Setiap kediaman pemilik kucing pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan. Ini 10 cara mudah untuk anda hilangkannya.

Kehidupan kucing tips

Setiap rumah pemilik kucing pasti akan ada satu bau yang kurang menyenangkan hati tetamu mahupun pemilik rumah. Ianya mungkin disebabkan bau daripada najis si bulus anda ditambah pula dengan bulu mereka yang ada melekat di karpet dan perabot, menjadikan rumah tidak selesa dihuni. Walau sayang bagaimana pun anda pada kucing, tak mungkin ada yang sanggup tinggal di rumah yang berbau tengik dan kotor.

Jadi bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan ini buat selama-lamanya tanpa perlu mengorbankan haiwan kesayangan? Anda boleh saja gunakan pencuci yang terdapat di rak-rak supermarket ataupun, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati dirumah. Anda juga boleh mengurangkan bau busuk dengan meletakkan litter box kucing di tempat yang terbuka dan jauh dari kawasan berkumpul. Disamping itu, pastikan anda mengekalkan kebersihan di rumah dan juga kebersihan si comel agar udara rumah anda sentiasa segar dan bebas dari bau kucing.

CARA 1 : Gunakan cuka.

Hilangkan bau buang air kecil si kucing anda dengan menggunakan pembersih yang diperbuat daripada cuka putih. Letakkan satu bahagian air dan satu bahagian cuka putih dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran tersebut di kawasan yang berbau. Biarkan cuka selama beberapa minit supaya ia dapat menyerap sekali bau air kecil kucing.

  • Untuk kawasan yang besar, anda boleh cuba cara ini dengan menggunakan kain bersih yang direndam dalam cuka.
  • Bagi kawasan berkarpet pula, anda boleh menggunakan pembersih permaidani yang dicampur dengan sedikit cuka untuk menghilangkan bau air kencing. Tapi hati-hati, kerana cuka mempunyai pH yang rendah jadi ia mungkin akan merosakkan karpet. Lakukan patch-test pada sebahagian kecil dahulu sebelum menggunakan rawatan cuka ini.

CARA 2 : Cuba pembersih enzyme.

Air kecil kucing terdiri daripada komponen-komponen yang memerlukan enzyme untuk dibersihkan. Anda boleh dapatkan pembersih enzyme di mana-mana petstore atau secara online. Ikut arahan pada label dengan teliti untuk digunakan pada kawasan yang berbau kucing.

  • Jangan campurkan pembersih enzyme dengan produk kering yang lain. Bahan-bahan dalam produk pembersihan lain boleh melemahkan potensi pembersih enzyme.
  • Beberapa pembersih enzyme boleh merosakkan gentian kayu. Jika anda perlu untuk membersihkan lantai kayu atau perabot kayu, pastikan anda beli pembersih enzyme yang sesuai untuk digunakan pada kayu.

CARA 3 : Sapukan penyegar udara semulajadi.

Satu lagi cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan bau kucing adalah dengan menggunakan penyegar udara semula jadi dibuat daripada baking soda. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 sudu teh serbuk cengkih, dan 1 cawan herba seperti rosemary atau lavender kering. Renjiskan pembersih pada permaidani atau pada perabot yang mempunyai bau kucing. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan kemudian vakum sehingga betul-betul puas hati.

CARA 4 : Dapatkan khidmat profesional.

Jika rumah anda berbau pintu kucing dan pembersih biasa tidak berjaya menyingkirkannya, sila dapatkan bantuan pembersih profesional. Cari pembersih permaidani profesional untuk menangani apa-apa kesan dan menghilangkan bau kucing pada permaidani anda. Dan dapatkan khidmat pencuci lantai profesional yang boleh datang kerumah untuk menghilangkan bau pada kayu atau jubin. Kebanyakan pembersih profesional memang sudah mahir dalam mengeluarkan bau yang berkaitan kucing di rumah.

CARA 5 : Kosongkan bekas pasir secara teratur.

Perikasa bekas pasir kucing anda sekurang-kurangnya sekali untuk dua kali dalam sehari. Cedok dan keluarkan apa-apa najis dan gumpalan air kencing dari bekas secepat mungkin supaya bau tidak dibiarkan ‘berlegar-legar’ diudara terlalu lama. Latih kucing anda untuk menggunakan bekas pasir agar anak-anak bulu ini tidak terbiasa kencing di kawasan lain didalam rumah anda.

  • Jadikan aktiviti membersih bekas pasir sebagai rutin anda setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan cara ini, mana-mana najis atau air kencing dalam bekas pasir tersebut tidak dibiarkan untuk tempoh masa yang lebih dari sepatutnya dan menyebarkan bau busuk keseluruh rumah.
  • Tukar pasir didalam bekas dua kali sebulan untuk memastikan ia sentiasa segar. Cuci bekas sebersih yang mungkin setiap kali anda menukar pasir agar kawasan tersebut bebas bau kucing.

CARA 6 : Pastikan anda mempunyai lebih dari satu bekas pasir.

Letakkan bekas pasir dibeberapa tempat berbeza dan bersihkannya dengan kerap. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari seekor kucing, mempunyai bekas pasir yang berbeza buat setiap kucing akan mengurangkan risiko bau busuk. Pastikan setiap kucing mempunyai privasi semamsa menjalankan ‘projek’. Dengan mempunyai lebih dari satu bekas pasir, anda juga dapat mengelakkan daripada perlu membasuh sebuah bekas yang dipenuhi najis busuk yang datang daripada beberapa ekor kucing.

  • Jika anda mempunyai 2 kucing, anda disyorkan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 bekas pasir.
  • Jika rumah anda dua tigkat atau lebih, cuba untuk letakkan bekas pasir pada setiap tingkat bagi memudahkan kucing membuang air.

CARA 7 : Vakum tempat bermain kucing.

Gunakan vakum khas untuk membersihkan bulu-bulu haiwan kesayangan anda itu. Vakum seluruh kawasan dan tempat kegemaran si bulu untuk bermain. Pastikan juga anda vakum perabot, karpet, dan celah-celah almari atau pasu serta kawasan lain yang berpotensi. Cuba untuk vakum kawasan-kawasan ini seminggu sekali supaya tidak ada bulu atau kotoran kucing yang akan membawa kepada bau busuk.

  • Tidak salah jika melabur lebih sedikit untuk vakum yang canggih agar kerja-kerja membersih lebih mudah dan cepat.

CARA 8 : Pastikan kawasan makan kucing bersih.

Untuk mengurangkan bau di rumah anda, kekalkan kebersihan bekas makanan dan minuman kucing. Elakkan membiar makanan semalaman tanpa dibasuh bekasnya. Dengan memastikan bekas makanan sentiasa terjaga dan dibasuh bersih, ruangan dirumah anda akan terjamin bebas bau busuk dan bebas bakteria merbahaya.

CARA 9 : Bawa kucing anda grooming .

Sentiasa pastikan kucing di groom bersih dan kemas. Jadikan ia rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memberus buku, trim kuku dan membersihkan telinga kucing daripada segala kotoran dan kuman yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anda Pasti Pernah Bermain Dengan Si Bulus Gunakan Benang Atau Tali. Tak Sangka Rupanya Ada Risikonya Sendiri Yang Perlu Dielakkan.

Bermain dengan haiwan peliharaan itu memang digalakkan. Tetapi tidak semua permainan itu digalakkan. Ianya pasti ada permainan yang boleh mendatangkan bahaya. Kucing juga mempunyai perwatakan sama seperti haiwan lain iaitu suka bermain untuk kekal aktif dan menghilangkan bosan.

Berbagai jenis alat permainan yang dibuat hanya untuk haiwan kesayangan anda. Namun, anda seharusnya mengelakkan bermain dengan menggunakan tali atau benang kerana ianya akan mendatangkan risiko buat haiwan kesayangan. Namun, anda harus cari objek selain benang mahupun tali untuk bermain dengan kucing peliharaan anda. Antara risiko yang bakal terjadi pada si kucing anda sekiranya bermain dengan benang mahupun tali ;

Jika tertelan benang atau tali, ia boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan kucing.

1. Tersedak

Antara anda perlu tahu, kucing ini selain daripada bermain, ianya juga sangat gemar makan dan mengunyah objek yang dipegangnya. Hal ini boleh sebabkan si bulus anda tersedak mengunyah gumpalan benang lebih-lebih lagi ketika sedang seronok melompat-lompat. Jika tiba-tiba melihat perubahan pada kucing anda seperti tersedak segeralah bawa berjumpa doktor haiwan untuk mengeluarkannya.

2. Masalah pencernaan

Jika kucing anda tertelan tali ataupun benang, ianya boleh membuatkan sukar mencerna. Namun ianya boleh mendatangkan lebih teruk sekiranya tali ataupun benang tersebut tersekat di saluran penghadamannya. Ianya juga mendatangkan luka pada usus dan jangkitan yang boleh menyebabkan sehingga kehilangan buat selamanya.

3. Terbelit

Antara kejadian yang bakal berlaku pada si bulus anda sekianya tali itu terbelit pada leher, kaki dan ekornya yang boleh membawa bahaya kepadanya. Dalam kes terburuk, ia boleh menyebabkan kucing mengalami luka akibat ia cuba melepaskan diri daripada terbelit. Jadi berhati-hati jika si bulus gemar bermain dengan tali, takut perkara tidak diingini berlaku tanpa sedar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Tak Tahu Cara Untuk Mengetahui Usia Kucing Peliharaan. Ini 4 Cara Untuk Tahu Usia Sebenar Kucing

Bagi pencinta kucing, ia menjadi suatu kawajiban untuk mengetahui usia sebenar kucing kesayangan anda. Adakah anda pernah terfikir usia sebenar kucing anda dan sampai bila dia boleh bertahan hidup? Berdasarkan kajian, kucing yang dipelihara dari rumah akan hidup lama berbanding kucing yang terbiar.Rata rata usia kucing maksimum sekitar 13 tahun hingga 17 tahun. Dan berikut adalah cara untuk anda tahu usia kucing anda.

Pertama, melalui gigi. Ada yang mendapati usia kucing boleh dilihat melalui giginya. Kebiasaannya gigi anak kucing akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu. Justeru , ia menjadikan gigi sebagai penentu usia mereka. Tak lama kemudian gigi kucing mula berkembang pada usianya cecah tifa ke empat bulan.

Manakala, gigi kekal akan mula mengganti gigi susu sepenuhnya ketika ia berusia enam bulan.Bagi kucing yang lebih berusia, jumlah karang gigi boleh menjadi pengukur usia mereka.

Kedua,kematangan sksual. Rupanya usia kucing boleh diukur daripada tanda tanda akil baligh. Contohnya testikal bagi kucing jantan yang lebih menonjol. Manakala kucing betina pula akan alami kitaran estrus di antara usia lima ke dua belas bulan.

Difahamkan itaran estrus ini adalah kitaran pembiakan biasa yang dialami oleh kucing betina. Kitaran berahinya pula mempunyai empat fasa iaitu proestrus, estrus, dysestrus dan anestetik.Kucing betina yang memasuki fasa proestrus akan kelihatan gelisah, alat slitnya berwarna merah dan bengkak disertai dengan peningkatan selera makan. tJusteru itu, kucing betina boleh bunting pada usianya tujuh bulan.

Ketiga, lihat bulu. Kita pasti sudah tahu bulu yang ada pada anak kucing memiliki tekstur halus dan lembut. Begitulah semakin tambah umur maka tebal lah bulu sehingga menjadi kasar. Bagi bulu kucing dewasa akan bertukar warna menjadi ebih gelap atau terang. Bagi kucing yang suah tua pula memiliki bulu putih atau kelabu.

Akhir sekali, melalui mata mereka. Kebiasaannya kucing yang sudah berusia akan memiliki mata yang lebih redup. Ianya akan berlaku pada kucing sebaik sahaja usia kucing itu mencecah 10 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *