Covid 19 boleh menghilangkan deria bau keada pesakit. Sekali ini cara rawatan semulajadinya untuk bantu kembalikan deria bau.

Covid 19 KESIHATAN tips

Latihan mencium bau-bauan boleh membantu kita untuk mengembalikan deria bau dalam badan kita. Cara ini boleh mengubati masalah anosmia yang secara semulajadinya boleh dipraktikkan menerusi latihan cium bau untuk mengembalikan dan mengasah deria bau tersebut.

Apa yang diketahui oleh semua, anosmia adalah satu sakit yang di mana hidung manusia tidak dapat mengesan sebarang bau yang berada di sekeliling mereka. Antara penyebab anosmia ialah ianya berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah jangkitan virus yang menganggu saluran pernafasan, sinus yang teruk, luka di bahagian kepala dan gangguan saraf seperti angin ahmar atau parkinson. Anosmia juga merupakan gejala Covid-19 yang biasa berlaku pada pesakit.

Cara merawat anosmia dengan latihan mencium bau

New Medical melaporkan cara merawat anosmia boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan empat bahan yang memiliki aroma berbeza seperti bunga, buah-buahan seperti kulit lemon, kayu manis, kopi, vanila atau pun minyak wangi. Pesakit hanya perlu mencium aroma bahan yang dipilih sekurang-kurangnya 30 saat, dua kali sehari. Latihan itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya empat bulan kerana semakin lama ia dilakukan, deria bau seseorang akan bertambah baik.

Ibu Langsung Tak Bau Minyak Atar. Pemuda Ini Kongsi Tanda Tanda Yang Ada Pada Ibunya Sebelum Disahkan Positif Covid19

Macam yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid19, virus itu sudah berada dalam komuniti kita. Tanpa disedari, seseorang itu mungkin terdedah kepada jangkitan virus ini. Itulah yang dilalui oleh seorang anak apabila ibu kesayangan dijangkiti Covid19.

“Pada masa ini, virus sudah berada dalam kalangan kita. Sesiapa sahaja boleh positif Covid-19,” tulis seorang pemuda menerusi ciapan di laman Twitter sehingga menjadi tular.Perkongsian Amir (bukan nama sebenar) sehingga menjadi tular. Kata pemuda berkenaan, Amir (bukan nama sebenar) berkata, ibunya yang berusia 50an disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Anak muda berusia 20an itu memberitahu, ibunya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mengalami beberapa gejala seperti demam, penat dan sakit tekak.”Susulan keputusan positif Covid-19, mak saya dibawa dengan menaiki ambulans ke Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) untuk menjalani rawatan,” katanya ketika dihubungi yang merujuk kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang, Selangor itu.

“Mula-mula mak mengalami demam, kejap elok dan kejap tak okay selama beberapa hari. Bila buat ujian RTK keputusan mak adalah negatif.”Tapi mak kemudian hilang deria rasa dan bau. Paling ketara, mak langsung tak bau minyak atar, minyak wangi yang baunya cukup kuat yang kebiasaannya dipakai oleh orang Arab. Kat rumah ni, ayah yang selalu pakai minyak atar.”Bayangkan kalau minyak atar tu kalau imam pakai kat atas mimbar di masjid… makmum yang baru datang masa tahiyat akhir ketika solat berjemaah pun boleh bau. Tapi mak memang tak bau,” ujarnya yang menetap di Selangor.

Sehubungan itu, Amir menasihatkan semua pihak yang mengalami gejala terutama mereka dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 agar segera membuat ujian saringan.Jelas Amir, ibunya bagaimanapun bukanlah kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu tetapi dipercayai kes jangkitan dalam komuniti atau kes sporadik.

Amir kini menjalani kuarantin di rumah.”Demam, sakit tekak, sakit kepalanya semuanya simptom. Jangan takut untuk buat ujian, adalah lebih baik kita tahu apakah status kita sekiranya ada gejala atau kontak rapat daripada nanti memberi kesan kepada ahli keluarga kita.”Walaupun keputusan positif, janganlah marah atau nak salahkan mereka (pesakit Covid-19) yang memang dah cukup sedih.

“Faham anda terkejut, risau terjangkit tapi orang yang positif Covid-19 ni tak minta pun terkena, apatah lagi nak jangkitkan kepada orang. Adalah lebih baik kita memberi sokongan antara satu sama lain,” tambahnya.Susulan menjadi kontak rapat, Amir memaklumkan telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.”Saya kini menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Saya mohon kepada semua mendoakan agar mak saya diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya.

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.

4. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *