Disebabkan terlalu letih dengan rutin hariannya. Si ibu sehinggakan melayan anak seperti ini dan sampai ibu tersedar sesuatu perkara ini.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Disebabkan terlalu penat dengan kerja-kerja rumah, wanita ini dengan tidak sengaja melepaskan amarahnya kepada anak-anaknya. Tugas seorang wanita yang bergelar ibu sememangnya mencabar, sama ada yang bergelar suri rumah sepenuh masa ataupun terikat dengan komitmen kerja di pejabat.

Beban kerja yang perlu diselesaikan setiap hari kadang kala membuatkan golongan ini kurang rehat, apatah lagi ketiadaan suami di sisi di saat mereka memerlukan. Apabila situasi ini berlaku, secara tidak langsung emosi mereka akan terganggu sekaligus orang di sekeliling akan dijadikan sasaran untuk melepaskan rasa, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar ini. Menurut pelayar berkenaan, perkongsian tersebut adalah sebagai pengajaran bersama agar ibu bapa dapat menjadikan kisahnya sebagai pengajaran bersama.

“Hari ini betul-betul burnout. Serba-serbi tak kena. Mood hilang dibawa angin sepanjang hari. Pantang anak-anak silap sikit, memang rotan dan cubit la makan dia. Letih dengan rutin harian, ditambah lagi dengan perangai dan kerenah anak-anak, lesu badan, otak jem, dengan husband pulak offshore. Allahuakbar! Rasa betul-betul useless, hopeless hari ni. Tak tahu nak mintak tolong dekat siapa.

Perkongsian pelayar berkenaan di Facebook agar menjadi teladan kepada para ibu bapa yang lain.

“Daripada siang tadi anak-anak cuba bercerita, ajak main tapi tak diendahkan. Sebaliknya anak-anak kena marah balik. Maghrib tadi lepas solat, si sulung sibuk nak tolong ajar adik mengaji sekali walaupun mas atu turn adik mengaji dengan mummy. Sekali lagi si sulung kena marah. Mencuka terus muka dia. Menyorok dalam telekung. Sayup-sayup dengar tangisan kecil. Tapi sebab ego, mummy masih biarkan je,” cerita pelayar berkenaan.

Tambah pelayar tersebut, emosinya itu terus terbawa-bawa sehingga waktu makan malam sehingga dia sekadar menyediakan menu paling ringkas kerana terlalu penat.

“Di kala bubur masih lagi panas berasap, mummy paksa anak-anak makan secepatnya. Tergopoh gapah anak-anak makan sebab takut kena marah lagi. Kej4mnya mummy. Dengan beralasankan nak cepat solat Isyak, mummy kej4m dengan anak-anak walaupun sebenarnya mummy ade niat lain. Nak cepat-cepat masuk bilik paksa anak-anak tidur,” tulisnya.

Ya Allah, nampak kesan air mata pada muka masing-masing!! Macam baru tersedar… Allahuakbar! Kejamnya mummy, egonya mummy, jahatnya mummy.

Begitu juga ketika sedang bersantai-santai sebelum masuk tidur, dia mengakui sengaja menyumbat telinga dengan earphone bagi mengelakkan dirinya diganggu dengan suara anak-anak. Sungguhpun berkali-kali anaknya cuba bercerita dan memperkatakan sesuatu, dia berpura-pura tidak mendengar suara mereka.

“Berpuluh kali anak-anak panggil tapi mummy masih ego. Entah kali keberapa anak-anak berhenti memanggil,” ceritanya. Tidak lama kemudian apabila merasakan keadaan sudah tenang dan sunyi tanpa suara anak-anak, barulah dia menanggalkan earphone. Namun apa yang disaksikannya sejurus selepas itu benar-benar membuatkannya langsung tersedar dan diselubungi perasaan sesal yang bukan kepalang.

Pelayar berkenaan diselubungi rasa bersalah dan menyesal kerana bertindak mengikut perasaan sehingga menjadikan anak-anak sebagai sasaran. Gambar hiasan

“Ya Allah, nampak kesan air mata pada muka masing-masing!! Macam baru tersedar… Allahuakbar! Kej4mnya mummy, egonya mummy, jahatnya mummy. Menyesal tak sudah mummy malam ni. Hanya kerana ego, sibuk dengan rutin harian, sibuk dengan fon, sibuk layan penat sendiri, sibukk nak rumah bersih, hati anak-anak terabai. Nampaknya bukan anak-anak je yang tidur dalam tangisan malam ni, tapi mummy juga. Tolong doakan moga mummy kuat melawan amarah dalam diri, tolong doakan moga mummy tak lagi lalai, jadi lebih penyayang. Dan tolong doakan moga Allah panjangkan lagi jodoh mummy dengan anak-anak untuk sama-sama menjalani kehidupan yang lebih baik,” akhirinya.

Bapa Orang Kurang Upaya Ini Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi 6 Anaknya. Pernah Terputus Barang Dapur Tapi Ini Yang Dia Lakukan.

Sepasang suami isteri menyara kehidupan keluarga mereka dengan menjual kuih muih. “Saya pernah terputus barang dapur… saya tak tau nak buat macam mana. Nak pinjam dekat orang, saya malu.”

Demikian luahan kata-kata seorang bapa yang berkongsi kisah keperitan hidupnya sehingga pernah ketiadaan wang untuk membeli makanan buat anak-anak dan isterinya. Pernah satu ketika, si bapa berusia 41 tahun ini terpaksa ‘berhutang’ di kedai runcit kerana tidak sanggup melihat keluarga, terutama anak-anak kecilnya berlapar.

“Saya pergi kedai barang, saya ambil beras lima kilo, sardin, susu anak, telur dan ikan bilis. Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa. Lepas dia bagitau harga, saya terus seluk poket dan buat-buat duit tertinggal di rumah,” katanya. Kisah keluarga berkenaan diceritakan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi satu perkongsian di Facebook yang sehingga kini meraih melebihi 200 shares.

Selain membuat kuih, si isteri juha mengambil upah menjadi tukang masak di sebuah tahfiz.

Menurut Natipah yang menyantuni keluarga berkenaan bersama pasukannya yang aktif melakukan aktiviti kebajikan, bapa kepada enam orang anak berusia dalam lingkungan tiga hingga 18 tahun itu berstatus Orang Kurang Upaya penglihatan dan kehilangan kerja baru-baru ini.

“Kekurangan fizikal yang dipercayai berpunca daripada masalah saraf itu terjadi sejak dia masih kecil dan tidak boleh dirawat lagi. Justeru itu pandangannya hanyalah samar-samar dan jika jauh, dia langsung tidak nampak. Sebelum ini dia pernah berkerja sebagai seorang tukang urut dan mempunyai pengalaman mengurut selama lebih kurang 15 tahun. Pendapatannya bekerja dengan majikan dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang ialah sekitar RM40.

Keluarga ini hanya menyewa sebuah rumah kampung dengan kadar RM200 sebulan.

“Bagaimanapun sekarang dia hilang pekerjaan dan sekadar membantu isterinya yang berusia 39 tahun membuat kuih di rumah. Sudah enam tahun isterinya membuat kuih. Selain menerima tempahan, kuih itu juga diletak di warung atau gerai makan di sekitar kawasan rumah mereka, sebuah rumah kampung yang disewa dengan kos RM200 sebulan. Isterinya juga mengambil upah menjadi tukang masak di sebuah tahfiz (lapan pelajar) dengan upah RM10 sehari,” cerita Natipah.

Tambahnya, dua orang lagi anak pasangan tersebut yang kini berumur sembilan dan enam tahun turut mengalami masalah penglihatan. “Pada 2016, kedua beradik itu telah menjalani pembedahan di HKL dan memakai kanta khas di dalam mata,” kata Natipa yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan.

Kekurangan fizikal yang dipercayai berpunca daripada masalah saraf itu terjadi sejak dia masih kecil dan tidak boleh dirawat lagi.

Menurut Natipah, lelaki berkenaan turut meluahkan rasa terkilan kerana dipandang serong dan dilemparkan kata-kata kurang manis oleh penduduk setempat seolah-olah dia malas bekerja sedangkan penglihatannya membatasi pergerakan untuk keluar bekerja. Keadaan tersebut membuatkan dia berasa rendah diri dan kurang bersosial dengan masyarakat setempat. Sungguhpun keluarga ini serba kekurangan, menurut Natipah, anak-anak pasangan berkenaan mempunyai potensi yang tinggi dalam pelajaran.

“Anak perempuan sulung (18 tahun) sedang belajar di sebuah kolej matrikulasi. Yuran pendaftaran kemasukan anak itu ke kolej tempoh hari juga adalah hasil sumbangan kita di sini,” ujarnya. Justeru kata Natipah, perkongsian tersebut dibuat bagi mengumpul sumbangan orang ramai yang akan digunakan sebagai modal berniaga agar keluarga berkenaan dapat menjana pendapatan untuk menyara kehidupan.

Natipah (kiri) berpengalaman lebih 10 tahun dalam lapangan kebajikan dan kemasyarakatan.

“Anak-anak masih di alam persekolahan, perjalanan mereka masih panjang. Kita akan menyediakan sebuah gerai agar keluarga ini boleh berniaga dan ada pendapatan sendiri selain hasil jualan kuih isteri. Semoga dengan sifat ringan tulang mereka akan membantu merubah nasib keluarga,” ujarnya lagi.

Kejadian Ini Menyentuh Hati Ramai Orang. Kanak Kanak 5 Tahun Ini Ditinggalkan Bersendirian Dan Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Tabah sungguh anak kecil ini. Baru baru ini, seorang kanak kanak berusia 5 tahun telah dijumpai merayau dan dalam ekadaan terpinga pinga di dewan utama sebuah bangunan kerajaan di Linzhou,China. Berdasarkan laporan, pihak polis telah menjumpai budak kecil ini bersendirian dan seperti ada masalah sambil menj3rit.Saya mahu ibu saya!”

Selain itu, difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke situ bagi menyelesaikan dokumen perpisahan. Bagaimanapun, selepas semuanya selesai kedua-duanya tinggalkan anak mereka berseorangan di bangunan tersebut.

Kemudian, polis menggunakan telefon bimbit yang ada pada kanak-kanak itu untuk menghubungi bapanya. Namun apabila dihubungi lelaki itu memaklumkan dia telah keluar dari daerah tersebut dan tidak boleh berpatah balik secepat mungkin untuk menjemput anaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh polis yang bertugas ke balai polis untuk menunggu bapanya. Ketika itulah mereka cuba menenangkan dan meyakinkannya bahawa bapanya akan datang menjemputnya.Sementara menunggu, kanak-kanak itu turut bertanya kepada pegawai di situ,Ibu saya ditngkap oleh awak ke?”

Sebaik tiba di balai, kanak-kanak itu terus menjerit memanggil dan berlari ke arah bapanya. Gambar ketika kejadian itu berjaya dirakamkan oleh media tempatan dan menyentuh hati ramai orang.Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut tinggalkannya berseorangan di bangunan terbabit dan tidak dilaporkan di manakah keberadaan ibunya ketika itu.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *