Disebabkan si ibu gemar menonton satu cerita ini sewaktu hamil. Sekali tiba tiba anaknya turut mirip dengan orang korea.

Kehidupan Keluarga Viral

Pasti anda pernah dengarkan orang dulu-dulu kata kalau wanita yang tengah hamil dan suka dengan wajah seseorang nanti boleh terkenan kepada anak. Bukan itu saja, tetapi wanita yang hamil memerlukan persekitaran yang positif dan baik untuk mengelakkan gangguan emosi berlaku. Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila pasangan suami isteri ini tidak sangka wajah anak mirip 0rang Korea kerana isterinya yang gemar menonton Running Man.

Menerusi vide0 tersebut, pasangan itu telah berkongsi raut wajah anak mereka yang dilihat seakan wajah 0rang Korea. Ianya kerana si isteri yang suka menonton rancangan popular iaitu Running Man sepanjang tempoh kehamilannya. Malah, si suami juga menganggap bahawa anaknya mungkin ‘terkenan’ kerana si ibu yang suka melihat wajah orang Korea. Rupa anaknya itu yang kelihatan putih, gebu dan mata agak sedikit sepet itu membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa geram melihat bayi tersebut yang dikatakan sangat comel. Malah, ada juga yang menyamakan muka bayi itu mirip beberapa aktress Korea. Ada juga yang mempersoalkan raut wajah si anak dan ayahnya.

komen daripada warganet

Bapa Orang Kurang Upaya Ini Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi 6 Anaknya. Pernah Terputus Barang Dapur Tapi Ini Yang Dia Lakukan.

Sepasang suami isteri menyara kehidupan keluarga mereka dengan menjual kuih muih. “Saya pernah terputus barang dapur… saya tak tau nak buat macam mana. Nak pinjam dekat orang, saya malu.”

Demikian luahan kata-kata seorang bapa yang berkongsi kisah keperitan hidupnya sehingga pernah ketiadaan wang untuk membeli makanan buat anak-anak dan isterinya. Pernah satu ketika, si bapa berusia 41 tahun ini terpaksa ‘berhutang’ di kedai runcit kerana tidak sanggup melihat keluarga, terutama anak-anak kecilnya berlapar.

“Saya pergi kedai barang, saya ambil beras lima kilo, sardin, susu anak, telur dan ikan bilis. Saya biarkan tuan kedai mengira macam biasa. Lepas dia bagitau harga, saya terus seluk poket dan buat-buat duit tertinggal di rumah,” katanya. Kisah keluarga berkenaan diceritakan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi satu perkongsian di Facebook yang sehingga kini meraih melebihi 200 shares.

Selain membuat kuih, si isteri juha mengambil upah menjadi tukang masak di sebuah tahfiz.

Menurut Natipah yang menyantuni keluarga berkenaan bersama pasukannya yang aktif melakukan aktiviti kebajikan, bapa kepada enam orang anak berusia dalam lingkungan tiga hingga 18 tahun itu berstatus Orang Kurang Upaya penglihatan dan kehilangan kerja baru-baru ini.

“Kekurangan fizikal yang dipercayai berpunca daripada masalah saraf itu terjadi sejak dia masih kecil dan tidak boleh dirawat lagi. Justeru itu pandangannya hanyalah samar-samar dan jika jauh, dia langsung tidak nampak. Sebelum ini dia pernah berkerja sebagai seorang tukang urut dan mempunyai pengalaman mengurut selama lebih kurang 15 tahun. Pendapatannya bekerja dengan majikan dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang ialah sekitar RM40.

Keluarga ini hanya menyewa sebuah rumah kampung dengan kadar RM200 sebulan.

“Bagaimanapun sekarang dia hilang pekerjaan dan sekadar membantu isterinya yang berusia 39 tahun membuat kuih di rumah. Sudah enam tahun isterinya membuat kuih. Selain menerima tempahan, kuih itu juga diletak di warung atau gerai makan di sekitar kawasan rumah mereka, sebuah rumah kampung yang disewa dengan kos RM200 sebulan. Isterinya juga mengambil upah menjadi tukang masak di sebuah tahfiz (lapan pelajar) dengan upah RM10 sehari,” cerita Natipah.

Tambahnya, dua orang lagi anak pasangan tersebut yang kini berumur sembilan dan enam tahun turut mengalami masalah penglihatan. “Pada 2016, kedua beradik itu telah menjalani pembedahan di HKL dan memakai kanta khas di dalam mata,” kata Natipa yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam lapangan kebajikan dan misi kemanusiaan.

Kekurangan fizikal yang dipercayai berpunca daripada masalah saraf itu terjadi sejak dia masih kecil dan tidak boleh dirawat lagi.

Menurut Natipah, lelaki berkenaan turut meluahkan rasa terkilan kerana dipandang serong dan dilemparkan kata-kata kurang manis oleh penduduk setempat seolah-olah dia malas bekerja sedangkan penglihatannya membatasi pergerakan untuk keluar bekerja. Keadaan tersebut membuatkan dia berasa rendah diri dan kurang bersosial dengan masyarakat setempat. Sungguhpun keluarga ini serba kekurangan, menurut Natipah, anak-anak pasangan berkenaan mempunyai potensi yang tinggi dalam pelajaran.

“Anak perempuan sulung (18 tahun) sedang belajar di sebuah kolej matrikulasi. Yuran pendaftaran kemasukan anak itu ke kolej tempoh hari juga adalah hasil sumbangan kita di sini,” ujarnya. Justeru kata Natipah, perkongsian tersebut dibuat bagi mengumpul sumbangan orang ramai yang akan digunakan sebagai modal berniaga agar keluarga berkenaan dapat menjana pendapatan untuk menyara kehidupan.

Natipah (kiri) berpengalaman lebih 10 tahun dalam lapangan kebajikan dan kemasyarakatan.

“Anak-anak masih di alam persekolahan, perjalanan mereka masih panjang. Kita akan menyediakan sebuah gerai agar keluarga ini boleh berniaga dan ada pendapatan sendiri selain hasil jualan kuih isteri. Semoga dengan sifat ringan tulang mereka akan membantu merubah nasib keluarga,” ujarnya lagi.

Kejadian Ini Menyentuh Hati Ramai Orang. Kanak Kanak 5 Tahun Ini Ditinggalkan Bersendirian Dan Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Tabah sungguh anak kecil ini. Baru baru ini, seorang kanak kanak berusia 5 tahun telah dijumpai merayau dan dalam ekadaan terpinga pinga di dewan utama sebuah bangunan kerajaan di Linzhou,China. Berdasarkan laporan, pihak polis telah menjumpai budak kecil ini bersendirian dan seperti ada masalah sambil menj3rit.Saya mahu ibu saya!”

Selain itu, difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke situ bagi menyelesaikan dokumen perpisahan. Bagaimanapun, selepas semuanya selesai kedua-duanya tinggalkan anak mereka berseorangan di bangunan tersebut.

Kemudian, polis menggunakan telefon bimbit yang ada pada kanak-kanak itu untuk menghubungi bapanya. Namun apabila dihubungi lelaki itu memaklumkan dia telah keluar dari daerah tersebut dan tidak boleh berpatah balik secepat mungkin untuk menjemput anaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh polis yang bertugas ke balai polis untuk menunggu bapanya. Ketika itulah mereka cuba menenangkan dan meyakinkannya bahawa bapanya akan datang menjemputnya.Sementara menunggu, kanak-kanak itu turut bertanya kepada pegawai di situ,Ibu saya ditngkap oleh awak ke?”

Sebaik tiba di balai, kanak-kanak itu terus menjerit memanggil dan berlari ke arah bapanya. Gambar ketika kejadian itu berjaya dirakamkan oleh media tempatan dan menyentuh hati ramai orang.Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut tinggalkannya berseorangan di bangunan terbabit dan tidak dilaporkan di manakah keberadaan ibunya ketika itu.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *