Antara sebab kenapa kucing sering tidur bersama pemiliknya. Namun ianya tetap akan mempunyai masalah buat sesetengah orang ini.

Dunia Haiwan Semasa

Kucing antara salah satu haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Tidak kira di mana pun kita berada, pasti akan mempunyai kucing. Tidak kiralah sama ada di bandar mahupun kampung, kucing antara penghuni yang wajib. Bila kucing sudah mulai biasa mahupun selesa,pasti tempat tidur kita juga merupakan tempat tidur buatnya. Tapi tahukah anda apa sebab sebenar kucing suka tidur denga pemiliknya ?

Kini terdapat beberapa sebab yang dapat kita rungkaikan. Antara sebabnya adalah disebabkan haba yang terhasil dari tubuh badan kita. Dari kecil, kucing sangat suka tempat yang menghangatkannya untuk mengekalkan badan mereka kekal panas. Terutamanya pada waktu malam, kucing akan datang pada kita untuk menghangatkan tubuhnya.

Selain itu, ia juga sebagai tanda kucing anda rasa selamat bila tidur bersama. Kucing memang rasa senang terdedah kepada bahaya semasa tidur. Sebab tu kucing-kucing ni dari kecil sampailah ke besar akan cari tempat yang selamat untuk tidur. Dan ia juga sebagai tanda kucing itu sayang kepada tuannya. Walaupun kucing kadang-kadang sombong tak nak main dengan kita, tapi sebenarnya dia akan rindu bila dah lama tak nampak kita.

Lagi satu kenapa kucing suka tidur dengan kita adalah sebagai tanda dia sudah ‘menanda’ kawasannya. Kira macam abang long kawasan juga lah kucing ni. Kalau dia dah tandakan katil atau tilam anda, maksudnya tilam itu sudah menjadi ‘kawasannya’.

Akhir sekali, sebab paling munasabah kucing tidur dengan kita di atas katil adalah kerana selesa. Kucing memerlukan lebih kurang 15 jam sehari untuk tidur. Waktu tidur kucing pula lebih banyak pada waktu siang, dan berjaga lebih pada waktu malam. Sebab itu adanya istilah catnap yang merujuk kepada tidur sebentar di waktu siang, dan kalau nak tidur lama-lama ni paling selesa adalah di atas katil. Anak kucing dengan kucing yang sudah berusia memerlukan lebih daripada 15 jam sehari untuk catnap.

Selamat Ke Tidur Dengan Kucing?

Ada yang merasakan tidur sekali dengan kucing boleh menganggu waktu tidur kita. Ia disebabkan kucing lebih aktif di waktu malam berbanding siang. Sekiranya kucing bergerak-gerak semasa waktu tidur untuk mendapatkan posisi yang selesa, kita berkemungkinan akan terjaga. Disebabkan hal ini, kita akan sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan akan menjejaskan kesihatan kita.

Sekiranya kita mempunyai alahan terhadap bulu kucing, membiarkan kucing tidur bersama kita semalaman akan mengakibatkan alahan yang teruk. Selain itu, kaki kucing yang kotor selepas bermain di luar juga akan menjadi punca kuman-kuman berada di atas katil kita.

Jika tidur anda terganggu ataupun mendapat alahan daripada kucing, lebih baik jangan biasakan kucing tidur sekali di atas katil. Sediakan satu tempat atau ruang khas tidur untuk kucing anda. Tetapi bagi pencinta kucing, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Malahan ada yang merasakan kucing mampu menjadi sumber ketenangan sebelum melelapkan mata, dan menjadikan tidur mereka lebih nyenyak. Tidur bersama kucing juga merupakan cara terbaik untuk lebih rapat dengan kucing kesayangan.

Banyak Perkara Yang Dibenci Oleh Kucing. Mungkin Ini Dapat Bantu Kucing Anda Daripada Stres.

Kucing tidak suka ditinggalkan bersendirian kerana ia boleh membuatkannya berasa tertekan. Menunjukkan rasa sayang kepada si bulus seperti memeluk, mencium dan mendukungnya adalah perkara biasa bagi pemilik kucing. Bagaimanapun kasih sayang yang ditunjukkan boleh ditafsirkan sebagai perkara berbeza oleh kucing. Malah ada beberapa perbuatan kita sebenarnya boleh membuatkan si bulus berasa marah dan jengkel. Pakar dalam perilaku kucing menjelaskan terdapat pelbagai perkara yang boleh mengganggu mood kucing termasuklah;

1. Kehadiran bayi

Perubahan besar dalam hidup kucing seperti berpindah rumah atau menyambut kehadiran bayi dapat membuatkan kucing berada dalam keadaan tertekan. Bagi mengelakkan si bulus berasa tertekan dengan suara bayi menangis, pemilik disarankan untuk memasang suara bayi di dalam rumah sebelum bersalin agar ia terbiasa. Pastikan juga pemilik meluangkan masa bermain dengan mereka sebelum ada bayi lain akan menggantikan tempatnya.

2. Perubahan kecil, kesan besar

Perubahan kecil seperti memindahkan tempat buang air, mengubah kotak makanan serta mengalihkan tempat tidurnya memberi kesan kepada kucing. Ia boleh membuatkan kucing melarikan diri dan sebab itu adakalanya mereka menyorok di bawah kerusi atau di celah almari. Apatah lagi jika pemilik berpindah rumah, ia memberi kesan lebih besar kepada emosinya. Jadi sebaik-baiknya, jika ingin mengubah kedudukan barang miliknya, lakukan secara berperingkat agar ia dapat membiasakan diri.

3. Kebosanan

Rutin yang sama boleh membuatkan kucing rasa bosan dan tertekan. Jadi untuk mengambil hatinya, belikan mainan baharu agar dapat membantu fikirannya lebih tenang dan gembira.

4. Aroma menyengat

Kucing mempunyai deria bau yang tajam sehinggakan aroma kuat seperti minyak wangi atau masakan boleh membuatkan ia berasa tidak senang. Biasanya ia akan melarikan diri bagi menenangkan diri. Jadi jangan kecil hati jika anda sudah pakai minyak wangi, tapi si bulus enggan mendekati anda. Tapi ada bau yang cukup digemarinya seperti catnip, lavendar dan buah anggur.

5. Kostum

Ramai yang gemar memakaikan kostum kepada kucing peliharaan mereka kerana ia nampak comel. Tetapi hakikatnya, kucing tidak gemar memakai pakaian dan sebab itu juga ia sering melarikan diri atau membuat muka monyok apabila dipakaikan kostum.

6. Membelai perutnya

Kebanyakan kucing tidak suka perut mereka dipegang dan kebiasaannya si bulus akan mencakar atau melarikan diri ketika kita cuba memegang perutnya. Bagaimanapun setiap kucing ada tarikan berbeza termasuklah ada yang suka perut mereka dibelai.

7. Berinteraksi dengan orang tak dikenali

Perhatikan reaksi kucing anda ketika seseorang tidak dikenali mendekatinya. Biasanya, ia akan melarikan diri atau tidak memberi respons apabila badannya diusap. Reaksi itu sebenarnya menunjukkan ia tidak selesa dengan orang yang tidak dikenalinya.

8. Ekornya dipegang

Kucing tidak suka ekornya dipegang atau ditarik kerana ia adalah bahagian sensitif. Bagaimanapun ia cukup suka jika bahagian leher atau badannya dibelai.

9. Bersendirian

Seperti manusia, kucing juga boleh berasa sunyi dan bosan apabila ditinggalkan sendirian di rumah. Sebaik-baiknya, jika ia terpaksa ditinggalkan, sediakan makanan kegemaran atau permainan berkonsepkan penyelesaian masalah seperti puzzle bagi membolehkan ia fokus dan tidak memikirkan tentang rasa sunyi.

10. Makanan lama

Biasanya kita akan meletakkan semangkuk makanan kucing ketika keluar bekerja namun apabila pulang ia seolah-olah tidak berusik dan si bulus hanya makan dalam jumlah kecil. Sebenarnya, kucing tidak suka makanan yang terbiar lama dan sebaik-baiknya sediakan beberapa mangkuk dan isi makanannya dalam jumlah kecil.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *