Ibu bapa boleh berhenti harapkan ubat untuk bantu anak lebih tinggi. Ini 4 tips semulajadi yang anda boleh gunakan.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang khuatir bila ketinggian anaknya yang kurang daripada budak seusianya. Namun, tidak mustahil pasti akan ada anak mereka yang ketinggiannya tidak normal dengan umurnya. Apabila terlalu risau, pasti akan ada ibu bapa yang cuba usaha dengan membeli vitamin ataupun ubat untuk menambah ketinggian. Namun ianya bukanlah akan sentiasa mendapat keputusan yang positif. Malah pasti akan ada kesan sampinga pada diri anak mereka.

Bagi maklumat korang, ketinggian manusia 65-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik. Selain itu, ketinggian seseorang akan terhenti pada umur 21 bagi lelaki dan 18 tahun bagi perempuan. Oleh itu, bagi mereka yang belum mencapai umur berikut, kalian masih ada peluang untuk tambah ketinggian. Tapi macam mana? Berdasarkan sebuah posting Public Health Malaysia melalui laman Facebook, mereka ada berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan untuk menambah ketinggian dengan cara yang selamat.

4 tips bagi anak tinggi

  1. Pemakanan seimbang dan pendedahan cahaya matahari pagi untuk mendapatkan Vitamin D untuk menyerap kalsium.
  2. Tidur yang cukup antara 6 hingga 8 jam
  3. Aktif dalam aktiviti fizikal supaya dapat merangsang pertumbuhan otot dan hormon pertumbuhan
  4. Elakkan dari terlibat atau terdedah dengan asap rokok kerana kandungan asap rokok mampu membantutkan pertumbuhan seseorang

Jadi untuk ibu bapa bolehlah amalkan tips-tips yang telah dikongsikan dengan anak-anak. Untuk para remaja pun masih sempat sebenarnya. Tapi apa-apa pun, kurang ketinggian bukanlah sebuah kelainan daripada orang lain. Kita perlu hargai diri kita dan bersyukur dengan kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Budak 12 Tahun Telah Disahkan Pergi Menghadap Illahi Hanya Kerana Sakit Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Ia Berpunca Daripada Telefon.

Gambar sekadar hiasan.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang. Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, individu tersebut telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, individu tersebut telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan individu juga tak boleh digerakkan langsung jadi individu kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Dalam kejadian yang menimpa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia telah pergi akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar. Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik.

“Dia orang Kelantan, memang rajin masak. Dulu kat universiti, saya dengan dia pernah masuk pertandingan memasak. Kami jadi juara. Saya pun boleh masak tapi tak sehebat dia. Minta masakan apa pun mesti dia boleh buat. Memang hobi dia. Dia nak masak apa-apa, kadang-kadang tak perlu tengok resepi. Rasa bertuah sangat, apa yang kita nak makan, mesti dia boleh masak. Dia belajar dengan mak dia. Antara yang paling saya suka, ayam percik Kelantan dengan spaghetti carbonara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syahmi berkata dia sama sekali tidak menyangka posting mengenai sahabatnya itu akan tular sehingga menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet). Selain komen pujian, ramai warganet turut berkongsi kisah suka duka bersama rakan serumah masing-masing.

Paparan perbualan WhatsApp antara Farizuan serta rakan serumah yang lain tular di Twitter.

“Saya pun terkejut bila ia viral. Saya cerita pada Farizuan, ada orang di Twitter minta resepi dan sebagainya. Dia seorang yang pemalu, Twitter pun dia tak ada. Hanya ada Facebook. Ramai juga yang komen cerita perangai housemate masing-masing. Semua cerita yang dikongsi tu saya anggap sebagai satu pengalaman baharu bagi saya,” ujarnya lagi.

Malah, Syahmie juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar dapat hidup harmoni bersama rakan-rakan serumah. “Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Kalau kita prihatin, InsyaAllah mereka juga akan prihatin dengan kita,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *