. Ianya Untuk Mengelakkan Perkara Ini Berlaku.

Anak kucing yang baharu lahir memerlukan penjagaan rapi agar ia dapat membesar dengan sihat. Menjaga anak kucing yang baharu lahir bukan perkara mudah. Ini kerana terdapat beberapa pantang larang yang perlu dititikberatkan agar ia dapat membesar dengan baik.

Ini termasuklah dengan menghindar daripada menyentuh anak kucing yang baharu lahir kerana ia boleh menyebabkan si ibu tidak mengenali anaknya serta enggan menyusukan mereka. Jika ia telah dipegang oleh manusia maka baunya akan berbeza dan menyebabkan si ibu kucing enggan menjaga dan mengabaikannya.

Susu yang sesuai memberi kesan kepada tumbesaran anak kucing.

Kebiasaannya, si ibu akan menjilat bayinya sebaik dilahirkan untuk mewujudkan bau khas mereka. Oleh sebab itu, sebaik-baiknya elak daripada menyentuh anak kucing pada minggu pertama ia dilahirkan dan sekiranya perlu berbuat demikian pakai sarung tangan ketika memegangnya. Sementara itu, pada empat minggu pertama, anak kucing akan minum susu ibunya tetapi jika ia dipisahkan daripada ibunya, ia perlu diberikan susu yang sesuai memandangkan ia memerlukan tenaga untuk membesar.

Anak kucing juga lebih kerap minum susu dalam tempoh itu sebelum boleh diberikan makanan mentah. Tidak hanya menjaga makan dan minumnya, pemilik juga perlu memastikan berat anak kucing dalam keadaan normal iaitu dalam lingkungan 300 gram dan memerhatikan peningkatannya dalam tempoh empat minggu. Jika berat badannya tidak meningkat, ada kemungkinan anak kucing mengalami masalah dan memerlukan rawatan di klinik haiwan. Jika keperluan dan penjagaan diberikan sebaiknya, anak kucing berpotensi membesar dengan sihat dan ceria.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Merupakan Haiwan Peliharaan Yang Paling Manja. Namun Pasti 15 Fakta Kucing Yang Belum Anda Ketahui.

Kucing antara haiwan peliharaan yang sangat manja dan menjadi pilihan ramai untuk membelanya. Perwatakannya juga mampu membuat setiap orang jatuh cinta. Namun, pastilah tidak semua kucing itu mempunyai ragam dan perwatakan yang sama. Pasti ada perkara yang tidak semua orang tahu soal ragam kucing peliharaan anda. Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun, kucing sebenarnya mempunyai fakta yang terkait padanya yang tidak semua orang tahu.

Kucing bukan sahaja tempat untuk kita meluangkan masa untuk bermain. Namun, ia juga boleh mengurangkan tekanan dalam diri manusia. Kucing antara haiwan peliharaan yang mampu memahami perasaan manusia dengan lebih mendalam dan ianya juga mampu menghilangkan tekanan yang dilalui oleh manusia.

1. Kucing boleh mengesan gegaran bumi dengan lebih cekap. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gegaran bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.

2. Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah. 3. Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.

4. Kucing tidak memahami sebab mereka dihukum jika melakukan kesalahan. Mereka harus dipuji dan diberi ganjaran untuk tingkah laku yang diingini sebaliknya.

5. Kucing menghidu hidung masing-masing kala bertemu. Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.

6. Saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’. 7. Kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida. 8. Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usia.

9. Mereka masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya. 10. Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau kehilangan jika memakan coklat. 11. Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar, cuba kedip mata anda dan pandang ke arah lain kala merenung matanya.

12. Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat. 13. Kucing boleh menerima haba atau kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun.

14. Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya. 15. Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *