Pelbagai sebab yang boleh terjerumus kepada tekanan yang teruk. Rupanya ini antara 5 tanda tekanan yang tanpa kita sedari.

Kehidupan KESIHATAN tips

Terdapat pelbagai sebab yang boleh membuatkan diri seseorang itu terjerumus kepada tekanan yang teruk dan boleh menjejasan kesihatan dan kehidupannya. Malah perkara ini bukanlah sesuatu perkara yang baru untuk masyarakat di seluruh dunia.

Setiap orang pasti tahu akan masalah ini tetapi tidak dinafikan yang ianya kurang pendedahan dan punca sebenar yang boleh memberi kesan lebih parah buat seseorang pesakit itu.Lebih mengejutkan lagi statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menunjukkan kes tekanan yang teruk ini semakin meningkat sejak penularan wabak Covid-19 ini berlaku.

Tekanan yang teruk ini bukan sahaja memberi kesan terhadap masalah pemikiran yang dialami. Malah ianya juga mempunyai beberapa hal ringan yang boleh jadi sebagai penyebabnya. Antara perkara yang penting untuk anda ketahuinya adalah sekecil mana perbuatan atau tabiat yang boleh menyebabkan kemurungan. Berikut merupakan lima tabiat yang tanpa disedari mendorong seseorang kepada masalah mental iaitu tekanan yang lebih teruk.

1. Pengambilan makanan ringan

Secara tidak sedar sebenarnya pengambilan makanan ringan yang berlebihan seperti keropok, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya mampu mendorong seseorang mengalami tekanan yang lebih teruk. Ada kajian mendapati seseorang yang menjaga pola makanan lebih sihat mempunyai risiko rendah untuk berdepan masalah mental ini. Tidak dinafikan ada juga antara mereka yang stres terhadap sesuatu perkara akan menggembirakan hati dengan makan makanan ringan sehingga lupa kesan mendatang.

2. Bergantung pada gajet

Terlalu bergantung kepada teknologi sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Ia dapat merosakkan minda anda. Kadang kala ada antara mereka melihat telefon, membuka laptop, menggunakan tablet dan menonton TV pada suatu masa. Hal tersebut dapat mendorong gejala tekanan yang lebih teruk dan kecemasan sosial lebih banyak.

3. Tidak banyak bergerak

Tahukah anda pergerakan tubuh badan memainkan peranan dalam masalah mental seperti tekanan yang lebih teruk. Biarpun terpaksa berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan banyak aktiviti lain yang boleh dibuat dan mampu mengatasi masalah kurang pergerakan. Antaranya ada boleh lakukan senaman atau melakukan perkara yang berfaedah bagi membentuk suasana hati yang ceria.

4. Dikelilingi orang-orang negatif

Ini penting untuk kesihatan mental kerana sekiranya anda dikelilingi dengan orang-orang negatif ia secara tidak langsung menimbulkan suasana tidak baik dalam diri anda. Fikiran akan terganggu dan anda akan menjadi seseorang yang suka mengeluh. Cari rakan-rakan yang dapat memberikan kebaikan pada diri anda bagi mengurangkan kemungkinan berdepan masalah depresi.

5. Tidak terdedah kepada pemandangan hijau

Jika terlalu banyak terperuk di dalam rumah atau menyibukkan diri dengan suasana kerja. Anda akan merasakan diri tidak produktif sehinggakan rasa bosan yang melampau. Hal ini berpotensi tinggi menyebabkan anda stres yang teruk sehinggakan tanpa sedar anda tergolong dalam penderita stres yang lebih teruk.

Pasti Ada Yang Berasa Sepi Tanpa Disedari Oleh Dirinya Sendiri. Rupanya Ada Beberapa Perkara Yang Boleh Kita Atasi Dengan Sendiri.

Sepi mempunyai pelbagai maksud tetapi umumnya menggambarkan perasaan hampa, sunyi, tiada kehidupan sosial serta mengalami tekanan. Norma baharu ini juga sedikit sebanyak pasti akan membuatkan sesetengah orang itu mempunyai tekanan dan boleh mengundang ke arah yang lebih teruk. Sepi ini sebenarnya sesuatu perkara yang tidak bagus buat seseorang itu. Malah ianya pasti ada cara untuk mengatasinya.Jika anda salah seorang yang rasa diri dalam kesepian, ikuti cara ini untuk mengatasinya:

1. Tidur secukupnya

Kebanyakan orang yang berasa sepi dalam hidupnya pasti akan mengalami gangguan tidur. Hal ini kerana, orang yang berasa sepi akan membuatkan mereka ini menjadi terlalu banyak terfikir terhadap sesuatu perkara dan akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur.Oleh itu, jika anda berasa rasa sunyi, penuhi jadual dengan aktiviti berfaedah agar anda mempunyai hari yang produktif dan mudah untuk tidur di malam hari.

2. Fahami perasaan sendiri

Ia merupakan perkara biasa jika sesekali anda berasa sunyi, tetapi jika perasaan itu kerap kali dirasai anda perlu ambil tahu apakah sebabnya. Jangan menidakkan perasaan anda dan jika anda rasa perlukan teman untuk bercerita, luahankan pada mereka. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.

3. Jauhi media sosial

Beberapa kajian mendapati rasa sepi itu terjadi ketika seseorang membandingkan hidup mereka dengan orang lain yang dilihat di media sosial. Jauhi sifat ini kerana ia ternyata dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan mental anda – cara terbaik, jauhi media sosial.

4. Fokus pada kualiti bukan kuantiti

Tidak terkecuali perasaan sepi berlaku apabila mereka merasakan diri mereka kurang bersosial dan tidak ramai kenalan berbanding orang lain. Mereka hanya hidup dalam kumpulan kecil (small circle) dan tidak mempunyai ramai tempat untuk bergantung. Tahukah anda kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tidak bermaksud ramai lebih bagus daripada sedikit. Jika yang sedikit itu lebih setia dan memahami anda kenapa perlu ramai yang tidak mampu memberikan anda kebahagiaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Rupanya Mesin Penapis Air Adalah Antara Punca Kenaikan Bil Elektrik. Ini Tips Untuk Anda.

Selain daripada penghawa dingin dan peti sejuk, Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh berkata penapis air juga antara penyumbang utama bil eletrik meningkat Ini kerana mesin penapis air mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dan ia menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang. Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.”

Oleh sebab itu, lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk.

Ismail Lathifi memberi contoh, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan. Katanya lagi, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celsius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik, katanya.

“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” Beliau juga turut menyarankan pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *