Kucing ini didapati positif covid19. Kucing ini terpaksa dikuarantin selepas disahkan positif selepas jalani ujian swab test

kucing

Lepas seekor kucing jalani ujian swab, tak sangka kucing tersebut disahkan positif Covid19. Sejurus selepas itu, kucing itu diarahkan jalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif semasa berkjung ke sebuah klinik veterinar.

Nikolai Vlasov selaku Timbalan Ketua Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Rusia memaklumkan kucing itu didapati positif selepas jalani ujian swab test. Kemudian, kucing itu dihantar pulang dengan pemiliknya diarahkan mengurng haiwan itu di kediamannya.

Walaupun dikuarantin, Vlasov menegaskan tiada langkah khas yang perlu dilakukan kerana tiada bukti bahawa kucing boleh menyebarkan jangkitan tersebut kepada manusia.”Sekarang tiada sebab untuk mengambil langkah-langkah khas mengenai haiwan peliharaan atau binatang buas yang boleh membahayakan kesihatan mereka, atau mungkin memberi kesan negatif kepada biodiversiti,” katanya.

Satu kajian saintifik yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan New England awal bulan ini menunjukkan bahawa kucing boleh menjangkiti antara satu sama lain dengan pandemik itu tetapi mereka tidak mungkin jatuh sakit.Kesemua kucing yang diperiksa sebagai sebahagian daripada kajian itu didapati bebas virus tersebut dalam tempoh enam hari.

Isu Sama Ada Kucing Perlu Dimandikan Atau Tidak. Doktor Ini Tampil Beri Jawapan Yang Sebenar

Percaya atau tidak, sebenaenya kucong peliharaan anda boleh membersihakan dirinya sendiri. Macam yang kita sedia tahu,untuk memandikan seekor kucing adalah suatu perkara yang amat sukar kerana haiwan itu tidak menyukai air,

Jika anda ingin tahu, sebenarnya kucing tak perlu dimandikan pun. Ujar pakar haiwan, “Seekor kucing yang sihat menghabiskan sehingga 40 peratus waktunya untuk membersihkan diri sendiri,” kata pakar haiwan, Dawn LaFontaine.Dawn berkata, kucing memberikan perhatian berterusan untuk membersihkan diri, justeru pemilik tidak perlu memandikannya.

Namun begitu, masih ada beberapa perkara khusus yang mana kucing perlu dibantu untuk membersihkan diri. Contohnya si bulus dengan masalah arthritis, sakit, berat badan berlebihan dan mengalami kemrungan.Kucing dengan bulu yang panjang juga mungkin memerlukan pertolongan tambahan bagi membersihkan dirinya atau si comel yang akibat terkena kotoran seperti lumpur. Pertolongan itu diperlukan bagi memastikan kucing anda tidak menjliat kekotoran yang boleh menyebabkan masalah lain.

Untuk pengetahuan kucing secara semulajadinya adalah haiwan yang pembersih dan akan menggunakan lidah untuk membersihkan dirinya.”Lidah mereka mempunyai bulu yang mampu memindahkan air liur mereka secara efektif ke bahagian bulu dan kulit untuk membersihkannya. Kucing juga dapat menggunakan kukunya yang dibasahi air liur untuk membersihkan bahagian lain seperti wajah, leher dan telinga.

Oleh itu, Dawn memberitahu tidak salah memandikan kucing tetapi sebaik-baiknya ia tidak dilakukan selalu apatah lagi menggunakan syampu dan sabun.Ini kerana kucing yang kerap dimandikan boleh menyebabkan lapisan bakteria pada kulit mereka hilang sedangkan si bulus memerlukannya bagi menjaga kesihatan usus mereka. Ini termasuklah melindungi diri daripada sakit, meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penghadaman.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Ingat Kucing Boleh Makan Semua Makanan. Doktor Ini Dedahkan Satu Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kucing

Bagi pencinta kucing sudah tentu mengetahui ada makanan yang tidak boleh diberi sebarangan kepada kucing kesayangan. Dan pasti ada antara daripada korang terfikir yang kucing boleh makan apa sahaja kan. Namun begitu,tanggapan anda salah. Berdasarkan perkongsian Di Twitter,ada seekor anjing yang mula mnth lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh kanak kanak.

Nak salah kan budak pun tak boleh juga. Jadi kita sebagai orang dewasa haruslah mengawasi anak anak supaya perkara yang sama tidak berlaku. Difahamkan doktor yang telah meraw4t anjing itu mengatakan bahan dalam coklat mengalami kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan

Jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan itu boleh terkena saw4n. Alahai kesian haiwan tu tau. Seterusnya, lelaki yang dikenali sebagai ATukNature sempat menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan beri coklat.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *