Genap setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri Malaysia yang kelapan. Ternyata pelbagai cabaran yang beliau dilalui

berita

Percaya atau tidak sudah genap setahun Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri Malaysia yang kelapan. Pada tanggal 1 Mac 2021, ia agak istimewa kerana genap setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM. Jika dilihat sepanjang tempoh serahun memegang jawatan nombor satu ini, Muhyiddin ternyata buka seorang PM yang selesa di atas kerusi yanh empuk yang diidami oleh ramai pemimpin parti.

Manakala tugas paling besar Muhyiddin atau digelar Abah sebaik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong adalah mendepani cabaran penularan pandemik Covid-19 yang tidak menunjukkan simpati kepada dunia.

Tambahan pula, ancman virus itu juga membuatkan Muhyiddin terpaksa bersengkang mata bagi memastikan rakyat tidak sengsara, jangkitan tidak terus meningkat dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara.Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, pelbagai usaha kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin telah banyak membantu negara mendepani cabaran Covid-19.

Katanya, semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Kabinet memutuskan jurucakap mengenai Covid-19 ialah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan.”Namun selepas kerajaan bertukar, ia memberi tekanan kepada KKM kerana pada ketika itu tiada kerajaan dan apabila Kabinet bubar hanya ada Ketua Pengarah Kesihatan yang boleh membuat kenyataan tentang Covid-19,” katanya.

Katanya lagi, kemunculan kluster Sri Petaling yang merupakan pencetus gelombang kedua dan kluster pertama terbesar ketika negara berdepan kemelut politik turut memberi tekanan hebat kepada KKM namun setelah kerajaan baharu dibentuk pada 10 Mac 2020, pelbagai usaha drastik telah dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Seterusnya, kerajaan pimpinan Muhyiddin yang baharu berusia lapan hari pada 18 Mac telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Langkah itu ternyata berjaya mengawal penularan Covid-19 malah turut mendapat pujian daripada masyarakat dunia,” katanya.Tambahnya, pada awal kemunculan Covid-19, kerajaan bertindak pantas dengan pelbagai inisiatif antaranya pembelian kecemasan untuk pelitup muka dan peralatan perubatan seperti ventilator.Rohaizat berkata, komitmen Perdana Menteri meyakinkan rakyat tentang keselamatan mengambil suntikan vaksin juga boleh dipuji.

Semasa berdepan misi itu, Muhyiddin ada ketikanya diserang kiri dan kanan oleh seteru politiknya yang terus mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan pada 24 Februari tahun lalu.Ada juga beberapa percubaan yang dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin tetapi sehingga kini beliau kekal berkuasa.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir misalnya tidak pernah mengalah mengatakan Muhyiddin hilang keyakinan majoriti ahli Parlimen.Malah Anwar juga mendakwa memiliki 113 sokongan ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu dan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober.

Malah ada juga percubaan untuk menggagalkan Belanjawan 2021 melalui gabungan Tun Mahathir bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan alasan kerajaan PN yang mengemukakan belanjawan tiada keabsahan.Bagaimanapun percubaan-percubaan itu tidak diendahkan Muhyiddin dan beliau langsung tidak memberikan respon sebaliknya terus bergerak ke hadapan.

Penganalisis politik Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpendapat, secara keseluruhan, Muhyiddin telah berusaha sedaya upaya memimpin kerajaan dalam waktu yang sukar.”Beliau ada sifat kematangan dalam berpolitik dan tidak mudah melatah serta tidak mengeluarkan kenyataan politik yang boleh mencetuskan ketegangan. Beliau sentiasa memperlihatkan imej sebagai Perdana Menteri bukan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Apabila menjadi Perdana Menteri, beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.Mohd Izani berkata, khidmat terbaik juga telah diberikan kepada rakyat khususnya dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja mengncam nyawa malah menjejaskan kelangsungan hidup rakyat.”Ini termasuklah usaha menjana semula ekonomi negara dan membantu ekonomi rakyat yang terjejas,” katanya.

Menurut Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, beliau melihat Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang bersifat ‘stoikal’ yakni tahan lanyak.Katanya, walaupun ramai musuh politik terus menghentamnya tetapi Muhyiddin tetap tenang, tidak melatah dan terus memberi fokus terhadap misi utama terutamanya rakyat tercapai.

“Beliau sabar dan menjauhi kerenah sampingan. Suka menolong orang susah,” katanya.Pada pertengahan Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.

Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.Biarpun begitu, seteru politik Muhyiddin tidak melihat darurat itu sebagai cara untuk mendepani gelombang ketiga Covid-19 yang meletus sejak 20 September 2020 tetapi sebagai cara menyelamatkan kerajaan termasuklah selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan daripada PN.”Saya kira setahun pemerintahan Muhyiddin sudah serlahkan kejayaannya,” tambah Rais.

Terima Sntikan Vaksin Pada Hari Rabu. Perdana Menteri Malaysia Akhirnya Kongsi Perkembangan Beliau

Macam yang kita semua sedia tahu,vaksin telah pun tiba di Malaysia dan ada yang telah terima suntikan vaksin. Terbaru,Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perkongsian tentang perkembangan kesihatannta dan beliau memaklumkan bahawa beliau sihat selepas sahaja disuntik vaksin Covid19.

Jelasnya,”Alhamdulillah, hari ini hari kedua selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19. Semuanya berjalan dengan baik, saya yakin ini vaksin yang selamat, vaksin berkesan.”Jadi ramai nak tanya saya hari ini bagaimana keadaan saya. Alhamdulillah, saya berasa sihat, tiada rasa demam, tiada rasa luar biasa, makan macam biasa, selera pun macam biasa,”

Beliau juga turut menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk menyokong usaha kerajaan dan negara bagi melandaikan Covid-19 dan seterusnya berakhir wabak tersebut.”Dengan cara kita ramai-ramai mendaftar diri kita untuk mendapatkan suntikan menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.Menerusi video berkenaan, Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan bahawa telah menerima tarikh temu janji untuk suntikan dos kedua yang dijadualkan pada 17 Mac depan.

Melafazkan rasa kesyukuran, Muhyiddin turut menyeru orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun telah menerima vaksin.”Pakai pelitup muka, cuci tangan seperti biasa, jaga penjarakkan fizikal seperti biasa, jangan pergi tempat ramai-ramai (orang), ini harus kita teruskan walaupun telah diberikan suntikan vaksin,” katanya.

Untuk makluman semua pada hari Rabu, Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan dos pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.Turut menerima dos pertama vaksin itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11.

Menjadi Orang Ketiga Yang Terima Sntikan Vaksin. Dr Noor Hisham Bongkarkan Keadaan Dirinya Setelah Terima Vaksin Itu

Seperti yang kita ketahui,semalam detik bersejarah setelah Pengarah Kesihatan menjadi orang ketiga yang menerima suntikan vaksin Pfizer Biotech bagi melindungi diri daripada wabak Covid19 selepas PM dan seorang petugas barisan hadapan.

Terkini,TS Dr Noor Hisham Abdullah sempat berkongsi pengalaman selepas menerima suntikan itu. Setakat ini,dia tampak lebih sihat dan tiada kesan sampingan yang berlaku pada dirinya. Ini kata kata dari Pengarah Kesihatan berkaitan hal itu

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan.”Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3ml dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G.

Maka segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan. Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok.Lindung Diri, Lindung Semua…Melihat di ruangan komen laman Facebooknya, rata-rata masyarakat Malaysia sudah mula mendaftar dan tidak sabar untuk menerima suntikan tersebut.

Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Setiap Jenis Mengikut Warna Yang Ada. Ini Makluman Buat Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Akhirnya negara kita,Malaysia telah mencatatkan sejarah baru setelah Program Vaksinasi COvid19 secara rasmi telah bermula pada hari ini. Difahamkan orang ramai akan terima suntikan vaksin mengikut beberapa fasa yang akan dijadual akan berlangsung sehingga Februari 2022

Untuk makluman,sebelum masing masing terima suntikan vaksin, anda mungkin ingin tahu mengenai jarum yang akan digunakan. Berdasarkan tweet DR. ProVaxanna di Twitter,dia berkongsikan tentang beberapa jenis jenis jarum yang akan digunakan untuk suntik vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *