Dilengkapkan dengan kos RM1500. Gadis yang merupakan ustazah dan juga tukang kayu secara tak langsung meraih perhatian warganet

Kehidupan

Memperkenalkan Wani yang merupakan ustazah dan dia juga bekerja sebagai tukang kayu . Dia yang minat dan mempunyai bakat, ustazah Kelas Agama dan Fardhu Ain bekerja sebagai tukang kayu sejak 5 tahun. Baru baru ini, ustzah yang dikenali sebagai Auni HAzwani,29 membuat renovasi dapur rumah bersama bapanya,Encik Faizun meraih perhatian ramai.

Wani akui proses dua bulan itu merupakan hadiah buat ibunya,Puan Sharifah yang memiliki hobi memasak sejak dulu lagi.”Idea asal saya untuk ubah suai dapur ibu. Mak suka masak, dari pagi sampai malam duduk di dapur. Jadi saya usulkan idea ini.”Ayah cuma selesaikan bahagian island kitchen, bahagian ikat batu-bata dan jubin.”Secara anggaran kasar, proses yang bermula sejak 7 Disember tahun lepas dan berakhir pada Jumaat lalu dilengkapkan dengan kos RM1,500,” ujarnya.

Jelas Wani, bapanya yang juga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama-sama bertungkus lumus dalam projek itu dan mengakui gembira dengan hasil akhir yang diperolehi.”Sangat gembira. Sebab kita bukannya kerja gaji besar. Tak mampu nak belanja mewah-mewah.”Saya cuma ada kelebihan kudrat. Saya cuba bagi keluarga selesa. Walaupun tak sekemas kerja tukang rumah, tapi puas hati dapat siapkan dalam masa dua bulan,” ujarnya.

Kata Wani lagi, dia juga terkejut apabila kisahnya tular di Twitter setelah beberapa keping foto dimuat naik baru-baru ini.”Perasaan saya sebenarnya terkejut. Saya bukan jenis suka berkongsi apa-apa di media sosial. Instagram saya pun private.”Ada pula jenis suka berkongsi. Berdebar saya bila banyak notifikasi masuk dalam telefon,” ujarnya.

Sambung bercerita mengenai dirinya, Wani berkata dia sememangnya minat untuk menjadi tukang kayu dan sudah menyedari bakat seni miliknya sejak sekian lama.Malah, dia juga pernah menjadi pelajar seni bina sebelum berhenti dan meneruskan pengajian dalam Diploma Dakwah dan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

“Saya jadi tukang kayu secara sambilan. Ada bengkel mini di rumah sejak lima tahun lepas.”Mungkin saya berjiwa seni, dari sekolah saya ambil aliran seni dan sambung pengajian dalam bidang seni bina selama tiga bulan.

“Tapi masa tu jiwa rasa nak belajar agama, jadi saya berhenti dan tukar bidang pengajian.”Jadi biasanya pagi di bengkel sehingga jam 12. Biasanya orang selalu tempah meja. Sebelah petang pula saya fokus untuk mengajar.”Dari segi bahagi masa, saya tiada masalah. Cuma penat je lah sikit,” ujarnya lagi.Sehingga kini, posting mengenai renovasi dapur ibunya menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Cikgu Sampai Belikan Sesuatu Ini Untuk Kelas Tambahan. Sekali Tak Sangka Cuma Seramai Ini Yang Datang Tampil.

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya yang juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai. Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

Seorang je yang hadir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

“Nanti exam salahkan soalan ramalan..”

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka. Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Cikgu 6 Orang Anak Ini Hanya Berbasikal Ke Mana Jua Dia Pergi. Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Keluarganya.

Kisah seorang guru yang sangat menyedihkan apabila semuanya terpaksa dilakukan sorang diri… Ketika mentari senja sedang berlabuh, aku dan teman2 tgh berkemas utk menutupi peniagaan ikan kami..terlihat seorang wanita sedang mengayuh basikal dan menggalas bag seperti bag sekolah…

Sering kali kami lihat wanita ini kayuh basikal, kadang kala bawa anak kecil…pernah ketika hujan pun dia redah dgn basikalnya…ternampak beliau singgah beli kuih di sebelah gerai kami… Tergerak hati nak berikan sedikit ikan padanya… Kawan aku pergi berjumpa dan panggil wanita itu sambil aku isikan ikan dlm plastik… ketika wanita itu datang ke gerai kami, sempat juga sembang dan bertanya beliau dari mana nak ke mana sebab selalu nampak dia naik basikal.

Kata nya “ini je kenderaan yg dia ada…kereta dah kena tarik…suami dah tak berkerja, sakit teruk dan beliau mempunyai 6 org anak…beliau bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah…kadang kala pergi kerja tumpang org atau naik grab”… Aku dan rakan tak sanggup nak dgr citer wanita itu lg…terus kami bungkuskan ikan dan ketam dan berikan pd wanita itu…beliau rasa terharu, termenung…aku cuba menahan air mataku dari keluar..ku lihat rakan2 ku juga bergenang air mata, hinggakan kami terfikir nak maklumkan pd UEL atau insan yg berada agar dpt sumbangkan motorsikal pd guru yg diberikan ujian dan dugaan hidup ini…Insyallah.

Guru Ini Pegang Amanah Selepas Kongsi Kisah Ini. Tak Sangka 5 Beranak Ini Sanggup Jual Kelapa Terbiar Tapi Segalanya Berubah Lepas Ini Terjadi.

Kisah lima beranak menjual kelapa di tepi jalan beberapa bulan lalu sebagaimana yang dikongsikan Maisarah, mendapat perhatian insan dermawan. Kisah keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu.

Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan.

Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka.

Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan.

“Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu? Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian. Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya,” cerita guru ini.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan.

Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir. “Kami sampai di satu kawasan baru. ‘Kak, mungkin ini rumahnya’, kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. ‘Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran’, katanya. ‘Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu’. Part ni, aku dah mula terlebih teruja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *