Hairan si pemanggil langsung tidak bersuara apabila penulis novel ni menjawab. Rupanya ini kisah di sebalik

Kehidupan

Terlalu banyak kisah tentang pekerja penghantar makanan atau barangan yang telah dikongsikan oleh warganet. Dan sudah tentu kisah yang dikongsikan mengandungi 1001 hikmah dan dijadikan pengajaran buat masyarakat di luar sana

Jika dilihat perkongsian di FB,pelayar tersebut yang juga merupakan penulis novel dan buku motivasu,Bonda Nor berkongsikan kisah seorang rider yang benar benar memberi kesan kepada dirinya.”Tadi terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food. Ikut sistem, dah dapat rider dan patutnya sampai pukul 6.15 petang tapi sampai 6.45 petangtak sampai-sampai.

“Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak Maghrib. Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.”Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ni tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah,” kongsinya mengenai kisah yang berlaku baru-baru ini.

Namun menurut wanita berkenaan, apa yang membuatkan dia bertambah hairan adalah si pemanggil langsung tidak bersuara apabila dia menjawab setiap panggilan yang masuk.”Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak! Main-main ke apa dia ni! Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu.

“Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata. Rupa-rupanya rider tu pekk dan b1su,” cerita wanita berkenaan.Menurutnya, tindakan rider berkenaan membuat panggilan berulang-ulang kali adalah bagi mahu menarik perhatiannya supaya memeriksa kotak inbox kerana ada menghantar mesej bertanyakan lokasi rumah.

“Allahu Rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan yang saya teringin nak makan. Langit dah makin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order.”Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba. Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu cuma RM3 saja. Tapi seksanya dia nak dapat rezeki banyak tu. Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!,” coretnya.

Bagi menebus rasa serba salah sekaligus menghargai tindakan penuh bertanggungjawab rider berkenaan, wanita itu berkata dia tanpa was-was terus memberikan tip menerusi sistem penghantaran berkenaan.”Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencengkam hati. Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.

“Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang. Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali.”Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini. Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu Rabbi,” katanya lagi.Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 3,200 shares.

Kelihatan Seorang Pakcik Menjual Nasi Lemak Dan Makanan Lain Di Petronas Tesco Ampang. Perkongsian Ini Meraih Perhatian Orang Ramai

Demi mencari sesuap nasi,ramai sanggup buat apa sahaja dalam mencari rezeki halal. Dengan situasi pandemik ,terutamanya peniaga kecil terkesan dari segi pendapatan yang tak menentu. Melihat perkongsian dari akaun @naqifadri di aplikasi Twitter, ada seorang warga emas yang jual pulut panggg dan nasi lemak di tepi jalan dengan menggunkan motosikal telah meraih perhatian ramai warganet

Sehingga kini,perkongsian itu mendapat lebih 2 ribu tanda suka dan lebih 4 ribu ulang kicau dan disertakan ratusan komen warganet. Untuk malkluma,pak cik tersebut menjual makanannya pada waktu pagi dengan harga yang agak murah di Petronas Tesco Ampang.

Dia membuat perkongsian. “Pulut panggang pakcik ni seriously terbaik, isi besar, serunding dia pun sedap pedas pedas sikit, memang mantul.Dia ada jugak jual nasi lemak, mihun and basic gorengan yang lain-lain tu. Jom support pakcik ni meniaga dan kasi pak cik ni balik awal. Lokasi Petronas Tesco Ampang.

Melihat ke ruangan komen dan ulang kicau, rata-rata warganet yang pernah membeli hasil jualan pakcik itu menyifatkan harga makanan yang dijualnya bukan sahaja murah tetapi sangat sedap.Mereka meminta supaya lebih ramai lagi warga Ampang dan mereka yang tinggal berdekatan untuk sama-sama menyokong perniagaan lokal.

Duduk Di Asrama Tapi Mampu Raih RM19000 Di Asrama. Anak Muda Ini Cerita Pengalaman Mereka Buat Bisnes

Bak kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Demikianlah yang dapat dilihat pada semangat dua sahabat ini. Difahamkan mereka berdua kekal berada di asrama ketika berlangsungnya PKP<siapa sangka mereka berdua mampu menjana pendapatan ribuan ringgit.

Pemuda berusia 19 tahun itu berkata, ia dilakukan di asrama ketika cuti pendek selama lima hari selepas tidak pulang ke rumah berikutan sekatan merentas negeri ketika PKP.”Kami pilih bisnes ni untuk kolej sebab para pelajar sukakan baju mengikut trend, dan pakai secara berkumpulan. Jadi, kami mudahkan mereka dengan membuat tempahan baju.

“Dalam masa lima hari tu, kami buat secara habis-habisan dari promosi hingga buka tempahan baju menerusi grup WhatsApp dan Facebook,” katanya. Lebih gemar disapa Amzar, katanya, pada hari kelima, dia bersama Aiman bergiat lebih aktif dengan pergi dari pintu ke pintu bilik salah satu blok asrama lelaki sebelum menutup tempahan.

“Lima hari kami buat all out, kami dapat 500 tempahan baju membabitkan pelajar kolej lelaki dan perempuan. Keseluruhan jualan kami peroleh sebanyak RM19,000.”Pada asalnya kami sasarkan hanya 300 tempahan. Tapi risau ada pelajar-pelajar yang terlepas pandang tentang baju ni, jadi kami gerak dari pintu ke pintu pula… tak sangka masuk hari kelima dapat cecah kira-kira 500 tempahan,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.

Sejujurnya mereka baru mengenali sejak semester lalu bagi mengikuti jurusan yang sama iaitu perakaunan, kedua-dua anak muda ini sebenarnya mempunyai minat dalam perniagaan.Amzar berkata, dia sebelum ini mengusahakan bisnes minuman yogurt, manakala Aiman yang berasal dari Bangi, Selangor terlibat dalam perusahaan kek.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka turut menerima tempahan daripada beberapa kolej matrikulasi seperti Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.”Syukur, Alhamdulillah. Berkat usaha kami bertungkus-lumus untuk buka tempahan baju selama lima hari sampai tak cukup tidur kira order.

“Lepas Subuh baru nak tidur setakat tiga hingga empat jam sehari,” katanya sambil menambah mereka berurusan dengan sebuah kilang baju di Selangor.Dalam pada itu, Amzar turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan cabaran berniaga terutama pada hari terakhir tempahan baju dibuka kepada pelajar-pelajar kolej.

“Malam terakhir tu, kami tebalkan muka pergi ketuk pintu ke pintu bilik di satu blok asrama. Kami semua ada di asrama sebab cuti pendek dan PKP, jadi mereka ada kat bilik je.”Bila ketuk pintu beberapa bilik, ada yang tak sahut sedangkan banyak selipar kat luar pintu. Ada juga yang sekadar gelak-gelak dari dalam bilik tanpa buka pintu… tak apalah, lepas beri salam tiga kali, kami bergerak ke bilik lain pula.

“Ada antara mereka yang beria-ia nak beli, siap kasi nombor telefon. Bila kami hubungi untuk sahkan tempahan, terus block (sekat) nombor kami. Memang sakit hati kena tipu.”Dalam bisnes ada yang suka dan tak suka. Ada ramai-ramai gelak, block nombor telefon tu perkara biasa yang kami anggap sebagai dugaan berniaga,” katanya.

3 Beradik Ini Sanggup Berpanas Tepi Jalan Hanya Untuk Lakukan Bisnes Hariannya Sambil Tiktok. Rupanya Dia Juga Lakukan Kerja Ini Sebagai Sambilan.

Tiga beradik ini memulakan perniagaan sejak PKP pada Mac tahun lalu. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk membuka perniagaan berasaskan makanan. Begitu juga dengan tiga beradik ini apabila mereka memperkenalkan popia bergedil, ‘lari’ daripada kebiasaan ramai yang sering tampil dengan menu tauhu bergedil.

Menurut Afiera Riana Agoes Riauwaldy, 29, dia secara spontan tampil dengan idea itu sebelum dua adiknya, Afiefi Riani, 26, dan Ahmad Amin, 21, turut bersetuju untuk menjadi rakan perniagaan.

“Kami tiga beradik mula berniaga masa awal PKP. Bermula secara online, bila dah stabil kami buka pula gerai pada hujung tahun 2020. Masa tu saya terfikir, nak buat apa masa PKP? Biasa orang buat tauhu bergedil, tapi saya kata why not buat popia bergedil? Idea sendiri, tak sangka pula dapat sambutan. Gerai pertama kami di Prima Saujana, Kajang. Alhamdulillah sekarang kami buka gerai kedua di Ampang,” ujarnya yang mesra disapa Afiera.

Afiera tidak kisah jika ada yang pandang rendah terhadap dirinya.

Dia yang juga seorang pelakon secara sambilan mengakui tidak kisah jika ada yang memandang rendah apa yang sedang diusahakannya pada masa ini. Malah, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak pernah berasa malu untuk bekerja dalam suasana panas di gerai tepi jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *