Wanita ini sanggup berhenti kerja demi ibunya. Wanita ini jelaskan punca dia bertindak sedemikian

Kehidupan

Luar jangkaan dan luar biasa. Seorang anakini sanggup berkrban melupakan impiannya demi ibunya yang tercinta. Ternyata luahan dia melalui perkongsiannya mengundang sebak warganet dan ada juga memberikan kata kata semangat kepadanya.

Sharifah Abdul Samad yang menceburi bidang guaman selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk berhenti kerja pada 2019. Jelasnya walaupun dia mempunyai alasan untuk berhenti kerja,keputusannya itu mengundang marah ibunya.

Tambahnya,”Ada sebab saya berhenti kerja. Dulu, saya tak cukup masa dengan mak. Balik rumah pun saya bawa balik fail-fail untuk selesaikan kerja..”Saya bukan tak ada adik-beradik lain. Tapi sebab ramai yang dah berkahwin, jadi mak mahukan perhatian yang sepenuhnya daripada saya.

“Pernah mak call semasa saya di pejabat. Saya tanya mak dah makan ke belum, mak jawab belum sebab nak tunggu saya nak makan sama… sayunya saya dengar. Mak sihat… cuma dia mahukan perhatian,” Berkongsi kisah di sebaliknya, Sharifah berkata, ibunya merupakan ibu tunggal selepas bapanya meninggal dunia akibat kanser usus ketika usianya 65 tahun, 12 tahun lalu.Pada April 2009, kira-kira sebulan selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), katanya, bapanya didiagnosis dengan kanser usus.

“Banyak tawaran belajar saya tolak sebab saya nak jaga ayah. Pada Oktober tahun yang sama, doktor kata ayah hanya akan bertahan enam bulan.”Dua minggu kemudian, ayah dah pergi buat selamanya. Saya reda cuma terkilan kerana saya tak pernah cakap kat ayah yang saya sayang dia sepanjang jaga dia.

“Saya pernah menyesal sebab tak cukup masa dengan ayah. Jadi, saya tak nak perkara yang sama berlaku pada mak,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.Tahun berikutnya selepas pemergian bapa, Sharifah mengikuti pengajian Diploma Pengajian Islam di Kolej Uniti di Negeri Sembilan pada 2010, sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi dan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Jelas anak kelapan daripada 10 adik-beradik itu, dia cuba memenangi hati ibunya dengan mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan dengan menjual produk kesihatan.”Bila buat bisnes, saya ada kebebasan dari segi masa. Lama-kelamaan hati mak berubah dan lebih gembira kerana lebih banyak masa dapat diluangkan bersama.

“Masa mula-mula buat tak sampai RM1,000 pun jualan saya dapat dalam sebulan. Sekarang jualan bulanan boleh mencecah RM30,000, alhamdulillah,” katanya.Walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai peguam, Sharifah masih mempunyai minat dalam bidang guaman dan merancang untuk membuka firma sendiri.

“Saya bukan nak jadi peguam balik, tapi memenuhi impian dan minat saya dalam bidang guaman dengan membuka firma sendiri mengikut perancangan akhir tahun ini.”Saya masih bujang, jadi saya dapat luangkan lebih masa bersama mak sebab saya tahu bila sudah berumah tangga nanti, masa saya bersama tidak sama lagi seperti sekarang. Selagi mak masih ada, saya mahu jaga mak sebaik-baiknya” katanya.

Guru Ini Sebak Apabila Ada Calon SPM Yang Melayaninya Sebegini Hanya Disebabkan Satu Sebab Ini. Sekali Ini Respon Guru Tersebut Sehingga Tular.

Tular sepotong video TikTok seorang guru wanita yang menahan kesedihan selepas dikatakan perkara negatif oleh seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa. Menerusi video terbabit, guru berkenaan menceritakan kekesalan tentang akhlak pelajar kini yang berani mengkritik guru ekoran tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan 10 minit sebelum tamat kertas ujian.

Dedahnya, pelajar lelaki terbabit dipercayai meninggikan suaranya dengan perkataan bahasa Inggeris ‘what the f*ck sh*t’ ekoran berang selepas dikejutkan ketika tertidur di dalam dewan peperiksaan sekitar waktu tengah hari. Bagaimanapun, video TikTok terbabit telah dipadamkan dari media sosial guru berkenaan selepas permohonan maaf dibuat dari pihak sekolah.

“Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi. Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru dan ada juga yang cakap terima gaji itu. Tapi saya tak dibayar gaji untuk dikritik, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang,” katanya yang sudah enam tahun berpengalaman bergelar guru disiplin.

Sepanjang tempoh bergelar guru, dia tidak pernah berdepan situasi berkenaan seperti yang berlaku ketika sedang mengawasi peperiksaan SPM baru-baru ini.

“Sepanjang bergelar guru disiplin, sekali pun saya tak pernah kritik budak, pelajar sendiri datang dan mengaku salah mereka.Bila hari ini saya dikritik sedemikian jadi video sebelum ini pun saya turunkan. Tak ada manusia pun yang nak lahir untuk dikritik, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dikritik. Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. Tiktok tempat penceritaan harian saya, minta maaflah kalau ada rasa tindakan saya tak betul. Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tertekan dan marah dimaki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa. Saya tidak dibayar gaji dan belajar empat tahun sebagai guru sebagai tiket untuk generasi sekarang untuk maki saya. Saya ada harga diri, saya ada maruah,” tambahnya.

Menerusi tinjauan di Twitter, masih ada sebilangan pengguna yang terkilan dengan tindakan pelajar terbabit dan bersimpati atas nasib yang menimpa guru berkenaan.

Sumber: Twitter, TikTok

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *