Tular perkongsian kakak yang dirayu oleh adiknya untuk pulang ke kampung. Sekali ini tanggapan orang ramai.

Kehidupan Keluarga Viral

Wardah berpisah dengan adik bongsunya yang diberi gelaran ‘Baby’ sejak mendirikan rumah pada pertengahan tahun lalu. Bagaikan menjadi kelaziman bagi setiap keluarga, si bongsu pastinya menjadi anak paling manja dalam kesemua adik-beradik.

Begitu juga kisah melibatkan wanita ini yang berkongsi pesanan suara (voice note) adik bongsunya sehingga mengundang sebak warganet. Menurut Nur Wardah Atiqah Nasri, 23, dia cukup rapat dengan adiknya, Nur Alisha Batrisha, 6, yang juga puteri bongsu dalam keluarganya.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia bagaimanapun berpisah dengan adik bongsu yang diberi gelaran ‘Baby’ sejak mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nur Muhammad Amirrul Zainol Abidin, 26, pada pertengahan tahun lalu.

“Saya berpindah ke Pulau Pinang selepas berkahwin. Adik pula menetap bersama mak ayah saya di Kulim, Kedah. Biasanya dia akan buat panggilan video dalam tiga kali seminggu setiap kali ayah saya bagi telefon kepadanya.

Wardah bersama adik bongsunya.

“Saya memang rapat dengan dia, dah uruskan sejak dia kecil lagi. Kali terakhir saya jumpa dengannya pada Disember lalu sebelum larangan rentas negeri dikuatkuasakan,” ujarnya.

Mesra disapa Wardah, dia mengakui tidak sangka video memaparkan pesanan suara adiknya akan menerima hampir sejuta tontonan di TikTok. Jelasnya lagi, biarpun kedengaran ‘comel’, rayuan adiknya yang meminta dia pulang ke kampung turut menimbulkan rasa sebak dalam hati.

Pernah ada orang tegur, mereka fikir dia anak saya sebab dia memang manja dan suka berkepit.

“Dia memang manja. Dulu tiap minggu kami akan balik ke Kulim. Kalau balik je mesti dia teruja. Kemudiannya bila saya nak balik ke Pulau Pinang, dia akan diam. Masa pertama kali saya nak tinggalkan rumah untuk berpindah ke Pulau Pinang selepas kahwin, dia tak bangun tidur lagi masa tu. Tapi saya dah maklumkan kepadanya pada malam sebelum itu. Selepas saya sampai Pulau Pinang, mak beritahu dia menangis cari saya.

Wardah dan suami yang disatukan pada pertengahan tahun lalu.

“Berkenaan video tu pula, saya sekadar suka-suka post video tu di TikTok. Tak tahu pula akan viral. Baru dua jam dah berpuluh ribu tontonan pada hari pertama ia dikongsi. Adik bongsu saya tu ibaratnya anak pencen. Ayah saya pencen askar. Yang kedua bongsu pun dah Tingkatan 4. Memang jauh jarak usia dengan si bongsu. InsyaAllah nanti dah dibenarkan rentas negeri, saya akan pulang ke Kulim untuk jumpa adik dan keluarga,” ujarnya lagi. Menurut Wardah, dia pernah berdepan detik lucu apabila si bongsu itu disangkakan sebagai anaknya sendiri.

Adik bongsu yang mesra disapa dengan gelaran Baby.

“Saya jarang keluar dengan kawan. Banyak dengan keluarga. Pernah ada orang tegur, mereka fikir dia anak saya sebab dia memang manja dan suka berkepit. Saya OK je orang cakap macam tu, sebab memang rapat dari dia kecil lagi. Kalau dengan orang yang dia kenal, memang manja macam tu. Dia juga seorang yang periang dan aktif,” kata Wardah lagi.

Paparan skrin video tular di TikTok.

Sehingga kini, video dikongsi Wardah menerima lebih 800,000 tontonan. Dalam video itu, kedengaran suara adiknya yang bertanya mengenai kepulangan Wardah dalam suara yang cukup sayu.

“Akak bila nak balik? Baliklah, adik rindu kakak. Akak baliklah sekarang, adik rindu,” ujar adik Wardah seolah merayu-rayu. Kak baliklah sekarang. Cakaplah, kan tadi adik cakap, kakak seorang tak cakap kat adik. Malas kawan dengan akak,” ujar adiknya lagi. Video itu turut dihujani pelbagai komen warganet yang rata-ratanya sebak dengan kisah seorang adik yang merindui kakaknya itu.

Disebabkan Pengantin Perempuan Idam Untuk Pakai Baju Ini Pada Hari Istimewanya. Dia Nekad Untuk Turunkan Berat Dan Berjaya Sehingga Sebanyak Ini Dalam Masa Singkat.

Wani gigih turunkan berat badan sehingga 11kg untuk nampak cantik ketika menggayakan busana di hari bahagia. Bakal pengantin perempuan sering berdepan masalah menjelang hari perkahwinan kerana ingin kelihatan langsing menggayakan busana yang diidamkan saat berada di pelamin.

Begitu jugalah kisah wanita ini yang mampu mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tiga bulan berusaha gigih mendapatkan bentuk badan idaman demi pada hari perkahwinannya.

Menerusi video transformasi yang dimuat naik di TikTok, Nurul Shazzwani Mustafa berkongsi transformasi dirinya yang berlaku dalam masa singkat, sebaik sahaja mendapat tahu perkahwinannya akan dipercepatkan. “Terima kasih terima saya seadanya, ” tulisnya di kapsyen video TikTok yang tular.

Mengimbas mengenai detik awal transformasi dirinya sekitar tiga tahun lalu, Nurul Shazzwani berkata dia sangat terkejut apabila pada satu hari teman lelakinya memberitahu mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung 2018, setahun lebih awal dari rancangan asal.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, walaupun pada masa itu ramai menganggap dirinya yang mempunyai berat 54kg ‘tidak gemuk’, malah mempunyai berat badan ideal, tetapi dia secara peribadi berasa kurang yakin serta mengidamkan bentuk tubuh yang lebih langsing untuk kelihatan cantik ketika bergelar raja sehari.

Foto sebelum dan selepas transformasi.

“Saya masa tu masih belajar tak terfikir pun nak turunkan berat apatah lagi saya memang kuat makan dan tak kisah sangat kalau berat badan naik setakat 4 atau 5kg. Tiba-tiba suatu hari, teman lelaki ajak jumpa lepas lama tak jumpa sebab kami belajar di universiti berlainan, dia di Pahang saya pula di Shah Alam… ketika itulah dia ajak kahwin awal. Masa tu berat saya 54kg, rasa tak selesa nak jumpa. Saya pun terus hantar gambar supaya dia tak terkejut jumpa nanti, sebab kali terakhir jumpa berat saya kurang dari tu,” katanya ketika dihubungi.

Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit.

Bercerita lanjut, dia yang lebih mesra disapa Wani mengakui mempunyai perasaan bercampur baur apabila teman lelaki yang kini sah bergelar suaminya, Shafiq Nordin, 27 mengajaknya untuk mempercepatkan majlis kahwin. Pasangan ini berkenalan 10 tahun yang lalu dan sejak tahun 2016 mereka aktif melakukan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan secara online.

“Sejujurnya gembira tapi masa yang sama saya fikir buruknya kalau saya pakai baju kahwin nanti sebab berat dah naik. Walaupun berat saya masa tu masih normal (bukan obesiti), baju saya tetap saiz M, bila bergambar saya tetap nampak berisi. Dari situlah saya nekad nak turunkan berat badan biarpun orang lain rasa saya ni taklah gemuk mana… saya tetap nak pakai baju saiz S atau XS saja,” katanya yang mempunyai ketinggian 154cm.

Video Wani yang tular di aplikasi TikTok.

Berasal dari Selangor, Wani berkata tiga bulan menjelang hari perkahwinan, dia gigih mengamalkan diet kalori dan masa yang sama mengambil produk yang tidak membahayakan kesihatan. Tambah Wani lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan reaksi suaminya apabila melihat perubahan dirinya pada hari yang penuh makna itu.

“Apa yang saya boleh katakan dia terkejut sangat. Seolah tak percaya perubahan ketara pada diri saya. Pada masa yang sama dia sedih sebab rasa saya gigih berusaha nak bentuk badan idaman. Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit, ” ujarnya lagi.

Berat Wani pernah mencecah 65kg ketika sedang hamil anak pertama.

Wani yang kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hana Inara berusia satu tahun bagaimanapun berkata, beratnya naik kepada 65kg ketika mengandungkan puterinya itu.

“Paling berat 65kg dan sekarang saya kekal dengan berat 46kg. Masa kahwin tu berat saya cuma 43kg saja. Kiranya target nak pakai baju S atau XS masa kahwin akhirnya berjaya juga,” jelasnya.

Sementara itu, wanita ini berkata bentuk badan adalah sesuatu yang subjektif bagi kebanyakan wanita. Pada pandangannya, setiap wanita pasti mempunyai bentuk tubuh idaman walaupun perkiraan Body Mass Index (BMI) menunjukkan mereka mempunyai berat badan normal. “Masing-masing ada citarasa sendiri. Biarpun orang cakap saya tak gemuk tetapi saya sendiri yang rasa kurang keyakinan diri tu,” katanya.

Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sehingga 24 Kilogram. Rupanya Sebabkan Ini Buat Dia Lebih Nekad Untuk Kuruskan Badan.

Video transformasi fizikal gadis ini menerima lebih 1.2 juta tontonan menerusi TikTok. Proses menurunkan berat badan pastinya sukar dicapai jika seseorang individu itu tidak mempunyai alasan kukuh atau keazaman untuk melakukannya.

Begitu jugalah dengan pelajar ini apabila kisah putus cinta menjadi motivasi utama sehingga dia berjaya menurunkan 24 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan. Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20, mengakui gembira dengan proses transformasi itu sehingga dia berjaya mengubah fizikal dirinya pada tahun lalu.

“Berat saya sebelum ini 74 kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50 kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya. Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri saya. Bermula pada hujung Mei, proses menguruskan berat badan terhenti pada Jun dan disambung semula pada Julai.

Amierah merupakan penuntut bidang Bioteknologi di UMS.

“Perasaan gembira sangat, tak sangka boleh dorong diri saya sehingga ke tahap ini. Kawan-kawan banyak tolong dan setiap hari bagi motivasi,” ujarnya.

Mesra disapa Amierah, dia juga mendedahkan ada saudara mara yang tidak mengenalinya selepas perubahan berat itu berlaku pada tahun lalu. “Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang-jarang berjumpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *