Pemuda ini nekad untuk buat operasi muka setelah perkara ini berlaku. Tak sangka dia habiskan wang sebanyak ini hanya untuk muka.

Dunia Kehidupan KESIHATAN Viral

Kerana wajahnya sering dikritik, ditertawakan dan dikatakan menjadi penyebab sukar diterima bekerja, seorang lelaki berusia 26 tahun dari Vietnam nekad untuk ‘mengubah’ rupa parasnya. Perubahan itu dikongsikan sendiri oleh tuan empunya badan, Đỗ Quyền melalui TikTok dan telah mendapat perhatian ramai pengguna platform media sosial tersebut. Melalui video dimuat naik itu, Đỗ Quyền menunjukkan gambar yang dikatakan wajah asalnya sebelum menjalani prosedur operasi muka.

Memang ramai warganet terkejut melihat wajah sebelum dan selepas prosedur dan kalau dilihat melalui perkongsian Đỗ Quyền itu, sangat ketara perubahan rupa parasnya itu yang kini nampak ala ‘oppa’. Menurut Đỗ Quyền sebelum ini dia pernah menghadiri sesi temuduga kerja namun mendakwa wajahnya ditertawakan. Disebabkan itu, dia yang kini bekerja sebagai jurusolek di Saigon terus nekad untuk membuat operasi muka.

Ketika ditanya pengikut di TikTok, Đỗ Quyền menjawab dia telah menghabiskan kira-kira 400juta Dong (RM70,326.50) untuk sembilan prosedur termasuk rhinoplasty, chin implant, lip reshaping, lip implant, poercelain veneers dan operasi double eyelid. Kata Đỗ Quyền lagi, dia bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya jadi untuk merealisasikan rancangan operasi tersebut, dia menggunakan duit simpanannya sendiri.

Kali pertama saya pulang ke rumah selepas menjalani operasi muka itu, kedua ibu bapa saya tidak mengkritik wajah anak mereka ini. Saya memang dapat agak situasi itu akan berlaku namun ketika itu saya menangis tidak dapat menahan sebak.” Sumber: Lobakmerah

Selamat Menjalani Operasi Pada Pergelangan Tangan. Nia Ramadhani Kongsi Punca Dan Penyebab Sakitnya Selepas Seminggu Terasa Sakit Di Belakang Pergelangan Tangan

SETELAH seminggu menahan kesakitan pada bahagian pergelangan tangan, pelakon Nia Ramadhani memberitahu dia terpaksa menjalani operasi di sebuah hospital, baru-baru ini.Menurut laporan DetikHot, Nia berkongsi mengenai sakitnya itu semasa temubual dalam program Nyonya Boss yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Kata Nia, dia tidak mengetahui punca dan penyebab kesakitannya sehinggalah bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.”Saya ke hospital untuk pemeriksaan pada bahagian tangan selepas lebih seminggu terasa sakit di belakang pergelangan tangan.Nia ketika mendapatkan rawatan doktor baru-baru ini.

“Saya tak pasti apa penyebab kesakitan ini, jadi lebih baik saya periksa dengan doktor. Doakan ya mudah-mudahan saya sihat dan tidak apa-apa,” katanya yang turut memaklumkan operasi sudah dilakukan baru-baru ini.Sementara itu, Nia berkata doktor memaklumkan dia mengalami masalah pada tulang dan perlu menjalani operasi segera bagi mengelakkan kesakitan berpanjangan.

Malah, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini berkata keadaan kesihatannya semakin baik selepas menerima rawatan itu.Dia turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, Ardi Bakrie yang setia menemaninya sepanjang mendapatkan rawatan.

Takut Bayar Sendiri Di Cashier. PA Kepada Nia Ramadhani Kongsi Sikap Nia Ramadhani Yang Ramai Tak Tahu Sehinggakan Meraih Perhatian Warganet

Terdahulu aktres jelita dari Indonesia ini membuatkan ramai netizen terhibur dengan pendedahan-pendedahan mengenai peribadi dirinya yang kadang-kadang tak masuk akal di fikiran seperti tak tahu kena simpan sayur dalam fridge dan tak pandai potong buah.

Kali ini lagi sekali namanya tular kerana tabiat ‘peliknya’ ketika membeli belah.Nia tak pernah masuk ‘fitting room’.Menjadi artis dengan bayaran tinggi dan isteri kepada ahli perniagaan yang kaya raya membuatkan Nia Ramadhani bebas berbelanja tanpa perlu melihat harga. Dia boleh berbelanja apa saja jika memahukannya.

Menurut kapanlagi, selain tak melihat harga, Nia juga dikatakan tak pernah masuk fitting room apatah lagi untuk mencuba.Dia hanya pilih berdasarkan saiz sahaja. Kalau tak muat pula terus diberi kepada orang lain.Takut nak bayar sendiri di cashier, rupanya takut tengok ‘total spending’ sendiri…

Bukan itu sahaja, Nia juga dikatakan takut bayar sendiri di cashier kerana takut melihat jumlah perbelanjaannya. Hal ini didedahkan sendiri oleh Prita, PA Nia.Menurut Nia, membayar di kaunter adalah perkara yang menakutkan kerana dia boleh merasa menyes4l selepas membuat pembayaran. Oleh sebab itu dia lebih suka menyuruh pekerjanya yang dipanggil Pak Sri untuk bayar di kaunter.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Tak Tahu Cara Nak Potong Buah Dan Baru Tahu Sayur Kena Simpan Dalam Peti Ais. Nia Ramadhani Tanpa Segan Silu Dedah Kelemahan Dia Sehinggakan Meraih Perhatian Ramai

Aktor terkenal Indonesia, Nia Ramadhani sering kali ‘mencuit’ hati warganet dengan pelbagai kenyataan tentang kehidupan peribadinya.Jika masih ingat lagi, sebelum ini pelakon watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini pernah berlaku jujur bahawa beliau baru tahu yang sayur-sayuran itu perlu disimpan dalam peti sejuk.

Malah selain itu, Nia juga baru-baru ini pernah berkongsi jatuh bangun dalam babak kehidupannya yang pernah hidup susah semasa kecil, di mana beliau pernah ‘terpaksa’ menaiki van untuk ke sekolah.Menerusi laporan Tribun News Bogor baru-baru ini, Nia sekali lagi berlaku jujur bahawa beliau sebenarnya tidak tahu bagaimana menyukat sukatan gula untuk membancuh kopi dengan betul.

Difahamkan, pernah satu ketika Nia diminta suaminya, Ardi Bakrie untuk membancuh kopi buat ibu mentuanya namun malang sekali, beliau tidak mampu melakukannya.“Waktu itu, pernah diminta untuk buatkan kopi atau teh. Kan tidak tahu sukatan gulanya bagaimana, akhirnya saya bawa semua gula tu ke sampingnya.

“Tapi diminta untuk membancuhnya, saya takut,” katanya.Selain itu, Nia juga mendakwa pernah diminta mentuanya untuk memotong buah sebagai hidangan, namun sekali lagi beliau terpaksa berlaku jujur yang dirinya tidak tahu melakukannya.“Waktu itu juga diminta untuk potong buah, tak reti..Jadi saya temankan saja,” tambahnya.Walaupun begitu wanita bergelar isteri yang sudah pun berusia 30 tahun ini tetap disayangi mertuanya.

Tidak Kisah Ada Yang Berkawan Atas Dasar Duit. Nia Ramadhani Dedahkan Sikap Kawan Kawannya Dan Ini Perasaan Dia Walaupun Dikelilingi Orang Yang Mengambil Kesempatan Ke Atas Dirinya

SELEBRITI yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Nia Ramadhani memang dikenali kerana mempunyai ramai sahabat, sama ada dalam kalangan artis mahupun bukan.Pelakon yang popular dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu tidak kisah jika ada dalam kalangan teman-temannya berkawan dengannya atas dasar duit.

“Aku tidak kisah jika mereka hendak berkawan dengan aku hanya kerana duit.“Asalkan aku berasa bahagia dan gembira bersama dengan mereka,” ujar Nia.Katanya lagi, kebahagiaan merupakan perkara yang paling penting dalam hidupnya berbanding dengan duit yang banyak.Malah, Nia turut mendkwa sering diberitahu bahawa teman-teman yang rapat dengannya adalah disebabkan statusnya yang kaya-raya, namun dia tidak kisah tentang perkara tersebut.

Akui Sewa Rumah Selama 6 Bulan. Nia Ramadhani Dikritik Teruk Warganet Selepas Sahaja Berkongsi Tentang Haiwan Peliharaan Terbarunya

Nia Ramadhani terkenal sebagai artis yang kaya-raya. Dia bahkan menyediakan rumah khas untuk anjing peliharaannya. Dalam video yang dimuatnaik di saluran youtube TRANS TV Official, Nia, mengakui bahawa dia menyewa sebuah rumah selama 6 bulan. Nia nampaknya menjadikan rumah itu untuk bermain dengan anjing kesayangannya, Maximus.

Nia mendedahkan bahawa dia sudah menganggap Maximus sebagai teman rapat. Oleh itu, dia merasa wajar untuk menyediakan kemudahan mewah untuk Maximus.Sebelum ini, bintang drama Bawang Merah Bawang Putih itu mendapat kritikan di akaun instagram miliknya selepas mengambil keputusan untuk membela anjing.

Tindakan Nia itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada warganet yang beranggapan bahawa seorang muslim tidak sepatutnya mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan.Apatah lagi tindakan Nia yang dilihat begitu mesra mengusap anjingnya itu sekaligus memberi kesan negatif pada pandangan umum apatah lagi wanita itu sudah bergelar hajjah.-murai

Suami beri bayangan mahu tambah isteri, Nia Ramadhani tak bimbang kehadiran orang ketiga

Nia tak hirau hasrat suami ingin beristeri dua.SETELAH menempuh alam perkahwinan selama 10 tahun, selebriti Ardi Bakrie seperti memberi bayangan kepada isterinya pelakon Nia Ramadhani bahawa dia ingin mempunyai seorang lagi isteri.Namun, hasrat itu segera dipersoalkan Nia apabila dia tertanya-tanya ciri-ciri isteri yang diinginkan Ardi.

Malah, Nia menerusi video yang tersebar di laman sosial kelihatan bersahaja dan tidak risau tentang perkara itu malah mengakui tidak bimbang dengan kehadiran wanita permpas.”Bagi saya, kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Bergelar seorang isteri, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri.

“Tak perlu fikirkan tentang perempuan lain,” katanya.Nia dan Ardi terkenal sebagai pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan kata cinta dan berkongsi momen romantis di Instagram masing-masing.Pasangan selebriti Indonesia itu berkahwin pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.-mstar

Nia Ramadhani kongsi rahsia rumah tangga bahagia – “Jangan buka dompet atau telefon suami”

Nia Ramadhani hidup bahagia dengan suami tersayang, Ardi Bakrie.SEPANJANG 10 tahun melayari alam perkahwinan dengan usahawan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengakui ada ketikanya hubungan mereka turut diuji.Nia bagaimanapun berkata dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan hubungan mereka kekal intim dan harmoni.

“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri… sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.”Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.

Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini berkata dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga antaranya tidak memeriksa telefon bimbit dan dompet suami.”Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka telefon dan dompet milik suami.

“Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa… cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa sahaja akan jadi masalah besar nanti.”Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon Ardi… tak mahu lihat!,” ujarnya.Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *