10 bulan tak sedarkan diri dan bila sedar baru tahu pasal Covid19. Remaja ini dedahkan punca dia tak sedarkan diri 10 bulan

Viral

Sejak Covid19 mula melanda dunia, ramai yang sudah terbiasa dengan norma baharu. Namun begitu, remaja dari England ini langsung tak tahu pasal Covid19 sebab dia baru sahaja bangun dari k0ma selama 10 bulan. Nak dijadikan cerita,semasa dunia heboh tentang virus ini,Joseph Flavill telah dilnggr oleh sebuah kereta dan menyebabkan tr4uma pada otak dan tidak sedarkan diri.

Sejurus sahaja 10 bulan berada dalam kedadaan tidak sedarkan diri, remaja berusia 19 tahun ini akhirnya bangun tanpa menyedari yang kita sekarang tengah pandemik. Malah, sepanjang dia tak sedarkan diri, Joseph telah dijangkiti virus ini selama dua kali tau!Walaupun keluarga Joseph gembira dengan perkembangan terbaru anak mereka ini, kejadian tersebut telah memberi kesan kepada remaja ini kerana dia masih lagi rasa sakit dan sering dapat sawan.

Joseph masih lagi tak boleh nak bercakap tapi masih boleh kenal keluarga dan kawan-kawannya dan boleh menjawab “ya” dan “tak” dengan kelip mata atau senyum.Namun apa yang menyedihkan, bila Joseph bangun dia mesti terfikir kenapa keluarga dia tak ada pun yang datang melawat malah dia hanya bercakap dengan keluarga dan kawan-kawan melalui video call je.

Memandangkan Joseph kejadian yang tidak diingini tiga minggu sebelum Britain mengumumkan l0ckdown pertama mereka, remaja ini mungkin tak tahu tentang penjarakan sosial.Keluarga remaja ini juga tak tahu macam mana nak jelaskan pasal Covid-19 dan kenapa dorang tak boleh nak datang ke hospital.

Tak tahu mana nak mula, kalau setahun lalu orang cakap dekat saya tentang pandemik ni, saya mungkin takkan percaya. Saya tak tahu macam mana dia akan faham apa yang kita lalui sepanjang dia tak sedarkan diri.”Pun begitu, ada kemungkinan pekerja di hospital telah beritahu sedikit sebanyak mengenai kenapa keluarga Joseph tak boleh datang ke hospital. Tapi disebabkan Joseph masih tak boleh nak bercakap, agak sukar untuk buat dia faham keadaan ini.

Pasangan Suami Isteri Ini Antara Individu Yang Terkaya Di Jerman. Ini Rupanya Pasangan Saintis Yang Menjadi Pengasas Vaksin Covid19

Buat pengetahuan anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin yang merupakan seorang pakar ankologi dengan PhD dalam bidang oncology chem0therapy. Dia juga telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan sakit yang berjangkit.

Tatkala musim pandemik covid19 melanda,mereka membuat keputusan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid19. Difahamkan pengasas vaksin pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur yang berhijrah ke Jerman pada usia masih kecil dan belajar sama sama dengan seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki

Vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khnzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Berdasarkan laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Sekadar pengetahuan, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawn Covid-19.Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharap dapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini jika diberikan izin.

Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Setiap Jenis Mengikut Warna Yang Ada. Ini Makluman Buat Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Akhirnya negara kita,Malaysia telah mencatatkan sejarah baru setelah Program Vaksinasi COvid19 secara rasmi telah bermula pada hari ini. Difahamkan orang ramai akan terima suntikan vaksin mengikut beberapa fasa yang akan dijadual akan berlangsung sehingga Februari 2022

Untuk makluman,sebelum masing masing terima suntikan vaksin, anda mungkin ingin tahu mengenai jarum yang akan digunakan. Berdasarkan tweet DR. ProVaxanna di Twitter,dia berkongsikan tentang beberapa jenis jenis jarum yang akan digunakan untuk suntik vaksin

Semakin Ramai Frontliner Yang Tampil Kongsikan Kisah Soal Vaksin. Kini Doktor Gigi Warga Malaysia Pula Tampil Kongsi Pengalamannya Terima Vaksin Di India.

Ketibaan vaksin Covid-19 pertama di Malaysia pada 21 Febuari lalu sememangnya telah memberi semangat baru setelah lebih setahun ‘berperang’ dengan wabak tersebut. Namun, masih ada juga segelintir individu yang tidak mahu menerima suntikan vaksin kerana menganggap ianya hanya proganda sahaja. Justeru itu, menerusi platform di Twitter, seorang gadis bernama Syazwani telah berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin di negara India.

Kongsi pengalaman terima vaksin

Menerusi perkongsian itu, gadis tersebut bekerja sebagai doktor gigi dan mengambil keputusan untuk menerima suntikan kerana dirinya sering terdedah berjumpa ramai orang.

Kesan sampingan

Tambahnya lagi, sejurus sahaja menerima suntikan hanya ada beberapa kesan sampingan yang dapat dirasai iaitu pening kepala, keletihan dan rasa tidak sedap badan.

Walau bagaimanapun, Syazwani juga memberi tips agar untuk sentiasa berehat dan tidur secukupnya untuk memastikan kesan sampingan yang dirasa itu tidak berlarutan mahupun berpanjangan. Dia juga berharap agar orang ramai tidak takut dan memomokan keburukan vaksin yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Jangan takut terima suntikan vaksin

Terima kasih sudi berkongsi

Perkongsian tersebut telah pastinya menerima respon baik daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa bersyukur dengan penjelasan diberikan. Mereka juga berharap agar penjelasan tersebut mampu mengubah pemikiran golongan yang tidak menolak suntikan vaksin Covid-19.

Bagus rakyat tak cemas!

Boleh kongsi cerita dekat keluarga

Perkongsian yang sangat bagus! Lagi ramai kongsi pengalaman, lagi ramai jugalah yang akan menerima suntikan vaksin ini. Semoga keadaan kembali pulih seperti sebelum ini. Sumber: Twitter Syazwanimd

Isu Vaksin Buat Ibu Mengandung Dan Yang Susukan Anak. Prof Madya Dr Niazlin Tampil Perjelaskan Hal Tersebut

Dikhabarkan buat wanita mengandung serta yang menyusukan anak disarankan untuk tangguh pengambilan vaksin Covid19 Pfizer BioNTech bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud. Jelas Prof Madya Dr Niazlin yang merupakan pensyarah perubatan mikrobiologi ,buat masa ini masih belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin untuk golongan berkenaan.

Tambahnya lagi, “Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini, hari ini.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Jelasnya , vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit

“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemsan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan

Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kim0terapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *