Pada mulanya suami nak jaga sendiri anak mereka setelah berpisah. Sekali bila dah sebulan ini pula yang berlaku.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Gambar sekadar hiasan.

Aku ni recently single mother. Terngiang2 lagi ucapan berpisah di mhkamah tu. Tapi secara zahirnya, aku dah jadi single mother dari bulan 10 2018 bila ex keluar rumah. Mula2 dia bawak lari anak kami yg sulung, marah jugak la aku walaupun anak sulung dah 6 tahun. Sebulan dia “cuIik” last2 dia pulangkan balik anak kami. Tahu pun penat jaga budak. Hahahahaha. Padan muka kau.

Anyway, lepas ex keluar rumah, susah la jugak nak biasakan diri. Sebab di rumah, tugas ex memang basuh pinggan sebelum tido (most of the time, kdg2 ada jugak dia ngelat), basuh baju, keringkan baju di dobi (walaupun panas terik tapi dia malas sidai so dobi senang keja dia) dan buang sampah (although dalam sebulan 2,3 kali jugak berulat dulu baru buang).

Other than that, kami 50/50 la basuh berak anak, mandikan ank etc. Note that 3/4 bulan masa kami kahwin laki aku tak keja, aku je kerja 8-5, anak2 letak pengasuh. Balik kerja terus ke dapur siapkan dinner. Masa ni memang aku on tv, bukak cartoon untuk anak2, bagi mainan untuk main, sementara aku sibuk kat dapur. Then makan, mandi berjemaah kami bertiga, solat berjemaah jugak. Then chill sambil tunggu isyak, masa ni aku akan interview anak2 aku pasal apa yang diaorang lalui hari tu, bersembang, golek2 atas sejadah, ciom pipi, pelok2 and stuff like that lah.

Isyak, lepas isyak tv tutup aku akan bantu anak sulung buat homework. Anak kedua pulak aku ajar membaca sambil ditolong yang sulung. Pukul 10 sharp, aku suruh anak2 aku simpan semua mainan, then tutup lampu, masuk bilik tido.

Aku akan keluar dari bilik, sapu lantai yang anak2 aku sepahkan lepas makan td, then mop lantai (nasib rumah flat, kecik senang urus). Aku strika baju aku, kemaskan barang untuk bawak ke pengasuh, siapkan beg anak, then kul 11 aku join ank2 aku tido. Tak pernah lebih dari tu. Balik rumah, selalunya semua dah kenyang dek junk food yang sempat kami beli masa groceries tu.

So anak2 akan entertain themselves kat depan, aku pulak mengemas barang2 belian tadi. Sementara mengemas, letak baju dlm mesin so bila aku dh setel kemas, baju dah sempat basuh. Sidai baju, basuh lagi seround then masak special untuk anak2.

Masak special dalam definisi anak2 aku of kos la spagetti, nasik ayam, lasagna. Layan je lah. Dah masak, sidai baju lagi seround. Kalau hujan, memang mengdobi la kami. By this time dah lebih dari asar dah. Solat asar bawak anak2 lepaskan energy di taman. Either g jogging atau bawak anak2 g playground. Main la sampai magrib. Magrib, balik mandi, solat, tunggu isyak, solat then movie night. Anak2 memang suka movie night. Layan je dua2 movie apa pun.

Pengasuh aku mandikan anak2 pagi2, siap ke sekolah, hantar n amik anak. Itu je. Petang2 aku amek dalam keadaan busuk balik aku mandikan sendiri. Kan aku mention kat atas tu. Makan pun aku bekal kat anak2 so tak la aku harap pengasuh buat semua. Anyway, dalam pukul 9,10pagi anak2 dah jaga, aku siapkan sarapan, sarapan sama2 then aku tanya anak2 aku nak buat apa hari tu.

Ikut lah diaorang nak buat apa since kerja2 rumah aku dah setel semua. Kadang2 nak jalan mall, nak main dalam indoor playground, nak painting, mandi pool ke apa aku ikut je. By maghrib, semua aktiviti dah setel, solat magrib, solat isyak dan sesi study sama2 bermula dan repeat semua rutin.

Malam2 tidurku lena sekali sebab memang letih gile. Alhamdulilah, all is well for me setakat ni. Allah tarik satu nikmat Allah kurniakan nikmat lain yang lagi indah. – Nur (Bukan nama sebenar)

Sumber :keluarga bahagia

Isteri Sanggup Bawa Anak Angkat Ziarah Rumah Baru Suami Untuk Lepaskan Rindu. Turut Akui Gelagat Anak Angkatnya Sangat Lain.

Ayang Rafeeca membawa kucing kesayangannya dan suami ke tempat persemadian lelaki itu untuk melepas rindu. Kisah keakraban antara si bulus dengan pemiliknya seringkali dikongsikan di media sosial, sehingga meruntun jiwa warganet. Antara perkongsian paling menyentuh hati yang pernah menjadi tular adalah kisah haiwan berkenaan yang kerap kali menziarahi pusara meskipun pemiliknya sudah pergi beberapa tahun lalu.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar ini di Facebook, yang mana dia membawa si bulus kesayangan menziarahi pusara suaminya yang telah pergi lima hari lalu.

“Kita dah empat hari tak tengok bapak. Kita rindu. Mama bawak kita jumpa bapak tapi bapak tak ada. Mama cakap, ni lah rumah bapak baru… jangan buat sepah,” demikian antara coretan pada posting yang dikongsikan pada 16 Februari. Posting yang dimuat naik oleh pelayar bernama Ayang Rafeeca di grup Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini ternyata mengundang rasa sebak warganet, di mana ketika ini ia sudah meraih hampir 1,000 shares dan ratusan komen.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ayang Rafeeca berkata, itulah pertama kali dia membawa kucing kesayangan, Mao Mao menziarahi pusara arwah suaminya, Muhammad Isa Ng yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

“Genap empat hari suami telah pergi, pagi hari itu saya terlalu sedih dan menangis kerana terlalu rindukan suami. Namun ketika itu masih iddah, lalu saya bertanya pendapat kakak angkat sama ada boleh menziarahi pusara suami. Saya hanya mahu lepaskan rindu dan bawa sekali Mao Mao, kucing kesayangan kami berdua. Itulah kali pertama Mao Mao ziarah pusara ‘bapaknya’. Sebaik saja saya keluarkan daripada beg khas, dia terus bermain-main di pusara… cium haruman daun pandan. Mungkin dia juga rindu pada bapaknya. Saya kongsikan di media sosial namun benar-benar tak sangka ia viral. Niat saya cuma satu, moga yang melihat posting itu turut mendoakan suami saya… tiada langung niat lain. Terima kasih kerana ramai yang doakan dan sampaikan ucapan takziah,” ujarnya yang menetap di Samarahan, Sarawak. Menurut wanita berusia 35 tahun ini, Mao Mao yang dipelihara sejak 2015 terlalu istimewa buat dirinya dan arwah suami.

“Inilah kucing pertama yang kami pelihara untuk ubati kesedihan selepas saya kehilangan bayi semasa dalam kandungan . Kiranya seperti anak angkatlah. Mao Mao adalah kucing baka ‘British Long Hair’. Mao Mao sangat manja dengan kami berdua… tidur pun di tengah-tengah. Tidak lama kemudian, barulah kami beransur-ansur memelihara lima lagi kucing lain sebagai kawan Mao Mao,” ujarnya yang berasal dari Indonesia. Bercerita mengenai pemergian suami, Ayang Rafeeca berkata dia sehingga kini masih terkesan dan bersedih kerana suami pergi secara mengejut.

Selepas suami tiada, saya pulang sebentar ke rumah. Buka saja pintu, nampak Mao Mao duduk saja tak aktif… selalunya kalau saya pulang, dia akan datang meluru.

” suami memang ada masalah jantung. Malam hari kejadian, kami makan-makan dan menonton televisyen… keadaannya sihat sahaja. Setengah jam kemudian, suami mengadu sukar bernafas. Saya tanya, sakit jantung ke? Namun suami kata bukan.

“Lalu saya ajak ke hospital, namun suami menolak dan ajak ke farmasi saja sebab nak beli ubat asma… namun farmasi tutup. Kami pulang ke rumah semula dan keadaannya menjadi teruk selepas itu. Lalu saya berkeras supaya ke hospital… akhirnya suami akur. Namun sebaik tiba di pintu masuk, suami menghembuskan nafas terakhir. Suami sepatutnya jalani pembedahan Oktober nanti, namun ajalnya tiba lebih awal,” ceritanya.

Selain Mao Mao, Ayang Rafeeca turut memelihara lima ekor kucing lain.

Tambah wanita ini lagi, pada malam tersebut juga, Mao Mao juga menunjukkan kelakuan yang sangat aneh seolah-olah turut merasai kesedihan atas pemergian ‘bapak’ kesayangannya.

“Selepas suami tiada, saya pulang sebentar ke rumah. Buka saja pintu, nampak Mao Mao duduk saja tak aktif… selalunya kalau saya pulang, dia akan datang meluru. Saya pergi dan peluknya sambil menangis sambil berkata ‘Mao Mao, bapak dah tak ada. Jangan sedih ya. Sekarang tinggal kita saja’. Memang lain sangat gelagatnya malam itu,” ceritanya dalam nada sebak. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Ayang Rafeeca berkata dia terlalu terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh warganet.

Warganet turut meluahkan rasa sedih dengan kisah yang dikongsikan oleh Ayang Rafeeca.

“Saya bukan saja bersyukur dikurniakan suami dan keluarga mentua yang sangat baik, malah bersyukur apabila ramai warganet turut sama mendoakan suami. Malah, ramai yang hantar Direct Message (DM) sampaikan ucapan takziah, mahu jadi kawan dan ada juga yang nak berikan bekalan makanan kepada Mao Mao. Namun saya menolaknya kerana bukan niat saya mahu raih simpati. Saya berterima kasih kepada seluruh warganet yang tak henti-henti mendoakan suami dan berikan kata-kata semangat buat saya,” ujarnya lagi.

Tular Pelajar Ini Yang Sedang Khusyuk Menyanyi Di Tangga Hanya Kerana Rindukan Seseorang Ini. Sekali Tak Sangka Sampai Ada Yang Minta Untuk Dia Lakukan Sesuatu Ini.

Rakaman pada Sabtu itu menjadi tular di aplikasi TikTok. Video memaparkan seorang remaja sedang menyanyi di tangga sebuah kediaman tular sehingga menerima lebih 300,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.

Menurut individu yang berkongsi video itu, dia secara spontan membuat rakaman rakannya yang menyanyi sambil melayan perasaan kerana baru sahaja putus cinta. Empunya badan, Muhammad Ramadan Ramli, 18, mengakui apa yang diceritakan rakannya menerusi kapsyen pada video itu adalah benar dan bukan cerita rekaan.

Malah katanya, dia yang tak sedar dirinya sedang dirakam turut terkejut apabila video nyanyian lagu Bicara Rasa dendangan asal Arif Bahran dan Sarah Suhairi itu meraih perhatian ramai di TikTok.

Ramadan minat menyanyi sejak kecil lagi.

“Video itu dirakam di tangga rumah kawan saya pada hari Sabtu. Saya memang suka menyanyi dari zaman tadika lagi. Saya tak sedar dia rakam video. Lepas tu bila dia post di TikTok, saya ingat biasa-biasa je, tiba-tiba ramai yang tengok. Saya putus cinta pada November tahun lepas. Tak ada pengganti, masih tak boleh move on. “

Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak.

“Di TikTok, ramai orang komen. Ada ramai perempuan cakap nak jadi pengganti bekas kekasih saya. Saya anggap mereka bergurau saja,” ujarnya yang mesra disapa Ramadan.

Namun katanya, dia enggan mendedahkan lanjut mengenai identiti gadis itu serta punca kepada perpisahan mereka. Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia juga bersyukur apabila ramai yang mula mengenali dirinya serta bakat yang dimiliki selepas video berkenaan tular. Malah kata Ramadan, dia tidak menolak rezeki seandainya diberi peluang untuk menjadi penyanyi suatu masa nanti.

Antara komen mengenai nyanyian Ramadan di TikTok.

“Selain menyanyi, saya juga boleh main gitar. Saya belajar gitar sendiri sejak tahun lepas. Dulu pun pernah saya buat persembahan nyanyian di sekolah. Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak. Mak ayah pun bagi sokongan, mereka kata janji buat kerja halal. Saya bersyukur orang mula kenal bakat saya. InsyaAllah lepas ni akan buat banyak video cover nyanyian. Kalau ada orang request lagu pun, InsyaAllah saya akan cuba penuhi,” ujarnya yang meminati Bruno Mars dan Zamani.

Dedah Ramadan, dia juga bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, Ramadan yang akan menduduki SPM tidak lama lagi turut menyuarakan rasa risau. Ujarnya, situasi pandemik Covid-19 memberi cabaran buat dia dan rakan-rakan untuk memberi fokus penuh terhadap peperiksaan. Namun katanya, dia berdoa agar SPM akan berjalan dengan lancar dan dia mendapat keputusan yang cemerlang.

“Risau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19. Sekarang saya banyak study, tak nyanyi sangat. Pergi sekolah pun risau. Tapi kalau tak pergi, macam mana nak belajar,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *