Geng penunggang motosikal ini ditahan pihak berkuasa atas beberapa kesalahan trafik. Sekali dipaksa pula untuk lakukan sesuatu ini.

Dunia Hiburan ISU SEMASA Kehidupan

Seramai 11 orang pemuda berusia 14 hingga 20 tahun ditahan dan dipaksa menunaikan solat Maghrib secara berjemaah selepas ditahan pihak polis atas beberapa kesalahan trafik di sekitar Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek, Tanah Merah.

Dimuat naik ke Facebook

Perkara tersebut dimaklumkan sediri di laman Facebook Polis Daerah Tanah Merah dengan menyertakan beberapa gambar.

Solat secara berjemaah

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah selepas ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising).

“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam. Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya. Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,” katanya ketika dihubungi.

Menurut makluman, sebanyak 30 saman dikeluarkan dan kebanyakkan adalah atas kesalahan tidak memakai topi keledar. Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. Seramai dua pegawai dan enam anggota polis terlibat bagi melakukan operasi tersebut dengan sembilan buah motosikal disita atas beberapa kesalahan trafik. Sumber: Polis Daerah Tanah Merah, Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Naik Motor Ronda Kampus Dan Tak Sangka Balik Berlumpuran Lumpur. Pelajar Ini Kongsi Pengalamannya

Pada mulanya hasrat dua rakan ini bersiar siar sambil menikmati panorama kampus bertukar menjadi kejadian yang agak lucu apbila motosikal dinaiki mereka jatuh akibat tergelincir di kawasan berlumpur. Malahan,video yang dirakam secara tak sengaja sewaktu kejadian itu tular sehingga raih 300 ribu tontonan di Tiktok. Kata Siti Hajar Mhd Azhar,23 dedahkan peristiwa itu berlaku sekitar setahun yang lalu di UUM,SIntok,Kedah.

“Itu sebenarnya video lama. Tapi sekarang kami belajar secara dalam talian, tiba-tiba rasa rindu pada kampus. Jadi saya kongsikan video itu.”Sewaktu kejadian, saya bersama kawan iaitu Alya menaiki motor untuk mebuat rakaman suasana kampus. Video itu sebahagian tugasan kami bagi subjek bahasa Inggeris.

“Saya yang bawa motor, Alya di belakang dan rakam video. Tiba-tiba motor tergelincir di kawasan lumpur, kebetulan tayar motor saya dah botak, haus,” ujarnya berseloroh.Kawasan berlumpur berhampiran tasik yang dilalui dua gadis itu.Mesra disapa Hajar, penuntut bidang Pengurusan Teknologi yang menetap di Jitra itu berkata, rasa takut ketika kejadian itu tidak begitu dirasai memandangkan dia dan rakannya asyik ketawa tak berhenti.

Malah katanya, susulan kejadian itu mereka terpaksa pulang ke bilik untuk membersihkan diri.”Kejadian tu berlaku di tempat orang berkayak, kebetulan baru lepas hujan. Kami pun tak luka, cuma saya bimbang kawan terkena ekzos.”Bila malu menguasai, saya pun tak rasa sakit. Cuma kami cepat-cepat angkat motor. Lebih kepada rasa kelakar, motor pun tak rosak.

“Balik bilik, kami terus gelak-gelak. Kemudian baru teringat kawan saya ada rakam video.”Kiranya hari tu kami pun tak sempat nak berkayak di tasik, kami berkayak dalam lumpur, balik dengan malu je,” ujarnya lagi.Tambah Hajar lagi, kejadian seumpama itu juga bukanlah pertama kali dialaminya.

“Pengalaman jatuh motor dah banyak kali, terutamanya dengan motor ini.”Sebelum ni saya pernah jatuh sampai ptah cermin sisi, jatuh sebab tak lepas nak pusing dan macam-macam lagi. Tapi tak pernah cedera parah,” ujarnya.Dalam pada itu, Hajar akui cukup rindu untuk kembali ke kampus dan menjalani pengajian secara normal seperti dulu, sebelum kehadiran Covid-19.

Hajar dan Alya menaiki motor untuk membuat rakaman persekitaran kampus bagi satu tugasan subjek bahasa Inggeris.”Kini dah setahun pengalaman lalui pembelajaran dalam talian. Mula-mula susah, lama-lama dah terbiasa.”Saya cuma harapkan pandemik berakhir segera, boleh balik kampus dan lalui kehidupan sebagai pelajar.”Belajar secara bersemuka lebih seronok,” kata Hajar lagi.

Tular Pelajar SPM Ini Jatuh Terduduk Sewaktu Tengah Melayan Perasaan. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Paparan skrin rakaman CCTV itu menjadi bukti adegan lawak yang dikongsi oleh pelajar itu. Sewaktu pelajar itu sedang asyik melayan perasaannya bertukar lawak apabila tali buaian yang dinaikinya itu terputus. Namun, rakaman CCTV. Dalam rakaman tersebut, Kamarul Haikal Kamarul Azman,18, jatuh terduduk di atas lantai di halaman rumahnya apabila tali buaiannya terputus secara tiba-tiba.

Kamarul berkongsi rakaman CCTV kejadian lucu itu menerusi aplikasi TikTok miliknya.

“Ia berlaku dua minggu lepas. Ikatan buaian tu tak kuat. Saya tahu tali tengah reput, tapi ia tebal… memang tak sangka akan putus. Saya masa tu tengah feeling-feeling, layan perasaan. Kebetulan baru habis main badminton. Biasalah, saya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masa tu tengah fikir nak study apa, exam tak lama lagi. Saya fikir ada orang tolak, bila jatuh tu saya macam tercari-cari. Lepas tu baru saya check CCTV. Agak sakit juga masa mula-mula jatuh, tapi tak teruk sangat,” ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Mesra disapa Kamarul, dia berkata bapanya pada mulanya tidak percaya buaian itu terputus dengan sendiri.

Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study. Jangan putus asa.

Bagi nak menjelaskan apa keadaan sebenar yang berlaku, dia memberi rakaman CCTV berkenaan kepada bapanya sebelum berkongsikan adegan lucu ini menerusi Tiktok.

Tali buaian itu terputus, menyebabkan Kamarul terjatuh ke atas lantai.

“Ayah tak percaya macam mana ia boleh putus. Dia fikir saya main ganas. Jadi saya tunjuk CCTV pada dia. Buaian tu pun dah agak lama, dalam dua tahun dah rasanya. Jadi saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok. Sebab jarang tengok buaian putus. Ramai yang terhibur, komen negatif tak ada lagi setakat ini. Saya pun tak aktif sangat main TikTok sebab nak SPM tak lama lagi. Memang tak expect ramai juga akan tonton video tu,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Kamarul berkata dia sedikit risau memandangkan sesi persekolahan sejak tahun lalu dijalankan dalam kaedah luar daripada kebiasaan.

“Agak risau. Bukan sebab tak study, tapi takut keputusan dapat tak seperti yang dijangka. Sebab selama ini kita study online dan study sendiri. Macam sekarang pun, agak takut nak pergi sekolah. Risau jika ada jangkitan Covid-19. Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study. Jangan putus asa, gunakan masa yang ada untuk study. Masih ada masa lagi, last minute pun OK,” ujarnya. Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke 22 Februari 2021.

Tular Di Laman Media Sosial Situasi Pelanggan Dan Staff KFC Ini. Tak Sangka Staff KFC Boleh Balas Begini.

Pada zaman kini, boleh dikatakan semua rakyat di dunia pasti akan ketahui cara untuk membeli makanan menerusi pesanan penghantaran. Setiap orang pasti akan mempunyai pengalaman sendiri. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Tak kurang juga dengan kisah wanita ini, Rosnani Zakariah berkongsi pengalaman yang melucukan dengan salah seorang staff KFC apabila membalas nota wanita ini dalam nada yang terhibur.

Kata wanita ini, dia sengaja menulis nota pesanan tersebut dan tidak menyangka pekerja tersebut membalasnya. “Ni memang tak jadi masak… sebab beli je.. tapi tak kire.. nak kongsi jugakk..”

She really made my day.

Aku saje try promo code yg Foodpanda bagi.. disamping trick yg aku tgk viral kat Facebook tu. Since aku suka makan dada aku guna la statement… “Nak isi dada yang besar, tak de tak pe, Allah tau. Nak extra sos chili thai”.. which is aku tau mmg confirm tak de sos chili thai pun dalam list. Guess what? It’s working babe.. it is working.. haha.. the best part was they did reply to me ….. eh korang tengok la ape mesej dorang bagi kat gambar.

Thanks to staff KFC yang rajin balas note yang aku letak tu..

Sumber: Rosnani Zakariah

Bagi Pesanan Deep Semasa Order KFC. Perkongsian Lelaki Ini Raih Perhatian Lepas Dia Menceritakan Hal Sebenar

Sungguh kreatif idea bernas lelaki ini. Perkongsian idea berna Syed menulis mesej ringkas semasa membuat peanan makanan menggunakan aplikasi mudah raih perhatian ramai. Katanya,bukan nak kata customer is always right,tetapi dah alang alang membeli biarlah puas hati. Bak kata orang,benarlah pengalaman mendewasakan seseorang dan mungkin tindakan seseorang itu adalah disebabkan dia pernah berdepan situasi sama berulang kali.

Tak terkecuali,seorang remaja dari Subang Jaya,Selangir ini membuat tempahan makanan menggunakan aplikasi Foodpanda lali tinggalkan pesanan pada ruangan yang disediakan bagi memuaskan hatinya dan berlaku adil kepada ahli keluarga yang lain. Di laman Twitter,dia membuat ciapan ” Nak hidup kena bijak”

Sehingga kini perkongsian pemuda berusia 26 tahun itu meraih 44,000 likes dan 27,000 retweets.”Memang ini pertama kali saya tulis macam tu sampai abang saya pun WhatsApp cakap ramai retweet dan mak yang tak tahu apa tertanya-tanya,” ujarnya.Perkongsian Syed mengenai kejadian pada Isnin lalu itu meraih perhatian warganet sekaligus dipenuhi pelbagai komen warganet.

“Sebenarnya, saya tak berniat nak kurang ajar atau apa pun. Idea tu tiba-tiba datang,” katanya yang bertugas di sebuah syarikat penghantaran barang.Ciapan Syed di Twitter yang menjadi tular.Menceritakan lebih lanjut, kata Syed, malam itu kami sekeluarga makan bersama untuk sambut kejayaan adik saya dapat menamatkan pengajian di peringkat diploma.

“Selalunya kami makan seorang seketul ayam sahaja. Order yang lima ketul sebab kami empat beradik termasuk mak. Ayah saya tak ada di rumah.”Cumanya yang tak seronok selalu bila order mesti ada seketul ayam yang kecil dan selalu mak saya yang mengalah makan yang tu,” jelasnya.Kebiasaannya ibu Syed akan berkata ‘tak apalah ibu nak yang kecil ja, ibu tak lapar sangat pun’.Disebabkan selalu berdepan situasi yang membuatkan dia serba, jadi remaja itu terpanggil untuk buat catatkan pada tempahan itu.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata dia faham kalau sememangnya premis terbabit tiada stok ayam sebab itu tiada unsur paksaan dalam catatannya itu.”Saya cakap kalau tak ada tak apa, cuma saya akui macam tak baik juga guna nama Allah dalam tu.”Tak ada niat lain pun, kalau yang baca dari sudut positif, jadi positiflah,” katanya.Dalam pada itu, Syed berkata selepas perkongsiannya itu tular dia tidak pasti sama ada taktik itu boleh guna lagi atau sebaliknya kerana ramai yang kini menggunakannya.Syed berharap adiknya yang bongsu itu iaitu Syed Lukman Hakim, 21 gembira dengan usahanya untuk berlaku adil kepada semua.”Tak terima kasih lagi tak tahulah, bukan senang nak ada kekuatan nak tulis macam itu,” ujarnya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *