Disebabkan perjanjian ke atas sahabat dia sanggup kahwin dengan bekas isteri sahabatnya. Sekali tak sangka suami ada hati dengan seseorang ini pula.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la. Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye.

So firstly nama aku Amar, umur 26 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Dahlia umur 28 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 28 tapi Dahlia Nampak muda dari aku. Sudah pasti sekiranya orang tidak mengenali isteri aku pasti mereka menganggap aku lagi tua darinya. Kami tinggal berlainan rumah walaupun jarak rumah kami hanyalah 40 minit perjalanan. Isteriku tinggal di rumah sewanya malah aku masih tinggal bersama ayah, mak dan adik perempuan.

Perkara pertama yang menjadi tanda tanya pada semua orang pastilah bagaimana kami boleh berkahwin. Untuk pengetahuan semua, Dahlia adalah bekas isteri sahabatku, Zikri. Zikri telah pergi buat selamanya pada tahun lepas atas satu sebab penyakit ini yang dirahsiakan. Sewaktu Zikri telah sakit teruk, dia selalu berpesan pada aku bahawa cuma aku sahaja antara orang yang dia harapkan untuk menjaga Dahlia. Dahlia juga adalah anak yatim piatu.

Sewaktu berada di hospital bersama Zikri, dia sering menceritakan semuanya soal Dahlia. Dahlia pula sejenis yang tak boleh bawa kereta jauh dari tempat kebiasaannya. Terutamanya di kawasan bandar. Zikri turut menceritakan makanan kegemaran Dahlia dan apa yang Dahlia tidak suka. Walaupun dalam keadaan Zikri yang sangat lemah, ianya tidak menghalang dirinya untuk menceritakan lebih lanjut soal Dahlia. Dari segi penceritaannya juga, pasti setiap orang sudah mula memahami perasaan cintanya Zikri terhadap Dahlia.

Seperti yang semua dapat agak, bila akhir sekali Zikri meminta aku untuk mengahwini Dahlia dan sentiasa menjaga Dahlia dalam seumur hidupku. Tapi waktu itu, aku hanya menurut apa yang dipintanya kerana aku sendiri buntu untuk cakap apa pada Zikri. Zikri dan Dahlia sudah berkahwin selama 2 tahun namun masih tidak mempunyai rezei anak. Sewaktu Zikri masih sihat, dia sering bawa Dahlia keluar meluangkan masa bersama kami semua. Jadi, aku dan Dahlia ini telah mengenali antara satu sama lain dengan agak lama. Jadi nak dijadikan cerita, selepas sahaja 6 bulan Zikri pergi buat selamanya, aku dan Dahlia berkahwin.

Keluarga aku tiada punyai masalah dan sudi menerima Dahlia sebagai menantu dengan seadanya. Bila ditanya perasaan aku pula, ianya sangat susah untuk diungkap. Sejujurnya aku belajar untuk menerima Dahlia hanya atas sebab perjanjian aku bersama Zikri dan aku sememangnya sudah lama membujang. Kali terakhir aku menyentuhnya adalah semasa salam sejurus sahaj selesai akad nikah. Itu juga aku menarik tangan dengan cepat walaupun dia masih sedang mengucup tanganku.

Seperti biasa, mak adalah antara orang yang paling teruja sekiranya anak sulungnya menempuh alam perkahwinan. Malah, dia turut mengupah seseorang untuk menghias bilik tidurku. Namun, ianya tetap kekal cantik dengan timbulnya bunga yang bewarna merah jambu dan putih. Aku juga sudah mengingati mak untuk melakukan satu majlis yang ringkas sahaja tanpa pelamin. Namun syukur majlis itu tetap berjalan dengan lancar walaupun tetap ada mulut-mulut yang mengkritik Dahlia.

Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga. Keesokan lepas majlis tu Dahlia terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang. Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini.

Dahlia hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk. Mak aku terus menyampuk, “cakap ngan bini pon aku kau apa la along.” Terkedu jap aku. Dah sebelum ni pon memang bahasa diri aku kau memang susah nak ubah. Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Dahlia je aku kau.

Namun aku akui, Dahlia pandai ambil hati mak aku. Kadang-kadang aku tengok dia dah mcam adik perempuan bongsu aku, suka pelok mak aku, ciom mak aku. Dia memang jenis manja. Kalau Dahlia tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya-iya call mintak balik. So boleh dikatakan setiap hujung minggu Dahlia akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak kan tidur sekatil.

Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Dahlia pon bila hujung minggu. Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Dahlia kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak. Kalau aku stay dengan Dahlia amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku.

Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi. Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin. Dia boleh dikatakan hot masa tu, mana tak nya wajah yang manis, peramah. Sape yang tengok pon mesti terpikat dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try.

Masa mula-mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan-lahan jauhkan diri. Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Dahlia sebebenarnya.

Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa. Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang dibelah dua gitu.

Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku. Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan. Aku happy gila masa dia bagitau tu.

Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus-terang dengan Dahlia yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku. Namun Dahlis hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan.

Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia balas “kalau aku couple dengan laki lain agak-agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia. Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Dahlia, aku minta dia call balik kejap lagi. Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Dahlia borak sambil gelak (Dahlia suka buat lawak), Akma call lagi.

Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia. Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah berji*ak ?!” aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok-elok tadi tengah makan. Aku jawab “haah, tengah berji*ak !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu.

Bukan Dahlia je terkejut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa. Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok-elok. Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami still asyik bergaduh.

Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cemburu bila Dahlia ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Dahlia datang. Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Dahlia. Apa-apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Dahlia.

Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi budak-budak. Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor. Kalau kau tengah mempunyai tekanan yang teruk ke baik kau jumpa Dahlia, terus jadi happy. Hehe. Lama kelamaan aku jadi makin rapat dengan Dahlia, sebab apa-ape je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri.

Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam. Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam.

Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci. Aku maatikan enjin terus jalan masuk. Masa tu tak fikir ape-ape yang pelik. Aku masuk rumah dia kosong takde sape-sape, pintu aku biarkan terbuka. Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu.

Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia. Boleh tahan bersepah rumah anak darra, aku cakap dalam hati je. Hehe. Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik. Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju sek c macam tu, aku tunduk segan. Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku.

Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi. Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan-kawan dia takde. Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia. aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja.

Masa aku nak jalan keluar, dia pelok aku dari belakang, masa tu jugak Dahlia muncul kat depan pintu. Aku cuba tolak Akma tp dia peluk kuat sangat.

Sampai aku jerkah dia, baru dia lepaskan. Dahlia dah terpaku kat pintu pandang aku. Aku panggil Dahlia tapi dia jalan laju-laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau ape-ape pon. Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terlampau sayang aku. Dia cemburu bila baca conversation Whatsapp aku dengan Dahlia.

Dia nak aku sorang je. Dan dia rancang nak buat Dahlia benci dengan aku. Dia curi nombor Dahlia dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni. Dahlia masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah. Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Dahlia memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu. Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Dahlia.

Sepatutnya aku kena jaga Dahlia, bukan sibuk bercinta dengan Akma. Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Dahlia, dia pon dah tak datang rumah mak aku.

Malam-malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je. Kalau la Dahlia terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau, hari-hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan. Tapi aku tahu kau ada kat sini je.

Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi. Aku betul-betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar. Aku dah clash dengan Akma. Dia cakap nak bomoh aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau.

Harap bila kau baca ni contact aku balik. Aku betul rindu kau. Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik. Berikan aku peluang kedua please Dahlia. Aku merayu sangat. Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira. Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang kasar. Aku perlukan kata semangat dan jalan keluar bukan kecaman. Terima kasih..

Sumber : Seleksi Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *