PRU akan dijalankan selepas negara pulih dari wabak ini. Ini info lanjut mengenai PRU.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA

Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) hanya akan diadakan selepas negara benar-benar pulih daripada pandemik Covid-19. Menurut laporan Astro Awani, Kerajaan PN pastinya mengambil kita situasi pandemik dan program imunisasi Covid-19 sebelum mengadakan PRU bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan wabak itu dalam negara.

Pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik” – Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri Beliau turut menambah, keputusan untuk mengadakan PRU selepas negara pulih ini bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan beliau turut berdoa supaya penyakit ini berkurangan di negara kita. Dengan program imunisasi yang sedang dijalankan dan mencapai imuniti kelompak, barulah PRU boleh diadakan, tambah beliau lagi.

Program Imunisasi Kebangsaan sedang dijalankan dimana fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti golongan berisiko pada fasa kedua dan baki pada fasa ketiga untuk orang dewasa 18 tahun ke atas.

Disebabkan Waktu Pandemik Ini Banyak Syarikat Yang Terpaksa Ditutup. Antaranya 2 Cawangan GSC Ini Terpaksa Ditutup Buat Selama Lamanya.

PETALING JAYA – Satu berita sedih buat dunia perfileman tanah air apabila syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema (GSC) mengesahkan dua cawangannya ditutup selama-lamanya berkuatkuasa semalam. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi, GSC memaklumkan dua cawangan tersebut adalah GSC Berjaya Times Square dan GSC Cheras Leisure Mall, Cheras. GSC Cheras Leisure Mall telah beroperasi sejak 26 tahun lalu namun terpaksa ditutup berikutan pandemik Covid-19.

“Kami telah beroperasi dalam tempoh yang cukup panjang bagi GSC Cheras Leisure Mall sejak 1995 dan GSC Berjaya Times Square sejak 2005. Namun, ekoran situasi terkini dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami terpaksa menutup pawagam ini secara kekal. Dengan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penonton filem yang setia menyokong kedua-dua cawangan GSC ini,” tulis kenyataan tersebut.

Perkhidmatan Akan Ditamatkan. Pengguna Kongsi Detik Terakhir Menaiki Feri Pulau Pinang.

Terminal Feri Penang Sentral sudah menjadi ikonik kepada negeri Pulau Mutiara itu dalam sektor pelancongan. Malah, feri yang terdapat di negeri itu juga merupakan salah satu pengangkutan paling bermanfaat untuk penduduk Pulau Pinang.

Terbaharu, dikhabarkan perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal digantikan dengan bot katamaran sepertimana yang digunakan di Pulau Langkawi. Meskipun, berita itu belum sahih lagi, namun, penduduk Pulau Pinang dan pengguna feri di terminal tersebut berkongsikan momen mereka di atas pengangkutan tersebut.

Memang nostalgia

Rata-rata pengguna Facebook berkongsikan momen terakhir mereka ketika menaiki feri itu bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu makan angin ke Pulau Pinang. Menurut pengguna Facebook Yeop Dean menyifatkan pengalaman menaiki feri ke Pulau Pinang satu nostalgia ketika bercuti bersama rakannya. Pengalaman dan kenangan beratur dan berhimpit di dalam feri adalah sesuatu yang tidak akan dapat di mana-mana tempat melainkan di dalam feri Pulau Pinang.

Manakala, Ain Norain Basir sebagai anak jati Pulau Mutiara itu turut meluahkan rasa sedih jika benar perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal ditamatkan. Tidak dinafikan, terdapat banyak kenangan ketika di usia muda menaiki feri tersebut bersama ibunya. Hanya di Pulau Pinang sahaja orang ramai dapat menikmati pengalaman sebegini yang mungkin tiada di negeri lain.

Selamat tinggal feri Pulau Pinang

Sementara itu, pengguna Twitter iaitu Aime Muhamad memuat naik video menyaksikan keindahan Pulau Pinang sewaktu menaiki feri di sana.

Naik feri dengan kawan-kawan

Pengguna Twitter Dewi Sleepy turut berkongsikan foto kenangan ketika dia bersama rakan-rakan sekelasnya bercuti di Pulau Pinang menaiki feri. Menurut perkongsiannya, ketika itu adalah sehari sebelum keputusan STPM diumumkan.

Rakyat tidak setuju perkhidmatan feri ditamatkan

Namun bagaimanapun, rata-rata penduduk Pulau Pinang tidak bersetuju sekiranya perkhidmatan feri di negeri itu ditamatkan. Mereka menyifatkan feri merupakan salah satu tarikan pelancongan dan pengangkutan awam buat mereka yang bekerja ulang-alik ke tanah besar.

Memetik laporan BH Online, Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan seramai 1.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan feri dalam tempoh setahun dan sebanyak 200,000 daripada jumlah itu adalah penumpang berkenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang iaitu Hazizi Padzil berpendapat cadangan menggunakan bot katamaran tidak jelas diperincikan kepada orang awam termasuk jenis bot yang akan digunakan.

Bot katamaran dilihat sebagai bot yang moden dan penumpang pejalan kaki semestinya sangat teruja bagi menggunakannya namun ia tiada ruang bagi penumpang berkenderaan ringan seperti motosikal, kereta dan van.

Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penumpang berkenderaan terutama penunggang motosikal yang memikirkan risiko keselamatan jalan raya selain pemandu kereta pada waktu kemuncak dan ketika musim hujan.

Ramai Mempersoalkan Tentang Penutupan Panggung Wayang Ketika Penularan Covid 19. Terbaru Pawagam Di Seluruh Malaysia Bakal Tutup Operasi Bermula Tarikh Ini.

Bermula di China, siapa sangka wabak pandemik COVID-19 ini akan tular ke seluruh dunia. Malah, disebabkan penularan wabak tersebut, sektor ekonomi banyak terjejas. Lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan di Malaysia dan kini beberapa negeri dikenakan PKPB membuatkan lebih banyak bisnes berdepan dengan kerugian.

Terbaharu, kesemua pawagam di Malaysia akan ditutup sementara mulai 2 November 2020 sehingga hujung bulan November. Perkara tersebut telah diumumkan oleh dua pawagam terbesar Malaysia, GSC dan juga TGV. Keputusan penutupan itu diambil bagi memastikan pawagam tidak mengalami kerugian besar dan bagi memastikan pawagam mampu untuk diteruskan pada masa akan datang.

Dalam kenyataan pihak tgv. ” It is with a heavy heart that we announce the temporary closure of all cinemas nationwide from 2nd Nov 2020 till further notice. It is a hard truth for all of us to accept, but we believe that we can brave this storm together.#SupportCinemas #SeeYouSoonTGV

Menurut The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE), penutupan tersebut juga disebabkan oleh kekurangan tayangan filem baru kerana ditangguhkan tarikh tayangan.Walaupun ini satu keputusan yang sukar tetapi ini adalah keputusan yang harus diambil ketika ini.-THEVOCKET

Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?

Selain Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas, MBO Cinemas merupakan antara pawagam kegemaran ramai. Malah, MBO Cinemas adalah pawagam ketiga terbesar di Malaysia. MBO Cinemas memiliki 27 pawagam di seluruh negara kini berdepan dengan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu.

Menurut laporan, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela dengan menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang. Setakat 31 Dis 2018, jumlah aset MBO Cinema bernilai RM197.76 juta manakala liabilitinya berjumlah RM111.31 juta. Difahamkan, MBO Cinemas hanya membuka 4 pawagam miliknya ketika ini. Kongsikan kenangan anda di MBO Cinemas jika ada. Pastinya penularan wabak COVID-19 ini memberikan kesan kepada kesemua industri dan tidak terkecuali peniagaan besar.- THEVOCKET

Jangan ambil risiko kunjungi pusat beli belah dalam keadaan sekarang disebabkan ini yang akan terjadi. Pakar Psikologi Kaunseling dedahkan punca masyarakat masih mengunjungi pusat beli belah walaupon kes makin meningkat.

SHAH ALAM – Berani mengambil risiko dan tiada halangan mengunjungi pusat membeli-belah antara faktor yang menyebabkan orang ramai tetap mengunjunginya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta Sabah.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk mengunjungi pusat membeli-belah antaranya membeli keperluan harian, menghilangkan tekanan dan bosan.

“Mereka berani mengambil risiko mengunjungi pusat membeli-belah kerana melihat ramai pesakit wabak koronavirus (Covid-19) gelombang ketiga selamat. Ketakutan terhadap penyakit ini juga tidak seperti gelombang pertama dan kedua penularan Covid-19.

“Ramai yang tidak takut kerana kebanyakan mereka yang dijangkiti Covid-19 selamat, malah mereka yang menghadap ilahi akibat Covid-19 pula adalah daripada golongan mereka yang berisiko kerana mengalami penyakit kr0nik seperti kncing manis. Ini menyebabkan mereka mengambil mudah mengenainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, Dr Fauziah berkata, mereka perlu mengikuti dan mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakkan fizikal dan sentiasa mencuci tangan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa ketika berada di pusat membeli-belah.

“Kita tidak boleh menghalang mereka ke pusat membeli-belah kerana tidak ada penguatkuasaan untuk masuk ke sana. Berkaitan urusan ekonomi dan perniagaan pula, kerajaan tidak dapat tutup pusat membeli-belah. “Jadi rakyat Malaysia perlu prihatin untuk menjaga keselamatan dan membantu kerajaan mengurangkan kos perubatan dengan memutuskan penyebaran Covid-19.

“Semua orang tahu penularan Covid-19 akan mengambil masa yang lama untuk pulih, maka kita perlu menyokong tindakan kerajaan. Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang demam dan selesema, mereka perlu ada kesedaran sivik untuk berada di rumah, jangan sebarkannya,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pada masa kini ramai pembeli tidak lagi mengunjungi pusat membeli belah kerana bimbang jangkitan Covid-19.

“Banyak peniaga yang beroperasi di pusat membeli belah sebenarnya mengeluh bahawa perniagaan mereka agak lembap. “Sentimen tidak mengunjungi pusat membeli belah ini dijangka berlarutan sehingga ke akhir tahun ini selagi lengkuk jangkitan Covid-19 tidak berjaya dilandaikan dan tiada vaksin untuk Covid-19,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan perlu meneruskan inisiatif di bawah pelan rangsangan ekonomi seperti bantuan sara hidup, subsidi upah dan dana kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memastikan kadar pengangguran terkawal serta PKS masih mampu meneruskan perniagaan mereka. Pelaksanaan PKPB berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober lalu selama 14 hari, sementara di Sabah bermula dari 12 Oktober hingga 26 Oktober ini.- SINARHARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *