Gadis tomboi ini tampil berhijab selepas kehilangan orang yang sangat berjasa dalam dirinya. Tapi ada juga warganet yang mempertikaikan perkara ini.

Kehidupan Keluarga KESIHATAN Viral

Kata Sha, dia perlahan-lahan berubah selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 2018. “Tiada apa yang mustahil.” Demikian kata Shaheen Banu Mohamed Dilshad, 30, seorang wanita berperwatakan lelaki yang sudahpun berubah kepada fitrah asal pada tahun 2019. Mesra disapa Sha, dia berkata perubahan itu bertitik tolak selepas kehilangan bapanya akibat sakit berkaitan paru-paru pada tahun 2018.

“Sha dari tomboi umur 14 tahun dah potong rambut pendek. Masa tu suka main bola, selalu berkawan dengan lelaki. Cara berbual pun kasar. Tak ada nak lemah lembut. Mak bising juga sebab rambut pendek, tapi saya kata rimas sebab nak main bola. Sejak abah dah tiada, saya terfikir nak jaga nama baik dia. Sejak detik tu saya mula berubah perlahan-lahan,” ujarnya.

Menurut wanita dari Singapura itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan Umrah di Makkah, pada 2019.

Sha yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya.

“Dulu abah selalu nasihat, dia kata nanti saya susah cari jodoh. Tapi saya pekakkan telinga. Abah sakit mendadak dari Januari 2018. Pada April tahun sama abah telah pergi. Bermula dari situ saya cuba ubah diri. Sudah tentu mak gembira dengan perubahan ini. Tapi Sha sedih sebab abah tak sempat tengok perubahan diri ini. Ada juga rasa menyesal, tapi mungkin ada hikmahnya,” ujarnya lagi.

Saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah.

Menurut Sha, dia yang aktif di aplikasi TikTok turut menerima pelbagai komen negatif sebelum ini berhubung penampilan dirinya. Malah, Sha terpaksa membuat video transformasi dirinya kerana ada yang tak percaya dan menyangka dia sebenarnya seorang lelaki.

Sha, dari Singapura kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.

“Sebelum ni saya tak pernah pun post video zaman jadi pengkid, saya rasa tak perlu. Saya cuma kongsi video sewaktu dah bertudung. Tapi ada orang cakap saya ni lelaki bertudung. Jadi saya terangkan bahawa saya dulu pengkid. Saya pun ada buat video transition perubahan diri saya. Sekarang Alhamdulillah banyak dapat komen sokongan. Tapi ada juga yang minta bukti pengenalan diri. Pada saya, tak perlu rasanya. Masa awal-awal dulu ada juga rasa sedih. Tapi saya ambil hal ini sebagai satu perjalanan untuk belajar, untuk istiqamah. Anggap ia sebagai dugaan,” ujarnya yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Sanggup Jalani Operasi Memasang Antena. Lelaki Ini Dikatakan Boleh Merasa Perubahan Cuaca Dan Atmosfera Serta Mampu Berhubung Dengan Pelbagai Peranti Melalui Wi-Fi

Seorang lelaki Sepanyol mendapat perhatian ramai selepas dia menjalani operasi memasang antena berupa sirip di tengk0raknya. Alat itu dikatakan berfungsi untuk mengesan perubahan cuaca dan tekanan atmosfera.Berbicara mengenai tujuannya melakukan operasi drastik itu, Manel de Aguas, 24, berkata, dia merasakan ia satu idea yang baik untuk berhubung dengan hujan dan fenomena atmosphera yang lain melalui antena berkenaan.

“Saya selalu merasakan saya mempunyai hubungan yang special dengan hujan. Operasi ini membolehkan saya berhubung dengan lebih dalam lagi dengan hujan dan fenomena lain,” katanya.Boleh rasa perubahan suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera melalui tengkorak

Sebagai seorang ‘propioespecie’ yang membawa maksud seseorang individu yang tidak mengikut definisi biologikal manusia biasa , Manel akhirnya dapat merealisasikan impiannya itu awal tahun ini di sebuah klinik di Jepun selepas hasratnya itu pernah ditolak beberapa doktor di negara kelahirannya, Sepanyol.

“Saya memang berminat dengan hidupan marin, tidak kiralah hidupan itu wujud di dunia nyata atau fantasi. Disebabkan itulah saya memilih untuk mempunyai organ yang diinspirasikan daripada sirip ikan terbang,” kata Manel.

Menurut lelaki itu lagi, penambahan organ artificial itu membenarkan dia mendengar bunyi atmosfera bergntung kepada keadaannya pada sesuatu masa.Antena berupa sirip ikan itu adalah seberat 500 gram dan boleh dicas semula dengan tenaga solar. Selain itu, ia juga mampu berhubung dengan pelbagai peranti melalui Wi-Fi.

“Saya akan menggunakan organ baru saya ini untuk meneroka cuaca,” kata Manel.Manel merupakan pengasas Trans-Spesies Society di Sepanyol. Selain dirinya, terdapat juga ahli lain dalam kumpulan berkenaan yang melakukan modifikasi badan dengan fungsi seperti dapat merasakan gempa bumi dan kebolehan mendengar warna.

Seorang Lelaki Ini Guna Cara Unik Untuk Sembunyikan Sesuatu Dari Isterinya. Sekali Isterinya Buka Kotak Kasut Penuh Dengan Wang

Biasanya kalau dah berpasangan, dan tinggal serumah agak susah sebenarnya nak rahsiakan perkara daripada pasangan kita.Iyalah nama pun dah berkongsi ruangkan, jadi privasi tu kuranglah sikit. Jadi bagi memastikan barangan peribadi tidak dicer0bohi sesiapa, kena la kreatif sikit.

Kalau dulu orang simpan duit di bawah tilam dan celah-celah baju, kali ini si suami letak di tempat yang lebih terdedah. Simpan harta dalam kotak kasut!Menerusi perkongsian dibuat oleh akaun Instagram @dunia_kaumhawa, seorang lelaki menggunakan cara unik untuk menyorokkan wang miliknya dari diketahui si isteri.

Kalau nak mencari barangan rahsia, tempat pertama kita tuju mesti dekat tempat-tempat yang tersembunyikan.Tapi tindakan si suami yang mengambil wang dari kotak di rak kasut isterinya menimbulkan syak wasangka wanita itu. Manakan tidaknya, rak kasut itu dipenuhi dengan kasut wanita, mana datang duit pula?

Tak tunggu lama, si isteri segera membuka kotak kasut itu. Ternyata harta karun yang ditemuinya…Wahhh siapa sangka betul-betul si suami simpan duit dalam kotak kasut je, berkepok-kepok pula tu! Tapi, nasib baiklah isterinya baik, selamat la duit tu dekat dalam kotak tu je.Korang ada tak tempat pelik yang dijadikan tempat simpanan?

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *