Harga emas dijangkakan kurang stabil untuk tempoh ini. Ini maklumat lanjut soal isu ini.

berita Dunia ISU SEMASA

Harga emas dijangka kekal kurang memberangsangkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini. Harga emas yang kurang memberangsangkan dijangka terus kekal untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini. Jangkaan itu susulan persekitaran kadar faedah dan inflasi yang rendah di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS). Ketua Strategi Pasaran Global ATFX, Alejandro Zambrano berkata, harga emas berada di bawah tekanan selepas hasil bon 10 tahun kerajaan AS meningkat mendadak, sekali gus membayangi program rangsangan yang diumumkan Presiden AS, Joe Biden baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, dari satu sudut, pakej rangsangan AS sepatutnya akan menyokong kenaikan harga emas di mana peruntukan besar yang diumumkan akan melemahkan dolar AS, namun pergerakan ketara dalam hasil bon kerajaan melemahkan logam berharga itu. Menurut beliau, harga emas mencecah paras rendah AS$1,784 (RM7,201.98) seauns pada Februari dan ia boleh menyebabkan komoditi itu terus menyusut sehingga paras AS$1,698 (RM6,854.80).

Beliau bagaimanapun berkata, jika harga berjaya kekal di atas paras AS$1,784, ia akan memacu pergerakan lebih positif kepada AS$1,840 (RM7,428.05) seauns.

“Pada dasarnya, program perbelanjaan baharu Joe Biden akan menyebabkan harga emas melonjak memandangkan peruntukan besar ini akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi. Namun, kita telah melihat pergerakan besar hasil bon 10 tahun kerajaan AS iaitu dari sekitar 0.91 peratus kepada 1.26 peratus. Analisis teknikal menunjukkan hasil bon ini boleh mencecah 1.37 peratus di mana kos faedah lebih tinggi ini akan memberi tekanan ke atas emas. Dolar AS juga sebenarnya terlebih jual untuk tempoh sangat lama sejak 2011 sebelum melonjak dan terus menekan emas,” katanya dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini, emas menghampiri paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan apabila peningkatan nilai dolar dan isyarat selanjutnya pemulihan ekonomi menjejaskan permintaan terhadap aset selamat itu. Harga logam berharga itu susut buat hari kelima pada 17 Februari lalu, tempoh penurunan paling lama sejak Mac tahun lalu, apabila data menunjukkan jualan runcit AS mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Januari.

Selain itu, pengeluaran meningkat lebih tinggi berbanding unjuran apabila kilang-kilang terus pulih daripada gangguan berkaitan pandemik. Emas, yang mencatatkan kenaikan tahunan tertingginya dalam sedekad tahun lalu, merosot lebih enam peratus setakat tahun ini di tengah-tengah keyakinan terhadap pertumbuhan, yang dicetuskan oleh jangkaan kemajuan vaksinasi dan lebih banyak bantuan ekonomi.

Mengulas lanjut, Zambrano berkata, prospek harga emas semakin menurun ketika ini, namun selepas kadar faedah stabil dan inflasi meningkat, ia akan mendorong aset selamat itu kembali meningkat. Sebagai contoh, harga emas naik mendadak dari paras rendah tahun lalu, dan ini mungkin akan ditunjukkan dalam laporan inflasi dalam tempoh dua bulan akan datang. Emas akan sentiasa menjadi sebahagian daripada portfolio yang seimbang, dan saya rasa trend jangka panjang harga emas tetap meningkat. Tetapi sebagai peniaga, saya rasa bukan masanya untuk membeli emas sekarang,” katanya.

Beliau menjelaskan, kejatuhan harga emas turut disorong oleh program vaksinasi yang dilaksanakan di seluruh dunia yang menyebabkan peniaga melepaskan pegangan dalam emas dan beralih kepada ekuiti. “Saya berpendapat ia menjadi antara sebab mengapa orang menjual emas, dan membeli saham. Tetapi pada satu ketika inflasi akan meningkat disebabkan program vaksinasi, dan kemudian emas akan menarik lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi laporan yang sama, Ketua Perbendaharaan Ace Innovate Asia Bhd, Liew Kim Fung berkata, pada masa ini harga emas berlegar dalam lingkungan AS$50 (RM201.85) seauns yang mana ia dianggap tahap kurang memberangsangkan kecil atau ‘mini bearish’. Beliau berkata, trend berada pada unjuran menurun tetapi dari segi jangka masa, ia perlu melihat daripada beberapa faktor seperti kestabilan keadaan ekonomi global dan dasar yang akan dilaksanakan AS.

“Paras sokongan pertama emas adalah AS$1,780 (RM7,185.83) seauns, paras sokongan kedua pula AS$1,725 (RM6,963.80). Bagi paras rintangan pula, pertama AS$1,830 (RM7,387.68) dan kedua AS$1,875 (RM7,569.35) seauns,” katanya. Menurut Kim Fung, prospek harga emas dijangka menurun di mana sebelum ini, Pilihanraya Presiden AS menjadi faktor utama pergerakan emas yang kukuh.

“Namun strategi Demokrat di bawah Biden dilihat lebih mesra berbanding Donald Trump yang menyaksikan perdagangan dunia lebih tenang, selain program vaksin juga berjalan lancar menyebabkan emas menerima impak negatif,” katanya.

Bukan Calang Calang Gelang Emas Yang Kawan Dia Bagi. Gadis Ini Sanggup Buat Kejutan Yang Istimewa Buat Rakannya

Luar biasa betul hadiah yang diberikan buat sahabat gadis ini. GAdis yang bernama Attyra tampil buat kejutan dengan menghadiahkan rantai tangan emas kepada sahabatnya,Natrah yang disorokkan di bawah timbunan shell out. Macam yang kita tahu,nilai sebuah persahabatan terlalu bernilai sehinggakan tidak dapat ditukar ganti.

Oleh itu, ada yang tidak kisah untuk membelanjakan wang yang banyak demi sahabat sejati bagi menghargai kehadiran mereka di kala susah mahupun senang.Begitu jugalah dengan wanita ini yang menghadiahkan sahabat baiknya seutas rantai tangan emas sempena hari bahagia insan tersebut.

Nak dijadikan cerita bukan calang-calang harganya, rantai emas tersebut benilai kira-kira RM11,000!Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Attyra Saari membuat kejutan dengan menyembunyikan rantai tangan yang sudah dibungkus kemas dalam plastik itu di bawah timbunan hidangan ‘shell out’ (timbunan makanan laut).

Dan sebaik sahaja membuka bungkusan kecil yang ditemuinya di celah-celah makanan laut tersebut, jelas kelihatan reaksi teruja dan gembira sahabat baik kepada Attyra itu. Attyra yang juga merupakan usahawan minuman kesihatan berkata, rantai tangan emas tersebut adalah hadiah perkahwinan buat sahabat baiknya, Natrah Ramle yang baru mendirikan rumah tangga pada awal bulan lalu.

Sambung menceritakan mengenai kejutan yang dilakukannya, Attyra berkata rancangan tersebut ‘dijayakan’ bersama beberapa sahabat lain dengan teliti agar tidak terkantoi.”Ketika itu kami buat makan-makan… bila dah siap masak, seorang lagi sahabat saya bawa Natrah keluar dari dapur sementara saya sorok rantai tangan tu di bawah timbunan ‘shell out’.

Katanya lagi”Saya tak makan sebab alrgi seafood jadi memang banyak merakam. Itu pun dia tak syak sebab saya memang suka ambil gambar dan video.”Sampai saya kena gertak dia suruh makan sampai habis, kalau tidak tak boleh balik. Dia pula balas ‘kalau tak habis, boleh tapau’. Masa tu risau dah takut kejutan tak menjadi, hinggalah akhirnya dia terjumpa juga bungkusan tu,” kata wanita berusia 29 tahun ini.Tambah Attyra, pada mulanya sahabatnya itu spontan mencmpakkan bungkusan tersebut yang disangka benda asing ‘tersest’ dalam makanan laut yang lain.

“Bila buka, dia terjerit dan terperanjat sebab tengok ada rantai tangan emas… terus dia cakap dah kenyang,” ceritanya mengimbas detik lucu ketika itu. Attyra berkata dia dan Natrah sudah bersahabat sejak 18 tahun yang lalu iaitu ketika sama-sama menuntut di sekolah menengah.

“Dalam pada dia pun susah, tapi dia sanggup berkorban untuk saya. Hampir setahun kemudian baru dapat tebus semula gelang tu. Itu yang saya ingat sampai sekarang.”Sebab itu bagi saya, hadiah itu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan pengrbanan dan kesetiaannya. Dia sentiasa ada… kalau ada masalah, memang saya cari dia dulu,” ceritanya mengenai keakraban hubungan mereka berdua.”Saya memang sangat menghargai persahabatan. Kalau nak menghargai sahabat tak perlu dengan kemewahan pun tapi kalau mampu, apa salahnya,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *