Ramai tak tahu cara untuk mengetahui usia kucing peliharaan. Ini 4 cara untuk tahu usia sebenar kucing

Haiwan

Bagi pencinta kucing, ia menjadi suatu kawajiban untuk mengetahui usia sebenar kucing kesayangan anda. Adakah anda pernah terfikir usia sebenar kucing anda dan sampai bila dia boleh bertahan hidup? Berdasarkan kajian, kucing yang dipelihara dari rumah akan hidup lama berbanding kucing yang terbiar.Rata rata usia kucing maksimum sekitar 13 tahun hingga 17 tahun. Dan berikut adalah cara untuk anda tahu usia kucing anda.

Pertama, melalui gigi. Ada yang mendapati usia kucing boleh dilihat melalui giginya. Kebiasaannya gigi anak kucing akan tumbuh ketika ia berusia di antara dua hingga empat minggu. Justeru , ia menjadikan gigi sebagai penentu usia mereka. Tak lama kemudian gigi kucing mula berkembang pada usianya cecah tifa ke empat bulan.

Manakala, gigi kekal akan mula mengganti gigi susu sepenuhnya ketika ia berusia enam bulan.Bagi kucing yang lebih berusia, jumlah karang gigi boleh menjadi pengukur usia mereka.

Kedua,kematangan sksual. Rupanya usia kucing boleh diukur daripada tanda tanda akil baligh. Contohnya testikal bagi kucing jantan yang lebih menonjol. Manakala kucing betina pula akan alami kitaran estrus di antara usia lima ke dua belas bulan.

Difahamkan itaran estrus ini adalah kitaran pembiakan biasa yang dialami oleh kucing betina. Kitaran berahinya pula mempunyai empat fasa iaitu proestrus, estrus, dysestrus dan anestetik.Kucing betina yang memasuki fasa proestrus akan kelihatan gelisah, alat slitnya berwarna merah dan bengkak disertai dengan peningkatan selera makan. tJusteru itu, kucing betina boleh bunting pada usianya tujuh bulan.

Ketiga, lihat bulu. Kita pasti sudah tahu bulu yang ada pada anak kucing memiliki tekstur halus dan lembut. Begitulah semakin tambah umur maka tebal lah bulu sehingga menjadi kasar. Bagi bulu kucing dewasa akan bertukar warna menjadi ebih gelap atau terang. Bagi kucing yang suah tua pula memiliki bulu putih atau kelabu.

Akhir sekali, melalui mata mereka. Kebiasaannya kucing yang sudah berusia akan memiliki mata yang lebih redup. Ianya akan berlaku pada kucing sebaik sahaja usia kucing itu mencecah 10 tahun

Rupanya Ada Sebab Di Sebalik Telatah Kucing Yang Satu Ini. Ini Antara Punca Kucing Kesayangan Suka Tunjuk Punggung Pada Tuannya

Kebanyakan haiwan sering menunjukkan emosi dan kelakuannya melalui ekpresi muka atau pergerakan badannya. Contoh yang paling mudah untuk difahami adalah anjing. Anjing mempunyai emosi yang mudah diketahui dengan melihat ekpresi muka seperti marah, lapar, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan kucing, haiwan ini sukar untuk mengenal pasti emosinya namun ia memberi petunjuk dengan cara yang lain.

Ada sesetengah mempercayai kucing boleh menunjukkan reaksi seperti anjing. Cuma sukar untuk kita fahami apa sebenarnya yang mereka cuba untuk sampaikan. Kadangkala ada kucing yang sengaja menggerakkan ekornya untuk memberitahu isyarat yang mereka selesa dengan kawasan disekelilingnya.

Begitu sukar untuk mempelajari isyarat yang diberikan oleh kucing. Bagi yang cuba berkomunikasi dengan kucing pasti menantikan reaksi kucing seperti yang diharapkan. Namun ada sesetengah berasa kesal kerana kadangkala boleh salah faham dengan tindakan dan emosi mereka.

Kenapa kucing suka tunjukkan punggungnya?Kucing kebiasaanya memberi komunikasi secara visual  kepada manusia. Setiap daripada pergerakan telinga, ekor, mata dan punggung menunjukkan isyarat yang mudah difahami oleh kucing-kucing lain dan juga manusia.

Pergerakan ekor kucing adalah menjadi satu tindak laku yang normal oleh semua kucing, namun seringkali kucing menunjukkan punggungnya kepada manusia sambil menggeselkan kepala membawa maksud yang tertentu.  Sukar untuk kita tafsirkan kemahuan mereka. Tetapi menurut The Spruce Pets, dalam dunia kucing mereka suka pamerkan punggungnya supaya dapat dilihat dan mengenali sesama kucing yang lain. Hal ini sama seperti dengan manusia ketika berjabat tangan dan ingin berkenalan antara satu sama lain.

Jadi apabila kucing menunjukkan punggungnya kepada kita, mungkin mereka ingin ditegur oleh kita atau sekadar inginkan perhatian daripada kita.Kebanyakan dari mereka yang telah lama pelihara dan menjaga kucing mengaku bahawa kucing yang suka menunjukkan punggungnya akan tinggalkan bau yang kurang menyenangkan. Namun disebabkan perasaan sayang membuatkan pemilik kucing sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Pertunjukkan punggung kucing.Bau yang kurang menyenangkan daripada kucing adalah daripada kawasan punggung di bawah ekornya. Selalunya anak kucing menjatuhkan ekornya ke bawah dan tidak mahu dihidu oleh sesiapa. Perkara ini mungkin boleh disamakan dengan seseorang yang malu menyembunyikan mukanya untuk tidak dilihat oleh sesiapa.

Setiap kucing yang mengangkat ekornya adalah bermaksud tiada ancman yang diberikan. Justeru, kucing yang mengangkat ekor sambil menghidu punggungnya adalah disamakan dengan ciuman di pipi antara manusia dengan manusia dan sama seperti memberi salam kepada yang lain.

Namun begitu, adakah kucing yang mengangkat ekornya memberi tanda supaya kita perlu menghidu punggungya? Sudah tentu ianya tidak sama sekali. Kucing sememangnya bijak dan tahu bahawa manusia yang memahaminya akan melihat dari segi isyarat bahasa badan yang ditunjukkan. Mereka melakukan isyarat bahasa badan yang sopan untuk ditunjukkan kepada manusia seperti mengangkat ekor dan menunjukkan punggungnya kepada kita. Selain daripada memberi mereka pujian, kucing juga suka dibelai dan suka untuk menghidu manusia supaya mereka mendapatkan perasaan yang tenang dan selamat.

Ada Sebab Punca Kucing Gerakkan Telinganya Secara Tiba Tiba. Ketahui 4 Maksud Di Sebalik Gerakan Telinga Tersebut

Ada sebab mengapa kucing menggerakkan telinganya. Kucing dikenali sebagai salah satu haiwan peliharaan yang bijak meluahkan perasaannya melalui komunikasi bukan lisan namun ramai tidak menyedarinya.Memelihara seekor kucing akan memberikan anda pengalaman untuk memahami emosi dan perasaan kucing dengan lebih mendalam.

Kemungkinan besar ramai yang perasan kucing suka mengerakkan telinganya tetapi tidak ramai yang tahu apa maksud tersirat di sebalik gerakan itu.Berikut merupakan empat maksud gerakan telinga kucing yang perlu anda ketahui seperti dikongi The Source Pets.

1. Ingin tahu.Apabila seekor kucing itu mengerakkan telinganya ke hadapan ia menunjukkan suatu daya tarikan.Gerakan itu dilakukan untuk mencari sumber suara yang menarik perhatian kucing selain ia sedang mengumpulkan sebanyak informasi dalam sesuatu situasi.

2. Gelisah.Jika seekor kucing itu berasa tidak tenteram atau rasa terncam, si bulus akan menggerakkan telinganya ke bahagian tepi.Anda akan melihat telinga kucing seperti kapal terbang yang menonjol daripada setiap sisi kepala kucing. Maksudnya, kucing itu sedang menahan suara yang mengganggunya.

Tindakannya itu juga merupakan satu tanda perlindungan terhadap dirinya. Jika terdapat kucing lain turut melakukan perkara sama, isyarat itu akan dapat dikesan sesama mereka agar menjauhkan diri atau menghentikan apa-apa aksi yang mungkin membuatkan mereka berasa terancam.

3. Terganggu.Telinga si bulus yang bergerak-gerak pula bermaksud adanya sesuatu yang dirasai kucing itu seperti terganggu.Sementara itu, jika ia menggetarkan telinganya, maka itu bermaksud ia sedang berhadapan dengan stimulasi yang tinggi. Jika berada dalam situasi ini, ia akan menyebabkan kucing boleh mengncam atau menyrang orang lain.4. Takut.Pegerakan telinga dekat dengan arah kepala pula bermaksud mereka ini dalam ketakutan atau marah. Ini juga tanda mereka dalam keadaan bersedia sekiranya mereka diserang, dicakar oleh kucing lain.

Siap Letak Bedak Sebelum Dipakaikan Pampers. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Perkongsian Video Puan Hidayah Memakaikan Lampin Pakai Buang Untuk Oyen Yang Meraih Perhatian Ramai

Untuk makluman, artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Menjaga haiwan yang sakit memerlukan perhatian yang penuh agar keselamatan dan kesihatannya terjamin, apatah lagi jika mengalami masalah lmpuh.Seperti kucing misalnya, ada saja tuan yang sanggup menghabiskan wang berpuluh ringgit semata-mata untuk kos perubatan agar kucingnya sihat seperti sediakala.

Baru-baru ini, Siti Nur Hidayah ada berkongsi satu rakaman video dia memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *