Anak mula pelik bila bapa T20 berkira soal duit dengan keluarga. Tapi pemurah bila dengan orang ini.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Bapa Han mengamalkan gaya hidup sederhana dengan membeli baju bundle dan menggunakan kereta Axia. Bukan semua orang dilahirkan dengan kesenangan dan kemewahan. Begitulah senario yang dialami oleh seorang pemuda yang dilahirkan dari keluarga B40 iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan pendapatan di bawah RM4,849.

“Ayah aku pernah hidup dari golongan B40 berasa miskin cabok bawa van buruk (masa aku baru lahir) sampailah direzekikan ke T20 sekarang ni. Tapi walaupun sekarang gaji dia dah lima angka, dia hanya bawa Axia, downgrade dari Alza. Pakai telefon pun harga RM400. Aku kadang pelik,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Perkongsian Han di laman Twitter.

Berkongsi pengalaman, pemuda berkenaan berkata, bapanya yang berasal dari Felda Ulu Tebrau di Johor bermula mencari pendapatan sampingan di ladang kelapa sawit. Hanya mahu dikenali sebagai Han, katanya, bapanya kemudian menyambung pengajian di Institut Teknologi Mara (kini UiTM) di Segamat, Johor sebelum bertugas sebagai guru.

“Masa ayah jadi guru pun gaji dia masih rendah. Masih dalam golongan B40. Dari pakai motosikal, ke van lama ke kereta Kancil. Sekarang ni selepas hampir 30 tahun, ayah masih bergelar guru. Dengan gajinya sekarang dicampur elaun dan bisnes hartanah yang dilakukannya, ayah masuk kumpulan T40 dengan sumber pendapatan lima angka,” ujar pemuda berusia 24 tahun itu.

Walaupun kini boleh dikatakan hidup semakin senang, Han berkata, bapanya bersikap merendah diri dengan mengekalkan amalan gaya hidup sederhana.

“Dari pakai kereta Alza, tukar kepada Axia. Ayah kata sebab bayaran ansuran bulanan lebih rendah. Lagipun kata ayah, sekarang tiada keperluan untuk membawa ramai orang dalam satu kereta. Saya sendiri sudah ada kereta sendiri,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.

Bapa Han hidup susah dengan memulakan pekerjaan di ladang kelapa sawit. -gambar hiasan / foto KAMARUL ARIFFIN

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, gaya hidup serba sederhana itu bukan sahaja dipraktikkan untuk bapanya sendiri, malah buat seisi keluarga.

“Cara ayah berbelanja macam orang susah, dia tidak bermewah-mewah. Kalau masuk kedai baju bundle (pakaian terpakai) tu dah biasa bagi kami sekeluarga, baju harga serendah RM5. Kalau anak-anak minta mainan punyalah susah, tapi kalau bab pendidikan… ayah memang tak berkira. Cakaplah nak beli buku apa pun, ayah okay sangat siap nak yang berkualiti,” tambahnya.

Setiap benda kami kena usaha sendiri walaupun ayah ada je duit. Ayah tak pernah kasi duit senang-senang macam tu je sebab dia pernah hidup susah

Han yang bekerja sendiri berkata, bapanya mendidik anak-anak untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu selain memberikan ganjaran sekiranya cemerlang dalam pelajaran.

“Setiap benda kami kena usaha sendiri walaupun ayah ada je duit. Bila saya dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah, ayah belikan saya konsol video game (permainan video). Saya juga buat simpanan daripada duit belanja untuk beli telefon. Bila ayah tahu saya dah kumpul separuh, ayah top up (tambah) untuk belikan saya telefon yang baru. Ayah tak pernah kasi duit senang-senang macam tu je sebab dia pernah hidup susah, kena masuk ladang angkat buah sawit sehingga berjaya kumpul duit beli motor RXZ,” katanya.

Dari anak Felda menjadi kumpulan B40, bapa Han kini bergelar T20.

Namun, apa yang paling membuatkan Han begitu kagum dengan bapanya adalah sikapnya yang pemurah dan bertolak ansur walaupun berada dalam kelompok T20. Mengulas lanjut, bapanya menyediakan rumah sewa dengan kadar sewa bulanan hanya RM300 berbanding kadar sewa purata di kawasan sekitar antara RM700 hingga RM850.

“Ayah kenakan kadar sewa RM300, tapi ayah bayar RM400 untuk ansuran rumah teres satu tingkat tu. Ayah tak ambil untung pun. Penyewa pula sejak tahun lepas kehilangan kerja kesan daripada pandemik Covid-19, sampai tak dapat bayar sewa. Tapi ayah kata tak perlu bayar sewa dahulu sehinggalah penyewa tu dapat kerja nanti. Ayah kata kalau ada rezeki lebih, tolonglah mereka yang memerlukan. Ada duit lebih jangan sibuk nak hidup bergaya, tapi bila masyarakat susah, kita tak dapat tolong,” katanya.

Ayah Selalu Nasihat Untuk Kuruskan Badan Demi Kesihatan. Sebak Sekali Perkongsian Remaja Ini Semuanya Berubah Selepas Bapanya Tiada

Tabah sungguh pemuda ini. Selepas bapanya hembuskan nafas terakhir akibat daripada knsr otak tahap 4,Daniel bertekad untuk melakukan transformasi kurangkan berat badan. Dia yang menyedari berat badannya yang berlebihan, seorang remaja lelaki tidak pernah peduli apatah lagi melakukan perubahan menerusi amalan gaya hidup sihat.

Luahnya di Tiktok”Aku memang gemuk tapi aku tak sedar diri,”Namun, pendiriannya itu berubah sama sekali selepas pemergian bapa kesayangan pada Mac tahun lalu dengan melakukan transformasi untuk mengurangkan berat badan.

Remaja tersebut, Daniel Mohamad Ajmal mengakui sikapnya yang tidak mengawal pemakanan dan malas bersenam membuatkan berat badannya mencecah 126 kilogram (kg). Dia yang berusia 17 tahun itu berkata, antara individu yang sering menegurnya adalah bapanya yang sudah tiada pada usia 53 tahun akibat knser otak tahap empat.

Katanya lagi “Saya dari kecil lagi memang dah gemuk sebab suka makan tak berhenti. Masa saya darjah tiga ayah didiagnosis knser otak tahap empat pada 2013.”Pada tahun yang sama juga bermulanya ayah menasihatkan saya untuk kuruskan badan demi kesihatan, berkali-kali sehingga ayah pergi buat selamanya tahun lalu,”

Remaja yang bernama Daniel, katanya, sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, dia bertanggungjawab untuk menjaga bapanya yang menghidap sakit itu.”Saya banyak meluangkan masa bersama ayah, uruskan dia. Mula-mula ayah masih boleh bercakap, jadi dia tegur dan marah saya sebab gemuk, tak jaga kesihatan.

“Tiga kali ayah jalani operasi dan selepas operasi terakhir pada 2016, ayah dah tak boleh bercakap. Ayah hanya mampu gerakkan tangan pegang perut saya beri isyarat untuk saya kurangkan berat badan,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Jelas pelajar Tingkatan Lima itu, selain sikapnya yang degil tidak mendengar nasihat, masanya banyak dihabiskan dengan pelajaran dan menjaga bapanya.”Memang saya tak ada masa bersenam, tapi saya tetap degil dengan makan macam-macam. Sampaikan saya tutup telinga, saja nak memberntak.

“Tapi bila ayah peri buat selamanya, saya yang paling sedih sebab kehilangan orang yang saya rapat dan sayang, dan sebab tak dengar nasihat ayah semasa hayatnya,” katanya.Sejak pemergian bapanya, Daniel yang berasal dari Kuala Lumpur berazam untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Jelasnya lagi “Mak daftarkan saya ke gim. Tapi saya hanya sempat bersenam hari pertama di gim pada 17 Mac sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuat kuasakan di seluruh negara esoknya (18 Mac) akibat pandemik Covid-19.”Gim kena tutup sepanjang PKP. Masa tu saya frust sangat sebab baru ada semangat nak kuruskan badan, memang rasa down,”

Namun pelajar yang mengikuti Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Setiawangsa di Kuala Lumpur tetap mengingati pesanan bapanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Paling terkesan adalah saya simpan baju-baju ayah tapi frust sebab tak muat pakai sebab ketika itu saya bersaiz 4XL sedangkan ayah saiz L. Saya memang berharap sangat untuk pakai baju ayah,” tambahnya.Daniel kemudian kembali bersenam selepas gim dibuka semula dengan bimbingan jurulatih pada Jun tahun lalu, serta melakukan aktiviti lain seperti joging, renang dan berbasikal.

“Selain bersenam, saya juga kawal pemakanan. Dalam tempoh lapan bulan sejak Jun tahun lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan dari 126kg kepada 70kg.”Syukur, usaha keras saya berhasil. Saya gembira sebab boleh pakai bajuayah dan walaupun size saya kini M, saya tetap dapat pakai baju dia… bila muat pakai baju ayah, rindu terubat,” katanya yang mahu mengikuti jejak langkah bapanya sebagai arkitek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *