Wanita ini sempat kongsi pengalamannya yang terkena sesuatu ini.Tak sangka hanya sebabkan ini ianya boleh jadi tragedi pada dirinya.

Dunia Kehidupan Viral

Hazirah berkongsi cerita pernah menerima 21 jahitan gara-gara terkena seramik mangkuk tandas yang pecah, enam tahun lalu. “Tak ramai tahu, tapi diri ini ada 21 jahitan di kaki kiri. 21 jahitan as a girl, dah macam lipan”

Demikian tulis pelayar wanita ini ketika berkongsi kisah ngeri yang pernah dialaminya beberapa tahun di mana peha kirinya ‘terkoyak’ gara-gara terkena seramik mangkuk tandas yang pecah. Perkongsian di laman Twitter itu sehingga kini meraih lebih 1,100 retweet. Sementara itu di ruang komen pula, rata-rata warganet mengatakan mereka terasa ‘ngilu’ seolah-olah dapat membayangkan perkara yang dialami wanita berkenaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hazirah berkata sungguhpun kejadian itu berlaku hampir enam tahun lalu, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatannya apatah lagi apabila melihat bekas jahitan pada peha kirinya.

Posting Hazirah di Twitter mengenai kisahnya menerima 21 jahitan gara-gara mangkuk tandas pecah menjadi tular.

Mengimbas kembali peristiwa berkenaan, Hazirah berkata ketika itu dia yang sedang menjalani latihan industri (internship), mengunjungi rumah sahabatnya dan bermalam di sana.

“Pagi tu selepas bangun tidur, saya ke tandas. Selalunya kita tak biasa tandas rumah orang. Masa buang air, saya duduk normal je… tak cangkung pun atas mangkuk tandas. Tapi mungkin ia tak stabil ditambah pula ada pressure, tiba-tiba bergoyang dan terus pecah. Serpihan seramik mangkuk tandas tu terkena pada bahagian belakang peha kiri. Terus saya jerit panggil adik kepada kawan saya… darah memang membuak-buak. Dia ambil tuala untuk balut kawasan yang cedera dan terus hubungi kawan saya yang keluar hantar seorang lagi adiknya ke tadika.

Hazirah turut memperincikan insiden yang menimpa dirinya menerusi bebenang di Twitter.

“Masa terkena tu tak rasa sakit… tapi bila dah dalam kereta masa nak pergi klinik kesihatan, dah mula terasa sakit amat,” Cerita Hazirah mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada 2015 itu. Tambahnya, disebabkan keadaannya agak serius, dia segera dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Dari petang selepas cuci luka dan jalani beberapa prosedur lain, hanya pada waktu malam baru dioperasi. Luka terkena agak dalam sampai kena 21 jahitan. Saya bersyukur sangat doktor beritahu tak ada saraf atau urat yang putus. Tiga hari jugalah ditahan dekat wad. Tapi proses nak sembuh, dengan hari-hari kena cuci luka, keseluruhannya saya cuti sakit selama tiga minggu.

Masa terkena tu tak rasa sakit… tapi bila dah dalam kereta masa nak pergi klinik kesihatan, dah mula terasa sakit amat.

“Saya sambung internship macam biasa cuma seriau apabila bersesak-sesak dalam tren… bimbang kaki terhimpit. Kena hati-hati tapi ada juga masanya saya beritahu saya baru lepas operasi, ada yang baik hati beri tempat duduk,” kata wanita berusia 27 tahun ini.

Tidak menyangka ciapannya menjadi tular, Hazirah berkata dia sekadar berkongsi pengalaman sendiri selain mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa perlunya mengambil insurans sebagai persediaan.

Hazirah (dua, kanan) bersyukur masih mampu berjalan seperti biasa kerana kecederaannya tidak melibatkan sebarang saraf mahupun tulang.

“Sebenarnya saya baru menceburi bidang takaful secara sambilan… jadi saya share pengalaman sendiri untuk beri kesedaran kepada orang ramai. Kejadian ni berlaku tak kira tempat, di rumah pun boleh jadi tanpa dijangka. Kita semestinya mahukan rawatan terbaik jika terjadi perkara seperti ini. Dulu saya masih belajar, tak ambil insurans. Jadi pada pendapat saya, sesiapa yang berkemampuan, boleh ambil pelan takaful sebagai persediaan,” ujar kakitangan syarikat swasta ini lagi.

Kejadian Ini Menyentuh Hati Ramai Orang. Kanak Kanak 5 Tahun Ini Ditinggalkan Bersendirian Dan Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Tabah sungguh anak kecil ini. Baru baru ini, seorang kanak kanak berusia 5 tahun telah dijumpai merayau dan dalam ekadaan terpinga pinga di dewan utama sebuah bangunan kerajaan di Linzhou,China. Berdasarkan laporan, pihak polis telah menjumpai budak kecil ini bersendirian dan seperti ada masalah sambil menj3rit.Saya mahu ibu saya!”

Selain itu, difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke situ bagi menyelesaikan dokumen perpisahan. Bagaimanapun, selepas semuanya selesai kedua-duanya tinggalkan anak mereka berseorangan di bangunan tersebut.

Kemudian, polis menggunakan telefon bimbit yang ada pada kanak-kanak itu untuk menghubungi bapanya. Namun apabila dihubungi lelaki itu memaklumkan dia telah keluar dari daerah tersebut dan tidak boleh berpatah balik secepat mungkin untuk menjemput anaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh polis yang bertugas ke balai polis untuk menunggu bapanya. Ketika itulah mereka cuba menenangkan dan meyakinkannya bahawa bapanya akan datang menjemputnya.Sementara menunggu, kanak-kanak itu turut bertanya kepada pegawai di situ,Ibu saya ditngkap oleh awak ke?”

Sebaik tiba di balai, kanak-kanak itu terus menjerit memanggil dan berlari ke arah bapanya. Gambar ketika kejadian itu berjaya dirakamkan oleh media tempatan dan menyentuh hati ramai orang.Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut tinggalkannya berseorangan di bangunan terbabit dan tidak dilaporkan di manakah keberadaan ibunya ketika itu.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Mengagumkan Sekali Indonesia Cipta Bas Anticorona Yang Lengkap Dengan Pelbagai Teknologi Yang Hebat

Tidak dinafikan, musim penularan pandemik ini membuatkan manusia semakin kreatif mengadaptasi teknologi yang ada untuk memastikan keselamatan komuniti dan survival masing-masing.Dron penyembur cecair pembasmi kuman, helmet pintar yang boleh mengesan suhu badan dan sebagainya.

Ini hanyalah sebahagian inovasi yang kita sudah ketahui. Mungkin masih ada banyak lagi ciptaan yang sedang dibangunkan untuk kemudahan kita pada masa akan datang — siapa tahu kan?Di Jawa Tengah misalnya, mereka sudah pun membangunkan prototaip bas anticorona yang dicipta untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Memetik laporan CNN Indonesia, bas berukuran 12 meter itu dilengkapi dengan kabin penapis menggunakan teknologi HEPA yang kebiasaannya dipakai dalam pesawat komersial. Ia bagi memastikan pengaliran udara yang bersih di dalam bas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi sinaran UV untuk membantu membunh kuman dan bakteria.Selain itu, reka bentuk kedudukan kerusinya juga mempraktikkan penjarakkan sosial, disusun tiga baris memanjang ke belakang — berbeza dengan rekabentuk bas yang kita sedia maklum.

Apa yang lebih menarik, adalah setiap penumpang yang menaiki bas ini akan dibekalkan dengan sejenis topeng pelitup muka herbal yang dipercayai dapat meningkatkan imun dan melancarkan sistem pernafasan pemakainya.Bas ini dicipta untuk dua kegunaan. Selain untuk membawa penumpang, satu lagi bas sejenis dengannya akan digunakan sebagai makmal bergerak yang akan disasarkan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik atau hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *