Ramai sedih bila pemuda Jepun ini mahu pulang ke tanah airnya. Sekali ini jawapannya bila berkaitan awek melayu.

Kehidupan Keluarga Viral

Tangkapan skrin video TikTok mengenai Nakatsu.Taufik bersama Nakatsu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah lumrah kehidupan. Kesedihan dirasai seorang pemuda apabila rakan sekerjanya yang merupakan warga Jepun bakal pulang ke kampung halaman setelah khidmatnya di Malaysia berakhir.

“Antara staf Jepun yang baik sangat dengan aku,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok. Pemuda itu, Taufik Ahmad berkata, rakan setugasnya, Shotaro Nakatsu, 26, tiba di Malaysia pada 2018 untuk terlibat dalam projek penambakan tanah dan pembinaan jeti di Pengerang, Johor.

Nakatsu berasal dari Osaka, Jepun.

Juruukur bahan itu memberitahu, rakannya yang lebih dikenali sebagai Nakatsu bukanlah pekerja pertama dari Jepun yang berkhidmat untuk projek tersebut.

“Selalu juga bertukar ganti pekerja dari Jepun mengikut setiap fasa sejak projek bermula pada 2012. Cuma Jepun sebelum ini sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, malah antara mereka boleh bercakap dalam bahasa Indonesia yang kami masih boleh faham. Nakatsu pula satu-satunya pekerja Jepun yang sampai Malaysia tak boleh berbahasa Inggeris, apatah lagi cakap bahasa Melayu. Jadi komunikasi agar sukar ketika itu dengan Nakatsu,” katanya.

Nakatsu (dua, kiri) begitu disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya. Turut serta Taufik (duduk, tiga dari kanan)

Taufik yang berusia 33 tahun berkata, Nakatsu yang bertugas sebagai jurutera perlu turun padang di tapak projek dan berurusan dengan pekerja-pekerja dalam kalangan orang tempatan.

“Saya sendiri sebelum ini berdepan masalah dengan Nakatsu bila dia nak saya order bahan-bahan, memang tak faham. Mula-mula tu dia banyak melukis untuk bagi kami faham. Ada juga pekerja asing lain seperti dari Filipina dan Indonesia. Jadi, Nakatsu perlu belajar bahasa Inggeris selain bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi antara kami,” ujarnya yang juga berasal dari Pengerang.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, katanya, Nakatsu sudah mula berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam kedua-dua bahasa itu sedikit demi sedikit.

Nakatsu (kiri) seorang yang mudah dibawa berbincang.

“Nakatsu ni rajin, dia banyak belajar daripada kamus dan banyak soal jawab dengan kami. Menariknya, sebab dia bergaul dengan penduduk tempatan, jadi dia lebih banyak menggunakan perkataan yang jarang diguna pakai orang di bandar seperti alamak, adoi dan kantoi. Semasa majlis perpisahan Nakatsu, dia beri ucapan dalam bahasa Melayu dan cara dia cakap sempoi habis walaupun baru lebih dua tahun berada di Malaysia,” kata Taufik yang berkhidmat dengan syarikat pembinaan sejak sembilan tahun lalu.

Paling saya suka tentang Malaysia sudah tentu keperibadian orangnya. Saya suka awek Melayu sebab mereka selalu senyum.

Menyifatkan Nakatsu sebagai rakan yang peramah, mudah untuk dibawa berbincang dan baik hati, Taufik berhasrat untuk berkunjung ke Jepun buat pertama kali bagi bertemu dengan rakannya itu setelah pandemik Covid-19 berakhir. Sementara itu, Nakatsu yang berasal dari Osaka secara ringkas memberitahu dia akan merindui rakan-rakan sekerja yang dikenalinya di Malaysia selama beberapa tahun.

Nakatsu mengucapkan selama tinggal menerusi video TikTok.

“Pengalaman yang paling saya tak dapat dilupakan sepanjang berada di Malaysia apabila saya boleh cakap bahasa kawan-kawan, saya rasa gembira. Paling saya suka tentang Malaysia sudah tentu keperibadian orangnya. Saya juga menyukai masakan Malaysia seperti karipap dan mi goreng,” katanya.

Menurut Nakatsu, kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa Melayu membuatkannya akan membawa kenangan itu apabila pulang ke kampung di negara matahari terbit itu. “Saya tak mahu lupa bahasa Melayu. Bila balik Jepun, saya nak cari awek Melayu. Saya suka awek Melayu sebab mereka selalu senyum,” katanya.

Tular Video Teman Lelaki Yang Cuba Untuk Lakukan Sesuatu Pada Teman Wanitanya. Sekali Bila Ingin Diselesaikan Di Balai Polis Ini Pula Tindakan Teman Wanitanya.

Video tular petang semalam berkenaan seorang penunggang motosikal yang melanggar berkali-kali seorang wanita telah mendapat perhatian warganet. Selepas bertindak melanggar wanita tersebut, lelaki itu telah ‘disauk’ oleh Proton Persona yang bertindak menghentikan perbuatan yang dilakukan sebelum penunggang motosikal terbabit ditahan orang ramai.

Owner kereta kongsi ending cerita

Namun, selepas video tersebut tular, rupanya lelaki yang mencederakan wanita itu telah dilepaskan kerana wanita terbabit enggan membawa kes balai polis. Perkara terbabit diceritakan oleh pemandu Proton Persona  di ruangan komen Facebook sebelum dimuat naik kembali ke Twitter.

Settle macam tu je

Menurut pengguna Facebook yang juga pemandu Proton Persona dikenali sebagai Anan Zakri, selepas dia menyekat penunggang motosikal itu, dia terus bergegas pergi kerana mengejar masa. Namun, menurut ibu saudaranya yang bertugas di Balai Bomba Alor Setar (tempat kejadian), wanita yang dicederakan pasangannya telah kembali menaiki motosikal bersama lelaki tersebut dan bergerak pergi.

Memang cinta itu membodohkan

Pastinya perkara itu membuatkan beberapa orang netizen bengang dengan tindakan wanita itu. Beberapa komen yang diterima juga kembali menyalahkan wanita tersebut kerana tetap mahu membela lelaki baran berkenaan walaupun sudah dicederakan di khalayak ramai.

Sumber: jeppppppppppp

Tak Sangka Akhirnya Bekas Kekasih Lamanya Juga Yang Jadi Bini. Ramai Warganet Memuji Cara Pemuda Itu Dan Ada Yang Mahu Menggunakan Taktiknya Yang Ini Juga.

Mesej antara pasangan ini pada 2018 menjadi tular di laman Twitter. Ramai sebenarnya yang masih buntu bagaimana untuk memulakan langkah menuju ke alam perkahwinan. Antara masalah utama, bagaimana untuk memulakan bicara dan menzahirkan lamaran kepada si dia. Di Twitter, tular satu paparan skrin perbualan WhatsApp memaparkan cara seorang lelaki melamar rakannya secara spontan dan bersahaja.

“Wei nak kahwin tak? Tapi ni jujur ni. kalau tuhan jodohkan aku dengan kau kan, kau nak kahwin tak?” soal lelaki itu. Bercerita kepada mStar, Saidatul Athirah Mohd Zafri mengaku mesej berkenaan dihantar oleh Muhammad Hafizuddin Bujang yang kini sah menjadi suaminya sejak 27 November lalu.

Saidatul Athirah berkata dia berkongsi paparan mesej itu kerana mendapat inspirasi daripada posting seorang rakan dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu.

“Saya nampak kawan saya buat posting macam tu. Jadi saya buat juga, tapi tak sangka dapat perhatian ramai. “Rata-rata warganet terhibur sebab cara dia mesej ajak saya kahwin. Ramai yang kata nak take note, nak cuba cara itu. Saya dan suami pun ada baca komen. Kami gelak-gelak sebab ia kelakar,” ujarnya,

Menurut wanita dari Melaka yang mesra disapa Athirah itu, perjalanan ke arah penyatuan dirinya dan suami bukanlah seringkas yang disangka, sebagaimana ringkasnya cara dia diajak berkahwin dalam mesej tersebut. Katanya, mereka yang sudah berkenalan sejak tamat sekolah pernah membawa haluan masing-masing sebelum kembali berkawan sekitar dua tahun lalu.

“Saya dan suami dah kenal masa lepas sekolah pada tahun 2013. Kenal melalui kawan-kawan, kami dalam satu geng sama. Kami bercinta sekejap dan putus pada tahun 2014. Sejak itu, kami bawa haluan masing-masing sehinggalah dia start contact balik pada tahun 2018.

Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula.

“Dalam tempoh senyap lama tu, dia ada orang lain… begitu juga saya. Memang tak pernah terfikir akan bersama semula,” imbasnya. Menurut Athirah lagi, dia dan suaminya, masing-masing berusia 26 tahun mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mereka kembali bersahabat pada 2018.

“Saya terima balik sebab saya pun dah kenal dia. Masa tu kami pun tiada sesiapa. Dia pun nak settle down. Kalau dah betul-betul serius nak kahwin, InsyaAllah dua-dua pihak akan cuba untuk ke arah yang lebih baik,” ujarnya. Dedah Athirah lagi, rakan-rakan dia dan suaminya turut terkejut apabila mendapat tahu perhubungan yang ternoktah pada 2014 itu kembali terjalin semula pada 2018.

Athirah tidak sangka dia dan suami akan kembali berhubung selepas membawa haluan masing-masing pada 2014.

“Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula. Sebab selama ni dah bawa haluan sendiri. Kebanyakannya memang terkejutlah. Tapi saya percaya dengan ketentuan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini turut bekerja sebumbung dengan suaminya di sebuah syarikat di Melaka. Sehingga kini, posting di Twitter wanita itu turut menerima lebih 2,200 ulang kicau dan dihujani pelbagai komen warganet.

“Kau nak kahwin tak? Seronok kalau betul mudah sebegini. “Simple and direct. Saya suka. “Senangnya dia ajak kahwin,” tulis beberapa warganet

Gadis Ini Tak Sangka Selama Ini Bertahun Tahun Cuba Move On Dari Bekas Kekasih. Sekali Tak Sangka Tiba Tiba Bekas Kekasihnya Masuk Meminang.

Meskipun sudah lama menyulam cinta dan putus di pertengahan jalan, namun andai sudah ditakdirkan berjodoh tetap bersatu jua akhirnya. Walaupun bunyinya kedengaran agak tidak masuk akal, begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih ini.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis bernama Siti sempat menceritakan kisahnya yang telah dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri. Gadis berkenaan menjelaskan hubungan antara dia bersama pemuda yang dikenali sebagai Azri pernah berakhir tiga tahun lalu iaitu pada 2017. Selepas melalui fasa sedih untuk ‘move on’ daripada kisah cinta silam, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat.

Bukan dilamar kekasih, tapi bekas kekasih!

Alkisahnya sebaik Azri mendapat tahu Siti kembali ‘single’, dia terus masuk meminang. Berkat restu daripada kedua ibu bapa, kini hari bahagia mereka bergelar suami isteri semakin hampir.

Rata-rata warganet berasa gembira dan membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memberi reaksi sebaliknya kerana bukan semua orang sanggup berjodoh dengan bekas kekasih.

Orang yang betul pada masa yang salah

Inilah namanya jodoh

Tak nak kahwin dengan ‘ex’, penat kot nak ‘move on’

Orang cakap, kalau dah jodoh tu takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya. Moga terus hingga ke jinjang pelamin! Sumber: TikTok Yayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *