Pemuda calon SPM ini akui sangat selesa bertukar pandangan dengan 2 rakan berlainan jantina ini. Malah turut meraikan perjuangan mereka dengan cara ini.

Info Kehidupan Viral

Gara-gara banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi calon SPM 2020, justeru pelbagai kaedah diguna pakai mereka. Pemilihan rakan yang rajin dan sentiasa rajin belajar sekali turut memainkan peranan penting. Tidak kiralah jika perlu bercampur jantina sekalipun, yang penting adalah semangat setia kawan turut bantu kecemerlangan seseorang.

Walaupun jadi kumbang’ tunggal dalam kumpulan belajarnya, namun Akmal Shah nyata sangat selesa bertukar-tukar pandangan bersama rakan-rakan perempuannya. Malah sehari sebelum peperiksaan SPM bermula, 5 sekawan rakan baik itu turut meraikan perjuangan mereka dengan beli pelbagai juadah makanan serta solat bersama-sama di rumahnya.

Bukan itu sahaja, Akmal Shah dan ‘geng study’ juga membuat sesi luahan hati sebelum menduduki peperiksaan penting tersebut. Mereka juga saling memohon maaf atas kesilapan masing-masing dan throwback kisah sesi pengenalan di sekolah hingga akhirnya menjadi sahabat baik.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet turut bersedih melihat keakraban sahabat ini yang terpaksa berpisah kerana akan membawa haluan masing-masing nanti. Mereka juga memuji sikap Akmal Shah yang bertanggungjawab kerana dia merupakan satu-satunya lelaki dalam geng tersebut.

Calon SPM Ini Diduga Dengan Kehilangan Bapanya Sewaktu Menjawab Peperiksaan. Sekali Sebelum Ayahnya Pergi Ini Pesanan Buat Dirinya.

Wan Nor Halim dibawa ke dalam van untuk menguruskan urusan terakhirnya di dunia. Anaknya yang merupakan calon SPM. Dugaan  menimpa sebuah keluarga termasuk seorang remaja perempuan yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila bapanya dijemput Ilahi.

Bapa remaja itu menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung ketika pelajar tersebut sedang menjawab Kertas 2 Matematik di dewan peperiksaan. Lans Koperal Wan Nor Halim Abdul Rahim merupakan anggota polis yang pernah bertugas sebagai pengawal pengiring kepada Alm4rhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah. Anak sulung Wan Izzuddin berkata, bapanya telah pergi pada usia 56 tahun, pukul 11.21 pagi Isnin dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.

Allahyarham Wan Nor Halim berkhidmat sebagai anggota polis lebih 35 tahun.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, pada pagi itu bapanya pulang bekerja selepas bertugas syif malam sebelum mengalami sesak nafas. “Ayah pada mulanya okay saja selepas pulang bekerja, sempat juga dia makan dan minum. Tapi dia kemudian mengalami sesak nafas. Kami bawa ayah ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi ayah telah pergi dalam perjalanan,” katanya.

Antara kenangannya sebagai anggota polis.

Lebih dikenali sebagai Izzuddin, katanya, bapanya berkhidmat sebagai anggota polis selama lebih 35 tahun bermula pada 1985 sebelum bertugas di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah sebagai pengawal pengiring kepada Alm4rhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah pada 1987. Selepas berkhidmat di istana selama beberapa tahun, katanya, beliau ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, dan antara lain turut berkhidmat di Balai Polis Ampang Jaya, dan kini kembali bertugas di Balai Polis Perai di Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

“Ayah seorang yang tegas dan garang. Tapi ayah begitu mementingkan pendidikan anak-anaknya dan sering berpesan supaya kami belajar rajin-rajin. Sebagai polis, karakter ayah nampak tegas tetapi sebenarnya ayah suka membantu orang lain selain sering menggunakan budi bicaranya,” katanya yang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Kenangan… Wan Nor Halim (duduk, kiri) bersama isteri, Balkhis Abd Hamid (duduk, kanan sekali) serta keluarga.

Mengenai adik perempuannya yang merupakan calon SPM, Wan Nur Husma Hana, Izzuddin berkata, adiknya yang berusia 18 tahun itu berada di dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth bagi menjawab kertas soalan Matematik.

“Masa tu ayah sudah disahkan telah tiada sebaik dibawa ke Hospital Seberang Jaya. Tapi kami tak nak ganggu tumpuan dia sehingga selesai peperiksaan dahulu.

Ayah seorang bapa tegas dan garang. Tapi ayah seorang begitu mementingkan pendidikan anak-anaknya dan sering berpesan supaya kami belajar rajin-rajin

“Jiran kemudian membantu menjemput adik saya di sekolah dan dalam perjalanan ke hospital barulah adik dimaklumkan bahawa ayah dah tak ada,” katanya yang bekerja di sebuah hotel.Menurut Izzuddin, bapanya selamat diuruskan di Tempat persemadian Islam Bagan Dalam selepas solat Asar pada Isnin.

“Adik perempuan saya berpakaian seragam sekolah ke hospital untuk ziarah ayah tapi kemudian sempat bertukar persalinan untuk membuat pengurusan ayah. Nur Husma Hanna ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dia hanya menangis dan banyak mendiamkan diri bila tahu ayah dah tak ada. Kami sekeluarga beri semangat untuk dia terus kuat menduduki SPM. Sebelum SPM bermula lagi ayah berpesan supaya adik saya belajar rajin-rajin, jangan tinggal solat… nanti berjaya boleh jadi guru. Ayah tahu impian adik saya untuk menjadi guru, dan ayah begitu menyokong. Sesibuk mana pun ayah apabila bertugas, dia tetap seorang ayah yang penyayang,” ujar Izzuddin.

Tular Pemuda Yang Berumur 20 Tahun Ini Yang Mengulang SPM. Perkongsian Isteri Ini Meraih Perhatian Warganet.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Zety Razib memuat naik sebuah video berkongsi sewaktu dirinya ingin menghantar suami menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam video berkenaan, wanita itu dilihat memohon maaf kepada suami kerana tidak dapat menghantarnya sejak hari pertama peperiksaan. Difahamkan lagi, wanita itu berusia 21 tahun manakala suaminya berumur 20 tahun.

Isteri beri semangat dan mohon maaf tak sempat hantar

“Semoga berjaya dalam peperiksaan, ‘hubby’,” tulisnya di ruangan kapsyen. Bagaimanapun, video tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiran warganet, tambahan lagi apabila lelaki itu berusia 20 tahun dan dilihat memakai baju biasa untuk menduduki peperiksaan.

Calon SPM persendirian

Berikutan itu, bagi menjawab persoalan warganet, wanita tersebut meninggalkan komen mengiyakan bahawa suaminya itu merupakan calon persendirian dan sedang mengambil kertas SPM ulangan.

Mungkin tak ambil SPM atau mahu cantikkan ‘result’

‘Repeat’ SPM sebab tahun depan format baru

Selepas mengetahui penjelasan tersebut, netizen mendoakan kejayaannya menjawab setiap subjek yang diambil. Apa pun alasannya untuk ‘repeat’, semoga berjaya! Sumber: TikTok @nurulzetyrazib

Tak Sangka Dapat Lebih Dari 1 Ribu Like. Calon SPM Ini Terpaksa Tunaikan Janji Dia Untuk Botakkan Rambut Secara Langsung Di IG

Calon SPM ini raih perhatian ramai setelah melakukan aktiviti membotakkan kepalanya secara langsung menerusi IGnya. Nak dijadikan cerita, calon SPM yang bernama Iman Haikal terpaksa tepati janjinya selepas ia menulis di ruangan komen pada satu posting sekitar jam 8 malam dengan mengatakan dia sedia untuk membotakkan kepala sekiranya tulisannya menerima seribu tanda suka atau like

“Cukup 1,000 like pada komen ni ku botak for SPM… pray for me,” tulis Iman.”Guys, tengok ni”.Pihak dari sebuah artikel ini seterusnya menghangatkan lagi suasana dengan menawarkan lebih keseronokan kepada warganet apabila memberi cabaran balas kepada Iman agar sesi membotakkan kepada dilakukan secara langsung di Instagram.Akhirnya selepas tiga jam iaitu kira-kira pukul 11 malam, komen remaja berkenaan menerima 1,052 like.

Jika dilihat,sehingga kini komen itu mendapat hampir 3,000 like.Selepas perbincangan dibuat, kira-kira pukul 12.15 tengah hari Jumaat, seorang wartawan  Ali Toupan Rajalee akhirnya bersiaran langsung dengan Iman di sebuah kedai rambut di Puncak Alam, Selangor.Sambil ditemani lima orang rakan yang lain, Iman ternyata mengotakan janji sambil disaksikan kira-kira 1,600 pengguna Instagram yang lain.

“Tak sangka dapat lebih 1,000 like, jangan risau saya jenis yang tunaikan janji.”Family dah tahu saya buat cabaran ni, mereka kata ikut suka saya la,” katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 3, Bandar Puncak Alam.

Wraganet yang menyaksikan sesi membotakkan kepala itu juga melahirkan rasa teruja dengan keberanian Iman.”Maaf la, saya salah seorang yang like komen dia. Ternyata rakyat Malaysia memang pemurah. Terasa bersalah pula sekarang.

“Dah botak mesti mudah nak terima ilmu, good luck SPM nanti. Contohi la dia, janji tepati bukan capati.”.Iman yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula Isnin ini kemudiannya dikejutkan lagi dengan hadiah istimewa berupa kemeja-t eksklusif.

Si Ibu Ini Terkilan Apabila Anak Perempuannya Dibotak Tanpa Meminta Izin Dahulu. Tak Sangka Ingatkan Anaknya Baik Sahaja Duduk Di Sini Sekali Dia Mendapat Kejutan Ini Pula.

Memandangkan kebanyakan ibu bapa masa kini slbuk dengan kerjaya masing-masing, membuatkan mereka tlada pilihan selain menggunakan khidmat pengasuh. Tldak kurang juga yang mengharapkan ihsan datuk nenek untuk menjaga anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh wanita dari Ind0nesia ini. Suami isteri terkiIan bila dapat tahu rambut anak perempuan dib0takkan tnpa izin. Disangka si anak baik-baik sahaja berada di bawah jagaan ibunya, ternyata wanita berkenaan dikejvtkan dengan satu lnsiden ‘Iuar jangkaan’.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Novilia Sari meIuahkan rasa terkejvt gara-gara rambut anak gadisnya telah dib0takkan si nenek tnpa izin. Bvkan itu sahaja, dapat dilihat reaksi kecew4 suaminya ketika dimaklumkan mengenai hal itu.

Reda dengan apa yang berlaku. Takpe, anak mama tetap cantik.. Meskipun keadaan rambut si kecilnya tldak sekata dan lebat, namun ia masih cantik selain tak perlu untuk dicvkur b0tak. Walaupun sedlh, dia dan suaminya kini reda dengan apa yang telah berlaku. Dalam pada itu, warga emas berkenaan mended4hkan bahawa tindakan itu dilakukan supaya selepas ini rambut cucunya akan tumbuh dengan lebat.

Pernah juga kena b0tak sebab nanti akan tumbuh rambut lebih lebat.. Meraih lebih enam juta tontonan, rata-rata warganet meluahkan rasa simp4ti dengan nasib kanak-kanak berkenaan. Di samping kagum dengan sikap si ibu, ada antara mereka turut berkongsi pengalaman sama dickur orang tua kerana mahukan rambut tumbuh dengan lebat.

Sumber : TikTok noviliasari21,kd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *