Disebabkan sewaktu kecil tidak dapat merasa untuk mempunyai sesuatu ini. Isteri nekad untuk buat kejutan pada suami dan tak sangka ini reaksi suami.

Kehidupan Keluarga Viral

Tak semua orang merasakan hidup senang dan senang untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Setiap orang lain dugaan hidupnya. Bagi yang kurang berkemampuan, pasti banyak perkara atau keinginan yang perlu ditahan. Kata orang air mata seorang lelaki itu mahal, namun seorang isteri ini berjaya buat emosi suaminya berubah selepas menerima hadiah yang tidak dijangka.

Buat suprise sempena anniversary…Suami terus menangis tengok hadiah isteri bagi

Menerusi sebuah perkongsian video pengguna TikTok @Annyss0phillea, kejutan yang dilakukan buat suaminya adalah sempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7. Namun tidak semena-mena, lelaki berkenaan terus menangis semahunya sebaik menerima pemberian itu.

Rupa-rupanya isteri bagi 2 permainan ‘Digimon’…Dah idamkan lama, tak pernah dapat lagi

Rupa-rupanya, si isteri telah pun menghadiahkan dua buah permainan ‘Digimon’ yang sekian lama diidamkan oleh lelaki tersebut. Lebih-lebih lagi, sejak kecil suaminya itu tidak pernah merasa untuk memilikinya. Jelasnya, lelaki berkenaan pernah mengaku hobinya mengumpul permainan tersebut sememangnya mahal.

Lelaki kalau keluarkan air mata maknanya dia rasa terlalu dihargai…Semoga bahagia sampai jannah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama terharu apabila melihat reaksi ikhlas oleh suaminya. Dalam pada itu, ramai yang mengatakan permainan tersebut kini sudah pun mempunyai nilai tinggi kerana sukar untuk didapatkan.

Nak Buat Kejutan Kat Suami Tapi Langsung Tak Menjadi. Wanita Ini Luah Rasa Kesal Lepas Kek Yang Diterimanya Luar Dari Jangkaannya

Baru sahaja berniat untuk membuat kejutan sempena ulang tahun buat suami tapi akhirnya tak kesampaian bila kek hari jadi yang ditempah rosak. Wanita tersebut meluahkan rasa kekecewaannya terhadap runner yang menghatar kek tersebut.

“Sedih… runner oh runner,” tulis seorang wanita di kapsyen video TikToknya.Wanita berkenaan, Nor Diana Norhashim berkata, ia berlaku apabila dia mahu menyambut hari ulang tahun suaminya ke-45 pada 17 Februari lalu.

Jelas wanita itu, kek tersebut telah ditempah dua minggu lebih awal dan ia dihantar ke rumahnya di Johor Bahru, Johor menggunakan khidmat runner.”Atas faktor logistik, penjual kek tak ada buat penghantaran. Jadi, saya gunakan khidmat runner untuk ambil dan hantar kek hari jadi tersebut.

“Masa kek tu sampai, saya masih di pejabat. Anak saya yang terima kata ada rosak kat kek. Saya ingatkan rosak sikit, bila balik tengok kek tu ‘terbelah’ dua,” katanya. Lebih mesra dengan panggilan Kak Dee, dia mengakui begitu terkejut dengan apa yang berlaku kerana kek tersebut sepatutnya menjadi kejutan hari jadi suaminya.

“Berbulan-bulan saya cari penjual kek yang boleh buat kek untuk beri pesanan kepada suami saya yang kaki rokk. Kek tu ada hiasan dan mesej untuk perokk tegar.”Enam tahun lalu dia pernah janji dengan saya bila umur masuk 45 tahun, dia nak berhenti merokk. Sebab itulah saya carikan kek untuk kasi peringatan kat dia,” katanya.

Kata ibu kepada empat anak itu, masalah ‘kek patah dua’ itu berpunca daripada runner yang membuat penghantaran ke rumahnya menggunakan motosikal.”Saya dah maklum lebih awal kepada runner tu yang barang yang dia nak ambil tu adalah kek. Jadi, saya minta runner tu gunakan kereta untuk hantar.

“Caj servis yang saya bayar adalah penghantaran menggunakan kereta. Tapi dia guna motosikal untuk hantar kek, macam mana kek tu nak elok?” katanya.Kak Dee berkata, dia cuba menghubungi runner berkenaan untuk memaklumkan perkara yang berlaku, sebaliknya panggilannya ditutup dan nombor telefonnya disekat (block).

“Sehubungan itu, saya menasihatkan runner supaya lebih peka dengan pesanan dan permintaan pelanggan, serta menghantarnya dengan bertanggungjawab dan berhati-hati. Ada sebab saya minta runner hantar kek guna kereta.”Ini bukanlah pertama kali saya guna khidmat dia guna motor dan kereta. Lagipun penutup kotak lutsinar, jadi boleh nampak kek dari luar… kenapalah dia tak fikir,” tambahnya.

Dia yang akui masih kesal dengan kejadian yang berlaku, usahawan itu bagaimanapun reda rancangannya untuk membuat kejutan sempena ulang tahun suaminya gagal.”Ingatkan kalau kejutan kek tu menjadi, dapatlah tengok suami berhenti merokk. Kita tak boleh paksa orang berhenti merokk, tapi hanya boleh beri nasihat.

“Pasal kejutan kek hari jadi tak menjadi tu suami senyum saja. Dia kata tak apalah, tak ada rezeki. Dah tak jadi, macam lambat pula nak tengok dia berhenti rokk.”Memang frust sangat kejutan tak menjadi. Walaupun kek ‘patah dua’, sambutan hari jadi tetap diteruskan sampai terlupa nak ambil gambar kami ramai-ramai hari tu,” katanya.

Suami Ingat Ada Makanan Dalam Kotak Kejutan Sebab Suami Suka Makan. Bila Buka Kotak Ini Hadiah Yang Istimewa Buat Suami

Menarik dan kreatif sungguh idea wanita ini khas buat suami dia yang tercinta. Difahamkan bukan satu tetapi tiga kit ujian kehamilan diletakkan dalam sebuah kotak yang dihias cantik disertakan sekeping nota ringkas, ” Assalamualaikum,hai daddy.”

Perkongsian yang dibuat di Tiktok memeparkan si suami yang berseragam tentera sebak membuka hadiah kejutan tersebut sebelum memeluk isterinya menandakan dia gembira dengan hadiah tersebut. Jelas Isterinya, Nurafidah Ahmad Yusof berkata, kejutan itu dibuat untuk suaminya pada Disember tahun lalu, tetapi video tersebut baru dimuat naik di TikTok pada minggu ini.

Terus berkongsi kisah di sebaliknya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, ia juga merupakan hadiah paling bermakna sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2019.”Sejak berkahwin, dugaan PJJ (perhubungan jarak jauh) adalah perkara biasa apabila suami yang bertugas sebagai pegawai tentera perlu bertugas di luar kawasan. Pernah dalam enam bulan tu, dua kali je suami balik ke rumah.

“Saya pula adalah suri rumah sepenuh masa kerana suami mahu saya memberi tumpuan pada rumah tangga dan rancangan kami untuk mendapatkan anak,” katanya.Namun sepanjang tempoh hampir dua tahun perkahwinan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Effy berkata, rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Setiap kali saya lewat datang bulan (haid), saya yang paling nervous sebab akan periksa sama ada saya hamil atau tidak. Memang menjadi tanda-tanya.”Setiap kali ujian kit beri keputusan negatif tanda saya tak hamil, setiap kali itu juga saya dan suami menangis kerana sentiasa berharap,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sampai ke satu tahap pada Oktober 2019, katanya, suaminya meminta untuk tidak lagi membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan tetapi jangan berhenti berdoa.”Saya kemudian sekali lagi lewat datang bulan, tapi saya pun biarkan saja. Selepas itu, suami rasa mual, pening, muntah dan tak sedap badan, dan saya pula tak syak apa-apa.

“Tapi period saya delay lagi. Saya tergerak hati nak check, dan terkejut bila kit tunjuk dua garisan tanda hamil. Saya tak percaya, siap call tanya kakak dan mak, mereka kata hamil.”Sampai tiga kit berbeza saya check dan keputusan masih sama, sah saya hamil! Macam tak percaya tetapi syukur Alhamdulillah, dan saya rancang buat kejutan untuk suami bagi memaklumkan saya hamil.

“Bila suami balik ke rumah, dia pada mulanya ingat ada makanan dalam kotak kejutan tu sebab dia ni kuat makan.”Sebaik buka kotak, dia mula-mula blur tengok tiga kit ada dua garis tu sebelum menangis. Tengok suami menangis, saya pun ikut sama menangis,” katanya sambil menambah dia mengalami mual, pening dan muntah tanda-tanda hamil seminggu selepas kejutan tersebut dibuat.

Walaupun suami yang berpangkat kapten sebenarnya begitu tegas ketika menjalankan tugas, namun kata Effy, suaminya juga berhati lembut terutama berkaitan tentang anak.”Sebelum ini saya ada beritahu suami andai kata Tuhan makbulkan doa kami dikurniakan zuriat, suami kena botakkan kepala.

“Suami sebenarnya cukup sayang dengan rambut tapi dia botakkan kepala juga atas anugerah yang Allah SWT beri pada kami. Selepas tu, dia berhari-hari tengok cermin dan ambil gambar selfie sebab tak percaya kepala dia dah botak,” ujarnya secara berseloroh.Menerusi video TikTok itu, Effy yang kini hamil tiga bulan turut mendedahkan sebanyak 11 kit ujian kehamilan dengan keputusan negatif masih disimpannya sehingga kini.

“Sebenarnya lebih banyak kit yang negatif, tapi tak simpan dah buang sebab frust sangat. Tapi walaupun stres atau frust, jangan sesekali berputus asa.”Sebelum ni setiap kali hujan yang dilihat satu rahmat, saya berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat kami untuk dikurniakan zuriat,” katanya.

Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami

Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.

Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.

Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *