Pemuda otai ini sanggup berpeluh hanya untuk menggembirakan hati pelajar. Lebih lucu sekali apabila ada pula terjumpa seseorang ini.

Dunia Hiburan Viral

Azree mengenakan kostum Mickey Mouse pada hari pertama sesi persekolahan ketika menyambut kehadiran para pelajar. “Mula-mula ada juga rasa malu sebab umur dah tua, tapi demi niat nak menggembirakan pelajar, saya ketepikan perasaan tu”

Demikian kata Azree Ramli ketika bercerita mengenai pengalamannya memakai kostum karakter kartun terkenal, Mickey Mouse pada hari pertama sesi persekolahan semalam. Seawal pukul 7 pagi lagi, Azree yang juga jurufoto sepenuh masa sudah bersiap sedia dengan kostumnya untuk menyambut pelajar Sekolah Kebangsaan Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Berkongsi cerita bagaimana idea untuk memakai kostum itu timbul, lelaki berusia 51 tahun itu berkata semuanya berlaku secara spontan sebaik sahaja mendengar pengumuman kerajaan mengenai tarikh pembukaan sekolah.

Seawal pukul 7 pagi lagi, Azree sudah berada di hadapan pagar sekolah untuk menyambut kehadiran pelajar.

“Saya sebenarnya seorang jurufoto yang terlibat dalam sektor pendidikan… jadi banyak pergi ke sekolah-sekolah. Saya rasa seronok apabila dikelilingi pelajar dan rasa gembira kalau tengok wajah ceria mereka. Kita pun tahu selama pandemik ni, ramai yang stres baik cikgu mahupun pelajar sebab komunikasi yang terhad. Jadi apabila kerajaan umum 1 Mac buka sekolah, saya terfikir mengapa tidak saya buat sesuatu untuk kembalikan keceriaan murid. Saya bincang dengan isteri yang juga seorang guru di SK Petani Jaya… dia pun setuju. Lagipun kebetulan ada kostum Mickey Mouse yang dibeli suka-suka sebelum ini dari Shopee. Kemudian bincang dengan Guru Besar dan beliau pun setuju,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Antara aktiviti yang dilakukan Azree pada hari pertama sesi persekolahan adalah mengunjungi setiap kelas bersama guru.

Menurut Azree, sungguhpun suasana pada waktu itu hujan renyai-renyai, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk menyambut kehadiran pelajar apatah lagi apabila melihat senyuman terukir di wajah mereka di sebalik pelitup muka masing-masing.

“Saya berdiri di tepi pagar sekolah sambil melambai-lambai pelajar-pelajar semuanya kerana nak beri semangat untuk mereka ke sekolah… kemudian melawat setiap kelas. Bukan mereka je seronok, ibu bapa pun seronok sama.

Hampir dua jam juga pakai kostum tu… peluh memang tak payah cakaplah, tapi saya tahan je. Bagi saya, wajah ceria mereka dah cukup buat saya happy.

“Lebih-lebih lagi ketika ini SOP tidak membenarkan ibu bapa teman murid… jadi secara tak langsung, saya boleh dikira membantu ibu bapa juga. Lebih lucu, ada nampak kawan sendiri hantar anak dan cucu masing-masing ke sekolah… tapi mereka tak tahu saya di sebalik kostum tu,” ceritanya yang lebih dikenali dengan nama Baba Oren. Pertama kali berbuat demikian, Azree mengakui ‘tugas’ berkenaan agak memenatkan selain turut kepanasan kerana kostum yang tebal.

Hampir dua jam memakai kostum, Azree mengakui ia adalah ‘tugas’ yang mencabar dan memenatkan namun dia gembira dapat menceriakan pelajar.

“Hampir dua jam juga pakai kostum tu… peluh memang tak payah cakaplah, tapi saya tahan je. Bagi saya, wajah ceria mereka dah cukup buat saya happy. Bila tengok mereka happy maka secara tak langsung saya turut happy. Apa yang boleh dikatakan, ia letih tapi sangat fun,” ujarnya yang juga anak jati Sungai Petani.

Dedah Azree lagi, dia sememangnya gemar melibatkan diri dalam apa jua aktiviti berkaitan pelajar dan sekolah, bukan sahaja kerana tugasnya sebagai jurufoto tetapi kerana isterinya yang merupakan seorang pendidik.

Azree bersama isteri, Nor Sapina Mohd Khan yang merupakan seorang guru di SK Petani Jaya.

“Isteri saya dah 26 tahun jadi guru. Dia memang suka bab menghias kelas dan sekolah. Kalau ada projek keceriaan, memang saya akan join sekali. Pelajar ni suka tengok suasana yang ceria dan cantik. Jadi inilah salah satu cara untuk kita tarik mereka supaya lebih bersemangat nak belajar,” ujar suami kepada penerima Anugerah Guru Cemerlang ini lagi.

Bercerita lebih lanjut, Azree yang sudah hampir lapan tahun terlibat secara serius dalam bidang fotografi berkata, dia tidak menolak sekiranya ada peluang untuk mengenakan kostum pada masa akan datang. “InsyaAllah jika tubuh badan sihat, apa salahnya. Tapi mungkin pakai kostum lain pula. Bagi saya usia bukan penghalang, yang penting niat,” katanya lagi.

Telatah Murid Darjah Satu Yang Dipercayai Melarikan Diri Dari Sekolah. Tak Sangka Rata Rata Warganet Turut Terhibur Melihat Gelagat Murid Itu.

Macam yang kita semua tahu, hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2021. Jika sebelum ini para pelajar hanya mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di rumah susulan pandemik covid19.

Lazimlah di sebalik pembukaan semula sekolah, banyak ragam yang akan ditonjolkan oleh murid muris sarjah satu. Ini ekrana,ia merupakan pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah setelah dua tahun di tadika,

Berdasarkan perkongsian Info Roadblock JPJ/Polis, di laman Facebook yang berdurasi satu minit, memaparkan telatah murid darjah satu yang dipercayai melarikan diri dari sekolah. Video tersebut telah dirakam oleh seorang lelaki yang cuba memujuknya. Namun, segala pujukan itu tidak berhasil dan lelaki itu tercungap-cungap penat mengejar murid tersebut.

Tidak berakhir di situ, lelaki ini sempat untuk menawarkan diri untuk menghantarnya semula ke rumah.Pakcik hantar balik, ada polis marilah pakcik hantar balik.Walau bagaimanapun, usahanya untuk ‘membantu’ murid itu telah dibantu oleh seorang wanita yang menaiki motosikal. Setelah ditahan, murid tersebut telah dibawa menaiki motosikal bersamanya.

Namun, tiada sebarang info tambahan mengenai kejadian di sebalik video tersebut.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat murid itu. Video tersebut telah meraih lebih 7k tanda suka dan dikongsi lebih 2.6k oleh pengguna Facebook yang lain. Buat hal lah kau dik!

KPM Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Begini Sekiranya Belum Ada Seragam. Ini Maklumat Lanjut Soal Isu Ini.

KUALA LUMPUR: Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021. Kementerian Pendidikan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan.

“KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak. Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. Bagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa, kementerian ingin memaklumkan murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Katanya, kementerian berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Pada 19 Februari lalu, kementerian mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

Polis Sanggup Bina Sesuatu Untuk Memudahkan Pelajar Untuk Menghadiri PDPR Sekolah Mereka. Ketua IPD Ranau Akui Isyarat Internet Agak Kurang Baik.

RANAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan dan membina khemah di atas bukit setinggi 100 meter di Kampung Paus, di sini, bagi membantu pelajar mendapatkan capaian Internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Sammy Newton, berkata ketiadaan isyarat internet yang baik di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR.

“Justeru pihak kami menyediakan khemah di atas bukit yang juga di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar di kampung itu. Semua peralatan khemah lengkap dengan meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota IPD Ranau, selain menyumbangkan pelitup muka, cecair sanitasi tangan dan bakul makanan untuk pelajar di situ,” katanya kepada Bernama.

Sammy berkata, Kampung Paus terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan Ranau dan lebih 20 kilometer dari jalan utama. Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan keselamatan pelajar di khemah berkenaan rondaan pemantauan polis dari IPD Ranau juga dijalankan.

Bersesuaian dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, Sammy berkata khemah berkenaan dibina pada Jumaat lalu hasil gotong-royong petugas IPD Ranau bagi menyediakan keselesaan kepada pelajar dan secara tidak langsung memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar di kampung berkenaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin memuji usaha IPD Ranau yang turut membantu melancarkan proses PdPR meskipun kekangan capaian kemudahan Internet. Beliau berkata, bantuan itu sangat diperlukan oleh pelajar yang sanggup ke lokasi bagi memudahkan mereka mendapat talian internet dan pesanan pembelajaran daripada guru sekolah.

“Dengan cara itu, pelajar dapat menerima dan menghantar semula latihan yang disemak oleh guru masing-masing melalui aplikasi WhatsApp yang paling popular digunakan pada masa kini,” katanya. – BERNAMA Sumber BHOnline

Polis Tak Puas Hati Dengan Rider Hanya Sebabkan Mi Goreng Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Pang bekerja sebagai runner penghantar makanan ‘mi bodo’ di kawasan berdekatan gerai makan tersebut. Kisah  rider sering kali menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermacam-macam gelagat dan pengalaman yang dikongsikan geng rider cepat sahaja dapat dihidu warganet sehinggakan ia tular di laman media sosial.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 34 tahun dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka apabila dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan sekatan jalan raya baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Nazarrudin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pagi Jumaat lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Semabok, Melaka ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan di kawasan berdekatan. Pemuda itu memberitahu, ketika dia berhenti di sekatan jalan raya itu, ada anggota polis bertanya apa ada di dalam tempat isi makanan yang dibawanya. Selepas dia selamba menjawab ‘mi bodo’, anggota terbabit mengulangi soalan sama dua kali dan dia tetap memberi jawapan sama.

Pang bersama isterinya Izwanie yang sedang hamil lapan bulan dan dua orang cahaya mata perempuan.

Ketika itulah, polis bertugas terbabit dengan muka menahan marah mengarahkan dia untuk ke tepi. “Dia suruh saya buka beg makanan tersebut. Spontan dia tanya nama mi ni bodo ka? Aku ingat kau bodohkan aku. Dah jalan! Bila saya dah jalan depan sikit baru saya terfikir, oh… dia ingat saya cakap bodoh dekat dia, ” ujarnya yang mengakui gemuruh ketika melalui detik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *