Tular satu gambar yang menunjukkan ibu bapa pelajar yang berkerumun untuk mengambil anak. Sekali ini respon warganet.

Kehidupan Keluarga Viral

Tular di laman sosial yang menunjukkan ibu bapa yang berhimpit-himpit di depan pagar sekolah untuk menyambut kepulangan anak. Detik 1 Mac pada Isnin menyaksikan murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali menjalani pembelajaran seperti sedia kala apabila sesi pembelajaran kembali dibuka.

Malah pada 8 Mac ini pula, pembukaan sekolah untuk murid bagi tahun 3 hingga tahun 6 akan dimulakan. Bagaimanapun hari pertama sesi persekolahan yang dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) turut menimbulkan rasa bimbang warganet. Tular di laman sosial memaparkan kumpulan ibu bapa yang berhimpit beramai-ramai di hadapan pagar sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya selepas tamat sesi pembelajaran pada Isnin.

Murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali ke sekolah pada Isnin.

“Seharian cikgu-cikgu meratib ajar pasal penjarakan sosial apa semua lepas tu depan pintu pagar balik jadi kelam kabut dengan parents nak cari anak, dengan anak nak cari mak. Janganlah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0,” tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi foto itu. Foto itu sehingga kini meraih hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).

Keliru. Siapa yang sekolah sebenarnya. Ramai ibu bapa lagi dari anak-anak.

Rata-rata warganet yang memberi komen dan memberi respon menzahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang berlaku. Malah, ada yang turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di sekolah-sekolah lain.

Paparan skrin posting tular itu.

“Ni baru Tahun 1 dan 2 belum sepenuhnya sampai Tahun 6 lagi. Pagi petang sama je. Penat dah cikgu atur balik ikut kelas siap suruh ibu bapa datang pukul berapa. Tapi setengah jam sebelum loceng balik sekolah dah penuh depan pagar. Keliru, siapa yang sekolah sebenarnya? Ramai ibu bapa lagi dari anak-anak. Ini bawa sekampung hantar anak sekolah,” tulis seorang lagi warganet berseloroh.

Dalam pada itu, guru itu turut memberi penjelasan mengenai sistem yang dilaksanakan di sekolah itu, namun katanya ada kelemahan sehingga berlaku insiden sedemikian.

“Ya, kami cikgu-cikgu memang keluarkan murid-murid berperingkat selang tiga hingga lima minit. Tapi sebab ramai sangat dan ada ibu bapa yang tak datang awal, jadi budak yang keluar awal pun jadi tersangkut sekali dengan yang kemudian,” tulisnya di ruangan balas.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan tarikh pembukaan sekolah pada 19 Februari lalu.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari lalu turut mengumumkan murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini. Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B. Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Telatah Murid Darjah Satu Yang Dipercayai Melarikan Diri Dari Sekolah. Tak Sangka Rata Rata Warganet Turut Terhibur Melihat Gelagat Murid Itu.

Macam yang kita semua tahu, hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2021. Jika sebelum ini para pelajar hanya mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di rumah susulan pandemik covid19.

Lazimlah di sebalik pembukaan semula sekolah, banyak ragam yang akan ditonjolkan oleh murid muris sarjah satu. Ini ekrana,ia merupakan pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah setelah dua tahun di tadika,

Berdasarkan perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook yang berdurasi satu minit, memaparkan telatah murid darjah satu yang dipercayai melarikan diri dari sekolah. Video tersebut telah dirakam oleh seorang lelaki yang cuba memujuknya. Namun, segala pujukan itu tidak berhasil dan lelaki itu tercungap-cungap penat mengejar murid tersebut.

Tidak berakhir di situ, lelaki ini sempat untuk menawarkan diri untuk menghantarnya semula ke rumah.Pakcik hantar balik, ada polis marilah pakcik hantar balik.Walau bagaimanapun, usahanya untuk ‘membantu’ murid itu telah dibantu oleh seorang wanita yang menaiki motosikal. Setelah ditahan, murid tersebut telah dibawa menaiki motosikal bersamanya.

Namun, tiada sebarang info tambahan mengenai kejadian di sebalik video tersebut.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat murid itu. Video tersebut telah meraih lebih 7k tanda suka dan dikongsi lebih 2.6k oleh pengguna Facebook yang lain. Buat hal lah kau dik!

KPM Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Begini Sekiranya Belum Ada Seragam. Ini Maklumat Lanjut Soal Isu Ini.

KUALA LUMPUR: Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021. Kementerian Pendidikan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan.

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, kementerian ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Katanya, kementerian berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Pada 19 Februari lalu, kementerian mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

Polis Sanggup Bina Sesuatu Untuk Memudahkan Pelajar Untuk Menghadiri PDPR Sekolah Mereka. Ketua IPD Ranau Akui Isyarat Internet Agak Kurang Baik.

RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus, di sini, bagi membantu pelajar mendapatkan capaian Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Sammy Newton, berkata ketiadaan isyarat internet yang baik di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR.

“Justeru pihak kami menyediakan khemah di atas bukit yang juga di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar di kampung itu. Semua peralatan khemah lengkap dengan meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota IPD Ranau, selain menyumbangkan pelitup muka, cecair sanitasi tangan dan bakul makanan untuk pelajar di situ,” katanya kepada Bernama.

Sammy berkata, Kampung Paus terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan Ranau dan lebih 20 kilometer dari jalan utama. Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan keselamatan pelajar di khemah berkenaan rondaan pemantauan polis dari IPD Ranau juga dijalankan.

Bersesuaian dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, Sammy berkata khemah berkenaan dibina pada Jumaat lalu hasil gotong-royong petugas IPD Ranau bagi menyediakan keselesaan kepada pelajar dan secara tidak langsung memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar di kampung berkenaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin memuji usaha IPD Ranau yang turut membantu melancarkan proses PdPR meskipun kekangan capaian kemudahan Internet. Beliau berkata, bantuan itu sangat diperlukan oleh pelajar yang sanggup ke lokasi bagi memudahkan mereka mendapat talian internet dan pesanan pembelajaran daripada guru sekolah.

“Dengan cara itu, pelajar dapat menerima dan menghantar semula latihan yang disemak oleh guru masing-masing melalui aplikasi WhatsApp yang paling popular digunakan pada masa kini,” katanya. – BERNAMA Sumber BHOnline

Polis Tak Puas Hati Dengan Rider Hanya Sebabkan Mi Goreng Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Pang bekerja sebagai runner penghantar makanan ‘mi bodo’ di kawasan berdekatan gerai makan tersebut. Kisah  rider sering kali menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermacam-macam gelagat dan pengalaman yang dikongsikan geng rider cepat sahaja dapat dihidu warganet sehinggakan ia tular di laman media sosial.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 34 tahun dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka apabila dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan sekatan jalan raya baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Nazarrudin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pagi Jumaat lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Semabok, Melaka ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan di kawasan berdekatan. Pemuda itu memberitahu, ketika dia berhenti di sekatan jalan raya itu, ada anggota polis bertanya apa ada di dalam tempat isi makanan yang dibawanya. Selepas dia selamba menjawab ‘mi bodo’, anggota terbabit mengulangi soalan sama dua kali dan dia tetap memberi jawapan sama.

Pang bersama isterinya Izwanie yang sedang hamil lapan bulan dan dua orang cahaya mata perempuan.

Ketika itulah, polis bertugas terbabit dengan muka menahan marah mengarahkan dia untuk ke tepi. “Dia suruh saya buka beg makanan tersebut. Spontan dia tanya nama mi ni bodo ka? Aku ingat kau bodohkan aku. Dah jalan! Bila saya dah jalan depan sikit baru saya terfikir, oh… dia ingat saya cakap bodoh dekat dia, ” ujarnya yang mengakui gemuruh ketika melalui detik itu.

Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu.

Nazarrudin atau lebih dikenali sebagai Pang berkata, mungkin anggota polis tersebut bukan berasal atau tinggal di Melaka kerana rata-rata orang di negeri Hang Tuah itu tahu kewujudan ‘mi bodo’ ini. “Sejak PKP ini memang saya buat runner untuk Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera ini. Sebelum ini saya berniaga burger sepenuh masa.

“Saya tak buat Foodpanda atau GrabFood. Baru dua minggu saya buat runner dan ini kali pertama saya ditahan dan berdepan situasi macam ini. Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu, ” jelasnya.

Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera yang popular di negeri Melaka.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata perempuan itu, Irdina Raisya dan Airish Raika yang masing-masing berusia enam dan lima tahun berkata sejak status yang dimuat naiknya itu tular, banyak pesanan ‘mi bodo’ diterima sehingga dia tidak menang tangan dan terpaksa menolak. Sehingga kini posting itu meraih 600 likes dan 100 share di laman Facebook. “Sejak tular gerai mi hadkan sehari 100 bungkus sahaja untuk saya buat penghantaran, sebab yang beratur kat gerai pun ramai.

Tular perkongsian yang dibuat Pang mengenai perbualannya bersama salah seorang anggota polis ketika membuat sekatan jalan raya.

“Sekarang mereka bayar saya mengikut kilometer penghantaran. Alhamdulillah.. cukuplah untuk makan anak bini, ” ujarnya. Bagaimanpun, kata Pang, buat masa ini kerja sebagai runner untuk mengumpul wang sampingan dan akan memulakan operasi gerai burger jika situasi kembali pulih kerana perlu membuat persiapan untuk menyambut ahli baharu dalam keluarganya kerana isterinya kini hamil lapan bulan.

Wanita Ini Sanggup Menyediakan Snek Percuma Untuk Menghargai Geng Rider. Tak Sangka Usahanya Itu Memberi Aura Positif Pada Rider.

Usaha murni Natasha dimulakan sekitar dua minggu lalu. Setiap orang ada cara tersendiri dalam menzahirkan rasa syukur dan apresiasi mereka terhadap orang lain. Terbaharu, tular di Twitter mengenai usaha seorang wanita yang menyediakan makanan ringan dan minuman buat golongan penghantar barang serta makanan di hadapan kediamannya yang terletak di ibu negara.

Menurut Natasha Hidayah Hashim, 29, usaha murni itu tercetus menerusi Twitter, sebagaimana yang turut dilakukan oleh penduduk di Amerika Syarikat (AS). “Saya dapat idea daripada Twitter, orang dari AS letak snek di luar rumah untuk golongan rider. Saya sebenarnya jarang membuat pembelian online. Tapi sekarang makin kerap sebab kes Covid-19 meningkat, ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita,” ujarnya kepada mStar.

Selain inspirasi masyarakat luar negara, dia juga sedikit tersentuh apabila terserempak dengan penghantar barang yang membawa anak ketika bertugas baru-baru ini. Jelasnya, pemberian makanan dan minuman percuma itu baru dimulakan sekitar dua minggu lalu. “Saya nak tunjuk apresiasi kepada mereka. Baru-baru ini saya nampak penghantar barang tu bawa anak-anak dalam kereta. Memang terasa sedih. Bermula dari situ saya letak makanan di luar rumah. Mula-mula letak biskut sikit, tak sangka habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *