Calon SPM ini sekadar cuba nasib untuk meminta sesuatu ini pada pengetuanya. Sekali tak sangka ini respon dari pengetua tersebut.

Hiburan Kehidupan Viral

Danial antara salah seorang calon SPM yang betul-betul tidak menyangka dengan perbuatan pengetua sekolahnya, Puan Jaliah Abu yang betul-betul ‘sporting’ sehinggakan boleh menunaikan hajatnya yang ingin menikmati McDonald’s.

“Dapat pengetua sporting ni another level of kena bersyukur!” Ini adalah antara respon warganet terhadap perkongsian yang tular oleh salah seorang pengguna media sosial yang memuat naik gambar bersama pengetua sekolahnya yang sudi memberi set hidangan McDonald’s khusus buat para pelajar.

Pada mulanya, pengguna media sosial yang bernama Muhammad Danial Asyraf Azahari berkongsi gambar tangkap layar (screenshot) whatsappnya bersama pengeta sekolahnya, Jaliah di laman aplikasi twitter.

Menerusi perbualan berkenaan, pelajar berkenaan mewakili rakan tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Melaka itu memberi ‘hint’ kepada pengetuanya mengenai keinginan mereka. Tanpa disangka, guru tersebut membalas mesej yang dihantar pelajarnya itu dengan sangat ‘sporting’.

Tangkap layar perbualan di antara Danial dengan pengetuanya, Puan Jaliah Abu menerusi aplikasi Whatsapp yang dimuat naik di Twitter.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 4,000 retweet malah rata-rata warganet juga melahirkan rasa kagum dengan sikap pengetua wanita berkenaan kerana menunaikan keinginan para pelajarnya.

Berkongsi cerita, pelajar yang senang disapa sebagai Danial itu berkata dia sekadar ‘mencuba nasib’ menghantar mesej kepada pengetuanya, selain turut mengidam menikmati makanan dari restoran makanan segera itu.

“Kami sebenarnya tinggal di asrama dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kami tak boleh keluar untuk beli sendiri sebab keadaan pandemik sekarang. Makanan semua disediakan di asrama… jadi terasa macam mengidam selepas tengok ada pelayar Twitter muat naik gambar pengetua sekolah mereka ‘payung’ McDonald’s. Saya pun hantar screenshot ciapan tu kepada Puan Jaliah.

Antara komen warganet yang rata-ratanya mengkagumi sikap sporting pengetua di sekolah Danial.

“Tak sangka sebab dia balas… siap tanya lagi nak menu apa. Tapi alih-alih bila makanan sampai petang Ahad lalu, ada ayam goreng, burger dan kentang goreng lagi,” ujar remaja berusia 18 tahun ini.

Menurut Danial, pada mulanya hanya rakan-rakan sebilik sahaja mengetahui mengenai mesej tersebut, namun ia diketahui pelajar-pelajar lain selepas ciapannya tular. “Seronok sangat-sangat sebab dapat lepas mengidam. Rasa macam bersemangat nak belajar.

Beliau tak mengajar kelas saya pun… tapi memang sangat sporting dan disenangi para pelajar. Bila perkara ini tular, dia tahu dan dia okay saja.

“Masa edar makanan tempoh hari, Puan Jaliah sempat pesan supaya buat yang terbaik untuk SPM ni. InsyaAllah kami semua akan cuba sedaya upaya untuk banggakan sekolah,” katanya yang berasal dari Teluk Mas, Melaka.

Bercerita mengenai personaliti pengetuanya itu, Danial berkata guru wanita berkenaan sememangnya seorang yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan pelajar walaupun baru berkhidmat di sekolah tersebut tahun lalu. “Beliau tak mengajar kelas saya pun… tapi memang sangat sporting dan disenangi para pelajar. Bila perkara ini tular, dia tahu dan dia okay saja,” katanya lagi.

Sebahagian daripada batch tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Melaka yang menduduki SPM pada ketika ini.

Sementara itu ketika berkongsi mengenai persediaannya menghadapi peperiksaan dalam suasana norma baharu, remaja ini berkata dia gemar mengulang kaji bersama rakan-rakan tambahan pula proses pembelajaran sedikit terganggu tahun lalu gara-gara pandemik Covid-19. “Selain study group, warden asrama dan guru-guru memang sangat membantu antaranya ada yang buat kelas tambahan. Alhamdulillah bila duduk di asrama, harapan kami adalah untuk fokus lebih dengan ulang kaji bersama-sama,” katanya lagi.

Calon SPM Ini Sanggup Hulur RM500 Kepada Seorang Rider Ini. Rupanya Dia Lakukan Sesuatu Ini.

Irsyad menunjukkan cabarannya membayar 10 kali ganda harga pesanan kepada penghantar makanan. Pelbagai cabaran yang dilakukan di media sosial terutama dalam kalangan anak muda, sehingga menjadi satu ikutan atau trend. Antara cabaran tersebut termasuk membayar 10 kali ganda daripada harga pesanan yang dibuat menerusi aplikasi, apabila penghantar makanan menghantar pesanan ke rumah.

Rentetan itu, seorang remaja lelaki turut tidak ketinggalan melakukan cabaran itu, namun di akhir video berdurasi tujuh minit yang tular itu mendedahkan plot twist yang mana dirinya rupa-rupanya juga merupakan penghantar makanan. Pemuda berkenaan, Muhammad Irsyad Azhar berkata, dia sebenarnya bekerja secara sambilan sebagai penghantar barang sejak tahun lalu, dan baru sebulan berkhidmat dengan sebuah syarikat yang menawarkan servis penghantaran makanan.

Seorang lagi penghantar makanan (kanan) yang menghantar pesanan kepada Irsyad.

Remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa video cabaran yang dilakukannya itu benar-benar berlaku dan bukan sekadar lakonan semata-mata.

“Memang itu saya buat untuk video challenge saya bayar 10 kali ganda daripada harga minuman dan makanan yang saya order. Saya mendapat inspirasi daripada seorang YouTuber popular, Alieff Irfan yang sebelum ini pernah membuat cabaran yang sama untuk video di YouTube,” katanya.

Lebih mesra disapa Irsyad, anak muda itu turut menjelaskan bahawa video cabaran yang dibuatnya juga bukan sekadar kandungan atau content untuk menarik perhatian warganet. Menurut pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, dia turut mendapat inspirasi daripada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

“Saya kagum dengan kerja keras Ustaz Ebit dalam membantu orang-orang susah dan memerlukan. Teringin jadi seperti beliau untuk sama berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Berkongsi pengalaman, Irsyad yang berasal dari Skudai, Johor itu memberitahu, dia membuat cabaran tersebut pada tengah hari Sabtu membabitkan dua penghantar makanan.

“Pesanan melibatkan dua minuman berharga RM23 dan saya bayar kat rider tu sebagai sedekah saya sebanyak RM230, manakala satu lagi pesanan merupakan dua burger berharga RM27 dan saya bayar RM270 kat seorang lagi rider. Jumlah keseluruhan adalah RM500. Bukan setakat duit 10 kali ganda daripada harga pesanan saya sedekahkan, tapi saya beri juga salah satu daripada pesanan yang dibuat kepada rider masing-masing dan satu lagi saya ambil untuk makan dan minum,” tambahnya.

Kita tak perlu jadi kaya baru nak bantu orang lain. Jika kita berkongsi rezeki walaupun sedikit, insyaAllah rezeki kita akan dapat lebih banyak nanti.

Hanya bekerja secara sambilan pada hujung minggu buat masa ini, anak bongsu daripada tiga beradik itu dapat memahami dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh penghantar makanan.

“Antara mereka ada komitmen untuk tanggung keluarga, kejar masa untuk komisyen. Itu belum lagi kena harungi cuaca panas dan hujan selepas risiko keselamatan di jalan raya. Saya kira bersyukur kerana masih di bawah tanggungan ibu bapa. Saya bukanlah dari keluarga yang kaya, tapi saya bersyukur dengan apa yang ada,” ujarnya.

Irsyad bertugas sebagai penghantar makanan secara sambilan.

Sehubungan itu, Irsyad mengharapkan orang ramai melihat video yang dihasilkannya dari sudut yang positif untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk membantu orang lain.

“Jujurnya, gaji yang saya jadi rider buat part time bulan lepas dapat RM700. Sebanyak RM500 daripadanya saya dah beri pada dua rider tu dengan niat bersedekah. InsyaAllah cukup baki RM200 untuk saya survive sampai akhir bulan sebab banyak makan dan minum di rumah. Kalau ada rezeki, dapat tips daripada pelanggan. Kita tak perlu jadi kaya baru nak bantu orang lain. Jika kita berkongsi rezeki walaupun sedikit, insyaAllah rezeki kita akan dapat lebih banyak nanti,” katanya.

Disebabkan Pelanggan Cancel Beratus Pesanan Ini. Rider Foodpanda Ambil Inisiatif Ini Pula Pada Pesanan Itu.

Bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Terutamanya apabila kita bersedekah dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda.

‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya. Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.

Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka. Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.

Semoga dimurahkan rezeki

Seronok dan bahagia bila sedekah kepada orang lain

Terharu, semoga dipermudahkan urusan

Kesian, semoga sabar

Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki! Sumber: TikTok @anasmansor99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *