Setiap pecinta kucing pasti teruja saat ingin menerima anak kucing baru. Namun ini panduannya yang perlu dipersiapkan sebelum kelahiran anak kucing.

Dunia Haiwan kucing

Menanti kelahiran anak kucing pertama memang mengujakan. Setiap pemilik haiwan peliharaan perlu mengambil tahu tentang beberapa perkara asas antaranya persiapan sebelum kelahiran dan persediaan ketika proses kelahiran. Di sini kami kongsikan sedikit tips untuk anda yang pertama kali menyambut kelahiran si bulus anda.

Umumnya kucing akan bunting dalam tempoh 63-65 hari. Disebabkan tempoh bunting hanyalah sekitar sembilan minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah kucing lebih berselera makan, puting susu menonjol serta kemerahan iaitu sekitar dua minggu selepas mengawan. Perutnya akan menonjol dan semakin lama semakin membesar.

Anda boleh membawanya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut. Secara purata kucing akan melahirkan 3-4 ekor anak. Namun, ada yang hanya dua ekor bagi kucing yang pertama kali bunting ataupun boleh jadi enam sekaligus.

PERSIAPAN SEBELUM KELAHIRAN

Sediakan kotak kosong yang dialas atau tempat yang selesa untuk si ibu melahirkan anaknya. Kebiasaan ibu kucing lebih tertumpu pada kawasan yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak. Sewaktu melahirkan anak, ibu kucing tidak selesa jika persekitarannya terlalu terbuka dan mudah didekati kucing lain.

KETIKA KELAHIRAN

Setiap ibu kucing akan menjilat dan membuang lendiran yang melekat pada anak kucing, namun jika tidak, risiko anak kucing akan pergi kerana lemas adalah tinggi. Sekiranya situasi ini berlaku, pemilik kucing perlu campur tangan untuk mengelakkannya pergi buat selamanya. Anda boleh membersihkan selaput itu dengan kain lembut sehingga kering dengan cara mengosokkanya agar dapat meransang anak kucing itu untuk bernafas. Pastikan hidung kucing juga tidak tersumbat dengan lendir dengan cara menyedut sisa lendir itu bagi memberikan ruang untuk anak kucing bernafas.

KESULITAN KETIKA KELAHIRAN

Selain itu, anda sebagai penjaga perlu menyediakan kelengkapan seperti sarung tangan, gunting yang telah steril (bebas dari kuman), penyepit, kapas dan sedikit iodin sebagai langkah awal sekiranya ibu kucing gagal memotong tali pusatnya. 

SELEPAS KELAHIRAN

Ketika  menjaga ibu kucing selepas kelahiran, anda perlu berhati-hati dalam mengendalikan anak-anaknya kerana takut ibu kucing akan menjauhi anak kucing jika bau anda melekat pada badan anaknya. Terdapat ibu kucing yang bertindak agresif sekiranya terdapat ‘benda asing’ cuba mendekati anaknya. Selain itu, sediakan makanan dan minuman yang cukup bagi kucing anda. Si ibu akan kehilangan tenaga, protein dan vitamin selepas melahirkan anak. Makanan yang berkhasiat dan bersih untuk si ibu agar dia dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk si bulus kecil. 

Isu Sama Ada Kucing Perlu Dimandikan Atau Tidak. Doktor Ini Tampil Beri Jawapan Yang Sebenar

Percaya atau tidak, sebenaenya kucong peliharaan anda boleh membersihakan dirinya sendiri. Macam yang kita sedia tahu,untuk memandikan seekor kucing adalah suatu perkara yang amat sukar kerana haiwan itu tidak menyukai air,

Jika anda ingin tahu, sebenarnya kucing tak perlu dimandikan pun. Ujar pakar haiwan, “Seekor kucing yang sihat menghabiskan sehingga 40 peratus waktunya untuk membersihkan diri sendiri,” kata pakar haiwan, Dawn LaFontaine.Dawn berkata, kucing memberikan perhatian berterusan untuk membersihkan diri, justeru pemilik tidak perlu memandikannya.

Namun begitu, masih ada beberapa perkara khusus yang mana kucing perlu dibantu untuk membersihkan diri. Contohnya si bulus dengan masalah arthritis, sakit, berat badan berlebihan dan mengalami kemrungan.Kucing dengan bulu yang panjang juga mungkin memerlukan pertolongan tambahan bagi membersihkan dirinya atau si comel yang akibat terkena kotoran seperti lumpur. Pertolongan itu diperlukan bagi memastikan kucing anda tidak menjliat kekotoran yang boleh menyebabkan masalah lain.

Untuk pengetahuan kucing secara semulajadinya adalah haiwan yang pembersih dan akan menggunakan lidah untuk membersihkan dirinya.”Lidah mereka mempunyai bulu yang mampu memindahkan air liur mereka secara efektif ke bahagian bulu dan kulit untuk membersihkannya. Kucing juga dapat menggunakan kukunya yang dibasahi air liur untuk membersihkan bahagian lain seperti wajah, leher dan telinga.

Oleh itu, Dawn memberitahu tidak salah memandikan kucing tetapi sebaik-baiknya ia tidak dilakukan selalu apatah lagi menggunakan syampu dan sabun.Ini kerana kucing yang kerap dimandikan boleh menyebabkan lapisan bakteria pada kulit mereka hilang sedangkan si bulus memerlukannya bagi menjaga kesihatan usus mereka. Ini termasuklah melindungi diri daripada sakit, meningkatkan sistem imunisasi dan membantu penghadaman.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Ingat Kucing Boleh Makan Semua Makanan. Doktor Ini Dedahkan Satu Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kucing

Bagi pencinta kucing sudah tentu mengetahui ada makanan yang tidak boleh diberi sebarangan kepada kucing kesayangan. Dan pasti ada antara daripada korang terfikir yang kucing boleh makan apa sahaja kan. Namun begitu,tanggapan anda salah. Berdasarkan perkongsian Di Twitter,ada seekor anjing yang mula mnth lepas termakan biskut coklat yang diberikan oleh kanak kanak.

Nak salah kan budak pun tak boleh juga. Jadi kita sebagai orang dewasa haruslah mengawasi anak anak supaya perkara yang sama tidak berlaku. Difahamkan doktor yang telah meraw4t anjing itu mengatakan bahan dalam coklat mengalami kafein di mana bahan tersebut tak sesuai dengan sistem pencernaan haiwan

Jika terambil dalam kuantiti yang berlebihan, haiwan itu boleh terkena saw4n. Alahai kesian haiwan tu tau. Seterusnya, lelaki yang dikenali sebagai ATukNature sempat menasihati orang ramai yang memelihara kucing atau anjing untuk elakkan beri coklat.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *