Pengantin ini diduga tatkala musim pandemik ini dan ini isteri jumpa dalam dompetnya . Sekali reaksi isteri ini meraih perhatian warganet.

Kehidupan Keluarga Viral

Tindakan si isteri menyelit duit dalam dompet suami meraih perhatian orang ramai. Bertuahnya si suami dikurniakan isteri sebaik ini. Biarpun dalam kesibukan dan kepenatan menguruskan rumah tangga, hadirnya seorang isteri yang cukup memahami ini ternyata membawa seribu makna dalam rumah tangga. Begitulah gambaran usaha si isteri terhadap suami tercintanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

“Dalam kehidupan berumah tangga sekarang ini kita suami isteri perlu saling bantu membantu. Suami tidur jadi saya check dompet dia, tinggal berbelas ringgit sahaja. Jadi diam-diam saya letak dalam dompet dia duit sikit untuk berulang alik kerja dan isi minyak. Tak salah bantu meringankan beban suami yang telah berusaha sebaik mungkin mencari rezeki, ” tulisnya dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Kiri dompet suami yang tinggal hanya berbelas ringgit dan kanan isteri berkongsi rezeki bersama suami.

Wanita berkenaan, Julaiha Abd Aziz, 32 berkata dia langsung tidak menyangka perbuatannya itu akan mendapat perhatian orang ramai kerana baginya apa yang dilakukan itu tidaklah sebesar mana pun. Julaiha atau lebih mesra disapa Amoy memberitahu niatnya membuat video itu hanyalah suka-suka sahaja dan apabila menjadi tular dia sejujurnya tidak tahu bagaimana untuk memberi maklum balas.. Video tersebut sehingga kini meraih 62,000 likes dan 2,000 komen dalam kalangan warganet yang kebanyakannya memuji tindakan wanita ini.

Tak sangka pula ramai yang terkesan dengan perkongsian video itu dan banyak pula komen yang saya terima.

“Dengan rendah hati saya rasa apa yang saya buat ini kecil sangat. Saya percaya ramai lagi perempuan di luar sana yang berkorban lebih banyak lagi. Saya tidak pernah mengharapkan video yang dimuat naik saya di aplikasi TikTok untuk viral. Apa yang saya kongsi itu suka-suka sahaja. Tak sangka pula ramai yang terkesan dengan perkongsian video itu dan banyak pula komen yang saya terima. Bangun pagi rasa telefon saya macam kena bom, ” ujarnya.

Amoy dan suaminya iaitu Muhd Zamry Hashim, 36 baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu setelah lima tahun mengenali antara satu sama lain. Becerita lanjut mengenai kejadian tersebut, Amoy yang menetap di Larkin, Johor Bahru berkata pada malam Selasa lalu ketika suaminya sedang tidur itu, dia secara senyap membuka dompet suaminya untuk melihat baki wang yang tinggal.

Amoy bersama satu-satunya cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Apabila melihat hanya tinggal berbelas ringgit, hatinya jadi sayu dan terus cakap pada dirinya mungkin ini ujian baru kahwin. “Ini merupakan perkahwinan kedua saya. Saya faham asam garam dalam rumah tangga sebab itu saya terdetik nak buka dompet suami malam tu.

“Naluri sebagai seorang isteri ini kuat sangat. Tanpa rasa apa-apa, saya terus ambil sekeping RM50 selit dalam dompet suami. Tak salah bantu suami, lagi luas rezeki kita dan besar pahala. Mungkin dengar macam tak logik tetapi suami saya ini sebenarnya tak ada akaun bank. Dia sekarang hanya bekerja sebagai buruh kasar dan sebelum ini hanya tolong adiknya di sebuah kedai makan.

Amoy bekerja sebagai seorang kerani di salah sebuah hotel kawasan Larkin, Johor Bahru.

“Gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan teruk dan kedai pun terpaksa tutup sementara waktu, ” ujarnya lagi. Tambah Amoy lagi, setelah suaminya pulang kerja keesokan harinya, suaminya menunjukkan reaksi yang sangat menyentuh hati. Dia terharu sangat dengan usaha yang saya lakukan ini. Katanya, besar bagi dia dan sekali gus meminta maaf kerana masih tidak mampu memberikan yang terbaik, ” katanya.

Dalam pada itu, Amoy yang bekerja sebagai kerani di sebuah hotel di Johor Bahru berkata, dia langsung tidak rasa terbeban dengan keadaan sebegini biarpun mempunyai tanggungjawab membesarkan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Darwish Danial, 8, hasil perkahwinan sebelum ini.

“Ujian hidup ini adalah untuk menguji tahap kesabaran dan ketakwaan seseorang itu. Sebagai manusia biasa mungkin kadang kala kita mengeluh tetapi sentiasa ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik semua ini, ” katanya lagi.

Disebabkan Pengantin Perempuan Idam Untuk Pakai Baju Ini Pada Hari Istimewanya. Dia Nekad Untuk Turunkan Berat Dan Berjaya Sehingga Sebanyak Ini Dalam Masa Singkat.

Wani gigih turunkan berat badan sehingga 11kg untuk nampak cantik ketika menggayakan busana di hari bahagia. Bakal pengantin perempuan sering berdepan masalah menjelang hari perkahwinan kerana ingin kelihatan langsing menggayakan busana yang diidamkan saat berada di pelamin.

Begitu jugalah kisah wanita ini yang mampu mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tiga bulan berusaha gigih mendapatkan bentuk badan idaman demi pada hari perkahwinannya.

Menerusi video transformasi yang dimuat naik di TikTok, Nurul Shazzwani Mustafa berkongsi transformasi dirinya yang berlaku dalam masa singkat, sebaik sahaja mendapat tahu perkahwinannya akan dipercepatkan. “Terima kasih terima saya seadanya, ” tulisnya di kapsyen video TikTok yang tular.

Mengimbas mengenai detik awal transformasi dirinya sekitar tiga tahun lalu, Nurul Shazzwani berkata dia sangat terkejut apabila pada satu hari teman lelakinya memberitahu mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung 2018, setahun lebih awal dari rancangan asal.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, walaupun pada masa itu ramai menganggap dirinya yang mempunyai berat 54kg ‘tidak gemuk’, malah mempunyai berat badan ideal, tetapi dia secara peribadi berasa kurang yakin serta mengidamkan bentuk tubuh yang lebih langsing untuk kelihatan cantik ketika bergelar raja sehari.

Foto sebelum dan selepas transformasi.

“Saya masa tu masih belajar tak terfikir pun nak turunkan berat apatah lagi saya memang kuat makan dan tak kisah sangat kalau berat badan naik setakat 4 atau 5kg. Tiba-tiba suatu hari, teman lelaki ajak jumpa lepas lama tak jumpa sebab kami belajar di universiti berlainan, dia di Pahang saya pula di Shah Alam… ketika itulah dia ajak kahwin awal. Masa tu berat saya 54kg, rasa tak selesa nak jumpa. Saya pun terus hantar gambar supaya dia tak terkejut jumpa nanti, sebab kali terakhir jumpa berat saya kurang dari tu,” katanya ketika dihubungi.

Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit.

Bercerita lanjut, dia yang lebih mesra disapa Wani mengakui mempunyai perasaan bercampur baur apabila teman lelaki yang kini sah bergelar suaminya, Shafiq Nordin, 27 mengajaknya untuk mempercepatkan majlis kahwin. Pasangan ini berkenalan 10 tahun yang lalu dan sejak tahun 2016 mereka aktif melakukan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan secara online.

“Sejujurnya gembira tapi masa yang sama saya fikir buruknya kalau saya pakai baju kahwin nanti sebab berat dah naik. Walaupun berat saya masa tu masih normal (bukan obesiti), baju saya tetap saiz M, bila bergambar saya tetap nampak berisi. Dari situlah saya nekad nak turunkan berat badan biarpun orang lain rasa saya ni taklah gemuk mana… saya tetap nak pakai baju saiz S atau XS saja,” katanya yang mempunyai ketinggian 154cm.

Video Wani yang tular di aplikasi TikTok.

Berasal dari Selangor, Wani berkata tiga bulan menjelang hari perkahwinan, dia gigih mengamalkan diet kalori dan masa yang sama mengambil produk yang tidak membahayakan kesihatan. Tambah Wani lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan reaksi suaminya apabila melihat perubahan dirinya pada hari yang penuh makna itu.

“Apa yang saya boleh katakan dia terkejut sangat. Seolah tak percaya perubahan ketara pada diri saya. Pada masa yang sama dia sedih sebab rasa saya gigih berusaha nak bentuk badan idaman. Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit, ” ujarnya lagi.

Berat Wani pernah mencecah 65kg ketika sedang hamil anak pertama.

Wani yang kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hana Inara berusia satu tahun bagaimanapun berkata, beratnya naik kepada 65kg ketika mengandungkan puterinya itu.

“Paling berat 65kg dan sekarang saya kekal dengan berat 46kg. Masa kahwin tu berat saya cuma 43kg saja. Kiranya target nak pakai baju S atau XS masa kahwin akhirnya berjaya juga,” jelasnya.

Sementara itu, wanita ini berkata bentuk badan adalah sesuatu yang subjektif bagi kebanyakan wanita. Pada pandangannya, setiap wanita pasti mempunyai bentuk tubuh idaman walaupun perkiraan Body Mass Index (BMI) menunjukkan mereka mempunyai berat badan normal. “Masing-masing ada citarasa sendiri. Biarpun orang cakap saya tak gemuk tetapi saya sendiri yang rasa kurang keyakinan diri tu,” katanya.

Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sehingga 24 Kilogram. Rupanya Sebabkan Ini Buat Dia Lebih Nekad Untuk Kuruskan Badan.

Video transformasi fizikal gadis ini menerima lebih 1.2 juta tontonan menerusi TikTok. Proses menurunkan berat badan pastinya sukar dicapai jika seseorang individu itu tidak mempunyai alasan kukuh atau keazaman untuk melakukannya.

Begitu jugalah dengan pelajar ini apabila kisah putus cinta menjadi motivasi utama sehingga dia berjaya menurunkan 24 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan. Nur Amierah Syafiqah Mohamad, 20, mengakui gembira dengan proses transformasi itu sehingga dia berjaya mengubah fizikal dirinya pada tahun lalu.

“Berat saya sebelum ini 74 kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50 kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan, tapi tak berjaya. Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri saya. Bermula pada hujung Mei, proses menguruskan berat badan terhenti pada Jun dan disambung semula pada Julai.

Amierah merupakan penuntut bidang Bioteknologi di UMS.

“Perasaan gembira sangat, tak sangka boleh dorong diri saya sehingga ke tahap ini. Kawan-kawan banyak tolong dan setiap hari bagi motivasi,” ujarnya.

Mesra disapa Amierah, dia juga mendedahkan ada saudara mara yang tidak mengenalinya selepas perubahan berat itu berlaku pada tahun lalu. “Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang-jarang berjumpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *