Bukan seorang tapi tiga perempuan berlainan. Wanita ini siap sedia kejutan paling menarik sekali buat teman lelakinya

Viral

Tular sebuah perkongsian wanita ini. Wanita ini memaklumkan yang dia sudah mengetahui bahawa teman lelakinya itu bertindak menduakannya, justeru dia membuat kejutan istimewa khas buat teman lelakinya. Dia juga memaklumkan dia telah kumpul bukti menunjukan teman lelakinya menggatal dengan perempuan lain.

Bukan seorang tapi tiga perempuan berlainan. Jika sebelum ini lelaki tersebut pernah menduakan tapi wanita ini berkata kalini memnag dia tak akan terima balik teman lelakinya dan nak putus dengan cara yang paling best sekali.

Empat hari lepas, saya dapat tahu yang teman lelaki saya menduakan. Dia bukan menduakan dengan sorang tapi tiga wanita.Jadi, sepanjang empat hari ni, saya kumpulkan bukti yang saya boleh cari dan buat keputusan untuk buat wallpaper yang cantik ni.”Wanita ini telah mencetak tangkap layar semua mesej-mesej lelaki itu dan tampalkan kertas tersebut dengan gam gajah sebelum menghabiskan masa dua jam untuk menghias bilik teman lelakinya itu.

Nak Buat Kejutan Kat Suami Tapi Langsung Tak Menjadi. Wanita Ini Luah Rasa Kesal Lepas Kek Yang Diterimanya Luar Dari Jangkaannya

Baru sahaja berniat untuk membuat kejutan sempena ulang tahun buat suami tapi akhirnya tak kesampaian bila kek hari jadi yang ditempah rosak. Wanita tersebut meluahkan rasa kekecewaannya terhadap runner yang menghatar kek tersebut.

“Sedih… runner oh runner,” tulis seorang wanita di kapsyen video TikToknya.Wanita berkenaan, Nor Diana Norhashim berkata, ia berlaku apabila dia mahu menyambut hari ulang tahun suaminya ke-45 pada 17 Februari lalu.

Jelas wanita itu, kek tersebut telah ditempah dua minggu lebih awal dan ia dihantar ke rumahnya di Johor Bahru, Johor menggunakan khidmat runner.”Atas faktor logistik, penjual kek tak ada buat penghantaran. Jadi, saya gunakan khidmat runner untuk ambil dan hantar kek hari jadi tersebut.

“Masa kek tu sampai, saya masih di pejabat. Anak saya yang terima kata ada rosak kat kek. Saya ingatkan rosak sikit, bila balik tengok kek tu ‘terbelah’ dua,” katanya. Lebih mesra dengan panggilan Kak Dee, dia mengakui begitu terkejut dengan apa yang berlaku kerana kek tersebut sepatutnya menjadi kejutan hari jadi suaminya.

“Berbulan-bulan saya cari penjual kek yang boleh buat kek untuk beri pesanan kepada suami saya yang kaki rokk. Kek tu ada hiasan dan mesej untuk perokk tegar.”Enam tahun lalu dia pernah janji dengan saya bila umur masuk 45 tahun, dia nak berhenti merokk. Sebab itulah saya carikan kek untuk kasi peringatan kat dia,” katanya.

Kata ibu kepada empat anak itu, masalah ‘kek patah dua’ itu berpunca daripada runner yang membuat penghantaran ke rumahnya menggunakan motosikal.”Saya dah maklum lebih awal kepada runner tu yang barang yang dia nak ambil tu adalah kek. Jadi, saya minta runner tu gunakan kereta untuk hantar.

“Caj servis yang saya bayar adalah penghantaran menggunakan kereta. Tapi dia guna motosikal untuk hantar kek, macam mana kek tu nak elok?” katanya.Kak Dee berkata, dia cuba menghubungi runner berkenaan untuk memaklumkan perkara yang berlaku, sebaliknya panggilannya ditutup dan nombor telefonnya disekat (block).

“Sehubungan itu, saya menasihatkan runner supaya lebih peka dengan pesanan dan permintaan pelanggan, serta menghantarnya dengan bertanggungjawab dan berhati-hati. Ada sebab saya minta runner hantar kek guna kereta.”Ini bukanlah pertama kali saya guna khidmat dia guna motor dan kereta. Lagipun penutup kotak lutsinar, jadi boleh nampak kek dari luar… kenapalah dia tak fikir,” tambahnya.

Dia yang akui masih kesal dengan kejadian yang berlaku, usahawan itu bagaimanapun reda rancangannya untuk membuat kejutan sempena ulang tahun suaminya gagal.”Ingatkan kalau kejutan kek tu menjadi, dapatlah tengok suami berhenti merokk. Kita tak boleh paksa orang berhenti merokk, tapi hanya boleh beri nasihat.

“Pasal kejutan kek hari jadi tak menjadi tu suami senyum saja. Dia kata tak apalah, tak ada rezeki. Dah tak jadi, macam lambat pula nak tengok dia berhenti rokk.”Memang frust sangat kejutan tak menjadi. Walaupun kek ‘patah dua’, sambutan hari jadi tetap diteruskan sampai terlupa nak ambil gambar kami ramai-ramai hari tu,” katanya.

Suami Ingat Ada Makanan Dalam Kotak Kejutan Sebab Suami Suka Makan. Bila Buka Kotak Ini Hadiah Yang Istimewa Buat Suami

Menarik dan kreatif sungguh idea wanita ini khas buat suami dia yang tercinta. Difahamkan bukan satu tetapi tiga kit ujian kehamilan diletakkan dalam sebuah kotak yang dihias cantik disertakan sekeping nota ringkas, ” Assalamualaikum,hai daddy.”

Perkongsian yang dibuat di Tiktok memeparkan si suami yang berseragam tentera sebak membuka hadiah kejutan tersebut sebelum memeluk isterinya menandakan dia gembira dengan hadiah tersebut. Jelas Isterinya, Nurafidah Ahmad Yusof berkata, kejutan itu dibuat untuk suaminya pada Disember tahun lalu, tetapi video tersebut baru dimuat naik di TikTok pada minggu ini.

Terus berkongsi kisah di sebaliknya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, ia juga merupakan hadiah paling bermakna sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2019.”Sejak berkahwin, dugaan PJJ (perhubungan jarak jauh) adalah perkara biasa apabila suami yang bertugas sebagai pegawai tentera perlu bertugas di luar kawasan. Pernah dalam enam bulan tu, dua kali je suami balik ke rumah.

“Saya pula adalah suri rumah sepenuh masa kerana suami mahu saya memberi tumpuan pada rumah tangga dan rancangan kami untuk mendapatkan anak,” katanya.Namun sepanjang tempoh hampir dua tahun perkahwinan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Effy berkata, rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Setiap kali saya lewat datang bulan (haid), saya yang paling nervous sebab akan periksa sama ada saya hamil atau tidak. Memang menjadi tanda-tanya.”Setiap kali ujian kit beri keputusan negatif tanda saya tak hamil, setiap kali itu juga saya dan suami menangis kerana sentiasa berharap,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sampai ke satu tahap pada Oktober 2019, katanya, suaminya meminta untuk tidak lagi membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan tetapi jangan berhenti berdoa.”Saya kemudian sekali lagi lewat datang bulan, tapi saya pun biarkan saja. Selepas itu, suami rasa mual, pening, muntah dan tak sedap badan, dan saya pula tak syak apa-apa.

“Tapi period saya delay lagi. Saya tergerak hati nak check, dan terkejut bila kit tunjuk dua garisan tanda hamil. Saya tak percaya, siap call tanya kakak dan mak, mereka kata hamil.”Sampai tiga kit berbeza saya check dan keputusan masih sama, sah saya hamil! Macam tak percaya tetapi syukur Alhamdulillah, dan saya rancang buat kejutan untuk suami bagi memaklumkan saya hamil.

“Bila suami balik ke rumah, dia pada mulanya ingat ada makanan dalam kotak kejutan tu sebab dia ni kuat makan.”Sebaik buka kotak, dia mula-mula blur tengok tiga kit ada dua garis tu sebelum menangis. Tengok suami menangis, saya pun ikut sama menangis,” katanya sambil menambah dia mengalami mual, pening dan muntah tanda-tanda hamil seminggu selepas kejutan tersebut dibuat.

Walaupun suami yang berpangkat kapten sebenarnya begitu tegas ketika menjalankan tugas, namun kata Effy, suaminya juga berhati lembut terutama berkaitan tentang anak.”Sebelum ini saya ada beritahu suami andai kata Tuhan makbulkan doa kami dikurniakan zuriat, suami kena botakkan kepala.

“Suami sebenarnya cukup sayang dengan rambut tapi dia botakkan kepala juga atas anugerah yang Allah SWT beri pada kami. Selepas tu, dia berhari-hari tengok cermin dan ambil gambar selfie sebab tak percaya kepala dia dah botak,” ujarnya secara berseloroh.Menerusi video TikTok itu, Effy yang kini hamil tiga bulan turut mendedahkan sebanyak 11 kit ujian kehamilan dengan keputusan negatif masih disimpannya sehingga kini.

“Sebenarnya lebih banyak kit yang negatif, tapi tak simpan dah buang sebab frust sangat. Tapi walaupun stres atau frust, jangan sesekali berputus asa.”Sebelum ni setiap kali hujan yang dilihat satu rahmat, saya berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat kami untuk dikurniakan zuriat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *