Ketahui 4 cara untuk mengetahui usia sebenar si bulus anda. Ini jangka hayat kucing kesayangan anda.

Haiwan kucing tips

Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui usia sebenar kucing kesayangan anda. Pernahkah anda terfikir berapa usia sebenar kucing kesayangan anda dan berapa lama ia boleh hidup? Usia si bulus sebenarnya bervariasi sesuai dengan gaya hidup dan spesisnya. Dengan kesihatan yang optimal serta gen yang baik, kucing yang dipelihara di dalam rumah biasanya akan hidup lebih lama berbanding kucing liar atau yang dibiarkan keluar berkeliaran. Rata-rata kucing mempunyai usia maksimum sekitar 13 hingga 17 tahun. Berikut adalah beberapa cara untuk mengetahui usia kucing anda.

1. Gigi

Usia kucing dapat dilihat menerusi giginya. gigi anak kucing biasanya akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu, menjadikan gigi sebagai penentu usia mereka. Kemudiannya, gigi kekal kucing berkembang, iaitu pada usianya mencecah tiga ke empat bulan. Gigi kekal akan mula mengganti gigi susu sepenuhnya ketika ia berusia enam bulan. Bagi kucing yang lebih berusia, jumlah karang gigi boleh menjadi pengukur usia mereka.

2. Kematangan seksual

Usia kucing juga dapat diukur daripada tanda-tanda akil baligh, seperti testikal bagi kucing jantan yang lebih menonjol. Kucing betina pula akan mengalami kitaran estrus di antara usia lima ke 12 bulan. Kitaran estrus ini adalah kitaran pembiakan biasa yang dialami oleh kucing betina. Kitaran berahinya pula mempunyai empat fasa iaitu proestrus, estrus, dysestrus dan anestetik. Kucing betina yang memasuki fasa proestrus akan kelihatan gelisah, alat sulitnya berwarna merah dan bengkak disertai dengan peningkatan selera makan. Kucing betina boleh bunting pada usianya tujuh bulan.

3. Bulu

Bulu pada anak kucing memiliki tekstur halus dan lembut. Seiring dengan pertambahan usianya, bulunya juga akan mula menebal dan menjadi kasar. Bulu kucing dewasa pula akan berubah warna menjadi lebih gelap atau terang. Kucing yang sudah tua memiliki bulu putih atau kelabu, sama seperti manusia seperti sudah berusia.

4. Mata

Kucing yang sudah berusia biasanya memiliki mata yang lebih redup. Biasanya perkara itu berlaku pada kucing yang sudah mencecah usia 10 tahun.

Ramai Yang Masih Keliru Bagaimana Untuk Latih Si Bulus Anda Menggunakan Tandas. Ini Tips Untuk Anda Amalkan Dan Berkemungkinan Besar Ianya Berhasil.

Mungkin ramai diantara kita baru mula membela kucing atau berminat untuk membela kucing namun dilema akan kucing kesayangan buang air kecil ataupun besar di merata-rata di dalam rumah pasti bermain di fikiran. Untuk permulaan, mungkin agak sukar untuk melatih kucing kesayangan membuang di tempat yang disediakan, namun ianya perlu bagi memastikan persekitaran rumah kita tidak dicemari dengan bau-bauan serta najis yang tidak berada di tempat yang sepatutnya. Antara tips-tips yang mungkin bermanfaat buat pencinta kucing adalah seperti berikut:

1. Bersihkan bekas-bekas najis kucing dan mop lantai sehingga bersih.

Bersihkan bekas-bekas najis kucing anda dan mop lantai bagi menghilangkan segala bau najis. Ini bagi mengelakkan kucing anda daripada terbiasa membuang di kawasan yang ia sudah selesa untuk membuang.

2. Kurung kucing anda di dalam tandas

Kurung kucing anda 3 malam berturut-turut di dalam tandas bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga lepas subuh atau pukul 8 pagi. Pastikan anda tinggalkan bekas berisi makanan sekali supaya kucing anda tidak kelaparan. Ini juga adalah bagi memastikan kucing anda terbiasa dengan persekitaran untuknya membuang. Bagi yang membela dengan cara melepaskan kucing kesayangan di dalam rumah, selepas anda menggunakan teknik tersebut, ada kemungkinan kucing kesayangan anda akan membuang di tempat yang sama yang telah anda sediakan.

3. Atur masa kucing anda menggunakan tandas.

Pada yang hanya letak kucing dalam sangkar, boleh aturkan kucing anda mengikut masa. Antara waktu untuk aturkan kucing anda ke tandas adalah seperti berikut; Pagi: 6.00 – 8.00 pagi, Tengahari: 12.00 tgh – 1.30 ptg, Malam: 7.00 – 8.30 malam, Lewat malam: 12.00 – 1.00 pagi. Namun, tak semestinya perlu ikut waktu tersebut kerana tak semestinya kucing itu akan membuang setiap kali apabila dikurung.

4. Cuka

Gunakan cuka bagi menghalang kucing anda kencing ditempat yang sama kerana kucing cenderung untuk kencing ditempat yang sama dan ini akan menyebabkan kucing anda tiada pilihan lain selain hanya boleh membuang ditandas. Bersihkan tempat yang telah dicemari dengan menggunakan kain bersih sehingga kering, kemudian bilas dengan sedikit air dan cuka bagi menghilangkan bau dari air kencing kucing anda.

5. Ajar kucing anda cara menggunakan bekas pasir

Sediakan kawasan atau bekas berpasir untuk kucing dan ajar mereka cara menggunakannya. Sebaik-baiknya letakkan didalam tandas supaya kucing anda senang menyesuaikan diri ketika berada didalam tandas.

6. Beli toilet train kit untuk kucing

Kit ini didatangi dengan tahap tahap yang berbeza. Untuk tahap pertama bekas 1 letakkan pasir kucing dan biarkan kucing anda membuang najis dan kencing di situ. Apabila kucing anda makin mahir, tukar ke tahap yang seterusnya di mana bekas 2 dibuang sehinggalah kucing anda da pandai menggunakan tandas tanpa ada pasir pun di situ. Jimat dah bab nak beli pasir kan?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Cara Untuk Berbual Dengan Kucing. Profesor Ini Dedah Cara Untuk Berinteraksi Dengan Kucing

Difahamkan saintis mendapati bahawa kecilkan mata anda adalah cara terbaik untuk membina hubungan dengan kucing. Berdasarkan kajian luar negara, penyelidik mendapati teknik ini sebenarnya men1ru senyuman yang diberikan oleh kucing.

Menurut profesor Karen McComb, dari Sekolah Psikologi di University of Sussex yang menyelia penyelidikan itu berkata: “Sebagai seorang yang telah mempelajari tingkah laku haiwan dan merupakan pemilik kucing, gembira apabila dapat tunjukkan bahawa kucing dan manusia dapat berkomunikasi dengan cara ini.

“Ini adalah sesuatu yang telah disyaki oleh banyak pemilik kucing, apabila dapat membuktikannya ia sangat menggembirakan.”Pertama sekali, kajian ini untuk mengkaji secara eksperimen peranan ‘kerdipan mata perlahan’ dalam komunikasi antara kucing-manusia.

Pasukan penyelidik itu yang diketuai oleh Dr Tasmin Humphrey dan Profesor Karen McComb, saintis tingkah laku haiwan di University of Sussex, melakukan dua eksperimen untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Scientific Reports.

Bagi eksperimen pertama mendedahkan bahawa kucing lebih cenderung melakukan kerdipan mata secara perlahan kepada pemiliknya setelah pemiliknya melakukannya terlebih dahulu, berbanding ketika mereka tidak berinteraksi.

Manakala eksperimen kedua pula, yang mana kali ini seorang penyelidik dari pasukan psikologi mendapati bahawa kucing lebih cenderung mendekati tangan orang yang melakukan eksperimen selepas mereka mengenyit mata kepada si bulus itu, berbanding ketika mereka menggunakan ekspresi neutral.

Akhir sekali Dr Humphrey berkata: “Memahami secara positif bagaimana kucing dan manusia berinteraksi dapat meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap haiwan itu, meningkatkan kebajikan dan dapat memberitahu kita mengenai kemampuan sosio-kognitif spesies yang kurang dikaji ini.”Penemuan ini berpotensi digunakan untuk menilai kesejahteraan kucing dalam pelbagai keadaan, termasuk praktis veterinar dan tempat perlindungan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Antara Sebab Kenapa Kucing Sering Tidur Bersama Pemiliknya. Namun Ianya Tetap Akan Mempunyai Masalah Buat Sesetengah Orang Ini.

Kucing antara salah satu haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Tidak kira di mana pun kita berada, pasti akan mempunyai kucing. Tidak kiralah sama ada di bandar mahupun kampung, kucing antara penghuni yang wajib. Bila kucing sudah mulai biasa mahupun selesa,pasti tempat tidur kita juga merupakan tempat tidur buatnya. Tapi tahukah anda apa sebab sebenar kucing suka tidur denga pemiliknya ?

Kini terdapat beberapa sebab yang dapat kita rungkaikan. Antara sebabnya adalah disebabkan haba yang terhasil dari tubuh badan kita. Dari kecil, kucing sangat suka tempat yang menghangatkannya untuk mengekalkan badan mereka kekal panas. Terutamanya pada waktu malam, kucing akan datang pada kita untuk menghangatkan tubuhnya.

Selain itu, ia juga sebagai tanda kucing anda rasa selamat bila tidur bersama. Kucing memang rasa senang terdedah kepada bahaya semasa tidur. Sebab tu kucing-kucing ni dari kecil sampailah ke besar akan cari tempat yang selamat untuk tidur. Dan ia juga sebagai tanda kucing itu sayang kepada tuannya. Walaupun kucing kadang-kadang sombong tak nak main dengan kita, tapi sebenarnya dia akan rindu bila dah lama tak nampak kita.

Lagi satu kenapa kucing suka tidur dengan kita adalah sebagai tanda dia sudah ‘menanda’ kawasannya. Kira macam abang long kawasan juga lah kucing ni. Kalau dia dah tandakan katil atau tilam anda, maksudnya tilam itu sudah menjadi ‘kawasannya’.

Akhir sekali, sebab paling munasabah kucing tidur dengan kita di atas katil adalah kerana selesa. Kucing memerlukan lebih kurang 15 jam sehari untuk tidur. Waktu tidur kucing pula lebih banyak pada waktu siang, dan berjaga lebih pada waktu malam. Sebab itu adanya istilah catnap yang merujuk kepada tidur sebentar di waktu siang, dan kalau nak tidur lama-lama ni paling selesa adalah di atas katil. Anak kucing dengan kucing yang sudah berusia memerlukan lebih daripada 15 jam sehari untuk catnap.

Selamat Ke Tidur Dengan Kucing?

Ada yang merasakan tidur sekali dengan kucing boleh menganggu waktu tidur kita. Ia disebabkan kucing lebih aktif di waktu malam berbanding siang. Sekiranya kucing bergerak-gerak semasa waktu tidur untuk mendapatkan posisi yang selesa, kita berkemungkinan akan terjaga. Disebabkan hal ini, kita akan sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan akan menjejaskan kesihatan kita.

Sekiranya kita mempunyai alahan terhadap bulu kucing, membiarkan kucing tidur bersama kita semalaman akan mengakibatkan alahan yang teruk. Selain itu, kaki kucing yang kotor selepas bermain di luar juga akan menjadi punca kuman-kuman berada di atas katil kita.

Jika tidur anda terganggu ataupun mendapat alahan daripada kucing, lebih baik jangan biasakan kucing tidur sekali di atas katil. Sediakan satu tempat atau ruang khas tidur untuk kucing anda. Tetapi bagi pencinta kucing, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Malahan ada yang merasakan kucing mampu menjadi sumber ketenangan sebelum melelapkan mata, dan menjadikan tidur mereka lebih nyenyak. Tidur bersama kucing juga merupakan cara terbaik untuk lebih rapat dengan kucing kesayangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *