Percutian sekeluarga ini bertukar menjadi pengalaman pahit buatnya setelah perkara ini berlaku. Sekali rupa rupanya hotel PD tersebut merupakan antara yang tersenarai di sini.

Cerita Seram Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pasangan ini tampil menceritakan pengalamannya sendiri yang menginap di sebuah hotel yang mempunyai banyak kisah misteri yang sudah cukup memberikan Azlan dan keluarga untuk beredar dari tempat itu. Banyak kisah seram yang kita dengar dan dikaitkan dengan hotel. Pada yang tidak pernah mengalaminya, pasti akan merasakan ianya bukan lah satu perkara yang luar biasa tapi untuk yang sudah mengalaminya ? Sudah pasti ia antara pengalaman pahit buatnya dan keluarga. Lagi-lagi sekiranya ia berlaku sewaktu kita sedang menginap seorang diri, pasti akan timbul pelbagai perasaan dalam diri.

Pengalaman gangguan di bilik hotel boleh menyebabkan percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar ngeri. Perkara itulah yang berlaku kepada Azlan Nazeri ketika dia mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anaknya bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tahun lalu.

Meskipun pada awalnya Azlan bercadang membawa keluarga bercuti ke Pulau Langkawi namun disebabkan keadaan pandemik yang masih belum reda, dia mengambil keputusan untuk ke Port Dickson sahaja yang tidak jauh dari Lembah Klang.

“Pada awalnya tiada apa berlaku, anak-anak semua seronok memandangkan kedudukan hotel dekat dengan pantai, malah desiran ombak jelas kedengaran. Cuma rasa sedikit ralat apabila bilik kami menghadap jalan besar dan membelakangkan pemandangan pantai. Rasa kecewa juga,” katanya memulakan bicara.

Sepanjang malam Azlan dan isteri diganggu dengan pintu bilik mereka digoncang selain tombol dipulas.

Cerita Azlan, pengalaman ngeri mereka sekeluarga bermula apabila isterinya tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik dari ruang tamu hotel dalam keadaan cemas. Ketika itu kata Azlan, dia berada di dalam bilik menemani anak-anaknya yang sudah tidur manakala isterinya berada di ruang tamu leka mengemaskini gambar percutian mereka di laman sosial.

“Apabila saya tanya, dia kata tak ada apa-apa… Saya pun baring semula di antara anak-anak yang sedang tidur nyenyak. Ketika hendak lelapkan mata, saya terdengar bunyi dari atas seakan-akan bangku ditolak dan ditarik berulang kali tanpa henti. Saya dan isteri saling berpandangan. Sempat saya bisik kalau dengar bunyi pelik, jangan takut atau ditegur dan kami tidur,” katanya. Tidak lama selepas itu kata Azlan, pintu bilik air dalam bilik mereka tiba-tiba bergegar seolah-olah ada seseorang cuba membukanya dari dalam.

Gangguan itu berterusan sepanjang malam sehingga membuatkan kami berdua tidak boleh tidur.

Azlan beritahu, dia lihat wajah isterinya dalam ketakutan dan dia beri isyarat agar pejamkan sahaja matanya. Keadaan cemas itu kembali tenang walaupun bunyi kerusi ditarik dan ditolak jelas kedengaran sedangkan lantai bilik hotel itu dipasang permaidani di seluruh bilik.

“Terganggu juga dengan bunyi itu tapi saya buat tak tahu sahaja… kerana terlalu mengantuk saya terus tertidur. Saya rasa macam sekejap betul saya terlelap apabila saya terdengar sayup-sayup suara orang membaca al-Quran… apabila saya buka mata, saya lihat isteri memasang audio al-Quran melalui telefonnya,” imbau Azlan.

Rupa-rupanya kata Azlan, isterinya masih belum melelapkan mata kerana berasa takut dan terganggu dengan pelbagai gangguan di bilik hotel mereka.

Azlan bersyukur kerana tiada penampakan pelik di bilik mereka.

Cerita isterinya, ketika dia dan anak-anak mereka nyenyak tidur, pintu bilik mereka ditendang berulang kali dan tidak cukup itu, tombolnya bergoncang seperti ada sesuatu cuba memasuki bilik mereka.

“Isteri cuba menjerit dan bergerak tetapi dia seperti kaku walaupun kami tidur di atas katil yang sama. Gangguan itu berterusan sepanjang malam sehingga membuatkan kami berdua tidak boleh tidur,” katanya.

Bagaimanapun kata Azlan, dia bersyukur kerana gangguan itu sekadar bunyi-bunyi yang menyeramkan dan bukannya kemunculan sebarang kelibat menakutkan. Percutian yang sepatutnya tiga hari dua malam disingkatkan dan mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur keesokan paginya.

“Setibanya di rumah, isteri tunjuk saya nama hotel kami menginap dan ia ada dalam senarai hotel berhantu di dalam sebuah laman web. Tidak cukup dengan itu, ada juga kisah mirip dengan kejadian menimpa kami yang diceritakan dalam artikel tersebut,” katanya.

Tular Petugas Sekatan Jalan Ada Nampak Satu Penampakan Misteri. Sekali Ada Yang Tampil Dan Ceritakan Hal Sebenar.

Tular dalam media sosial mengenai beberapa foto menyeramkan yang dikatakan berjaya dirakam sepasukan petugas barisan hadapan ketika sedang mengawal laluan di Jalan Giram, Kunak, Sabah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sana. Dalam satu perkongsian seorang warganet, Siti Zulaiha dalam akaun Facebook menunjukkan beberapa foto yang memperlihatkan sekumpulan pasukan keselamatan sedang merakam sesuatu.

Bukan seorang tetapi ramai mata-mata yang melihat ke arah satu semak tidak jauh daripada tempat sekatan jalan dibuat. Dalam kapsyen gambar yang dikongsikan, wanita itu mengucapkan: ‘wallahualam, semoga anggota yang bertugas dijauhkan daripada gangguan alam lain.’

Kata-katanya itu memang membuatkan bulu roma kita meremang. Ujar Siti Zulaiha, beliau pernah melalui jalan terbabit dan sering terhidu bau wangi. Namun, dari hati yang terdalam, dirinya tidak berani untuk menegur kerana bimbang ada yang menegurnya semula nanti.

Sukar untuk dipastikan sama ada gambar yang dikongsikan itu sahih atau diedit. Bagaimanapun, rata-rata warganet yang mengikut perkongsian itu turut berasa seram apabila melihat gambar terakhir. Tidak kurang juga yang mempercayai gambar yang dikongsikan kerana ramai saksi di tempat kejadian.

Ada juga yang memberikan komentar lucu, barangkali sudah b0san kerana Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) terlalu lama sangat.

Paling mengusik hati, komentar warganet yang menulis kononya hamba ALLAH itu mahu menolong buat kawalan jalan.

Dalam hal ini, kami menggali lebih lanjut lokasi jalan yang dikatakan cukup misteri dan hanya orang tempatan sahaja tahu mengenai kisah tersebut. Seperti yang ditulis menerusi sabahblogspotcom, banyak tempat misteri di Kunak, Sabah termasuk kawasan tinggal yang dahulunya dikatakan wujud terowong Jepun, kesan peninggalan artifak, telaga tujuh dan banyak lagi.

Jadi, semua sejarah itu menjadikan mlsteri yang sedang hangat berlegar-legar itu tidak mustahil boleh berlaku. Apapun, tabik hormat kepada semua frontliner yang bertungkus-lumus berkhidmat di kawasan sekatan jalan walaupun jauh dari bandar walaupun sunyi sepi dan meny.eramkan. Kredit : SinarPlus

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *