Guru ini kongsi pengalamannya hilang selimut yang disidai di balkoni kondominium. Sekali gigih mencari rupa rupanya dijumpai di sini.

Kehidupan Keluarga Viral

Mohd Fadli yang merupakan seorang guru sains di sekolah rendah berkongsikan pengalamannya yang memasuki hutan hanya untuk mengambil ‘Comforter’ kesayangan milik isterinya yang hilang disebabkan diterbang angin kuat. “Tinggal di rumah yang tinggi tidak selalunya indah.”

Begitulah luahan seorang guru menerusi sebuah video di laman TikTok apabila selimut atau comforter milik isterinya diterbangkan angin dari rumah jenis kondominium yang didiami mereka. Perkongsian itu mengundang lucu dalam kalangan warganet, terutama rakaman dari pandangan atas itu turut menunjukkan lokasi comforter dikesan ‘mendarat’ di kawasan hutan di seberang jalan dari kondominium. Malahan, perjalanan guru itu masuk ke dalam hutan dalam misi mencari comforter kesayangan isterinya turut dirakamkan.

‘Comforter’ (bulatan merah) yang terjatuh ke kawasan hutan.

Berkongsi pengalaman, guru berkenaan, Mohd Fadli Ab Salam berkata, kejadian berlaku berhampiran kediamannya di kondominium dekat Gombak, Selangor, pada petang Jumaat. Sebelum kejadian, lelaki berusia 31 tahun itu memberitahu, comforter yang dibasuh itu disidai untuk dikeringkan di balkoni rumahnya di tingkat 26, pada waktu pagi.

“Biasanya kalau sidai baju akan gunakan pengepit supaya tidak diterbangkan angin. Tapi memandangkan comforter tu besar dan cukup berat, jadi memang sidai tanpa guna pengepit. Kami baru sedar kehilangan comforter tu kira-kira pukul 10 malam apabila anak perempuan saya nak guna untuk tidur,” katanya.

Kawasan hutan di sebelah kondominium yang didiami Mohd Fadli sekeluarga.

Mohd Fadli berkata, kehilangan comforter itu mencetuskan tanda-tanya sebelum isterinya mengesan sesuatu apabila melihat sekitar pemandangan bawah dari tingkap bilik tidur mereka.

“Isteri nampak comforter warna biru ‘terdampar’ di sebalik semak-samun di hutan depan kondominium. Dengan cahaya yang samar-samar dari lampu jalan, boleh nampak comforter tu.

Saya masuk hutan seorang saja. Isteri tengah berpantang bersalin. Kalau tak, saya ajak dia masuk hutan cari sekali.

“Kami percaya ia mungkin disebabkan oleh angin kuat di sebelah petang. Tapi tak sangka pula angin kuat tu boleh menerbangkan comforter yang berat tu. Saya fikir takkan nak masuk hutan malam-malam. Lagipun isteri saya baru bersalin anak kedua kami pada 10 Februari lalu, bimbang ada sesuatu yang balik mengikut nanti… jadi saya bercadang untuk pergi cari esoknya,” ujarnya yang berminat melakukan aktiviti pendakian.

Mohd Fadli berpengalaman melakukan aktiviti ‘hiking’.

Menurut guru sains di sekolah rendah itu, misi mencari comforter itu bermula seawal pukul 7 pagi dan dia perlu memanjat tebing yang agak tinggi.

“Saya dan isteri sebenarnya dah biasa masuk hutan dan melakukan aktiviti hiking. Kami akan baca doa memohon perlindungan dan keselamatan setiap kali masuk ke hutan. Hutannya tidaklah begitu tebal, tapi pokok-pokoknya besar. Walaupun sering nampak monyet-monyet berkeliaran dekat hutan tu sebelum ini, tapi apa yang lebih membimbangkan saya adalah ular sebab ada banyak semak-samun selain lubang di sana sini. Saya masuk hutan seorang saja. Isteri tengah berpantang bersalin. Kalau tak, saya ajak dia masuk hutan cari sekali,” ujarnya secara berseloroh.

Isteri dan anak perempuan Mohd Fadli bersama ‘comforter’ yang ditemui semula.

Mohd Fadli yang berasal dari Besut, Terengganu berkata, misi yang mengambil masa kira-kira 10 minit itu menemukannya dengan comforter yang hilang, dan dibawa balik ke rumah untuk dicuci semula. Kejadian comforter milik isterinya yang diterbangkan oleh angin kuat tidak dipandang remeh, kerana katanya, ia boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingin berlaku.

Comforter tu tak ringan walaupun diterbangkan angin kuat. Mujur, ia jatuh ke dalam hutan sebelah kondominium. Tak dapat nak bayangkan kalau jatuh di tengah jalan. Lebih membimbangkan kalau ia menimpa kereta atau penunggang motosikal yang melalui kawasan itu, yang boleh mengakibatkan kecederaan. Sebagai pengajaran, selepas ni memang kena sidai comforter guna pengepit. Atau nak mudah, hantar ke kedai dobi untuk cuci,” katanya.

Gambar Seolah Olah Dia Sedang Tidur Di Atas Tilam Yang Terapung Di Halaman Rumahnya. Pelajar Ini Kongsi Gambar Menarik

Sangat kreatif dan luar biasa gambar gambar yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan enam ini sehinggakan meraih perhatian orang ramai. Pada januari yang lepas,dia sanggup angkat meja,tilam dan selimut secara solo ke halaman rumahnya untuk sesi photosh00t.

Melihat hasilnya, gambar yang dirakam dan disunting oleh Muhammad Syahmi Dolmat, 20, memaparkan seolah-olah dia sedang tidur di atas tilam yang terapung di halaman rumahnya yang terletak di Muadzam Shah, Pahang. Dia yang mesra disapa Syahmi mengakui gambar-gambar dirakam secara suka-suka tanpa mengharapkan ia menjadi tular di media sosial.

Jelasnya”Proses rakaman ambil masa dalam 20 minit. Ia dirakam sebelum saya kembali ke asrama sekolah. Masa tu dalam pukul 3 petang.”Memang panas, tapi saya teruskan. Saya angkat sendiri meja, tilam dan selimut. Masa tu abang dengan mak pun ada tengok. Mungkin mereka fikir saya buang tabiat kot.

“Idea saya dapat secara spontan. Sebab sebelum ni pernah nampak ada orang buat foto terapung macam tu. Gambar tu pun saya sho0t sendiri, saya letakkan kamera pada tripod.”Lepas balik asrama baru saya edit. Tak jangka pula akan tular, saya rasa biasa-biasa je,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurut pelajar itu lagi, dia sememangnya sudah lama meminati bidang fotografi, namun mula mempelajarinya secara mendalam sewaktu Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.Selain menimba ilmu dengan rakan, dia juga banyak mempelajari teknik kamera menggunakan YouTube.

Malah kata Syahmi, dia juga terfikir untuk membuat photosho0t dengan rakan-rakan asramanya.Selain gambar tilam terapung di halaman rumah, gambar bapa Syahmi, Dolmat Ibrahim, 59, yang dihasilkan dengan tema 70-an turut menjadi tular.Menurut Syahmi, gambar bapanya yang juga seorang pengawal keselamatan sekolah dirakam pada hari terakhir tahun 2020, pada 31 Disember lalu.Video di sebalik tabir penghasilan gambar bapanya itu menerima 916,000 tontonan selepas ia dikongsi di TikTok.

Kata Syahmi, dia bersyukur apabila penat lelah memujuk bapanya untuk menjadi model photosh00t itu berbaloi apabila video berkenaan meraih hampir satu juta tontonan.”Masa tu saya dah tak ada content. Tiba-tiba saya nampak baju lama ayah tergntung. Kebetulan ayah baru bangun tidur, terus saya ajak dia sh0ot.

“Ayah pemalu sebenarnya. Saya paksa dia. Dia kata tak payah dik, jangan bagi jiran nampak,” imbas Syahmi berseloroh.Menurut Syahmi lagi, dia juga ada perancangan untuk membuat sesi photosh00t dengan ibunya pula selepas ini.Ujarnya, segala gambar yang dirakam itu mahu dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang.

Tema Lain Daripada Yang Lain. Gadis Ini Kongsi Sanggup Berpeluh Demi Dapat Hasil Yang Memikat Orang Ramai

Sangat luat biasa apabila hasil photosho0t bertemakan Awek MAkanik mendapat sambutan di aplikasi Tiktok. Gadis ini yang tampil dengan hasil photosho0t yang menawan,bertemakan Awek Makanik yang menggunakan rakannya sendiri sebagai model

Tambhaan pula,hasil gambar yang dipersembahkan dalam bentuk kompilasi video menjadi tular sehingga meraih hampir 100,000 tontonan. Gadis yang bernama Aina Muhaimin Roslan,20, idea asal diutarakan oleh model photosho0t dan juga merupakan rakan baiknya,Noor Nadia

“Dia merupakan senior sekolah saya. Kami dah berkawan hampir empat tahun. Memang rapat, macam adik-beradik.”Mula-mula dia kata nak sho0t kereta Perodua Kancil miliknya. Kemudian saya kata, kita cuba buat ala-ala mekanik perempuan. Dia sendiri yang jadi model.

“Kami sh0ot pada Isnin lepas dalam pukul 12.30 tengah hari. Memang panas dan berpeluh. Nak tengok skrin kamera pun tak nampak masa tu,” ujarnya . Gemar disapa Aina, dia mendedahkan sesi photosh0ot di Sungkai, Perak itu dilaksanakan dalam tempoh singkat sahaja.

Namun begitu, dia berpuas hati dengan hasil yang diperolehi dan sedang merancang sesi photosho0t seterusnya dengan tema ‘Perempuan Melayu Terakhir’ dengan rakannya itu.”Kami sebenarnya dah biasa keluar seharian, cari tempat-tempat cantik untuk sh0ot. Saya puas hati bila tengok hasil gambar-gambar tu.

“Lepas ni kami rancang nak sh0ot di sungai, nak buat tema ‘Perempuan Melayu Terakhir’ tak lama lagi,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.Menurut penuntut bidang Foto Media Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor itu, dia juga bersyukur apabila perkongsian bakat di aplikasi TikTok membuka pintu rezeki buatnya.

“Saya minat main kamera sejak Tingkatan 6 lagi. Saya juga ada buat part time sebagai jurugambar, untuk tampung duit belanja pengajian.”Katanya, dari TikTok pun ada saya dapat pelanggan. Rasa lega juga bila ada pendapatan sendiri, kos pengajian saya banyak nak kena guna duit.

“Kita kena guna platform tu sebaik mungkin. Mungkin ada yang pandang negatif pada TikTok, pada saya ia bergantung kepada diri sendiri.”Kita perlu gunakan media sosial untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain,” ujarnya yang bercita-cita membuka studio foto suatu hari nanti.

Jelas Aina lagi, dia juga bersyukur apabila hasil karya yang dikongsi menerima maklum balas positif. Menarik sekali, warganet di TikTok turut memuji hasil karya Aina, tak kurang juga yang memuji kejelitaan rupa paras rakannya itu.Tambahnya, dia juga terbuka untuk berkongsi kemahiran jika ada mana-mana individu yang bertanyakan mengenai bidang fotografi menerusi media sosial miliknya.

“Ramai sebenarnya yang tanya. Saya pun terbuka untuk berkongsi apa yang saya tahu.”Pada saya, kalau minat, kita cuba je. Tak semestinya kena beli kamera mahal-mahal.”Boleh mulakan dengan telefon. Kita cari ilmu dulu, baru fikir untuk beli kamera,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *