Kini Nur Serena akhirnya ucap kalimah syahadah jua. Rupa rupanya ini adalah salah satu sebab untuk dia memeluk islam.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Selepas dua tahun tertangguh, Nur Serena lega hasratnya untuk memeluk Islam akhirnya terlaksana pada minggu lalu. Hidayah itu milik Allah, sampai masa pasti terdetik untuk menjadikannya kenyataan.

Biarpun awalnya terpaksa menunda hari dan tarikh memeluk Islam gara-gara akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun akhirnya gadis ini berjaya melafazkan dua kalimah syahadah pada 24 Februari lalu. Gadis bernama Nur Serena Qian Xing, 21, berkata dari dahulu lagi dia dikelilingi dengan umat Islam dan hampir dua tahun telah memasang niat untuk berhijrah. “Alhamdulillah, Nur ialah tambahan nama yang saya pilih,” tulisnya di Twitter pada Rabu lalu.

Perkongsian yang meraih sehingga 58,000 likes dan lebih 13,000 retweets itu dipenuhi dengan komen warganet yang mengucapkan tahniah, mendoakan, memberi kata-kata semangat lalu ada juga di antara mereka yang ingin memberi hadiah dan sumbangan. Lebih mesra disapa Nur, dia dengan rendah diri sudi berkongsi serba sedikit pengalamannya serba sedikit ketika sebelum dan selepas memeluk Islam.

Gadis yang menetap di Larkin, Johor Bharu ini turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan dan diterima baik oleh pihak Jabatan Agama Islam, Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu dan juga dalam kalangan warganet.

Nur berkongsi kisah penghijrahannya di Twitter.

“Alhamdulillah.. Saya diberi kesempatan memeluk Islam dan menjadi hamba Allah. Saya sangat terharu dengan penerimaan yang luar jangkaan dan sangat baik daripada keluarga, rakan terdekat dan orang ramai. Sungguh tak sangka saya diterima baik sebegini rupa. Perasaan bersyukur tak mampu saya luahkan dengan kata-kata melainkan dengan ucapan terima kasih. Lebih mengejutkan saya perkongsian di Twitter mendapat sambutan yang luar biasa. Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat hargai. Saya sebolehnya tak nak berkongsi sangat kerana takut perbuatan saya ini timbul rasa riak dan bangga dalam diri tetapi untuk memberi inspirasi saya berbesar hati untuk berkongsi,” ujarnya.

Gadis yang memilih nama Nur Serena Qian Xing sebagai nama baharunya gembira proses penghijrahannya berjalan lancar.

Bercerita lanjut mengenai penghijrahannya, Nur berkata sebelum memasang niat ingin memeluk Islam dua tahun yang lalu, dia sememangnya dikelilingi dengan ramai rakan yang beragama Islam dan disebabkan itu dia banyak belajar mengenali lebih mendalam agama ini.

Menceritakan tentang proses memeluk Islam baru-baru ini, Nur berkata jika sebelum ini ditunda kerana PKP, tapi kini semuanya berjalan lancar dan urusan sangat dipermudahkan.

“Proses mudah sangat dan tak makan masa yang lama. Hanya seorang saksi ditetapkan dan ditemani kawan lelaki, saya ke pejabat agama. Sampai di kaunter pertanyaan, saya beritahu nak masuk Islam dan mereka beri saya borang untuk isi sebelum ke satu bilik untuk mendengar sedikit taklimat dan mengucap syahadah,” ujarnya lagi.

Saya bersyukur tiada halangan daripada keluarga. Mereka turut memberi sokongan kepada saya. Mereka juga rapat dengan Islam tetapi belum tiba masanya.

Sempat ditanya mengenai penerimaan keluarga, Nur berkata semuanya baik sahaja dan mereka terima keputusannya dengan hati terbuka. Menurut anak tunggal itu, kedua ibu bapanya telah berpisah suatu ketika dahulu dan masing-masing sudah mempunyai keluarga baharu. Dia yang bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta berharap hatinya akan terus kuat dalam menjalani hari baharunya.

Mula mengenakan hijab, Nur Serena berkata dia mula belajar menutup aurat sepenuhnya secara perlahan-lahan.

“Saya bersyukur tiada halangan daripada keluarga. Mereka turut memberi sokongan kepada saya. Mereka juga rapat dengan Islam tetapi belum tiba masanya,” katanya. Malahan, dia bersama ibunya juga saling mengagumi Ustaz Ebit Lew kerana adabnya dalam menyampaikan ajaran Islam. Nur turut mengakui dia banyak mendapat inspirasi daripada personaliti tersohor itu dan berharap suatu hari nanti dapat sampai ke tahap itu.

“Bagi saya, berhijrah ini tidak boleh terlalu drastik takut tak kekal lama. Saya akan pelahan-lahan perbaiki diri. Soal berhijab pula, InsyaAllah sampai waktunya saya akan menutup aurat sepenuhnya,” katanya.

Ini Yang Berlaku Pada Kereta Ustaz Ebit Lew. UEL Tanpa Ragu Kongsi Kisah Hebat Kuasa Doa Yang Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini,Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita bahawa kereta miliknya telah pancit secara tiba tiba pada Khamis petang melalui IGnya. Jelas UEL, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pncit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.”Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta,” tulis Ebit di media sosial miliknya.

Ebit juga turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini. Jelas Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.

“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.“Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.”Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini,” imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.

Seterusnya, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.”Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.

“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” ujar Ebit.Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.

Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.”Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan dijilat api dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).

“Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi sudah hembuskan nnafas terakhir.”Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.

“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan,” ujarnya.Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilrang juga meng4niayai orang susah dan anak yatim.

“Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.”Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.”Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” ujarnya lagi.

Tak Sangka Keluarga Ini Diduga Sampai Begini Sekali. Ebit Lew Sebak Dengan Keadaan 3 Beranak Ini Dan Terus Tampil Beri Hadiah Ini.

Siapa lagi yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew. Hampir seluruh negara, Ebit Lew datang tampil untuk memberi bantuan pada orang yang dalam kesusahan. Apabila lambat sahaja datang memberi bantuan pasti beliau akan meminta maaf. Usahawan dan pendakwah bebas yang sangat terkenal dengan sifat pemurahnya tanpa kira agama mahupun kaum. Pasti tidak mudah untuk kita mencontohi sifat itu.

Hari ini, beliau tampil lagi untuk meneruskan misi bantuannya dan berkongsi detik itu di laman media sosial instagram miliknya. Pada kali ini, dia telah meneruskan ke Rantau panjang, Kelantan untuk memberi bantuan kepada salah sebuah keluarga ini yang amat memerlukan.

Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya , bapa pula mempunyai masalah penglihatan manakala ibu pula warga emas yang sudah uzur.

“Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni OKU dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen. Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza. Dia meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.

Ibu tua tak henti ucap terima kasih

Bagaimanapun, sepanjang kehadirannya di teratak mereka, mulut si ibu sentiasa dihiasi dan tidak henti mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew, meluahkan rasa syukur berulang kali.

“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah ya. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum je makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz. Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Ebit Lew berkenaan, dapat dilihat dia tidak kekok memakaikan seluar serta mendukung anak OKU tersebut ke atas katil. Allahu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan tindakan Ebit Lew dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.Dalam pada itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu menjayakan misi bantuannya terbabit. Hebatnya, syabas Ustaz Ebit Lew! Semoga segala usaha ustaz berbuah ganjaran pahala di akhirat kelak. Sumber: Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *