Haiwan peliharaan jiran buang air besar dan kecil di rumah. Ini antara tindakan yang boleh diambil

Haiwan

Hidup berjiran sudah tentu melalui pengalaman manis dan pahit. Bagi yang hidup berjiran,sudah tentu memerlukan seseorang yang kita berjiran tu yang jenis bertolak ansur dan mempunyai common sense dalam semua aspek. Tetapi masalah juga boleh timbul sekiranya haiwan peliharaan jiran sebelah membuat perkara yang tak sepatutnya di rumah kita contohnya membuang air besar mahupun kecil.

Sesungguhnya kejadian tersebut secara tak langsung membebankan seseorang itu. Terbaru, Nor Zabetha yang merupakan seorang peguam membuat perkongsian di YT tampil mencerita apa yang boleh dilakukan sekiranya haiwan jiran anda berbuat sedemikian. Puan Zabetha berkata masalah berkaitan haiwan peliharaan haiwan boleh diselesaikan dengan cara baik jika seseorang tahu cara betul unyuk membuat laporan mengikut saluran yang betul.

Berdasarkan Akta akta kecil 1955, ada menyatakan berkenaan tanggungjawab pemilik anjing. Mengikut akta tersebut, pemilik tak boleh membiarkan anjing berkeliaran sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam atau mengejar orang lain. Tambahan pula, berdasarkan Seksyen 80,PBT ada hak untuk amil tindakan dengan beebrapa cara ini iaitu hapskan,hentikan dan ambil tindakan undang undang bersertakan ganti rugi.

JAdi sekiranya perkara sedemikian berlaku, anda bolehlah berhak membuat laporan kepada pihak PBT jika haiwan ang dibela jiran menganggu ketenteraman mereka. Seterusnya, berdasarkan kacau ganggu Seksyen 81 (B) apa apa binatang yang disimpan dan menyebabkan kacau ganggu, anda boleh buat laporan kepada pihak PBT dan jika mahu membuat laporan polis cover letter juga dinasihatkan untuk disertakan sekali.

Sejurus selepas itu, ekoran laporan yang dibuat pihak PBT akan keluarkan surat atau notis kepada pemilik haiwan supaya haiwannya tak ganggu ketenteraman jiran yang lain. Sekiranya ingkar, individu itu boleh dikenakan hkmn denda tak melebihi RM1000 atau tirai besi atau kedua duanya sekali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Peliharaan Juga Boleh Dijangkiti Covid 19. Ini Cara Bagaimana Mereka Tersedar.

Di United Kingdom mencatatkan satu kes pertama yang disahkan kes Covid 19 terhadap haiwan dan ianya disahkan oleh kerajaan itu sendiri. Kucing ini dijangkiti oleh pemiliknya sendiri yang diakui sudah sembuh sepenuhnya.

pada mulanya, haiwan tersebut hanya menunjukkan gejala ringan sahaja. Ianya tidak sangka pun boleh terjadi salah satu punca untuk menjangkiti orang lain dan binatang lain. Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Malah ianya disahkan dengan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu. Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya.

Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan. “Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COVID-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan.

“Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya. Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya.

Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan. Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COVID-19. Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. – AGENSI

Sumber : Berita Harian

Pemuda Terpaksa Ambil Keputusan Ini Untuk Kebaikan 27 Ekor Kucingnya. Sekali Tak Sangka Ada Pula Penderma Misteri Yang Tampil Dan Beri Sesuatu Ini Untuknya.

Fairuz masih buntu untuk melepaskan kesemua kucingnya atau tidak. ‘Ditelan kehilangan emak, diluah kehilangan bapa’ perumpamaan ini tepat menggambarkan situasi seorang pemuda yang berat untuk melepaskan kucingnya tetapi terpaksa. Bagi pencinta kucing, bukan mudah mereka ingin melepaskan haiwan kesayangan begitu sahaja apatah lagi sudah hampir sembilan tahun membelanya. Begitulah kisah seorang pemuda yang tidak mampu menanggung 27 ekor bulus selepas tiada kerja tetap sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Bismillahirrahmanirrahim, mungkin ada yang akan terkejut tetapi inilah realiti. Dah lebih setahun saya menggangur. Dah tak mampu biaya mereka, keseluruhannya, 27 ekor di kawasan Kuantan. Dengan berat hati saya nak jual RM200 sahaja seekor. Kalau anda boleh tengok semua kucing saya gebu dan sihat, ” tulisnya di akaun Twitter. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih hampir 7,000 likes dan 7,000 retweets.

Posting yang tular di laman Twitter.

Mohammad Fairuz Junaidi, yang berusia di awal 30an mengakui walaupun selepas memuat naik tweet tersebut dia masih buntu untuk melepaskan kucing-kucingnya atau tidak. Mesra disapa Fairuz, dia berkata sudah hampir setahun bertahan hinggalah tidak lagi mampu mulai bulan ini kerana ada beberapa kucingnya yang melahirkan gara-gara tidak membawanya ke veterinar untuk dimandulkan kerana kekurangan bajet.

“Sehingga kini saya masih buntu untuk buat keputusan, sampai tidur, mandi pun fikir hal kucing. Berat betul hati ini tetapi kos terlampau tinggi dan kalau saya kerja tak apa. Kucing pula bertambah banyak. Sejak PKP asyik beranak sahaja. Saya pula jenis jaga betul-betul. Pemakanan dan pemeriksaan berjadual di veterinar dan sebagainya.

Sejujurnya, situasi seperti ini buat hati saya lagi serba salah dan sayu kerana rasa macam menyusahkan pula.

“Tahu sahajalah perasaan pencinta kucing ni. Emosi terlebih. Setakat ini dah dua ekor kucing saya telah pergi sebab tak dapat nak bawa pergi veterina, ” ujarnya dalam nada sayu.

Sebelum ini, Fairuz yang bekerja sebagai agensi pelancongan di Korea Selatan langsung tidak pernah ada isu memelihara berpuluh ekor kucing sejak hampir sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, dalam keadaan buntu itu tiba-tiba anak kelahiran Kuantan, Pahang itu dikejutkan dengan DM daripada akaun yang hanya mempunyai 30 pengikut (followers) apabila ia menawarkan untuk menaja makanan bagi kesemua kucing itu setiap bulan.

Fairuz mempunyai 27 ekor si bulus yang dibela di rumahnya.

“Saya betul-betul terkejut. Tak sangka langsung sebab saya tak kenal dia dan pengikutnya pun tak ramai di media sosial. Saya pun layankan ja. Emosi tak stabil perasaan pun bercelaru tetapi memang betul hari ini dia transfer RM1,000. Sejujurnya, situasi seperti ini buat hati saya lagi serba salah dan sayu kerana rasa macam menyusahkan pula. Dia tak dedahkan identiti dirinya tetapi jika diteliti maklumat akaun bank saya rasa dia ahli perniagaan, ” ujarnya lagi.

Dua ekor kucing Fairuz telah mati gara-gara tidak dapat membawa ke veterinar.

Dalam pada itu, Fairuz berkata dia berharap sangat keadaan ekonomi kembali pulih agar dia boleh bekerja seperti biasa untuk membalas budi baik hamba Allah itu semula.

Sebelum ini Fairuz bekerja sebagai agensi pelancongan di Korea Selatan.

“Saya memang dah pasang niat dan fikirkan jalan terbaik untuk balas kepada orang itu. InsyaAllah.. bila pandemik Covid-19 ini sudah berakhir suatu hari nanti pasti saya akan buat sesuatu untuk dia. Bagaimanapun, saya masa fikir untuk terima wang dari dia lagi atau tidak selepas ini kerana risau bagaimana jika tiba-tiba suatu hari nanti pembiayaan berpuluh kucing ini lebih daripada jumlah yang dia beri dan masa itu saya tak mampu. Lagi serba salah saya nanti, ” jelasnya.

Sempat berkongsi mengenai kucingnya, Fairuz berkata sejak dia memuat naik tweet tersebut kucingnya kelihatan sedih, mungkin juga mereka dapat rasa seperti ada sesuatu yang tak kena. “Beberapa ekor nampak ketara sangat perubahan mereka. Muka sedih dan ada yang datang peluk kaki saya dan sebagainya. Sebak betul rasa, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *