Pasti ada yang berasa sepi tanpa disedari oleh dirinya sendiri. Rupanya ada beberapa perkara yang boleh kita atasi dengan sendiri.

Dunia Semasa tips

Sepi mempunyai pelbagai maksud tetapi umumnya menggambarkan perasaan hampa, sunyi, tiada kehidupan sosial serta mengalami tekanan. Norma baharu ini juga sedikit sebanyak pasti akan membuatkan sesetengah orang itu mempunyai tekanan dan boleh mengundang ke arah yang lebih teruk. Sepi ini sebenarnya sesuatu perkara yang tidak bagus buat seseorang itu. Malah ianya pasti ada cara untuk mengatasinya.Jika anda salah seorang yang rasa diri dalam kesepian, ikuti cara ini untuk mengatasinya:

1. Tidur secukupnya

Kebanyakan orang yang berasa sepi dalam hidupnya pasti akan mengalami gangguan tidur. Hal ini kerana, orang yang berasa sepi akan membuatkan mereka ini menjadi terlalu banyak terfikir terhadap sesuatu perkara dan akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur.Oleh itu, jika anda berasa rasa sunyi, penuhi jadual dengan aktiviti berfaedah agar anda mempunyai hari yang produktif dan mudah untuk tidur di malam hari.

2. Fahami perasaan sendiri

Ia merupakan perkara biasa jika sesekali anda berasa sunyi, tetapi jika perasaan itu kerap kali dirasai anda perlu ambil tahu apakah sebabnya. Jangan menidakkan perasaan anda dan jika anda rasa perlukan teman untuk bercerita, luahankan pada mereka. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega.

3. Jauhi media sosial

Beberapa kajian mendapati rasa sepi itu terjadi ketika seseorang membandingkan hidup mereka dengan orang lain yang dilihat di media sosial. Jauhi sifat ini kerana ia ternyata dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan mental anda – cara terbaik, jauhi media sosial.

4. Fokus pada kualiti bukan kuantiti

Tidak terkecuali perasaan sepi berlaku apabila mereka merasakan diri mereka kurang bersosial dan tidak ramai kenalan berbanding orang lain. Mereka hanya hidup dalam kumpulan kecil (small circle) dan tidak mempunyai ramai tempat untuk bergantung. Tahukah anda kualiti lebih penting daripada kuantiti. Tidak bermaksud ramai lebih bagus daripada sedikit. Jika yang sedikit itu lebih setia dan memahami anda kenapa perlu ramai yang tidak mampu memberikan anda kebahagiaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Rupanya Mesin Penapis Air Adalah Antara Punca Kenaikan Bil Elektrik. Ini Tips Untuk Anda.

Selain daripada penghawa dingin dan peti sejuk, Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh berkata penapis air juga antara penyumbang utama bil eletrik meningkat Ini kerana mesin penapis air mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dan ia menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara sekarang. Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.”

Oleh sebab itu, lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk.

Ismail Lathifi memberi contoh, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan. Katanya lagi, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celsius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik, katanya.

“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” Beliau juga turut menyarankan pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

Di Rumah Guna 6 Buah Air Cond Tapi Bil Bawah RM70. Lelaki Ini Tanpa Segan Silu Kongsi 9 Rahsia Jimat Elektrik Yang Anda Perlu Tahu

Ramai di antara kita yang mengeluh mengenai bil eletrik yang tinggi. Ditambah dengan penggunaan penghawa dingin di rumah, bil yang dikenakan mececah ratusan ringgit setiap bulan.Tetapi, sebenarnya tidak ramai yang tahu, walaupun penghawa dingin dipasang di rumah, kita masih boleh menjimatkan bil eletrik dengan mengikuti 9 tips yang dikongsikan oleh seorang individu ini yang juga merupakan seorang pekerja TNB.

Menerusi hantaran di Facebook Fawwaz Johari, tips yang digunakan beliau merupakan perkongsian peribadi di mana mengikut langkah atau kaedah betul yang boleh dicuba oleh semua pemilik rumah.Bayangkan, beliau mampu menjimatkan eletrik dengan bil sebanyak RM62.30 sebulan walau menggunakan enam penghawa dingin di rumah. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.

Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.

Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu: HANYA SEBANYAK RM 62.30.

Bagaimanakah kami lakukannya?Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.1. Gunakan teknologi inverter.Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.

Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”.Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual.

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik.Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:– pemasak nasi elektrik,– cerek air elektrik,– water dispense.Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah setrika dan ‘water heater’ untuk mandi.

4. Menggunakan lampu LED.Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik.Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergntung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang diguna pakai.Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung.Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terprangkap di dalam bumbung untuk keluar.

Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah.Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.

Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.

Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.

8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.

Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.

Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar.Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.

[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.Sumber : Fawwaz Johari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *