Disebabkan pandemik yang melanda dunia pemuda ini tiada Job untuk dilakukan. Namun seorang badut ini terpaksa bawa bini untuk tidur di sini.

Kehidupan Keluarga Viral

Gambar sekadar hiasan.

Menyedihkan, namun begitulah nasib menimpa pemain cosplay dan badut, Yulius Atma Negara Thamrin dan isterinya yang tiada tempat tinggal dan berteduh di dalam kereta sejak setahun lalu. Menurut Yulius, 30, yang mesra disapa Yan, keadaan itu berlaku selepas dia tidak menerima tawaran untuk membuat persembahan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Lebih menambah derita apabila Yan mengalami masalah kesihatan iaitu komplikasi paru-paru yang menyebabkannya terpaksa berehat pada Oktober lalu bagi menjalani operasi yang disyorkan doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Yan berkata, sejak hilang punca pendapatan, dia tiada pilihan kecuali tinggal dalam kereta dan pernah diberi menumpang di rumah rakan untuk tempoh sebulan. Menurutnya, baru-baru ini, dia dan isteri tinggal di flat tidak berpenghuni dekat Ulu Tiram, tetapi hanya dapat berteduh di situ selama seminggu sebelum diminta mengosongkan kediaman berkenaan bagi mematuhi notis dikeluarkan pemaju.

” Saya mencari rezeki sebagai pemain cosplay sejak lima tahun lalu bermula dengan bekerja dengan satu syarikat sebelum berhenti untuk bergerak sendiri. Selepas bergerak solo, saya cuba cari makan sebagai badut walaupun tiada pengalaman langsung hingga pernah ditertawakan kerana solekan luntur ketika hari pertama menjual belon di satu kawasan. Namun, saya tidak putus asa dan hasil tunjuk ajar seorang sifu badut dikenali Mat Jeng Jeng, saya bergerak aktif hingga menerima banyak tawaran dan pernah meraih RM30,000 dalam sebulan,” katanya.

Meskipun pendapatannya bergantung dengan tawaran, Yan seronok kerana dapat menghiburkan orang ramai dan melakukan kerja diminatinya. Namun, segalanya berubah apabila Yan diuji dengan masalah rumah tangga dan kesihatan yang mengganggu tumpuannya terhadap kerja. Katanya, keadaan itu menyebabkan rakannya menjauhkan diri dan ada dalam kalangan mereka mengkritiknya gil4.

” Saya pernah dua kali kecundang dalam rumah tangga dan dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, namun anak sulung telah pergi buat selamanya. Bagaimanapun, jodoh saya dipermudahkan apabila dapat berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita, cuma masalah peribadi menyebabkan kami tidak tinggal sebumbung buat masa ini. Kini, saya tinggal bersama seorang lagi isteri, tetapi kami tidak mampu menyara anak dan menghantar mereka ke kampung untuk dijaga keluarga buat masa ini,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berbuat demikian kerana mereka tiada kerja tetap buat masa ini dan dan hanya mengambil upah menghantar tong barbeku. Katanya, sebagai bapa, dia tidak sanggup melihat anak berlapar serta tinggal di dalam kereta sepertinya.

” Saya sudah menemui bilik untuk disewa, cuma risau memikirkan cara mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup. Agak sukar untuk tinggal dalam kereta bagi jangka masa panjang kerana saya kini mengambil upah membuat penghantaran barang. Jadi, saya ambil keputusan berpindah ke bilik sewa, hari ini cuma kerja saya memerlukan wang sebagai modal untuk mengisi minyak kereta kerana perlu menghantar barang kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, ada rakan cosplay, Mohd Shaifuddin Rahmat, 38, serta rakan lain tampil membantu selepas mengetahui kisahnya di laman sosial. Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Yan di talian 011 13311501. Sumber:hemtr0

Disebabkan Terkesan Dengan PKP Kali Ini Pak Badut Iklankan Ini Pula Di Facebook. Tapi Tak Sangka Tiba Tiba Ini Pula Yang Dia Dapat.

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri. Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.

Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

“Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi. Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

“Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi,” kata Suwaibatun. Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak. Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka,” katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Saya adalah peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like. Inilah azam saya

Dalam pada itu, Suwaibatun berharap wabak Covid-19 segera berakhir tidak lama lagi bagi membolehkannya kembali beraksi sebagai Pak Kadut untuk menceriakan orang ramai.

Posting Suwaibatun mengenai sumbangan yang diterimanya daripada seorang individu.

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh Suwaibatun, muncul seorang insan yang bermurah hati menyumbangkan bantuan buat dirinya sekeluarga.

“Terharu Pak Kadut menerimanya. Datangnya tiba-tiba, tak tahu dari mana berborak sekejap sambil Pak Kadut membuatkan tauhu bakar buatnya. Tak lama (kemudian) datang kembali dengan membawa sumbangan barangan kering buat Pak Kadut sekeluarga. Semoga bos sekeluarga diberikan rezeki yang halal melimpah ruah, keimanan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dunia dan akhirat,” katanya menerusi posting di Facebook tanpa mendedahkan identiti penyumbang tersebut.

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *