Berhadapan pelbagai kritikan sehinggakan terdetik mahu mengundurkan diri. Uyaina Arshad luahkan perasaan dia

artis

Difahamkan baru 3 minggu Uyaina Arshad yang merupakan pelakon dan pengacara mengacarakan program Famili Duo. Uyaina terpaksa berhadapan pelbagai kritikan sehinggakan terdetik mahu mengundurkan diri.Uyaina yang membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan bagaimanapun menjadikan ia pembkar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembkar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini. “Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan,” katanya. 

Baginya, enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan berjaya. “Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu. 

“Bagi saya proses untuk menjadi bagus itu bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya. Famili Duo adalah program realiti berkongsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka. Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.

Kini Uyaina Arshad Pula Mendapat Kejutan Dari Kekasih Di Live Meletop. Ibunya Restu Jadi Menantu.

Minggu lepas, satu Malaysia dikejutkan dengan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap pilihan hatinya Uqasha Senrose ketika berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2020. Pelakon lelaki itu mengeluarkan cincin di atas pentas ketika menjadi penyampai anugerah, sementara Uqasha pula teruja melihat tindakan berani kekasihnya itu. Kini, giliran pengacara jelita Uyaina Arshad pula mendapat kejutan secara siaran langsung menerusi kaca televisyen.

Aktres drama Perempuan Tanpa Dosa itu dilihat gagal menahan air mata sewaktu menonton ucapan yang diberikan oleh ibunya tatkala mengacarakan program MeleTOP semalam. Bukan itu sahaja, dia dan Nabil dikejutkan pula dengan kehadiran seorang ‘rider sesat’ yang masuk ke set secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya, individu di sebalik helmet tersebut merupakan buah hati aktres berusia 28 tahun itu yang juga seorang pelakon iaitu Raja Syahiran. Seterusnya mereka dikejutkan lagi dengan kehadiran ibu serta abang Uyaina yang muncul dari belakang pentas.

Dalam pada itu, ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah sempat memberitahu Raja Syahiran bahawa dia mempunyai kualiti seorang calon menantu yang bagus apabila menjawab soalan daripada Nabil.

Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina adalah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia. Dia mula menjadi perhatian ramai setelah menjadi pengacara program Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini).

Sumber: Youtube MeleTOP

Uyaina Akui Dia Dapat Banyak Tawaran Belakon. Tapi Akhirnya Dia Terpaksa Tolak Tawaran Itu Hanya Kerana Sesuatu Ini.

Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, pastinya ramai yang terkesan dan antara yang terpalit sudah tentunya golongan selebriti. Malah, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad antara individu yang menerima impak.

Menurut Uyaina Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, dia terpaksa menolak banyak tawaran untuk membangunkan kerjaya seni di Indonesia berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Menurutnya, dia akui jauh dari sudut hatinya berasa agak sedih dan kecewa kerana keadaan pandemik berpanjangan, namun dia yakin semua yang terjadi mempunyai hikmah.

“Sebelum ini saya aktif mengacarakan banyak program untuk siaran stesen televisyen Indosiar seperti AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia, Golden Memories Asia dan banyak lagi. Namun begitu, semenjak pandemik, saya sedih kerana harus menolak banyak tawaran. Kita semua pun masih belum boleh ke luar negara. Kecewa juga bila pandemik berpanjangan tetapi saya tetap bersyukur dan yakin, semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya,” katanya.

Jelasnya, jika sebelum ini sentiasa sibuk berulang alik ke Jakarta dan Kuala Lumpur, kini dia boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga. “Selain itu, saya boleh mengembangkan kerjaya di Malaysia. Alhamdulillah, saya menjayakan beberapa tawaran drama dan saya juga aktif sebagai pengacara,” katanya.

Tular Apabila Komen Zizan Razak Itu Dibalas Oleh Kekasihnya. Kini Uyaina Tampil Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.

Foto pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.

Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.

Komen balas Zizan mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

“Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun… lagi terhibur ada la. Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu,” katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain. Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini. Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.

Foto Uyaina memakai pakaian sedondon dengan Raja Shahiran di majlis resepsi Mira Filzah.

“Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni. Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit… saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru,” ujarnya.

Warganet Suruh Kahwin Cepat. Ternyata Beberapa Perkongsian Yang Dibuat Oleh Uyaina Arshad Bersempena Ulang Tahunnya Raih Perhatian Gara Gara Ini

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 bersama orang tersayang termasuklah penyanyi Raja Syahiran.Menerusi laman sosial Instagram, Uyaina berkongsi beberapa keping foto sambutan hari jadinya yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota.Meraikannya bersama teman-teman kesayangan, Uyaina turut memberikan satu hantaran istimewa ditujukan pada Syahiran untuk tujuan penghargaan.

Sebelum hari ini berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiwa indah ini. Kerana menjadi seorang yang sangat sweet dan manusia paling caring yang saya pernah kenal. Saya berterima kasih kerana berkongsi hati emas awak dan saya doakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak.“Awak memang seorang yang sangat baik. Semoga sentiasa berada di dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Thank you, Kiev,” tulis Uyaina sebagai kapsyen.

Tidak hanya ucapan manis, Uyaina turut ‘tagged’ nama Instagram Syahiran tepat di hatinya.Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini bertemu jodoh.Malah, ramai juga yang meminta Uyaina dan Syahiran agar segera berkahwin.“Eh ada bau nasi minyak laaa,” usik seorang wargamaya.“Semoga kalian bertemu jodoh dan berbahagia berdua,” komen seorang wargamaya.“Wow bersemutlah. Semoga berjodohan dunia akhirat,” tulis seorang wargamaya.“Ada jodoh ni, muka sama cantik saam comel,” ujar seorang wargamaya.

“Hancur hati saya my Usu Sakinah dah ada boyfriend,” rajuk seorang wargamaya.“Cepat kahwin!” pesan seorang wargamaya lagi.Dalam laporan Gempak bertarikh 11 September lalu, pasangam ini mengakui sedang mengenali hati budi.Terdahulu, dakwaan mengatakan Uyaina dan Syahiran menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

Ambil Inisiatif Untuk Jalani Ujian Saringan. Uyaina Arshad Tanpa Segan Silu Berkongsi Perasaan Anehnya Ketika Membuat Ujian Tersebut Dan Rata Rata Peminat Juga Kongsi Pengalaman

Seperti yang kita sudah tahu, penularan pandemik COVID19 telah menimbulkan kerisauan ramai pihak selepas kes baharu wabak tersebut dilaporkan kembali meningkat sejak awal Oktober ini. Pelakon dan pengacara,Uyaina Arshad misalnya turut mengambil inisiatif untuk jalani ujian saringan COVID19 ( Swab Test ).

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad atau lebih gemar dipanggil Uyaina,berkongsi ketika dirinya menjalani ujian tersebut.“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor j0lok hidung je, tapi rasa sampai ke otak.“Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah.“Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Cov1d-19 aamiinnn And thank you to our frontliners, our heroes,” tulisnya.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen entri berkenaan.Video: Instagram Uyaina ArshadApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *