Sepasang kembar bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain dan melakukan pernikahan bersama. Ini antara peristiwa menarik yang berlaku

Kehidupan

Semua orang tahu bahawa jodoh adalah rahsia Tuhan. Situasi yang menarik berlaku di Cimanggung,Kabupaten Sumedang, mengisahkan tentang sepasang kembar bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain dan jalani pernikahan bersama.

Difahamkan pernikahan yang berlangsung pada 27 Februari lalu itu melibatkan pasangan kembar, Ellwanda Julianop Hidayat yang menikahi Rani Nurhaeni serta adik mereka masing-masing, Ellwindi Junianfi Hidayat dan Rina Nurhayati.

Menurut portal itu, mereka sememangnya telah merancang untuk menikah pada hari yang sama selain atas permintaan keluarga.“Keluarga juga suruh (nikah) sama-sama. Ya, memang dari awal sudah niat nak menikah sama-sama sahaja,” kata Ellwindi.“Orang selalu kata, macam mana kembar boleh nikah dengan kembar juga,” ujarnya, menjelaskan perkara itu dianggap unik oleh penduduk kampung kerana ia merupakan kejadian pertama di kampungnya.

Biarpun hanya dihadiri keluarga terdekat, majlis pernikahan kedua-dua pasangan itu dikatakan berjalan dengan lancar.“Gembira sangat sebab boleh sama-sama nikah kembar saya dengan kembar juga,” tambahnya.Menurut Tribunnews pula, salah seorang pemuda tersebut pernah tersalah memanggil kekasihnya ketika sebelum kahwin. Apa tidaknya, kedua-dua kembar tersebut sering dikelirukan dengan nama yang salah ketika mereka bercinta.“Ketika bercinta, kadang-kadang saya memanggil namanya, saya memanggil Rani, yang melihat Rini,” kata Ellwindi.

Ayah Dah Kahwin Lain Dan Tak Silap Ada Dua Anak Perempuan. Gadis Ini Luah Rasa Sebak Selepas Melihat Kebahagian Ayahnya

Gara gara perpisahan antara ibu bapanya,seorang gadis yang berusia 17 tahun ini tak dapat menahan kesedihannya selepas ditinggalkan bapanya sejak usia setahun selepas berpisah dengan ibunya. Walaupun dah lama ditinggalkan,gadis ini akui setiap hari perasaan rindukan kasih sayang seorang bapa semakin kuat.

“Maafkan saya terlalu banyak menangis,” tulisnya di kapsyen TikTok. Gadis yang diberi nama Nur Nashazleen Nabila Che Ramzul Zaman berkata sebelum mengambil keputusan untuk memuat naik video di aplikasi TikTok itu dia turut memikirkan kesannya.

Difahamkan anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui sejak kebelakangan ini dia sudah tidak mampu menahan rindu terhadap bapanya sehinggakan terpaksa meluahkan isi hatinya dengan harapan bapanya akan terbuka hati untuk berjumpa dengannya.

Jika dilihat Sehingga kini perkongsian video di aplikasi TikTok mengenai imbas semula perbualannya bersama rakan mendapat 21,000 tanda suka dan 300 komen.”Bertahun juga saya pendam untuk tidak mahu berkongsi keperitan dan kesedihan yang saya rasai secara umum tetapi saya manusia biasa sampai satu tahap saya tak mampu untuk menahan lagi.

Luahnya”Saya rindu sangat pada ayah saya. Saya dah tak larat nak menangis. Setiap kali kawan tanya tentang kehadiran ayah atau saya tengok kebahagiaan kawan bersama ayah mereka, saya rasa tersentuh sangat.”Sebelum saya muat naik memang saya dah fikir komen negatif ataupun takut ayah marah tetapi saya rasa itu sahaja cara yang ada. Mana tahu terbuka hati satu hari nanti dia datang jumpa saya.

“Apa yang saya buat ini semua ibu saya tahu. Ibu banyak beri kata-kata semangat pada saya walaupun dia tak pernah kata setuju ataupun tidak dengan tindakan saya ini,” ujarnya.Gadis yang menetap di Kuantan, Pahang ini memberitahu sejak kecil dia bersama dua abangnya dibesarkan oleh ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan kehidupan yang serba mencukupi.

Aileen, katanya, kedua-dua abangnya iaitu Che Nazurin Haikal, 20 dan Che Nazrul Hakim, 19 jarang menunjukkan rasa sedih dengan ketiadaan bapa mungkin kerana mereka lelaki dan telah menerimanya dengan rela hati.”Dari kecil, ibu banyak berkrban dalam membesarkan kami tiga beradik. Ayah saya dah kahwin lain dan tak silap saya ada dua anak perempuan.

“Ada juga kadang saya tengok media sosial ayah. Nampak bahagia sangat dengan keluarga baharu. Alhamdulillah. Saya pun gembira tetapi janganlah lupa kami di sini,” katanya.Malahan, kejadian sehari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-17 minggu lalu sememangnya menyentuh hati Aileen..

“Cerita betul… Saya ada hantar mesej kepada ayah sehari sebelum hari jadi. Tetapi ayah saya ‘seen’ sahaja.”Saya pun fikir yang baik saja mungkin dia sibuk tetapi beberapa hari lepas tu ayah saya muat naik gambar di WhatsApp status sambut hari jadi dengan anak tirinya. Sedih rasa hati ini,” ujarnya lagi.

Manakala Ibu Aileen yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Hedayu, 38, enggan memberi sebarang komen, namun dia berdoa agar hajat anaknya untuk bertemu bapanya tercapai.Dari kecil sehingga sekarang ibu tunggal ini membesarkan tiga anaknya dengan bekerja sebagai jurujual kereta di Kuantan.

Kata Aileen, dia tidak mengharapkan wang bapanya tetapi lebih kepada mahu melepaskan rindu dan dahagakan kasih sayangnya sahaja.”Tahun ini InsyaAllah saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya harap sangat dapat berjumpa ayah untuk dapat keberkatan,” katanya.

Hanya Mengidam Buah Buahan. Wanita Ini Kongsi Rasa Sebaknya Tentang Dia Dipertemukan Dengan Pakcik Penjual Buah

Satu hal yang biasa sekiranya wanita hamil mengidamkan sesuatu. Tapi siapa sangka ,keinginan seorang wanita yang mengandung dan mahu menikmati buah buahan pot0ng mempertemukannya dengan seorang pakcik penjual buah di stesen minyak.

Perkongsian tersebut telah tular yang memaparkan pasangan suami isteri memborong semua buah p0tong yang dijual oleh pakcik itu. Wanita tersebut Nur Alina Farahin Mohd Shahrin memberitahu, kejadian berlaku pada petang Khamis, namun dia hanya berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial sehari kemudian. Dia menjelaskan, ketika itu dia dan keluarganya baru bertolak dari rumah ibu mentuanya yang terletak di Masjid Tanah di Alor Gajah, Melaka ke rumah mereka di Kuala Lumpur.

Jelasnya “Saya hamil dah lapan bulan, insyaAllah dijangka bersalin pada 1 April depan. Anak pula nak makan ais krim, jadi kami singgah sebentar di stesen minyak.”Memang saya berharap sangat ada jual buah potong kat situ. Tak sangka pula ada seorang pakcik jual guna motosikal di stesen minyak,”

GEmar dipanggil Alina, dia bagaimanapun sebak melihat kegigihan lelaki warga emas yang berusia lingkungan 60-an itu berniaga, sekitar pukul 6 petang.”Hati saya ni jadi sebak. Saya ni tak boleh tengok orang-orang tua, akan terbayangkan ayah saya yang juga berusia 60-an kat rumah.

“Terharu pakcik tu masih ada tenaga untuk mencari rezeki yang halal. Tapi saya terfikir, pukul berapalah pakcik ni akan berniaga untuk habiskan kesemua buah potong tu.”Buah potong ni tak boleh simpan lama-lama. Saya dan suami buat keputusan untuk borong kesemua baki kira-kira 30 bungkusan plastik buah pot0ng yang pakcik tu ada,” tambahnya.

Difahamkan ibu kepada dua anak dan bakal menimang cahaya mata ketiga itu, bungkusan buah potong yang mengandungi lima jenis buah termasuk jambu air, tembikai dan jambu batu itu kemudian disedekahkan kepada orang ramai yang lalu di stesen minyak di Masjid Tanah.

Dia turut menyumbangkan sedikit wang tunai dan barang-barang keperluan untuk penjual berkenaan yang dipanggil Pakcik Zaini.”Secara kebetulan, memang barang-barang keperluan seperti beras, gula, minyak, sardin, tin sardin, telur dan teh selalu disimpan di but kereta kami.

“Kalau terjumpa anak yatim atau orang susah, saya akan bagi sumbangan berupa duit mahupun barang-barang keperluan. Rezeki pakcik tu sebab kesemua barang tu ada di but kereta,” katanya sambil menambah, difahamkan warga emas itu menetap bersama isterinya yang merupakan suri rumah di Lubok Cina, Alor Gajah dan mempunyai dua anak.

Berikutan perkongsian video tersebut menjadi tular, Alina yang bekerja sendiri mendapat permintaan daripada segelintir pihak yang mahu memberikan sumbangan kepada lelaki berkenaan.Tambah Alina, hasil sumbangan itu diserahkan kepada lelaki tersebut pada Sabtu melalui kakitangan di stesen minyak di lokasi pertemuan mereka pada Khamis lalu.

Manakala di ruangan komen posting Alina di Facebook, seorang individu yang dikenali sebagai Nurul Amiera Zaini dipercayai salah seorang anak kepada penjual buah potong itu tampil memberikan penjelasan bahawa mereka masih mengambil berat terhadap ibu dan bapa mereka.

“Kami adik beradik jauh. Saya di KL dan adik saya di Pulau Pinang, jadi sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni dah lama tak balik Melaka. Kali terakhir jumpa tahun lepas masa kerajaan umum boleh rentas negeri.

“Dah berapa bulan tak jumpa ayah saya tapi saya selalu video call, telefon dan WhatsApp tanya khabar. Kami adik-beradik tak bagi ayah kerja sebab faktor usia dan kesihatan.”Tapi ayah masih berkeras nak berkerja sebab katanya bosan duduk rumah dengan meniaga walaupun tiap bulan bagi duit belanja tapi kehendak ayah untuk isi masa lapang.

“Kami anak-anak sentiasa ambil berat pasal ayah dan selalu nasihat supaya jangan kerja tapi kehendak dia sebab dari muda dah biasa kerja dan tak tahu duduk diam. Apa pun terima kasih atas doa kalian semua untuk kesihatan ayah saya dan didoakan kalian dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *